Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, May 3, 2011

Pelayaran

Berilah peluang kepada diriku,
Meneruskan pelayaran ini,

Dan mencari secebis erti,

Untuk aku berdiri.


Usah lah kau menghalang diriku,

Untuk mengejar cita ini,

Agar ku capai kejayaan,

Dalam hidup.


Ku hanya memberi satu kesenian,

Untuk dinikmati bersama,

Akan ku hulur dengan caraku,
Yang ikhlas ini.
Aku juga insan seperti mu,

Perlu melengkapkan diri,

Melalui lorong hidup ku,

Akan kuteruskan ,
Pelayaran ini sehingga hujungnya.

















Kadang hidup bak pelayaran.
Memang penuh dengan halangan ; ombak dan taufan. Laut mana yang tidak bergelora. Tetapi:
Cari lah Nakhoda yang berpegetahuan and boleh membimbing,
Cari lah rakan rakan yang boleh mengajar kita timbul dan bukan tenggelam pabila kapal kita karam.
Cari lah pertolongan ketika tenggelam dan jangan malu kerana malu tidak dapat menyelesaikan masalah,
Guna kan lah pelampung yang kuat dan tidak bocor...

Kita boleh berjaya cuma cepat atau lambat sahaja. Dengan syarat, tiang gol kita jelas dan ada usaha ke arah itu. Setiap halangan adalah pintu kejayaan. Sedikit keberanian kita pasti dapat membuka nya.

Kita mungkin pernah U- TURN kebelakang sewaktu yang lain ke hadapan therefore U- TURN semula ke hadapan sekarang! Saya yakin anda boleh!

Kalau Masterji boleh, anda pasti boleh dan anda boleh jadi lebih berjaya.

Kepada semua pembaca yang dihormati dan di kasihi, Masterji ucapkan jutaan terimakasih kerana mengikuti blog ini. Blog ini telah berumur satu tahun sekarang. Bermula dari 2 May 2010 hingga kini sudah setahun.
Pada Pn Noor Jahan, Encik Azaman, Pn Sonia, The One dan yang lain lain sering menghantar komen terimakasih saya ucapkan.

Tempuhi lah pelayaran dengan sabar, keberanian, keimanan , daya tempur yang tinggi , tiang gol yang jelas dan penasihat penasihat yang membina.

6 comments:

one said...

Salam masterji.

Lama dah x masuk. Br blk overseas. Bkn pg holidays tp keje.

Terharu bila master boleh berpuisi and satu pelayaran yg penuh suka, duka, pahit, manis dan asam garam kehidupan. Kita sebagai manusia terpaksa melalui ini tapi bukan semua orang yang berjaya. Ramai yg tenggelam kerana tiada kwn yg bimbing dan ada segelintir yg berjaya dibimbing oleh masterji. Salah sorang ialah saya. Ada kwn yg berjaya menarik saya dr jadi parking meter membuat U turn dan terus mensasarkan tiang gol sehingga berjaya.

thanks masterji kerana menjadi kawan itu....

azaman said...

Masterji,

Wan boleh terharu, saya pulak ketawa. Tak tau bila masa kawan kita ni berhati sentimental. Sorrylah Masterji, walau pun sudah diberi "arahan" jangan ketawa, tapi tak boleh tahanlah.

Tahniah diatas ulangtahun pertama Blog Masterji ini. Kalau boleh bertahan 1 tahun continuously, itu sudah kira satu pencapaian yang hebat. Kami semua ni tumpang sampuk aje. Menambah perisa.

Wah, Wan balik oversealah. Wan pergi mana tu? Mungkin boleh share pengalaman (yang bestlah). Rafi dia pergi oversea balik bawak cerita driver taxi. Hebat tu.

Saya doakan agar blog Masterji ni kekal sampai ke akhir hayat Masterji.

azaman

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Pertama sekali tahniah sebab berjaya melayari pelayaran yg penuh cabaran sehingga ke tahap ini. Contoh gambar yang sangat jelas....dari satu tahap ke satu tahap. Syabas!!! Anyway suka sekali gambar no. 2 tu...menangis David Arumugam tengok..ha..ha...(gurau jer)!!!

Ombak badai sentiasa melanda pelayaran kita...oleh sebab itulah ada yg karam di tengah laut kerana kurang persediaan dan tiada atau kurang mendapat sokongan dr orang di sekeliling. Sama2lah kita berdoa agar kita dapat teruskan pelayaran kita dengan lebih sempurna.....

Rock is Artwork said...

Pelayaran...
Jika Munshi Abdullah mengkhayalkan kita dengan Kisah Pelayaran Munshi Abdullah yang membawa kita meneroka perjalanan beliau dari satu tempat ke satu tempat, ianya di namakan makanan jiwa untuk mengenal diri.
Tetapi, Pelayaran di tangan Masterji mengajar dan mengasuh juga menyedarkan kita bahawa manusia itu sebenarnya adalah manifestasi keinginan. Manusia boleh berubah, sama ada dengan pilihan sendiri(seperti yang di jelaskan Masterji) atau berubah akibat iklim perubahan yang memaksa untuk berubah.
Alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia ; saya suka simpulkan dengan patah ayat begini.
Secara berdikit, kekaguman saya pada Masterji mula membenihkan harapan yang saya juga boleh menjadi seperti Masterji.Sesiapa juga boleh menjadi manusia yang berjaya asalkan ada keinginan dan tekad yang jitu bersama usaha yang tak pernah mengenal lelah.
Terima kasih kerana sering menghidangkan saya dengan ilmu berguna.
Antara sedar dan tidak, blog yang mulanya hanya di tulis sekadar satu perkongsian ilmu sudah berusia setahun. Tahniah.

Dr.Fatini Hasbullah said...

Masterji,
Amboi, pakai baju bunga-bunga yer.Muda-muda kacak, sekarang pun masih kacak, pujian ikhlas ni.
Walau kita kurang dari segi ilmu tapi penampilan kena nampak kemas, betul kan Masterji?
Hahahahaha....
Saya suka cara Masterji menulis blog ni, mudah faham.

sonia said...

Pelayaran kita kini menuju ke penghujungnya. Hanya tinggal sekelumit sahaja lagi. Apa yang kita dapat dari pelayaran ini? Di mana pelabuhan seterusnya?
Masterji mengajar saya bagaimana untuk menjadikan pelayaran ini lebih bermakna. Terimakasih masterji..