Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, February 20, 2014

Syabas Mummy....


5 tahun selepas saya dilahirkan Bapa pergi meninggalkan kami. Tinggallah Mummy, saya, adik perempuan yang baru lahir dan arwah Nenek.
Bapa pergi hilang entah ke mana. Hingga kini tidak ketemu. Mummy mengambil alih tanggugjawab menyambung tugas sebagai pemimpin keluarga. Mummy meneruskan misi untuk menjaga dan mengendalikan organisasi kami. Ahli kumpulan kini berada dibawah penyeliaan Mummy. Itulah perkara pertama yang saya belajar dari konsep kepimpinan; TAKE CHARGE. Kejayaan tidak akan wujud selagi kita tidak kedepan mengambil tanggungjawab untuk mengubah situasi kita.
Mummy dirimu sungguh hebat. Tiada pernah Mummy menoleh dan mengharap bantuan dari yang telah menghilangkan diri. Mummy terus berjalan walaupun perit amat terasa. Mummy tidak pernah mengalah kerana ayat “aku ini wanita apa lah daya ku”. Malah Mummy bekerja dua tempat sehari demi menjaga nyawa kami bertiga.
Berfikiran lemah boleh membuatkan kita tewas dilanda ribut dan bergantung harap serta terhutang budi pada situasi yang tidak sepatutnya. Sebuah kebenaran tidak boleh ditukar beli dengan wang ringgit. Sebuah maruah tetap maruah walau mati kerana kelaparan. Biar perut menahan pedih lapar namun dirimu tidak pernah berundur semula pada yang menghilang demi sebuah simpati atau tiada keyakinan untuk meneruskan pelayaran hidup.
“ Mati atau hidup aku akan tetap berdiri sendiri bersama anakku. Makan atau tidak kini tanggungjawab ku” Mungkin itulah tekad dirimu.
Kami tetap membesar, sihat , tidak melarat walaupun tidak semewah anak anak yang lain. Walau kasut dikaki kami dibeli hanya dari pasar malam dan bukan di pasaraya pasaraya hebat namun kami tetap membesar dan boleh menikmati kehidupan dengan sempurna dan bermaruah.
Terima kasih dan syabas Mummy. 

2 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji,

Two thumbs up for mummy!
Convey my "salam" to her ♡

fairuz said...

Salute to mommy!