Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, October 22, 2013

Terharu


Saya terharu dengan pemberian seorang insan pembeli buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS.
Ini lah hadiah yang terbesar saya terima selepas menjadi Penulis.

Hadiah ini datang nya dari seorang insan di Johor. Diberikan secara mengejut dan dikirimkan pada Masterji.
Kenapa Johor sebab salah satu dari hadiah berkenaan ada tanda negeri Johor.

Dari seorang insan murni yang Masterji sendiri tidak kenali dengan tepat.
Katanya dalam sekeping kad ucapan yang comel;

"Semoga pena ini menjadi dorongon untuk En Rafi Masterji terus menulis dan menerbitkan
banyak buku2 motivasi yang boleh dikongsikan bersama, selamat maju jaya
dan luaskan penulisan"

2 batang pena yang dihadiahkan amat mahal harganya.
Dari segi harga sudah pasti mahal tetapi lebih mahal ialah budi pemberian nya.

Kepada insan yang memberikan hadiah ini, mungkin anda sedang membaca blog saya tika ini.
Saya ucapkan jutaan terimakasih dan saya harap dapat bertemu dengan anda.
Saya sememangnya terharu dan terperanjat dengan pemberian ini.

Terimakasih dari saya buat anda yang saya hormati . Teruskan sokongan anda
dan saya janjikan yang lebih terbaik untuk buku kedua.

Teringat Masterji pada pesanan Mummy sewaktu kecil dulu;
"Apit bila besar nanti biar orang sanjung pasal kebaikan bukan kekayaan,
ada beza dua perkara tu ya nak"

Tepat cakap Mummy. Apit faham sekarang Mummy.

Pada Cik Fame dan juga Dr Lap Top harap anda berdua sihat adanya.
Cik Fame jangan lupa up date pada kami di blog ini tentang idea idea inovatif ya.
Anda seorang guru ji dah sekarang.

3 comments:

DrLaptop said...

i'm ok..:)

semoga sihat selalu master.

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Bertuah.... satu pemberian sebagai tanda penghargaan yg tidak ternilai. Syabas!

sania said...

Hai bos..dulu masa saya belikan pen untuk sain-sain., tak masuk dalam blog pun.. Apapun, tahniah lah kerana ramai yg meminati dan menghargai. Syabas dan terus menulis!