Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, April 29, 2013

Sekeping Cek


Pagi pagi dapat cek . Cek yang paling awal saya terima sepanjang kehidupan setakat ini.
Saya dapat cek dengan jumlah yang banyak. Cek yang bernama Mickey Bank dari Safidatul Hasanah ( Cik Senah Senator , panggilan di rumah). Tersenyum gembira pagi ini dapat cek dari Safidatul Hasanah!
Anak saya yang berumur 9 tahun yang kini belajar di darjah 3.

" Babah , Hasanah nak berikan cek pada Babah kerana menjaga Hasanah ". Saya tunduk dan melihat terus ke matanya. Saya cium dahinya dan ucapkan terima kasih.
"Terimakasih nak, bukan cek ini yang berharga tetapi hati anak yang sudi berikan pada Babah lebih berharga dan Babah akan ingat sampai bila bila".
"Babah simpan sebagai kenangan ya, Hasanah jadikan ini sebagai cita cita ya".

Saya akan simpan cek ini agar ia dapat membina pemikiran tiang gol dan visual tiang gol yang jelas buat diri nya. Banyak hasil lukisan atau kad kad ucapan yang diberikan oleh anak anak saya simpan dengan baik dalam sebuah peti bernama kenangan.
Agar satu hari nanti kalau dipanjangkan usia , saya akan buka peti kenangan ini bersama semua kad kad yang pernah mereka berikan dan tunjuk kan semula pada mereka di hari persandingan mereka.

Saya ucapkan terima kasih pada Hasanah dan kami berjabat salam.

Saya membesar dengan seorang Ibu tunggal dan tidak pernah melihat model seorang Bapa yang dapat membimbing saya sebagai seorang Bapa.

Saya masih belajar.

Safidatul Hasanah dan sekeping cek.
"My little pretty girl Hasanah, I had put it into my blog and telling the world how happy I am with your gift!

Thank you "
Hasanah' andai Babah tidak berkesempatan mendapat yang asli satu hari nanti, ini sudah mencukupi dari mu nak. Cukup berharga buat diri Babah.


Cik Fame thank you so much for many comments. Dapat juga masuk kan entri ya.
Risau amat apabila komen nya tidak dapat masuk keruangan blog Masterji.

Thank you.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Semoga Hasanah menjadi anak yg berjaya dan berjasa kepada keluarga, agama dan negara! So touched with her :-)