Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, October 28, 2013

Mera Biwi Sains Teacher.


Salam pada para pembaca yang dihormati.
Hari ini nak cerita pasal Mera Biwi ( Isteri saya yang pakar sains).

Pening kepala saya . Hari hari dengar pasal Sains. Memandangkan sains bukan bidang saya maka dengan
mudah lah saya tidak dapat menjawap banyak soalan perihal Sains.

Beliau sudah menjadi Cikgu Sains dalam kehidupan saya. Bukan sahaja Sains  malah Matemaik pun dia soal juga. Cuma yang mampu saya jawap Cikgu Sains dan Matematik saya dulu selelu demam tak masuk kelas jadi saya ada kurang sikit. ha ha haha ha.

Kalau bercerita pasal pengurusan saya selalu kata Art  tapi dia kata Sains.Kalau waktu sedang memandu dan banyak pokok atau perkara perkara lain  yang dia nampak di sekeliling maka sessi akan bertukar jadi sessi pembelajaran Sains.

Saya jawap " Management tak perlu fikir detail cuma hasilkan result, Orang Sains  selalu fikirkan
details maka lambat lah jumpa result " dan  sangkaan saya meleset .Ingat kan topik boleh jadi reda tetapi hujah hujah Sains terus bertambah.

Kami gelak bersama sama dan selepas beberapa mini timbul balik pembelajaran Sains.Volume lagu diradio dikurangkan agar pembelajaran Sains diteruskan. Aduhai .. Mana mana Biro pertolongan boleh bantu saya.

Katanya Sains ada dua; Sains hidup dan Sains mati. Rasa tersembul bijik mata dengar hujah nya.
Sains hidup berkaitan dengan orang;   tugas seorang Doktor. Sains mati, adalah mesin, equipment ;  tugas seorang engineer.
Emm no Bad . Bab ini aje yang saya senyap sikit nampak jelas. Tapi masih kata Management penting. ha ha ha

Sabtu lepas, isteri saya ajar lagi subjek Sains.Penutup botol yang ketat kalau dipanaskan boleh terbuka.
Dia panggil saya dengan keadaan tergesa gesa ingatkan ada apa apa yang terjadi rupanya time untuk belajar Sains.
Kami gembira tetapi pembelajaran Sains masih berterusan ha ha ha.

Anyway......Orang Management tak perlu tau Sains cuma perlu uruskan orang Sains memberikan result yang kami mahukan. ha ha ha.

Kalau dia baca bab ini maka hari ini subjek Sains saya bertambah lah jawapnya.

Apa pun dunia ini ada Sifu dimana mana yang pakar didalam bidang mereka makatiada ruginya kita belajar dari mereka. Apatah lagi dari Isteri kita. Mesti dia happy tengok statement ini.

Pada Cik Fame terima kasih dan syabas sekali lagi kerana pencapaian anda.
Dr Lap Top apa khabar.



1 comment:

sania said...

Belajar Sains tak semestinya dapat kerja yg "sain-sain" macam En. Rafi. Lepas SPM thn 1984 saya dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran dan memang saya minat pada Sains Hidup, tapi disebabkan tiada galakan/dorongan dan fikiran yg masih mentah, saya telah memilih untuk belajar bidang Sains Mati yg saya sendiri pun kurang minat.
Untung En. Rafi dapat isteri yg pandai Sains. Sains bermain dengan fakta., tapi Art kadang-kadang auta. Kalau "Art of Science" tu macamana pulak En. Rafi?