Dalam perjalanan hidup kita dari kanak kanak lagi kita akan berjumpa manusia yang sentiasa memperlekehkan benda baik dan maka terpengaruh lah pada yang mendengar nya....
Apabila seorang remaja ingin pulang awal " Eleh... nak tidur bawah ketiak Mak ke'
Apabila seorang remaja cuba berbahasa Inggeris " Eleh.. nak tunjuk lah tu"
Apabila seorang remaja cuba bercakap didepan khalayak ramai "Eleh...tak cool lah lu"
Apabila sorang remaja tak pergi kelas tambahan " Eleh...lepak lah, eleh lu ni Mat Study lah tak hip lah ini macam"
Apabila seorang remaja tak hisap rokok " Eleh...tak Mancho lah lu ni"
Apabila seorang remaja nak berpakaian kemas " Eleh...tak rock lah ini macam, macam Mat opis opis aje lu ni"
Apabila seorang remaja nak berjalan dengan ibu dan bapa nya " Elehhhh...anak manja lah tu"
Apabila seorang remaja bercakap benda yang penting "Eleh..lu ni cam proffesor lah tak best lah lepak ngan lu"
Apabila seorang remaja menaiki bas " Eleh...buduh lah lu, suruh lah mak apak lu tangkap motor untuk lu,baru lah mancho,"
Apabila seorang remaja merasakan belum sampai waktu nya untuk bercinta kerana masih belajar " Elehhh...lu tak laku lah, lu tak popular lah"
Dan banyak lagi elehhh , elehhhh...yang menyekat remaja itu menjadi diri nya sendiri atau seorang yang lebih berjaya apabila dewasa...
Akibat nya;
Bila dewasa , malu nak bercakap dikhalayak ramai.
Bila dewasa, tak ada ikatan kasih yang kuat dengan ibu dan bapa nya. Tiada rasa rindu, tiada rasa simpati, tiada rasa bertanggung jawap.
Bila dewasa, jadi bebanan pasal dari zaman remaja jadi Mat Rempit dan ada anggota badan yang dah tak ada atau tak berfungsi.
Bila dewasa, keadaan memerlukan kita ke depan, kita rasa macam malu dan menunjuk nunjuk sebab sewaktu remaja berjuta kali kita dikutuk, di ajar dengan satu perkataan..."ELEH RILEK LAH,"
Bila dewasa,janggal bila berpakaian kemas, masuk interview pun selekeh walaupun pakai kemeja, tali leher, dan slack. Sebab apa? sebab tak biasa dan tak ada pengalaman memakai nya.Lepak pakai jeans, dinner pakai jeans, tengok wayang pakai jeans,pi sport pakai jeans dan datang interview pun kadang kadang nak pakai jeans. Boleh pakai jeans tapi biar kena pada tempat nya.
Dan hari ini ramai yang tidak menjadi diri mereka sendiri.
Ramai yang tersungkur dalam persaingan bangsa.
Ramai yang terlepas peluang kerana perkataaa "Eleh" seperti seakan akan masih kuat pengaruhnya dan terdengar berbisik di telinga walaupun kita sudah dewasa.
Elehhh, tak rugged lah, tak rock lah, tak macho lah, tak hip lah, rilek lah...adalah sebahagian dari perkataan perkataan yang kadang boleh mengubah masa depan seseorang.
Bila berkawan, luah kan lah perkataan yang memarak kan semangat, minda mereka untuk kehadapan dan bukan kebelakang!
No comments:
Post a Comment