Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, November 12, 2012

MIMPI-MIMPI YANG MENJADI KENYATAAN


Masterji ketika memberi ucapan aluan

Masterji mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir semasa majlis Temu Mesra Bersama Penulis Buku Best Seller di MPH Bookstore, 11-November-2012.
Ada antara yang hadir itu Masterji kenal dan ada juga yang tidak tetapi dari majlis seperti itulah tali persahabatan dan perkongsian ilmu dapat dieratkan.
Diharapkan, jika terdapat lagi majlis-majlis seumpama ini di masa akan datang, sudi-sudilah datang untuk bersama berkongsi ilmu.
Ucapan dari kedua-dua tetamu istimewa iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datuk Karam Singh Walia juga amat memberangsangkan.

Pada Encik Uthaya Sankar SB, Arafat Hambali, Speed Demon(jurukamera yang hebat) dan Puan Noor Jahan(Cik Fame) yang datang bersama Pengarah Urusan, Mr.Uhno;  Masterji mengucapkan terima kasih tidak terhingga.


                         
Masterji bersama Datuk Yusof Haslam dan Datuk Karam Singh Walia

Sekali lagi, jutaan terima kasih untuk semua. Seperti kata Shahrul di hari pelancaran tersebut ; "ini mimpi-mimpi yang menjadi nyata".



Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus dan juga bengkel latihan, boleh terus menghantar email kepada value_guide@yahoo.com
Pada saudara Faruqi ; terima kasih kerana membeli buku berkenaan. Harap bermanfaat untuk anda.

2 comments:

DrLaptop said...

jika ke utara (penang/kulim)..bolehla call sy 0194058943 ...boleh saya belanja minum :)

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Syabas!! Pelancaran DPKP berjalan dgn lancar dgn perkongsian yg hebat dari Datuk Yusof,.Datuk Karam Singh & Masterji sendiri.

Saya dan Ketua saya, Mr. Uno bertuah kerana dapat menyaksikan pelancaran DPKP. Saya bangga menunjukkan kepada warga Jepun itu bagaimana seorang Malaysian yg asalnya NOBODY tapi telah membuat U-Turn dan menjadi SOMEBODY pada hari ini.