Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, September 30, 2013

Filem KL Gangster 2 Hebat!


Sebuah filem Malaysia yang terhebat tahun ini.
Saya berikan two thumbs up buat filem ini dan Skop Production! Filem ini boleh memberikan mesej pada Hollywood, We are on our way to beat you!

Pawagam penuh sesak dan berbagai kaum yang datang menonton. Masterji menontonnya minggu lepas dipawagam.

Kalau dilihat dari segi bird view, filem ini mengisahkan pertembungan antara beberapa organizasi yang mahu merebut pasaran.

Masing masing punyai CEO, dan samurai di dalam organizasi mereka. Masing masing mahu melebarkan profit margin . Jelas kelihatan elemen coaching, leadership, recruitment dan strategi untuk berdaya saing.

Cuma produk mereka adalah haram, gangster dan perkara perkara lain.
Sebuah filem yang bukan sahaja memaparkan isu gangster tetapi perjuangan seorang Ibu tunggal yang di tinggalkan oleh seorang suami yang tidak berguna .

Sebuah filem yang memberikan kita mesej bercampurlah dengan mereka yang boleh membina.
Sebuah filem yang memberikan  kita mesej , apa pun status profession kita  kalau silap percaturan
kita boleh menjadi mangsa Tai Long, Dragon, King. Manusia pembinasa.

Semua watak utama jelas kelihatan hidup. Pertembungan dua wira yang perkasa tetapi berlainan jiwa.
Tai Long yang kejam bersama mimik mukanya.Tahniah kepada Rosyam Noor kerana mampu membawakan apa saja watak yang diberikan.
Malik seorang yang bertimbang rasa dan kesayuan yang jelas pada mimik muka nya mencerminkan beliau tidak suka dengan apa yang dibuat.


Syabas adik Syamsul , Dato Yusoff Haslam dan skop production.

No comments: