Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, October 10, 2011

Beauty and The Beast.


Hari ini meeting di UITM Shah Alam. Ketika memandu pulang, segar di ingatan kenangan manis di situ.

25 tahun ia sudah berlalu tetapi masih kuat dalam ingatan. Ketika remaja berjaya memasuki UITM dengan tiba tiba. Bukan sebagai pelajar tetapi sebagai pencuci bangunan.

Pagi pagi dah macam ahli pasukan S.W.A.T. Memakai tali pengikat pinggang dan membawa tangga untuk membersihkan tingkap tingkap kelas pelajar pelajar. Ketika itu peluang pekerjaan amat tipis.

Sehelai t shirt seteng ( Singkat / setengah ) dan seluar jeans lusuh koyak di lutut bersama beberapa tulisan seni dan tandatangan rakan rakan seperjuangan, memula kan tugas dari tingkap ke tingkap. Satu unit dua orang.

Zaman tu rokok main lantun sahaja ke bibir. Rambut, ha ha ha ha ha, lebih kurang macam adegan jangan pandang belakang lah gamak nya. Red Indian pun kalah.

Tinggi tempat nya. Sambil mencuci mata liar melihat kedalam kelas latihan. Kemas dan nampak bijak semua pelajar. Pensyarah sedang memberikan nota dan ceramah.

"Kalau lah hidup ini lengkap , tentu sudah masuk kesini" kata hati. Wiper cuci cermin kemas di pinggang. "Apa nak buat, takdir lain lain" pujuk hati.

" Bai , lu punya wiper jatuh bawah lah". Lamunan dihentikan oleh Om rakan se unit. Om juga berambut jangan pandang belakang. punya konsep. Rakan kerja yang rapat ketika itu.

Turun pakai tali macam ahli S.W.A.T. "Alamak "...wiper masuk dalam longkang kecil. Nasib baik tak kena kepala orang yang lalu lalang terutama nya pelajar. Kutip dan renjis renjis.

"Hoi kena orang lah " jerit suara seorang gadis. Toleh kebelakang dan terperanjat melihat tiga orang pelajar sarat dengan buku dan bag sedang memakukan mata tepat pada Masterji. Salah seorang terkena air renjisan tadi dipakaian nya. Confirm air longkang tadi. Berbintik bintik di baju nya.

" Minta maaf saya tak nampak tadi" Kata Masterji sambil menunduk kan muka. Boleh jadi kes besar ni.

" Saya terpaksa salin pakaian tau nak masuk dewan macam mana ni?" Hentak nya pada Masterji.
" Maafkan saya, alat ini terjatuh dari atas tu " cari alasan nak menyelamatkan diri.
" Buat kerja tu boleh pakai mata tak"? hampir berlalu dan mengherdik Masterji.

"Adik minta maaf lah ya, dia tu pekerja saya nanti saya pasti ambil tindakan terhadap nya, jadi kira settle ya dik" Suara seorang lelaki mencelah dan memang Masterji kenal pasti suara tu. Pasti kenal!

"Alamak Silebam" Masterji pucat dan terkedu melihat penyelia Masterji yang bersuara tu. Kami panggil dia lebam sebab wajah nya semula jadi lebam separuh dan sudah berumur. Nakal ketika itu. Om cukup bijak mengayakan cara Mr Lebam bercakap. Masterji sudah kena tangkap dan pucat.

" Macam mana ni kau buat kerja, kalau tak nak kerja betul betul, berhenti dan banyak orang lain yang nak kerja kau ni , tau tak ini safety tau...kalau kena kepala orang macam mana, kalau bebudak ni komplen kat bahagian pengurusan, habis company kita tau," Mr Lebam tak marah tetapi memaki. Heavy...heavy metal betul lah pagi tu.

Masterji masih tunduk dan ekor mata dapat melihat dengan jelas tiga gadis tadi masih berada di situ dan melihat Masterji kena taruk. Tau tau OM sudah berada disisi. tetapi rescuer hanya turun tak boleh bantu dan depend depend. Tangkap leleh betulah itu pagi.

Mr Lebam masih bla, bla , bla, bla dan kami berdua hanya senyap. " Sekarang awak datang opis saya, kita cerita kat sana " Mr Lebam berikan arahan.

Tiga sekawan tadi masih memerhati. Mr Lebam berlalu dan saya menoleh sekali lagi pada tiga sekawan tadi, " Saya minta maaf ya ". dan berjalan mengikuti Mr Lebam ke "opis" kalau ikut sebutan nya.

Sampai di ofis, diberikan amaran keras dan diberikan penerangan perihal safety dan komplen. Kelihatan rekod komplen yang panjang di tunjuk kan. Ketika itu Masterji tak faham semua tu. Masterji pohon maaf dan berjanji tak lakukan lagi. Mr Lebam berikan bahasa isyarat sahaja tanda setuju dan table talk dah tamat.

Jalan keluar dan Om sudah menunggu di luar. Sambil berjalan ke arah bangunan tadi untuk menghabiskan tugas, Om dengan gembira sakan nya bergaya seperti Mr Lebam dan memarahi Masterji. Kami berdua ketawa terbahak bahak. Cis , bikin story jadi lebih sendu dan sadis. Tetapi perkataan safety dan kalau bebudak ni komplen habis kita masih jelas di dalam ingatan.

Sambung balik buat kerja cuci tingkap dan melihat ragam pelajar. "Apa nak buat, tak ada kelulusan maka kena marah ajelah" kata hati.

Time makan kami berdua pergi ke kantin dan beli nasi seperti pekerja asing makan sekarang. Nasi banyak, kuah banyak dan telor goreng aje. Itu pun dah kira best masa tu. Maklum lah , tak ada sen masa tu. Sen bermaksud wang. Beli pun sky juice. Ais kosong.

Bawa nasi makan kat sebuah tangga. Om masih mengayakan ragam Mr Lebam dan memarahi Masterji. tak ending ending lagi babak tu. Selepas tu dua dua baring sekejap berlapik kan kotak kosong kat bawah tangga.

Sambung balik berjalan ke tempat mencuci bangunan tadi. Kelihatan tiga sekawan tadi sudah menunggu. Yang kena renjis tadi masih berbaju yang sama.

"Alamak , tak habis lagi ke they all ni, nak repeat ke" Masterji dah risau dan berkata dalam hati.

"Tadi awak kena marah ke , kena buang kerja ke" tanya yang kena renjis. Suara nya lain kali ini.

" Kena marah aje, tak kena buang kerja tapi kalau buat lagi kena buang kerja, saya minta maaf ya". Sambil tunduk Masterji menjawap.

"Ok, tak pa, nah ini air sirap dua bungkus tadi beli sky juice kan, saya maafkan dan minta maaf kerana saya menjerit awak kena marah" Kata yang kena renjis. Rupa nya dia nampak kami dikantin tadi. Baik pula hati nya.

Masterji ambil air tadi dan mula tersenyum pada nya. " Trimekasih" itu aje yang mampu dikeluarkan oleh Masterji.

Mereka berlalu dan Om happy dapat air sirap lagi lagi dari mak we student.
" Wa caya ama Lu lah Bai" kata OM. Seronok giler kawan tu. dan selepas itu agak kerap juga kami bersembang dengan tiga sekawan tadi. Selepas itu ada sahaja nasi lemak atau air sirap yang dibelikan oleh mereka untuk kami berdua. Tidak selalu tetapi kadang kadang.

"OM, Kita bangsat dan antara kita dengan mereka seperti langit dan bumi" Nasihat Masterji pada Om apabila feeling nya sudah lain macam. Mungkin benar pertalian kami hampir rapat tetapi elok lah sedar diri awal awal.

Kami berdua mendapat mission baru di Fraser Hill dan Kota Raya KL selepas itu.
Maka tiga sekawan itu hanya tinggal sebagai kenangan. Tiga orang gadis yang baik hati dan satu pertemuan yang berpunca daripada Wiper.

Perkataan safety dan bebudak komplen nanti , terpahat jelas di ingatan sehingga kini. Bagus penerangan penyelia yang kami labelkan sebagai Mr Lebam. nakal betul masa tu.

Hari ini , Masterji kesini lagi dan berikan ceramah. Satu kenangan yang indah dan cerita pengurusan yang berkesan.

Pada Cik Fame Pn Noor Jahan, thank you so much for your great comment. Hiba hati membaca nya dan really goes into my heart. I'll keep the comments forever ya. Thank you so muchhhhhh.....




1 comment:

Anonymous said...

Salam Masterji,

Semuga sihat selalu.
Kata-kata P. Ramlee dlm senikata lagunya " Barang yang lepas usah dikenang, kalau dikenang merana badan....."
Tapi ada ketikanya barang/peristiwa yang lepas perlu dikenang kerana ia mengingatkan siapa lah kita sehingga lah kita berada sekarang. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa ada usaha. Usaha yg gigih dan tekun akan membuahkan kejayaan. Peristiwa/kenangan yang lepas akan membuatkan kita berusaha dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Kejayaan yang datang dengan cara pendakian sedikit demi sedikit adalah lebih manis kerana ia meninggalkan jejak-jejak kenangan yang akan di ingati selama-lamanya.
Kalau dulu, Masterji pernah menjadi pencuci tingkap, saya pernah menjadi pembancuh simen konkrit utk membina pencakar langit di Singapore. Dan pernah bekerja di tempat pembuangan sampah walaupun memiliki segulung ijazah. Pengalaman dan kenangan mengajar kita akan erti kehidupan.

Nazurin Osman
Coconut Group MIHRM

p/s..bila agaknya harga petrol akan turun......so don't drink petrol.....hahahaha