Hi everyone. Kebelakangan ini Masterji sibuk sangat. Apapun tak pernah lupa pada blog ini. Blog amal jariah ni penting.
Minggu ni banyak masa yang Masterji habiskan di Solaris Mount Kiara Damansara. Ada program dan meeting di situ. Bandar yang benar benar macam Oversas. Tak rasa macam berada di Malaysia.
Malaysia dah maju dan berubah. Bersyukurlah disana sini semua nya bekerja dan bergaya. Di Malaysia ni, orang asing pun boleh hidup tak kan anak peribumi boleh melarat kecuali kalau itu yang di kejarkan. Ramai yang mengutuk KLCC selepas dibina, tetapi disitulah tempat bermadu kasih akhirnya...oh manusia begitulah adatnya.
Ok Masterji nak cerita pasal communication hari ini. Satu peristiwa di bangunan Solaris yang boleh kita kaitkan pada communication. Masterji sedang berdiri berhampiran sebuah bulatan sedang merokok dapat melihat sebuah kereta yang membelok tanpa memberikan signal terus sahaja berdentummmmmm dengan kenderaan lain. Kerana gagal memberikan isyarat untuk membeluk maka accident terjadi.
Begitulah juga dalam komunikasi ditempat kerja, bila kekurangan atau tiada maklumat yang diberikan maka terjadilah kesalahan. Ingat signal kereta ingatlah pada komunikasi yang berkesan ya.
Solaris Mount Kiara benar benar seperti bukan berada di Malaysia....Malaysia sudah jauh berkembang.
2 comments:
Salam Masterji
Lama benar tidak melayari Blog ni. Kesibukan membuat masa tidak terluang.
Betul tu, kerana sedikit kesilapan ia membawa padah, walhal nak bagi signal tidaklah payah sangat. Sedangkan kereta tu dah dilengkapi dengan signal cuma pemandunya yg mesti tahu menggunakannya. Masa belajar dahulu bukan main patuh, tapi bila dah terror, jadi lupa dan diabaikan. Memandu laju tidak semestinya boleh membunuh, tetapi kealpaan ketika memandu membawa padah dan bakal menyesal seumur hidup.
Sekian, terima kasih.
Nazurin Osman
Coconut Group (MIHRM)
ssalam en rafi
betul tu sebab kejadian yg sama berlaku berhampiran dengan solaris mont kiara juga, nak masuk parking tak bagi signal, tetiba dia terlanggar penunggang yg yg mahu memotong..
motorsikal masuk ke bawah kereta saya yg sedang parking, penunggang dan pembonceng luka di kaki dan muka.. kesian aunty dan uncle tu..
kereta mahal,besar tapi bila tak gunakan kemudahan yg ada kan dah terjadi sesuatu yg tidak sepatutnya berlaku..
sama-sama kita mengambil ikhtibar dan pengarajan.. tidak susah pun nak tekan signal..
sekian
your MIHRM student
Lina (the housewife) huhuhu
Post a Comment