Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, February 20, 2014

Syabas Mummy....


5 tahun selepas saya dilahirkan Bapa pergi meninggalkan kami. Tinggallah Mummy, saya, adik perempuan yang baru lahir dan arwah Nenek.
Bapa pergi hilang entah ke mana. Hingga kini tidak ketemu. Mummy mengambil alih tanggugjawab menyambung tugas sebagai pemimpin keluarga. Mummy meneruskan misi untuk menjaga dan mengendalikan organisasi kami. Ahli kumpulan kini berada dibawah penyeliaan Mummy. Itulah perkara pertama yang saya belajar dari konsep kepimpinan; TAKE CHARGE. Kejayaan tidak akan wujud selagi kita tidak kedepan mengambil tanggungjawab untuk mengubah situasi kita.
Mummy dirimu sungguh hebat. Tiada pernah Mummy menoleh dan mengharap bantuan dari yang telah menghilangkan diri. Mummy terus berjalan walaupun perit amat terasa. Mummy tidak pernah mengalah kerana ayat “aku ini wanita apa lah daya ku”. Malah Mummy bekerja dua tempat sehari demi menjaga nyawa kami bertiga.
Berfikiran lemah boleh membuatkan kita tewas dilanda ribut dan bergantung harap serta terhutang budi pada situasi yang tidak sepatutnya. Sebuah kebenaran tidak boleh ditukar beli dengan wang ringgit. Sebuah maruah tetap maruah walau mati kerana kelaparan. Biar perut menahan pedih lapar namun dirimu tidak pernah berundur semula pada yang menghilang demi sebuah simpati atau tiada keyakinan untuk meneruskan pelayaran hidup.
“ Mati atau hidup aku akan tetap berdiri sendiri bersama anakku. Makan atau tidak kini tanggungjawab ku” Mungkin itulah tekad dirimu.
Kami tetap membesar, sihat , tidak melarat walaupun tidak semewah anak anak yang lain. Walau kasut dikaki kami dibeli hanya dari pasar malam dan bukan di pasaraya pasaraya hebat namun kami tetap membesar dan boleh menikmati kehidupan dengan sempurna dan bermaruah.
Terima kasih dan syabas Mummy. 

Thursday, February 6, 2014

Sekadar pandangan.

 
Semalam saya membaca banyak perkara termasuk isu isu rakyat dan juga politik. 
Banyak perkara yang menarik dan Kajang tiba tiba menjadi hangat . Satu lagi populariti yang 
dicipta selain satay nya yang enak dan masih lagi aktif. 
Satay Kajang memang best dan tiada tandingan. 

Populariti pilihan raya mungkin sekejap sahaja. 

Kalau dipandang dari sudut lain, Kajang tidak lama lagi atau pun mungkin sekarang 
sudah mulai sibuk . Aha! Peluang untuk para peniaga restoran dan sebagainya. 
Rezeki yang tiba tiba wujud. 

Kajang yang akan lebih popular. 

Saya melihat pula satu sudut yang lain. 
Fikiran saya jauh melayang ke belakang. Zaman bekerja. 
Apabila organizasi kami dilanda masalah kos, kualiti dan pelbagai lagi 
maka suasana akan menjadi kelam kabut dan menjadi diluar kawalan. 

Ahli pasukan berpecah pecah, pemimpin pula hilang punca dan sebagainya. 
Tetapi semua itu kembali normal selepas wujudnya Pengarah urusan yang terus tampil 
kehadapan untuk merngubah keadaaan. Tidak banyak yang dibuat cuma perkara yang amat mudah. 

Keadaan sekarang begini dan kita harus keluar ke situasi A misalnya. 
Siatuasi A tiba tiba menjadi wawasan, sasaran, dan perkara yang mengawal semula 
keadaan. Perpaduan kembali terjalin. Semua yang hilang arah, punca kini jelas . 

Jelas kerana misi baru sudah diperolehi. Wujud wawasan baru. 
Mesej nya mudah sahaja; Malaysia pada pandangan saya sekarang harus wujudkan 
sebuah kertas sasaran untuk saya sebagai rakyat memahami kemana sebenarnya hala tuju yang harus saya susuri. 
Apa yang boleh saya buat untuk saya dan Negara saya 5 tahun akan datang. 

Kalau benar 2020 masih lagi aktif maka permudahkan kandungan nya dan 
buatlah promosi besar besaran agar saya faham apa yang perlu saya buat. 

Bila kacau bilau, Seorang pemimpin harus kedepan dan terus memasang gambaran situasi baru! 
Kita boleh bergerak ke Pulau yang lebih selamat sekiranya kita tahu dimana Pulau berkenaan. 

Strategi nya ialah keperluan sebuah gambaran yang berbentuk wawasan. 

Maaf ini sekadar pandangan  dari saya yang mungkin tidak melihat dari sudut politik tetapi 
sebagai hamba rakyat.

Tuesday, February 4, 2014

Tun Mahathir

Hari ini saya baca semula buku kepimpinan lama untuk beberapa bad buat rujukan. Buku 21 laws of leadership. Katanya "when a real leader speaks people will listen."
Saya termenung sejenak mencari wajah pemimpin  yg saya nampak. Wujud beberapa wajah difikiran tetapi gambaran wajah Tun Dr Mahathir lebih kerap menjelma. Dimasa yang sama timbul wajah isteri nya yang dihormati Dr Sri Asmah. Bagaimana kehidupan nya yang di lalui bersama manusia hebat Tun Mahathir. Kegembiraanya, kesabaran nya, sokongan yg diberikan dan mungkin juga mengharungi ketegasan yang waja. Mungkin saya tidak pasti. Apapun situasi nya beliau Dr siti Asmah jua seorang wanita yang hebat.