Satu hari di tahun 1985 saya berkira kira untuk membuat keputusan. Ada 3 ringgit di saku. Akhirnya saya akur pada poster filem Suara Kekasih.
Ogy tarikan utama kerana lakonan yang hebat dlm filem setahun sebelum itu Azura.
Sebuah filem yang kata kata cintanya indah, penuh hormat dan dua watak dalam percintaan yang hebat, kelas dan jujur pada diri masing-masing.
Taufik watak pencinta lelaki yang melihat cinta dari sudut penuh kasih dan tiada cacat kerana noda. Sebuah cinta yg penuh dengan kata kata indah!
Cinta kelas pertama! 2 ringgit melayang untuk tiket dan pulang dengab baki tambang bas yg secukupnya. Tak makan tapi hati puas. Menonton sebuah kisah yg percintaanya berkualiti! Hari ni kita old school sikit lah ya. Hahaha.
Pujian kepada Ayu dan Taufik.Ayu sang pencinta yang hebat.
1 comment:
No comment. Wayang dgn realiti, lain..
Post a Comment