Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, August 14, 2013

Bojan Hodak



Saya terdengar sesuatu dari penerangan Bojan Hodak ketika perlawanan  bolasepak tempoh hari antara Barcelona dan skuad Harimau Malaya.
Saya tiada komen tentang perlawanan berkenaan baik atau buruk. Biarkan pasukan Harimau berlatih dengan pendedahan bersama kumpulan kumpulan jaguh lain.

Saya juga berharap agar Malaysia satu hari nanti dapat masuk ke Piala Dunia.

Cuma saya ingin memetik ayat ayat yang bagus dari Bojan Hodak berkatian dengan Coaching dan taktik!

" They are creating space, they are running without ball with them"!
Menerangkan corak permainan Barcelona dimana pemain mereka tidak menunggu bola tetapi
mencipta ruang agar mereka dapat mencapai kejayaan. Mereka tidak menunggu bola kemudian mula berlari.
Mereka tidak bertumpu pada satu tempat.  Bermakna mereka mencorak kan bentuk permainan tanpa arahan!

Satu ungkapan yang bagus dari Bojan.

Mungkin sudah sampai masanya Malaysia memilih beberapa orang bekas pemain ataupun yang sedang bermain tetapi
tengah menuju ke umur persaraan diambil sebagai jurulatih dan dihantar ke Negara Negara hebat sebagai pelatih/ Trainees
atas biayaan negara.

Mungkin 3 tahun mencukupi. 6 bulan yang pertama sekiranya pencapain pembelajaran mereka tidak bagus bawalah pulang dan hantar
calon lain!

Ini cuma pandangan peribadi saya.

Ingat kata Bojan
"They are creating space , they are running without ball with them".
Begitulah pada pendengaran saya lebih kurang.

No comments: