Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, December 19, 2013

Mari Berkongsi

Selamat berjumpa lagi.
Maaflah, sejak sebulan dua ini Masterji sibuk sedikit. Selain menyiapkan buku kedua, Masterji juga banyak terlibat mengendalikan program latihan di luar dari negeri Selangor.
Value Guide Training Consultant perlu mengorak langkah lebih jauh. Untuk maju, kita perlu terus bergerak dan bergerak, mencari peluang tanpa pernah kenal penat lelah.
Ahh...nanti ada pula pembaca yang ingat Masterji mahu jadi kaya, kejar wang?
Bukan begitu maksud Masterji.
Apa yang Masterji maksudkan adalah Value Guide Training Consultant berkongsi ilmu dengan peserta program dan orang ramai bagi sama-sama mengorak langkah ke arah lebih berjaya.

Contohnya ketika di Universiti Tun Hussien Onn, Johor. Masterji mengendalikan sendiri program Perubahan Minda. Ada peserta yang terus berjumpa Masterji sebaik sahaja program tamat dan mengucapkan terima kasih. Secara peribadi, Masterji rasa terharu.






Sementara itu, untuk program GEMBA Improvement yang di adakan di Perak pula, Masterji mengingatkan peserta program bahawa "Gemba is money."
Jangan pula ada pembaca yang beranggapan "buat gemba dapat upah."
Maksud Masterji dengan "Gemba is money" itu adalah "aktiviti Gemba akan memberi lebih keuntungan kepada syarikat dan individu."




Masterji juga sedang merangka beberapa program latihan baru untuk tahun 2014 nanti, untuk di kongsi bersama orang ramai, syarikat dan juga orang perseorangan.
Value Guide Training Consultant sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada semua golongan, baik pengurusan atau bawahan.
Jumpa lagi.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Sebagai seorang murid & juga seorang rakan... tiada yg lebih gembira takala melihat perkembangan kejayaan Value Guide. Inilah salah satu contoh "usaha tangga kejayaan". Syabas Masterji!