Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, May 25, 2010

Junior


Pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang menghubungi saya sebaik membaca entri 17 Again. Di terima secara lahiriah dan batiniah, kita masih belum terlambat untuk berubah, waktu masih lagi memberi peluang.
Rupa-rupanya di luar sana, ramai sekali yang mempunyai keinginan seperti saya, kembali ke usia remaja seawal 17 tahun. Hidup ini lebih indah kalau boleh kembali ke usia remaja.

Untuk entri ini, saya cuba membawa pembaca semua untuk berkongsi kisah saya, terutamanya kisah anak remaja sa
ya yang mesra dengan panggilan Junior, seorang remaja yang tegas dalam tindakannya, perwatakannya sedikit lucu tetapi di sulam nakal." Mahu jadi saintis", itu cita-citanya yang di sampaikan pada saya.Jika ada yang berandaian bahawa saya ingin bermegah, sebenarnya anda silap. Saya hanya ingin bercerita sedikit kisah untuk di jadikan panduan dan sebolehnya menerapkan dalam unsur-unsur motivasi yang boleh kita kendong dan kongsi.Tujuannya adalah untuk strategi motivasi yang boleh di gunakan di tempat kerja dan tidak semua kaedah motivasi memerlukan pelaburan yang besar.
Gambar di atas di ambil ketika Junior berumur 12 tahun, sejurus keputusan UPSR di umumkan. Syukur saya padaNya, berkat didikan isteri saya, bimbingan guru-guru sekolah dan komitmen diri sendiri, Junior mendapat keputusan c
emerlang, 5A. Saya pula mendidik Junior dengan sedikit keras berbanding isteri saya. Saya menerapkan nilai-nilai disiplin yang tinggi sepanjang putaran hidupnya. Celik mata, disiplin. Tutup mata, disiplin. Perkataan disiplin sudah sebati dalam kehidupan Junior.

Keputusan UPSR untuk pelajar tahun tersebut di umumkan di dewan sekolah. Saya berdiri berdiam diri, mengharapkan yang terbaik darinya. Ketika saya melihat sepasang kaki melangkah mendekati, sedang saya berdiri di hadapan pentas di dalam dewan tersebut, dia mendongak memandang wajah saya. Saya faham, naluri seorang ayah sentiasa menemani sepanjang beliau melangkah tadi . Hanya saya sahaja yang hadir mengiringi Junior pagi itu.
Dia berdiri di depan saya, kaku tanpa apa-apa ungkapan. Ruang yang serba sesak tadi di rasa kosong. Kesayuan menyamb
ar hati saya. Entah kenapa, saya hanya ada dia ketika itu. Tanpa di sangka, saya melihat manik-manik halus mengalir di pipi Junior. Saya cuba bertahan, tetapi kelopak mata saya tidak mampu menandingi kesayuan hati. Saya kalah, bila airmata yang cuba di empang itu akhirnya tumpah. Saya merangkul erat tubuh kurus Junior. Kami berpelukan seakan tiada hari esok. Lalu, soalan yang bernilai RM5 juta pun terpacul dari mulut Junior. " Babah nak bagi apa? " Saya tersentak. Saya diam.
Lantas, bersama pakaian dan beg sekolah juga slip
(sementara) keputusan UPSR miliknya,saya membawa Junior ke kedai gambar yang berhampiran. Dia tercengang-cengang tanpa ada bicara. Sekeping gambar ( di atas) di rakam. Kata saya padanya "inilah hadiah Babah yang paling bernilai." "Junior boleh tengok lagi gambar istimewa ni sepanjang waktu, sepuluh, dua puluh tahun akan datang walau keputusan tidak cemerlang seperti hari ini tetapi Junior akan sentiasa ingat yang Junior pernah mencapai sesuatu yang cemerlang dalam hidup". Dia masih diam. " Gambar ini akan selalu Junior kenang dan ingin mencuba mendapatkan yang terbaik seperti sekarang. Junior ingat apa Babah cakap. Gambar ni adalah nasihat Babah untuk seumur hidup Junior jika di takdirkan Babah tidak lagi dapat melihat Junior membesar dan berjaya, ya nak...."
Gambar tadi di cetak dengan saiz 8R dan beberapa keping lagi dalam saiz 4R.
Kata saya lagi, "Babah akan letakkan gambar ini di ruang tamu rumah kita dan sekeping lagi di rumah nenek.Selebihnya, Junior letakkan di dalam bilik atau atas meja tulis." Dia mengangguk penuh yakin. Dia mendakap saya, " terima kasih Babah."
Saya memilih sebuah restoran mamak untuk menikmati segelas teh tarik. Kami berbual seperti rakan tanpa mempedulikan siapa antara kami.
Dia ke
tawa berdekah-dekah bila saya bercerita bagaimana bodohnya saya berbanding dia dalam usia yang sama denganya sekarang. Cis, besar pulak gelaknya!
Sehingga kini, dia masih lagi menghargai gambar yang di ambil. Gambar ini juga merupakan inspirasi untuk adik-adiknya yang lain. " Achievements must been seen" itu kunci nya. Kemudian, beliau terus melangkah dengan cemerlang sehingga pernah muncul di rancangan Mighty Minds, bertandingan kecerdasan berunsur sains yang di siar di NTV9 ketika mewakili sekolahnya. Kumpulan yang di wakili Junior mendapat tempat ke 3.
Tentang gambar berkenaan, hanya satu
tujuan saya. Jelas dan mudah. Gambar berkenaan mencerminkan siapa beliau sebenarnya. Atas dasar motivasi, gambar berkenaan akan sentiasa merangsang beliau untuk kuat berusaha supaya lebih berjaya. Hadiah sekeping gambar seperti itu lebih bermakna dari apa-apa hadiah yang ada. Hadiah sekeping gambar itu juga adalah hadiah abadi untuk sepanjang hayat.

Begitu juga kita di tempat kerja, kita harus tahu bila dan bagaimana k
ita boleh memotivasikan orang bawahan kita. Biarlah sentuhan motivasi itu terus melekat di hatinya. Pakar Pengurusan; Douglas Mcgregor mengatakan dalam teori X dan Y nya terdapat dua jenis pekerja. Satu X, kategori pemalas dan harus di beri perhatian sepanjang masa. Kategori yang kedua ialah Y. Lebih productif dan independent tanpa memerlukan supervision yang ketat. Bagi saya kalau sentuhan motivasi itu tepat pada situasi dan orangnya, individu yang berada dalam kategori X boleh menjadi Y! Sebaliknya kalau tanpa motivasi yang tepat , individu dalam kategori Y boleh beralih ke kategori X.
"Kalau Junior membaca blog Babah ini, Babah harap Junior akan menjadi senior yang cemerlang. Malah lebih hebat dari Babah ya. UPSR pun sudah potong Babah. Ya nak..... dan jangan lupa ada beza antara sampah dan manusia"

4 comments:

one said...

Leaders are able to define a goal, persuade others to assist in achieving that goal, and lead their teams to victory and you are one of the best..my friend...

sonia shakir said...

Ada beza antara sampah dan manusia.... Dan ada beza antara sampah dan sampah masyarakat. Tapi sampah lebih mulia dari sampah masyarakat. Sampah boleh di recycle utk jadikan macam2 benda lain. Sampah masyarakat adalah makhluk perosak.. umpama parasite.

azaman said...

"Reward" tidak semestinya dalam bentuk materialistik seperti yang saudara Rafi lakukan. Sekeping gambar yang dapat menangkap situasi semasa; kebanggaan, kepuasan, kegembiraan saya kira lebih berharga. Apa saja hadiah yang berbentuk material akan pudar akhirnya. Tetapi gambar tersebut akan menarik kita kembali ke situasi berkenaan, mengingatkan kita betapa bangganya kita semasa itu, pasti akan menjana semula motivasi dalam diri.

azaman

Noor Jahan said...

memang benar gambar byk memainkan peranan secara tidak langsung..... saya sendiri suka snap gambar & simpan gambar. wlwpun skrg ni guna digital camera, tapi saya sanggup develop gambar2 yg kekadang 600-900 keping sekali develop. Gambar dpt menerangkan segala2nya...gambar tidak tipu!!! Semoga Junior berjaya di dunia & di akhirat....Tahniah pada kedua ibubapa Junior...great family!!!