Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, August 28, 2012

SAM - Syafiq Yusof

Tahniah pada pengarah muda negara Syafiq Yusof. Filem yang diarahkan cukup mencerminkan ciri ciri kedewasaan walaupun beliau masih muda.

Satu percubaan yang berani, menarik dan terkini !

Kenapa terkini? Isu psychological adalah salah satu isu atau fenomena yang makin meningkat di negara kita. Masalah stress, split personality, mendengar bisikan untuk membunuh rakan rakan, ahli keluarga sendiri, masalah tekanan dari awal kehidupan yang bertukar menjadi dendam adalah isu yang kerap berlaku sekarang.

Mungkin amat kurang atau tiada yang berani melakukan filem genre begini ditakuti tidak mendapat sambutan tetapi saya lihat sambutan yang diberikan amat mengalakkan. Malah saya terfikir filem seperti ini juga
mempunyai tempat dan peminat sendiri. Golongan pakar rawatan jiwa, lawyer, dan segelintir lagi juga meminati filem seperti ini. Malah filem ini saya syorkan untuk orang ramai kerana anda akan dapat pelajari banyak perkara seperti pemilihan teman lelaki yang sesuai, pemeriksaan latar belakang seseorang, bagaimana untuk merawat anak yang jiwa nya kacau, dan juga berhati hati berurusan dengan pesakit mentaly disturbed ini.

Tersalah cabar, tersalah gurau boleh membuatkan mereka tidak dapat berfikiran logik dan hilang pertimbangan. Mungkin ada sejarah awal yang membuat mereka berpindah alam atau mempunyai lebih dari satu alam.
It's a matter of when they are they and when they are not depending on the circumstances they are.

Kisah SAM diwaktu kecil dan kekejamannya saya fikir harus di panjangkan sedikit agar kelihatan beliau konsisten dalam masalah kekeliruan diri. Pengarah Syafiq Yusof telah berjaya mengwujudkan satu watak kejam yang mengerunkan iaitu SAM. SAM membawa saya mengingati Hanibal Lecter dalam Silence of The Lambs , Francis Dolarhyde Tooth Fairy dalam Red Dragon, Perkins dalam Psyco oleh Alfred Hitchcock dan Aaron Stampler dalam filem Primal fear bersama Richard Gere.

Kalau dalam filem Silence of The Lambs kita kan jumpa doktor yang kejam Hanibal Lecter memakan daging manusia.
Kalau di dalam filem Red Dragon, kita kan bertemu dengan pemuda yang terganggu jiwanya yang menjadi pembunuh membawa gelaran Toot Fairy bernama Francis Dollarhyde yang memuja sebuah gambar Red Dragon and the woman clothed in sun. Beliau percaya lagi ramai mangsa yang dibunuh akan membuatkan impian beliau menjadi Dragon seperti didalam gambar berkenaan akan menjadi realiti.

Kalau di dalam filem Primal Fear kita akan bertemu Aaron Stampler yang punyai masalah split personality. Aaron sebenarnya tiada split personality kerana beliau berjaya mengwujudkan personality yang lain agar perbuatan nya membunuh dapat dikelirukan.

Dan dengan SAM , anda akan dapat melihat seorang kanak kanak yang sensitif , terganggu, mendengar bisikan dan kemudian menjadi seorang pembunuh . Filem yang twisted dan brilliant.

Benar filem yang berunsurkan cinta amatlah menarik dan teruskan menonton tidak mengapa agar cinta kita pada pasangan kita akan sering mekar tetapi saya cadangkan agar kita jalan kedepan sedikit untuk melihat dunia reliati kemanusiaan. SAM wujud diantara manusia di dunia ini, dimana, berapa ramai , bagaimana ...itu akan kita pelajari didalam filem ini.Saksikan lah...

SAM harus di teruskan untuk filem yang akan datang. Gergasi yang mampu bersaing dengan filem filem barat! SAM boleh dikejamkan lagi untuk isu yang lain. Tahniah Skop Production, Tahniah Syafiq!

No comments: