Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, September 10, 2012

REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK.

Ramai rakan rakan, yang bertanya dan juga kenalan baru yang telah membeli buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS, "Encik Rafi, nampak all out pasal buku ya"?
Ada yang hantar sms ; "Sibuk kesana kesini untuk promote buku ya Masterji ".

Saya ucapkan terima kasih tak terhingga. Saya fikir apa yang saya lakukan adalah kerana saya percaya rezeki tidak datang bergolek. Malah memandangkan saya seorang yang baru dalam dunia buku ini haruslah bekerja lebih kuat. Lagipun dalam buku saya , terdapat banyak cadangan yang saya berikan pada para pembaca untuk memperhebatkan diri dan pekerjaan makanya saya juga harus membuktikan perkara yang sama dan tidak sekadar bijak menulis buku semata mata.

Mungkin walaupun sudah terkenal, usaha seperti sekarang ini penting. Masterji sudah di didik sewaktu berkerja dahulu:
"Katakanlah kerja kita melaksanakan kerja pembuatan radio, walaupun tugas kita hanya memasang satu skru sahaja belum menentukan kerja kita sudah tamat, kerja kita hanya akan tamat apabila barangan tersebut sudah selamat sampai ke tangan customer ".

Itulah kebudayaan kerja yang saya belajar. Masterji praktik kan perkara yang sama dalam konteks buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Bukan sekadar menulis dan menghantar sahaja pada Karangkraf (Alaf 21) , Tetapi Masterji harus WALK EXTRA MILES untuk memastikan ia berjaya. Tidak sekadar mendapatkan feed back daripada editor ataupun publisher tetapi Masterji sendiri GO TO GEMBA, BERMAKSUD TURUN PADANG UNTUK MENGGUNAKAN MATA untuk mencari apa yang kurang dan bagaimana ia harus diperbaiki.

Dari segi susun atur buku sehinggalah pada gaya serta ragam pembeli buku datang ke kedai buku .

Adakah para pembeli serta merta tertarik pada kulitnya?

Adakah para pembeli telah mengambil dan rasa lama serta seronok membacanya sebelum membeli?Dan macam macam aspek lain yang Masterji perhatikan.

Banyak perkara yang saya pelajari sendiri daripada lawatan dan kerja kuat dengan gaya saya sendiri. Saya bukanlah penulis tersohor ataupun amat terkenal maka saya harus  bekerja dengan kuat. Berikan lah sokongan anda dan bimbingan pada saya.

Dear all my beloved readers , I would like to say thank you to all your continuous support for buying and further reading my book. Thank you so much.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Sudah hampir sebulan DPKP di pasaran tapi masih hangat ya!! Thumbs up!!

Minggu lepas saya menghadiri satu seminar dan bawa DPKP bersama....wah ramai yg bertanya buku apa tu dan ada yg mencatit nama DPKP supaya tidak untuk dibeli nanti. Hari ni saya akan menyertai satu Konvensyen pula di Sunway Convention Ctr...as usual akan saya bawa DPKP bersama. Bukan apa...benda baik mestilah dikongsi bersama!! Agar ramai lagi di luar sana akan meraih kejayaan selepas membaca DPKP...itu harapan saya.