Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, June 5, 2013

Skrip Baru



Semalam kami berbincang . Rakan sama sekolah dulu, Isteri saya dan saya.
Kami berbincang dan ketawa. Ketawa saya lebih kuat. Ketawa rakan sekolah lagi lagi kuat.
Isteri saya ketawa dan merah padam sedikit wajah nya. Kemudian dia jua turut ketawa.
Kami melihat lihat gambar dan menyusun nya untuk program latihan dan projek projek baru.

Rakan sekolah yang telah lama tidak bertemu tiba tiba menghubungi selepas membeli buku Masterji
DULU PENCUCI KINI PENGURUS.
Dan acara flash back .
Dia kata; MUSTAHIL DALAM BUKU ITU IALAH RAFI. Sejurus itu kami sama sama gelak besar. Kecoh.
Hanya dia, saya dan semua yang ketika itu berada di High School Klang sahaja termasuk guru guru akan memahami kenapa saya dan rakan tadi tergelak besar bila dia kata mustahil tadi.
Isteri jua turut tersenyum , mungkin tidak bersama di High School Klang tetapi dia memahami nya kemudian.
Isteri jua kemudian gelak besar.


Rafi..? Mengajar, bekas Penolong Pengurus besar? Kini tenaga pengajar?
Kami gelak lebih besar dan lebih galak.
Mohd Rafi Jalaluddin sebuah nama yang ada didalam fikiran setiap murid dan guru guru ketika itu tetapi
dalam bentuk skrip yang berlainan.

Saya katakan pada rakan tadi. Manusia boleh berubah sekiranya mereka mahu. Mereka boleh dan saya boleh.
Buang skrip lama, Cipta Skrip baru. Skrip yang lebih bestseller, lebih menarik!
Rakan tadi bersetuju dan bila melihat gambar diatas, ketawa kami menjadi lebih kuat.
Rafi kembali kesekolah dengan skrip hidup yang berlainan.

Kami gelak dan Isteri terpaksa meleraikan gelak kami kerana sudah sampai waktu makan.
Kami masih bergelak sakan ketika makan.

Sekolah Tinggi Klang atau Klang High School dalam kenangan.
Manis kenangan ketika itu. Kami bergelak sakan lagi.

Manusia boleh berubah. Buang skrip lama, Cipta Skrip baru. Skrip yang lebih baik.

Kepada Dr Lap Top Kulim tahniah kerana telah mengadakan majlis perkahwinan, Syabas ya, Maaf tak dapat hadir kerana banyak tuntutan program latihan. Masih bercuti kan.
Pada Cik Fame, how are lama tak bertemu dan berborak. Harap sihat dan always a champion ya

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Memang best bila dapat berkumpul sesekali dgn kengkawan sekolah. Macam3 citer....maklumlah masa tu zaman kita budak2 :-))

Ya Masterji.... saya agak sibuk bulan ni. Jadual agak penuh tapi perancangan telah diatur dgn baik. Semoga semuanya berjalan dengan lancar... InsyaAllah.