Salina, sebuah novel mahakarya dari Sasterawan Negara Dato' Dr. A.Samad Said selamat di terbitkan semula melalui usaha dan kerja keras Helmy Samad melalui Wira Bukit Sdn.Bhd.
Edisi terhad ini cuma dicetak sebanyak 500 naskah dan setiap satu akan di tandatangan oleh A.Samad Said beserta nombor sirinya sekali.
Salina, atau di namakan Salina-Edisi Khas(2012) telah selamat sampai ke tangan Masterji dengan bertandatangan dari A.Samad Said dan diberikan nombor siri 100.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Helmy amat wajar di contohi oleh mereka yang mahu berjaya.Masterji juga percaya, usaha ini bukan semata-mata kerana A.Samad Said adalah bapa kepada Helmy tetapi juga bagi memastikan generasi yang ada sekarang menghargai naskah sastera hebat ini dan dapat terus membacanya bagi mengambil nilai-nilai moralis yang terkandung di dalamnya.
Masterji amat berbangga dapat memiliki naskah hebat ini dan bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan naskah ini bolehlah berhubung terus dengan Helmy Samad dengan menulis email ke helmysamad@gmail.com
2 comments:
tahniah sekali lagi..:)
tahniah sekali lagi..:)
Post a Comment