Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, September 27, 2013

Larry King


Ramai yang mungkin mengenali beliau. Selalu kelihatan di CNN.
Komunikator yang hebat!

Nama sebenarnya ialah  Lawrence Leibel Harvey Zeiger .
Di ubah oleh Pengurus Besar  sebuah stesen radio ,  Marshall Simmonds kepada  Larry King agar ia lebih mudah, cepat untuk diingati.  
Nama berkenaan akhirnya meletup dan menjadi popular !

Salah sseorang Pengurus disitu telah mengambil beliau bekerja untuk tugas lain.
Apabila salah seorang announcer di Radio berhenti, peluang berkenaan telah diberikan pada beliau.

Dan beliau jadikan hari berkenaan sebagai hari untuk bertolak ke sebuah destinasi yang lebih cemerlang!
Manusia yang bijak menggunakan peluang dengan menghargai nya dan bukan dengan seribu satu alasan tidak boleh.
" Err leceh lah"
" Err tak da orang lain ke"
" Hissssh tak nak lah apa nie suka suka aje pilih orang suruh buat itu ini"
" Err saya tak boleh bercakap lah tak nak lah.."
" Hissh malu lah , tak nak lah"
" Err kalau tukar kerja, gaji naik tak, elaun tambah tak, itu ini tambah tak".

Semua itu tidak wujud didalm kamus hidup Larry King ketika diberikan peluang.
Dia jadikan sebuah peluang itu sebagai pembuka jalan untuk beridir sama dengan mereka mereka yang hebat!


"Mereka yang berjaya bebas daripada penjara kegagalan seterusnya mencipta kejayaan adalah mereka yang menyedari kunci
pembuka nya  adalah diri mereka sendiri"
Rafi Masterji!

1 comment:

Noor Jahan said...

salam masterji....

110% benar! Hargailah peluang ada ada dgn menggunakannya sebijak mungkin. Adakalanya ianya datang sekali sahaja. Jangan gagal dek kerana alasan.