Sila KLIK untuk senarai carta terlaris di MPH Bookstores bagi minggu yang berakhir 20-Ogos-2012
Buku dulu pencuci kini pengurus masih lagi berada di tempat pertama senarai bestseller MPH minggu ini. Masterji pernah terdengar kata ramai sahabat yang lebih lama dalam bidang penulisan;
"Kalau novel pasti meletup tetapi buku motivasi ni susah sikit lah nak berkembang".
Mungkin ada benar nya juga. Setakat ini Masterji bersyukur atas pencapaian ini. Sebuah buku motivasi yang masih dapat bertahan. Kalau boleh biarlah terus berada ditempat yang teratas tetapi kalau berubah ke tangga bawah pun Masterji tetap bersyukur. Sekurang kurang nya cita cita saya telah tercapai cuma tak sangka jadi bestseller.
Ok nak kongsi sikit pepatah...
"The difference between a loser and a winner is; loser uses weaknesses not to win, winner uses weaknesses to seek for victory!"
-Rafi Masterji-
Pada Cik Fame Puan Noor Jahan thank you so much ya support hari hari pasal buku ni.
Juga pada Master Q Saniyah Kadir bersusah payah ke kedai buku untuk memantau keadaan dan membuat promosi terimakasih ya.
2 comments:
Salam Masterji....
HEBAT!!! Kejayaan DPKP, sebuah buku motivasi tidak dapat dinafikan lagi. Fikiran yg positif dengan berbekalkan usaha serta keyakinan telah menempatkan DPKP di hati pembaca. Kalau dengar kata2 negetif orang sekeliling....sudah tentu buku DPKP tidak akan wujud seperti hari ini.
Bak kata satu pepatah "You can do anything you wish to do, you can have anything you wish to have and you can be anything you wish to be"
@Hairi Nawi
Salam Masterji...
saya ingin memberi pandangan peribadi walaupun mungkin kurang kredibilitinya. namun saya percaya akal manusia masing-masing ada kelebihan tersendiri, jangan diperkecil kemampuan ciptaan Allah itu.
Bagi saya novel ataupun buku motivasi ada kekuatan masing-masing. sebagai seorang yang boleh dikatakan kaki buku dan kuat berkhayal, saya anggap novel sesuatu yang dapat mencetuskan idea.
manakala buku motivasi sesuatu yang dapat mencetuskan semangat. novel sesuatu yang agak berat kerana ia memerah otak untuk berfikir tentang pengajaran atau iktibar yang boleh diambil dari jalan ceritanya, sama seperti filem dan ada antara filem dibuat berdasarkan novel seperti "Ombak Rindu".
Berbanding buku motivasi, ia sesuatu yang agak ringan. tidak banyak menggunakan metafora dan straight to the point untuk memberi kefahaman tentang pengajaran yang boleh diambil dari jalan cerita pengalaman sebenar kehidupan.
saya ada membaca buku tulisan Zamri Mohamad bertajuk "Tips menjadi penulis bestseller". beliau menyatakan buku motivasi lebih ramai peminatnya kerana sifatnya yang ringan dan boleh menjadi panduan dalam menyelesaikan permasalahan hidup di alam realiti. Buku DPKP insyaAllah akan menjadi bestseller kerana banyak tips berguna di dalamnya.
namun, sekiranya pengalaman Masterji itu diolah menjadi novel, apa salahnya. ia sebagai satu platform untuk mereka yang suka berkhayal. bagi saya takda masalah jika ada orang berkata novel itu lebih bagus dari buku motivasi. buku motivasi pun boleh jadi buku bestseller kerana genre nya adalah umum. didalamnya boleh juga di selit dengan cerita pendek atau Cerpen sebagai cerita untuk teladan.
Post a Comment