Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, April 25, 2013

Mana Asas Kita?


Asas untuk pembelajaran adalah mengenal A, B dan C.


Tumpukan pada asas kerana kita konon nya dah hebat!
Ramai yang berkata "dulu susah untuk berjaya tetapi bila dah berjaya susah nak maintain"


Kenapa ya? Mungkin kita lupa pada asas ( Basic ) dan kita lupa apa yang kita buat sebelum kita berjaya sebab itu susah nak maintan.

Dulu sewaktu belajar di Sekolah, Kolej, Universiti , kita rajin membaca buku tetapi  kini selepas menjawat jawatan yang selesa kita lupa pada buku maka pengetahuan kita kekal sama.

Dulu sewaktu belajar kita membaca buku tidak kira siang atau malam, hari biasa atau hujung minggu tetapi kini kita sudah menghadkan semua itu. Kita sudah selesa dengan perkataan RILEKLAH SIKIT..

Dulu kita memilih kedai makan yang termurah dan sibuk memasang pelan budget. Perut tetap kenyang . Kini kita sibuk mecari tempat tempat kelas atasan atau makanan makanan yang konon nya kita telah secara automatik termasuk dalam kumpulan mereka yang koparat dan ternama.

Dulu kita memandu kenderaan kecil kesana kesini tetapi tetap berjaya dan urusan perniagaan tetap berjalan lancar.
Kini kita malu untuk menggunakan kenderaan yang kita labelkan sudah layak masuk ke muzium dan memandu yang lebih hot, lebih mahal bayaran bulanan nya dan seperti biasa niat nya untuk level up kan dengan orang lain kita terpaksa bayar lebih.

Dulu kita rajin bekerja sehingga malam hari semata mata kerana kita susah dan ingin berjaya. Kini kita lebih suka pulang awal, bersenang senang dan lebih banyak enjoy enjoy sehingga akal kita tidak lagi ada terpahat aku orang susah .

Dulu kita memerah segala akal yang ada dan kalau tak ada kita cipta idea baru agar kita dapat pujian, kenaikan gaji yang lebih baik ditempat kerja.

Kini setelah duduk dikerusi empuk kita berkata " Dulu dah penat fikir sekarang rilek lah.

Dulu sewaktu ingin kepuncak, kita kasihkan isteri, ibu dan anak anak kita. Kini setelah berjaya , mereka semua bagaikan orang asing dan bukan lagi VIP untuk kita.

Dulu sewaktu susah, solat tidak pernah kita abaikan. Kini setelah berjaya , jarang kita mengerjakannya.

Dulu kita tiada gadget gadget hebat hanya telefon bimbit yang murah tetapi kita tetap berjaya. Kini setelah berjaya , kita mempunyai banyak gadget gadget mahal ratusan ribu yang kita menjadi hamba nya .

Dulu kita berkawan baik dengan rakan rakan surau, dan penasihat utama adalah Tok Imam surau ataupun masjid dikariah kita. Kini setelah berjaya, kita sudah ada lebih ramai rakan baru yang mencadangkan kita dunia adalah segalanya dan juga kita jadikan golf adalah rutin.

Dulu kita tidak malu dan rasa bangga dengan ibu bapa kita walaupun mereka orang miskin dan biasa biasa sahaja. Kini setelah berjaya dan berkahwin kita terpengaruh dengan keluarga baru yang nampak lebih kelas, lebih mewah dan konon nya ternama. Kita malu dengan dengan ibu bapa kita yang miskin walaupun mereka lebih kaya adab dan tatasusila.

Dan banyak lagi...

Walaupun kita sudah berjaya jangan lupa pada setiap satu perkara yang kita gunakan sewaktu ke mendaki ke puncak. Always remember the basic dan juga jangan dipersiakan mereka yang sama sama sanggup makan sehari sekali dengan kita, menangis bersama sama, menahan lapar bersama sama dan Tok Imam yang jadi rakan baik , mentor dan penasihat kita sewaktu susah dan selalu berada di Masjid dulu.

2 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

A good sharing & a reminder to me. Kena selalu ingat asal usul kita.... insyaAllah tidak lupa!

DrLaptop said...

nasihat yang baik