Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, June 23, 2010

Sweet Child Of Mine


Apa khabar semua? Moga semua pembaca blog ini sihat, Aminn...
Terima kasih pada semua yang menghantar komen dan sms. Ada yang tertarik pasal tajuk DON semalam. Saya juga ada menggunakan beberapa scene di dalam movie berkenaan untuk sesi Leadership training. Gaya, pengaruh dan tactical approach yang di adaptasi dari filem berkenaan.

Komen Pn Noorjahan berkaitan sambung belajar itu amat menarik. Anda dalam kategori Make Time To Use time and anda bukanlah Merry Go Round ! Proses pembelaaran sungguh penting. Dalam siri Masterji Ke Puncak yang akan datang, kita akan kongsi bersama. Apa pun, anda cemerlang. Dari seorang setiausaha yang hanya menguruskan seorang pekerja sahaja , anda menjadi Pengurus Sumber Manusia dan menguruskan beratus ratus orang. Malah sudah sudah petah dalam undang undang pekerjaan. Satu lagi, ada orang tanya macam mana nak mempunyai aura Cik Fame. Mungkin boleh kongsi senyuman yang beraura Pn Norjahan tu. Boleh kot dalam 10 check points. Silakan ya.

Kali ini saya ingin berkongsi salah satu cerita berkenaan anak-anak saya bukan Junior. Tajuk nya macam lagu kumpulan Gun N Rosses pulak. Sedap lagu tu. Ramai yang nak tahu seterus nya apa jadi pada Masterji, Insyaallah masa akan datang. Masterji punyai banyak liku liku hidup yang mencabar. Apa yang akan di kongsi dapat membakar semangat yang lain yang senasib dengan Masterji.

Ada pertanyaan dari Pn Noorjahan pada Cik Sania , mana lama menghilang. Sibuk mengajar kot.

Setiap tahun pada hari ibu atau bapa, anak anak saya tidak pernah lupa untuk memberikan kad ucapan selamat hari bapa atau ibu kepada kami berdua. Kad-kad ini datang dari pada Junior dan dua orang lagi adiknya. Cikgu Rina dan Cik Senah Senator. Kenapa Cikgu Rina? Bila di tanya tentang cita-cita,jawapannya nak jadi cikgu, jawapan yang sama sejak umur 6 tahun sampailah sekarang. Suka mengajar abang dan adiknya di rumah. Gaya mengajar ada tapi subjeknya entah apa-apa.
Yang selalu jadi mangsanya ialah adik kepada Cikgu Rina iaitu Cik Senah Senator.
Kenapa Cik Senah Senator ? Sebab pada tahun kelahirannya ada satu drama yang bertajuk Senah Senator. Nama itu hampir menyamai nama beliau, Safidatul Hasanah. Tapi yang melekat ialah Cik Senah Senator sempena drama berkenaan. Bila di tanya besar nanti nak jadi apa, jawap nya cukup mudah, nak jadi polis . Pasal apa nak jadi polis? Nak tangkap abangnya,si Junior yang suka menyakat.

Semenjak usia lima tahun, saya sudah berpisah dengan bapa saya dan sehingga ke hari ini, saya tidak pernah lagi bertemu dengan beliau, lelaki yang saya wajib panggil bapa dengan selayaknya. Pengalaman saya sebagai seorang bapa mungkin amat sedikit tetapi saya tetap mencuba menjadi bapa yang terbaik pada anak-anak saya.Tidak banyak perbezaan di antara mempunyai bapa atau tidak.Bagi mereka yang kehilangan seorang bapa, Hari Bapa adalah saat-saat yang menyedihkan, menyentap segala perasaan. Bagi bapa-bapa yang masih hidup bersendirian dan menjaga anak-anak secara sendiri(sama ada kerana perceraian atau kematian isteri) anda sebenarnya seorang lelaki yang hebat dan cemerlang. Teruskan jasa mu. Hari Bapa adalah hari yang bermakna untuk anda. Bagi bapa-bapa yang telah meninggalkan anak-anak sekian lama tanpa tahu akan keadaan mereka, fikir-fikirkan lah. Dunia telah mengwujudkan hari yang di kenali sebagai hari bapa untuk kaum bapa di hormati maka selebihnya kita sebagai bapa harus menghormati diri dan status kita sebagai seorang bapa. Laksanakanlah tanggungjawap kita sebagai bapa. Bagi yang anak-anak yang di kasihi dan tiada bapa, jangan bersedih, anda harus menghargai ibu anda. Itulah bapa dan itulah ibu. Raikankanlah bersama Ibu anda.

Setiap tahun, tanpa gagal Cikgu Rina dan Cik Senah Senator akan melukis dan memberikan kad ucapan selamat hari bapa ataupun hari jadi. Pada mulanya saya akan tampal tetapi lama kelamaan saya fikir benda ini boleh menjadi asset. Pertama , mungkin anak anak di masa depan tidak akan melakukannya lagi maka kita boleh bercerita pada mereka betapa hebat nya anak anak di masa lalu, maka kita harus menyimpannya. Yang kedua, saya menyimpannya dan di tempat kan pada satu lokasi ataupun fail sehinggalah pada hari penting mereka. Hari penting berkenaan ialah hari perkahwinan mereka. Sekiranya saya masih bernafas, saya akan bukakan peti berkenaan dan tunjukkan pada mereka semua kad kad tersebut yang di berikan pada kita mengikut tahun pemberian. Inilah bukti penghargaan seorang ibu atau bapa pada jasa anaknya. Saya pasti mereka akan terharu. Saya pasti. Dan sekiranya di takdirkan percaturan yang di lakukan dalam hidup kelak tidak tepat, kemungkinan kad-kad yang di simpan boleh di jadikan ubat yang mujarab atau sebagai azimat mencari jalan pulang.

Kita harus belajar menghargainya walaupun hasil kad tersebut tidaklah seberapa. Mereka dengan begitu bersungguh sungguh ingin menghasilkan sesuatu untuk kita. Kalau di masa depan kita tiada mendapat apa apa daripada mereka, cukuplah dengan kad kad ini sebagai kenangan. Mereka pernah menyayangi kita dan pernah di berikan sesuatu walaupun sekeping kad buatan sendiri.

Itu adalah pandangan saya . Selamat hari bapa kepada yang lain. Teringat satu movie Hindi yang banyak mempengaruhi saya di zaman kanak kanak. AA GALE LAG JA. Lakonan Shahshi Kapoor dan Sharmila Tagore.
Dulu sewaktu kecil mummy selalu puji kata bibir merah macam Shashi Kapoor tapi bila dah besar hisap rokok jadi kurang merah macam Raja Kapur. ha ha ha.
Cerita berkisarkan seorang anak yang cacat membesar bersama seorang bapa dan tanpa ibu. Mengikut desas desus rakan rakan, watak kanak kanak itu di bawa oleh pelakon Hindi Ameer Khan yang popular dalam cerita Mann bersama Manisha Koirala.

Pada Cik Senah Senator dan Cikgu Rina, kalau lah membaca blog Babah nie, ingatlah pada Babah selalu.Terima kasih nak...

Dengarkan lah dendangan dua beranak yang amat bermakna ni . aai mere beta,.....kata bapa nya dan jawap si anak...

Diantaranya :
aai mere papa,
sun mera kehna,
cahe dukh hoye, haste hi rehna

Bermaksud :Oh my father, please listen to what i have to say whether we are in trouble/sadness always be happy and keep smilling.......

Monday, June 21, 2010

DON!


Terperanjat barangkali Encik Azaman dengar tajuk Don. Tingkah laku anda tidak sama tapi kepandaian dan kepantasan anda sama. DON adalah satu nama lagenda Mafia yang hebat! Amat licik, amat pandai, amat pantas dan berpengaruh . Setahu saya ada dua filem Hindi yang bertajuk Don. Satu yang di lakonkan oleh Amitabh Bachan dan Shah Rukh Khan.

Don adalah juga seorang mentor! Keberaniannya di luar jangkaan. Kata adalah kota. "Ketenangan dalam peperangan amat mustahak" katanya. Semua peperangan bermula dari pada akal dan bukan tenaga sepenuhnya maka harus bertenang. Banyak persamaan dengan nasihat yang saya terima daripada Sifu saya, Encik Azaman.

Beliau seorang yang tenang, amat tenang. Setiap apa yang di amanahkan, pasti akan di kerjakan dengan ketekunan yang amat tinggi bagi mengotakan setiap yang di kata.Di samping sifat penyabar, beliau yang saya kenali merupakan seorang lelaki tegas yang tidak pernah kedekut dalam berkongsi ilmu pengetahuan.
Di takdirkan Malaysia ini terlibat dalam peperangan dan kalau saya punya kuasa untuk menentukan , pasti saya memilih beliau untuk di tempatkan di barisan hadapan dalam skuad yang akan mempertahankan kedaulatan Malaysia. Dia, seorang ketua yang sanggup menahan asakan dan makian dari pihak atasan demi menjaga hati dan memastikan orang bawahannya terus tenang bekerja. Saya pernah menyaksikan bagaimana beliau di herdik orang atasan dengan mata dan kepala saya sendiri. Beliau diam tidak membantah dan cuba mencari kewarasan sebelum memberi penjelasan dengan fakta yang tidak terhenti alirannya.
Biar beribu peluru menderu datang padanya namun sifat lari dan tinggalkan medan peperangan bukanlah pilihan terakhir yang ada pada beliau. Falsafahnya "perlaksanaan bukan percakapan!"

Seperti juga watak Don, falsafahnya amat menarik ,"Don Ko pekerna mungkin nehi na mungkin hey" (amat mustahil untuk menangkap Don dan tidak mungkin dapat menangkap Don). Sehinggalah pada kesudahannya,Don gagal di tangkap dan Don berterusan hidup dengan tenang dan bergaya.

Don juga sesuai dengan entri kali ini , bagaimana seorang nenek tua yang berumur 60 tahun menyambung pengajian semata-mata kerana ingin mempelajari kehebatan Al - Capone. Entri berkenaan hasil perkongsian daripada Encik Azaman. Mesej saya adalah mudah, KALAU SEORANG NENEK YANG BERUMUR 60 TAHUN BOLEH KEMBALI KE GEDUNG KULIAH DAN MENYAMBUNG BELAJAR, APATAH LAGI KITA YANG MUDA INI. UMUR BUKAN HALANGAN.

MAGIC?
Saya perturunkan tulisan asal dari Encik Azaman yang di hantarnya kepada saya melalui ruangan komen di pada entri Whistle From Penang.

Salam Masterji,

Yang ini pasal wanita yang berumur 60 tahun tapi masih belajar di peringkat university.

Wanita kat US atau Europe ni, umur kalau dah 60 tahun pun masih di anggap "middle age". Apa taknya, cuba tengok Tina Turner, Joanne Collins dsb. Macam Konosuke Matsushitalah, "...young is in the heart..." or something like thatlah.

Dia ni rupanya ambik kelas kat U ni bukan nak degree sangat, tapi lebih kepada minat nak tambah ilmu. Kalau tak, dok pergi clubhouse dia orang jugak menghabiskan duit. Tapi yang bestnya, kelas yang dia ambik tu kelas Sociology - Organized Crime. Belajar pasal Mafialah, Yakuzalah dll. Biar betul nenek ni, kata hati sayalah. Saya ambik kelas tu sebagai elective, kot-kot nak jadi engineer tak dapat, jadi godfather boleh jugak.

Yang dia ambik kelas tu pasal dia "very interested" kat si Al Capone tu. Jadi dia nak lebih mendalamilah dunia Al Capone ni. Anyway, yang saya tak tahan tu bila dia dok tegur saya masa before kelas start, " Does your mother know that you are smoking?". Mak ooiihh! Gamam jugak sekejap. Saya jawablah, "yes she does. She is the one who ask me to smoke!!" Dia pulak gamam.

Pasal belajar pulak, dia nilah yang paling banyak sekali bertanya masa dalam kelas. Saya ingat saya sorang aje yang berbuku, tapi ada mat salleh lain yang sama-sama berbuku jugak. Orang dah nak balik, masa tulah dia dok tanya lagi. Tapi kalau di pikirkan balik sekarang, memang apa yang dia tanya tu memang soalan yang betul-betul nak tahu, cara orang nak belajarlah. Cuma kita ni aje yang banyak nak main.

Jadi semangat macam nilah yang kita nak masterji. Saya ni tang cakap tu bolehlah, tapi dulu sama jugak, lebih main dari belajar. Nasib baik tak ada kesempatan jadi Al Capone.....


Untuk itu, saya hadiahkan Encik Azaman dengan video clip di bawah ini, MAIN HOON DON. Jadikan kenangan dan anda adalah sepantas dan berpengaruh sepertinya.


Thursday, June 17, 2010

"HO FATTO PIANGERE IL BRASILE"


Terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini. Di fahamkan,banyak yang terkedu setelah membaca Masterji ke Puncak. Terima kasih kepada semua ucapan dan komen perangsang yang diberikan.

Kata Encik Azaman " Itulah Universiti yang sebenar" Betul. Kesusahan adalah guru yang terbaik. Tapi kalau kita sedar.
Saya juga bernasib baik dapat bertemu dan bekerja dengan Encik Azaman, setiap pertemuan kita pasti berakhir dengan ilmu pengetahuan yang di perturunkan walaupun ketika waktu rehat lima minit.
Masih jelas di ingatan saya, Encik Azaman tidak pernah mengarut atau bercerita tentang benda benda yang tidak senonoh. Setiap patah perkataan yang keluar , adalah wang sebenarnya jikalau pendengar itu menggunakan akal. Walaupun Encik Azaman adalah rakan akrab kepada anak seorang mantan Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak pernah bongkak, mendabik dada dan mengambil kesempatan dari persahabatan itu. Beliau tetap bekerja seperti biasa dan makan gaji seperti kami semua. Beliau adalah khutub khanah ilmu pengetahuan dan cerminan keperibadian yang amat sempurna.

Saya amat tertarik juga pada ayat Pn Noorjahan , "Bapak tidak mahu wang, tapi biarlah orang lain kata , anak anak Sultan baik dan berjaya'... Sungguh terharu. Simple and precise. Lengkap. Mungkin cara pemikiran Mummy dan Encik Sultan lebih kurang sama. Apa yang dapat saya lihat,hari ini Puan Noorjahan amat jelas, anda telah berjaya menjadikan kata kata bapa anda menjadi realiti! Siapa sangka dari seorang setiausaha anda berjaya menjadi seorang HR Manager yang amat berlainan skopnya. Hari ini anda yang saya kenali punyai perwatakan yang berpengaruh. Siapa sangka anda pernah menjadi seorang setiausaha! Anda menjadi pemimpin wanita yang cemerlang kepada negara . Anda menjadikan pelabur Jepun mempelajari Malaysia dengan lebih cemerlang. Siapa kata wanita Malaysia tidak hebat! Siapa bilang wanita Malaysia hanya layak mengemudikan dapur dan pinggan mangkuk sahaja. Siapa bilang wanita Malaysia hanya minat memastikan pokok pokok bunga tumbuh dengan pelbagai warna . You proove it no! Wanita Malaysia juga boleh menguruskan perubahan syarikat. Wanita Malaysia juga bisa menguruskan 500 orang yang kepelbagaian perangai nya. Wanita Malaysia juga mampu memastikan syarikat bergerak setiap hari pada landasan yang sepatutnya! Tahniah. Bapa anda berjaya menjadikan anda seorang pemimpin. Di kala wanita lain lebih senang menjalani kehidupan di belakang tabir tapi anda ke depan dan bergelumang dengan cabaran. Cemerlang! Teruskan.

Mungkin ada di kalangan pembaca sedang pening memikirkan tajuk entri hari ini. Itu bahasa Italy yang bermaksud, I MADE BRASIL CRY. Ini adalah tajuk buku yang di tulis oleh Killer Player Italy , Paolo Rossi pada tahun 1982. Beliau menulis buku ini selepas pertandingan World Cup'82 di Sepanyol. Saya amat tertarik pada World Cup tahun berkenaan.

Beliau telah membawa pasukan Italy menjadi juara pada musim berkenaan dengan impak yang begitu kuat. Kerana beliau, nama-nama hebat ketika itu seperti, Falcao,Socrates, Zico dan Diego Maradona menitiskan airmata dan menyaksikan bagaimana pasukan gergasi seperti Argentina , dan Brazil di tewaskan oleh pasukan Italy atau lebih tepat penangan Paolo Rossi. Nama beliau selepas itu menjadi gemilang sehinggakan Raja Bolasepak Dunia , Pele mengistiharkan beliau '125 all time- greatest players".

Namanya tidak sehebat Zico, mahupun Maradona pada permulaan kempen pada musim berkenaan. Malah banyak yang mencemuhnya kerana faktor fizikal yang tidak menyakinkan. Tetapi kecekalan jurulatih beliau telah memaparkan kejayaannya selepas itu.

Beliau benar benar "pembunuh". Berjaya membantu menumpaskan pasukan Argentina dan mencapai kemuncaknya pada perlawanan yang paling penting ketika itu. Perlawanan suku akhir. Italy akan bertemu Brazil! Brazil yang ketika itu yang terkenal permainan ala samba di barisi oleh pemain ternama seperti Zico, Falcao, Socrates dan lain-lain terpaksa akur akan kehebatan Rossi. Brazil tewas 3-2 . Perlawanan yang menyedihkan Brazil dan memeranjatkan penonton di seluruh dunia! Saya masih ingat , Zico pemain yang paling menonjol ketika itu menangisi kekalahan Brazil.
Italy yang di jangka akan tewas kepada Brazil akhirnya telah memenangi perlawanan tersebut dan seterusnya menjadi johan pada tahun berkenaan mengalahkan West Germany. Rossi di labelkan sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan berlangsung. Beliau selepas itu di berikan penghormatan untuk menulis buku, I MADE BRAZIL CRY. Kemudian banyak pakaian serta kasut yang di hasilkan dari nama beliau. Saya punyai sepasang kasut yang berjenama Rossi. Bergaya ke sana ke sini.

Tiada yang menyangka Rossi menjadi killer!

Apa yang boleh kita pelajari dari kehebatan legenda Rossi?
1. Kita harus ada "pembunuh" di tempat kerja kita. Kita harus ada Engineer yang berupaya mencipta produk yang bisa menghancurkan pesaing kita!
2. Kita harus ada Manager yang boleh membunuh idea idea lama yang tidak relevan dan budaya kerja yang negatif untuk kemajuan syarikat.
3. Kita harus ada produk yang boleh membunuh produk-produk yang sama tetapi dari syarikat lain!
4. Carilah di kalangan pekerja anda sekarang , sesiapa yang mempunyai kualiti seperti Rossi. Kalau di gilap dan di uruskan dengan betul , mereka boleh jadi Killer Employees! Membunuh berdasarkan kekuatan dan kelebihan masing masing.

Kadangkala dalam peperangan , bukan berapa ramai askar yang kita ada tetapi berapa ramai yang berkesan! Berapa ramai yang mampu jadi seperti Leftenan Adnan!. Cari, gilap dan uruskan dengan sempurna. .

Esok entri hebat. Kalau di izinkan kita belajar bagaimana seorang nenek boleh berjaya. MAGIC?

Ramai yang ingin mengetahui ke mana Masterji selepas bas mini, kita akan sambung kemudian.

Whistle from Penang


Entri kali ini saya cuba lari dari perkongsian cerita/pengalaman saya buat seketika,cuma seketika, entri akan datang insyaallah saya akan kembali berkongsi dengan cerita Masterji.

Kepada Encik Azaman,
Komen Encik Azaman tentang wanita berumur 60 pun masih belajar itu cukup bagus. Di lain kesempatan, bolehlah berikan saya maklumat lengkap dan kita akan berkongsi bersama di dalam blog ini. Nampaknya , you still got your bite ya . Masih kuat membaca. Bagus. Sifu yang berjaya.

Kepada Pn Noorjahan ,
Ada yang bertanya kepada saya, macam mana nak jadi Cik Fame tu. Saya tak boleh nak jawap. Mungkin boleh bagi sepuluh key points sebagai tips kot. Bagaimana senyum yang berkarisma boleh di bentuk.

Seantero dunia, sampai ke pelusuk dan ceruk mana sekalipun yang ada manusia yang memahami sukan bolasepak akan ternanti penuh debar keputusan setiap perlawanan Piala Dunia yang sedang galak berlangsung di negara penuh debu, Afrika Selatan. Sebuah negara yang sebelumnya di kenali kerana dasar apartheid kini di terjah manusia-manusia yang gilakan sukan nombor satu dunia itu.
Ahh...demam Piala Dunia sudah bermula, mudahnya di sebut begitu.

Negara kita, Malaysia juga turut menghantar seorang wakil ke Piala Dunia edisi ke 19 kali ini bila pihak FIFA memilih Subkhiddin Mohd Salleh, guru
mata pelajaran kimpalan dan fabrikasi logamdi Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010. Itu adalah satu penghormatan kepada Malaysia dan arena bola sepak negara. Figura lelaki berusia 44 tahun ini semestinya menjadi perhatian bukan saja rakyat Malaysia yang nyata berbangga, sebaliknya bakal mencatat sejarah tersendiri bagi temasya empat tahun sekali itu. Beliau akan turut serta bersama 29 pengadil dari ceruk dunia yang lain bagi mengadili perlawanan 32 negara yang bertanding bagi edisi Piala dunia kali ini.
Mubarak Ko, Mubarak Ko Subkhidin Ji!

Beliau yang pada mulanya hanya memasang impian sebagai pengadil bolasepak sejak mula bergiat aktif pada tahun 1990 sudah tentu tidak menduga akan di angkat sehingga ke pengadil Piala Dunia. Ini juga bukannya percubaan kali pertama beliau kerana pada edisi Piala Dunia kali ke 18 di Jerman pada 2006, beliau telah terpilih tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.
Keazaman dan semangat beliau akhirnya membuahkan kejayaan.

Ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada beliau. Bak kat Vince Lombardi , jurulatih American Football yang terkenal, "Play to your strength" . Gunakankanlah kelebihan kita
semaksimum mungkin, walaupun kemahiran kita hanya pada satu aspek sahaja. Walaupun hanya satu, tetapi jika di uruskan dan di asah dengan betul, rajin, sabar dan sedikit kebijaksanaan maka pulangannya amat berbaloi dan lumayan.
Sesuatu yang di luar jangkaan bila seorang pengadil dari negara kecil seperti Malaysia mengendalikan perlawanan penting seperti Piala Dunia. Bukan itu sahaja, seorang seniman seperti Dato' Lat yang hanya memasarkan kebolehannya melukis juga telah berjaya mengharumkan nama Malaysia melalui siri lukisan Kampung Boy beliau.

Apa pun proffesion kita, kalau di uruskan dengan nawaitu yang bersih dan jelas, di uruskan dengan rajin dan beretika, di uruskan dengan akal dan pembelajaran yang berpanjangan, Kita pasti cemerlang.

Sebagai sebahagian dari budaya bangsa Melayu, banyak sekali pepatah Melayu yang boleh di jadikan sebagai panduan diri bagi mencari kejayaan. Tapi ramai yang menggunakannya ke arah kehancuran.
Sebagai contoh; Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bagi Subkhidin, beliau mengadaptasi pepatah ini secara
total dengan cara yang betul.Bermula dengan minat, kini bidang yang memerlukan timbang tara secara adil ini memberi pendapatan dan kemakmuran kepada beliau, kalaupun tidak menjanjikan kekayaan.
Pun begitu, ada juga segelintir yang lain akan mengadaptasi pepatah ini secara salah,umpamanya alang alang menjadi rosak biar sampai jadi jahanam. Hah ini malapetaka namanya!

Bersama,kita jadikan Subkhidin sebagai contoh positif. Beliau mendahului kita sebagai rakyat Malaysia yang di kenali dunia di antara jutaan rakyat Malaysia yang lainnya. Bagaimana dengan kita?
Beliau berjaya dalam kerjayanya. Kerajinan boleh membawa kita merentas benua sehingga ke Afrika Selatan, membawa bersama nama keluarga, bangsa , agama dan juga negara kita.

Encik Azaman, The One , Pn Noorjahan dan yang lain-lain pilih pasukan mana pula pada Piala Dunia kali ini? Cik Sania atau a.k.a Sonia Shakir pilih pasukan Jepun.
"Rising Sun", kata nya. Samurai saya Shahrul Nizam memilih negara German sebab dia bilang "depa ni robust". Nanti yang lain-lain tolong feed back ya. Saya pilih salah satu pasukan yang masuk final nanti. Ha ha ha. Jawapan selamat!

Esok satu lagi cerita motivasi yang boleh membantu kita melonjak ke hadapan! Juga berkaitan dengan World Cup. I make Brazil cry! Hebat orang ini. Tunggu ya.

Monday, June 14, 2010

Ring My Bell



Terima kasih kepada yang menghubungi saya dan memberi maklumbalas secara langsung berkaitan entri I Wanna Change.Kita terlalu sibuk untuk orang lain tetapi kurang meneliti diri sendiri.

Terima kasih saya pada Abang Man yang telah mengirimkan sms kepada Encik Ridzwan Abu(seteru saya?) berkaitan kewujudan blog ini.Statistik pelawat blog yang semakin menunjukkan peningkatan dari hari ke hari sehingga menghampiri angka 300 orang sejak di lancarkan kira-kira sebulan lalu member saya motivasi yang tinggi untuk terus berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada pada saya.

Terima kasih juga kepada Puan Norjahan (ingat entri FAME?), yang telah mengesyorkan kepada beberapa orang rakannya untuk melawat blog ini. “Gagal sekali tidak bermakna gagal selalu..” saya pinjam kata-kata ini dari Puan Norjahan. Dan kata-kata ini akan saya jadikan sebagai mantra untuk sesi latihan kendalian saya pada masa akan datang.Dalam hidup jangan mudah berputus asa.Kegagalan banyak member pengalaman untuk lebih bersedia pada cabaran masa mendatang.
Hidup harus diteruskan. Kenangan menjadi Kapten Hook amat berharga. Selepas berhenti dari MTC,Abang Labu beralih menjadi ketua Chef. One Man Gang pula telah berjaya membeli sebuah lori dan menggaji seorang kelindan sepenuh masa. One Man Gang sehingga hari ini masih berhubungan dengan saya. Lagak samsengnya masih seperti dulu.Hanya pada cirri fizikal nampak seakan samseng, tetapi memiliki hati yang bersih.Kalau berjumpa di Bandar Klang, kata orang yang mengenalinya, kunci pintu bandar Klang ada di tangannya. Entahlah..apa yang saya tahu hatinya mulia.

Kali ini , kita sambung semula cerita Masterji ke puncak, setelah mendapat banyak pertanyaan tentang nasib saya setekah di tamatkan perkhidmatan di MTC.

Selepas kontrak saya tamat di syarikat tembakau berkenaan, pengembaraan saya mencari sesuap nasi kembali bersambung. Dalam keadaan saya yang tidak mempunyai kelulusan tinggi, terasa perit untuk mencari pekerjaan yang berjawatan tetap. Mengenangkan nenek dan adik yang perlu makan setiap hari dan tinggal berasingan dari mummy, anak muda yang telah hilang zaman emas era remajanya ini perlu bertarung dengan keanehan hidup yang pelbagai sifatnya.Saya perlu dapatkan sebarang pekerjaan dengan segera. Tambahan pula, tekanan sentiasa memuncak bila teringatkan rumah kami yang selalu sahaja di putuskan bekalan elektrik akibat bil yang tidak berbayar. Pakcik hanya seorang anggota badan beruniform yang hanya mempunyai pendapatan cukup makan.Mummy pula sudah tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Rembesan airmata mula mengalir tenang bila teringatkan mummy yang sedang sibuk menyediakan makan malam ala kadar dalam gelap malam yang bertemankan sebatang lilin dan cahaya jernih torch light 3 bateri.Bandar Shah Alam pada saya hanyalah kemegahan nama yang tidak memberi apa-apa makna pada keluarga kami. Kami tersepit dalam pembangunan ekonomi dan kemelesetan hidup.
Di sini menanti, di sana menunggu. Di sini mummy menunggu untuk di bantu, di sana adik dan nenek menunggu untuk di bantu, sedangkan saya masih lagi tidak bekera.Nenek yang mula menyedari kesukaran yang sedang saya hadapi mengambil keputusan untuk menjual nasi lemak yang akan di hantar ke kedai-kedai yang berdekatan. Sekurang-kurangnya, dapatlah juga member adik belanja ke sekolah.Hati mudah tersentap. Untuk melegakan keresahan dan masalah yang semakin berselirat, saya semakin menjadi perokok yang tegar walaupun ketika itu zaman ekonomi sedang gawat. Terbayang dialog filem Azura, antara M. Rajoli dan Jamal Abdillah serta Syed Sobrie."Ini semua sijil sijil yang tak laku" marah M. Rajoli sebagai tokeh stesen pam minyak pada Zack sewaktu Zack nak minta kerja dan di bantu oleh Amir rakan baik Zack watak yang di lakun kan oleh Syed Sobrie. Ya betul, ada sijil tapi sijil saya tak laku nak buat macam mana. Kekadang rasa terlalu malu untuk makan tengah hari dirumah. Mummy tiada kerja. Malu . Malu kerana tiada membawa hasil tapi bila masa makan muncul. Kadang kadang sahaja tak muncul makan tengahari. Bila Mummy tanya kenapa" Busy sikit mummy" . "Macam orang kerja opis pulak" jawap mummy. Sebenarnya saya malu.

Ketika itu, rambut makin panjang tetapi lebih kemas. Masih selesa dengan sehelai jeans yang sudah hilang unsure-unsur thrash. Sudah semakin kemas. Banyak terikut dengan gaya Zack dan sedikit gaya Richie Sambora, gitaris Jon Bon Jovi tetapi saya masih lagi tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Semua kilang di kawasan Shah Alam sudah saya tanyakan peluang pekerjaan tetapi semuanya juga member jawapan yang sama. “Tiada kerja kosong..” . Saya mula menjadikan Pejabat Buruh sebagai rumah kedua. Setiap hari saya ke Pejabat Buruh menagih simpati mencuba nasib.
Esok masih ada . Benar! Kemunculan secara agresif aktiviti syarikat pengangkutan bas mini di Shah Alam memberi saya satu peluang yang sekian lama di tunggu. Saya mendapat kerja sebagai konduktor bas mini untuk sebuah syarikat bas mini no.6 yang mana basnya di warnakan dengan warna merah. Saya tidak banyak berdolak dalih kali ini. Pesanan Abang Din dan Abang Labu semakin jelas nyata, ungkapan “jangan malu, biar pegang hook asalkan jangan pegang tiang penjara” sentiasa member saya satu motivasi yang kukuh dan kejap di dasar hati.
Adik dan nenek seperti biasa gembira bila mengetahui saya sudah mendapat kerja.Nenek masih meniaga nasi lemak bagi meringankan beban saya.Nenek begitu kasihkan kami berdua. Arwah nenek seorang yang penyabar dan penyayang. Adik seperti mahu meminta pakaian baru untuk persekolahannya. Saya faham dan memberikan isyarat bulan seterusnya.

Ketika kokokan ayam pertama, tepat jam 5:45 pagi, kehidupan saya sebagai konduktor pun bermula.Bas bergerak awal sebab pelajar sekolah menggunakan bas mini juga sudah meningkat ketika itu. Sebelum saya keluar rumah pada hari pertama saya bekerja,mummy sudah menyiapkan secawan kopi panas dan sebagai tanda kasih sayang seorang anak pada ibu yang tidak pernah mengeluh, saya akan merapati ibu dan mencium pipinya, sesekali saya akan mencium kakinya juga.Saya mengenakan sehelai kemeja berbunga ‘feet’ dengan lengan baju yang di lipat sehingga ke siku,sehelai jeans biru pekat bersama sepasang kasut ‘high cut’jenama Aliph.Ibu akan menghantar saya hingga luar kawasan rumah dan matanya akan terus mengekori saya sehinggalah bayang tubuh saya hilang dalam dingin pagi.
Berjalan dan membaling rokok ke bibir pap! Tepat masuk dan dinyalakan. Ini kemahiran baru yang saya ada Membaling rokok ke bibir dari jarak jauh. One Man Gang juga pakar dan mahir dalam bidang itu. Kami belajar bersama. Dua dua lulus dengan cemerlang tapi sekolah bodoh.
Walkman tidak pernah lekang dari cuping telinga walaupun hari masih awal pagi Lagu dari kumpulan Scorpions, Rock You Like Hurricane. Zaman ini jugalah yang telah melahirkan kumpulan rock Wings tetapi saya tetap meletakkan Jamal Abdillah sebagai penyanyi nombor 1.
Ketika sedang berjalan untuk ke tempat kerja, saya sering teringatkan sahabat saya, si Romzi yang lebih di kenali sebagai One Man Gang. “Jie, aku dah dapat kerja Jie.”

Deretan bas mini sedang menunggu dan sedang di panaskan enjinnya. Saya di panggil oleh taukeh bas dan di berikan penerangan secara ringkas . Terangnya, “waktu kerja dari jam 6 pagi sampai 8 malam atau lebih”. Tak ada notes ataupun manual. Tak ada Business philosophy. vision, mission, petisyen, lotion semua tak ada. Orientasi di berikan oleh taukeh yang memakai kain pelikat dan jaket kulit tanpa di butangkan. Kemudian saya di perkenalkan kepada pemandu bas saya. Abang Amy. Rupa ala Amy Search. Rockers rupanya tapi kemas. Dia salam dengan saya dan suruh calit ibu jari tangannya dan ibu jari tangan saya. Selesai babak suai kenal dengan cara calit jari.
"Lu sape nama dik?' soalnya. "Rafi bang" jawap saya. "Nama apa tu. tak pernah gua dengar pun, gua Amy. Lu panggil gua Amy ".
"Set.." balas saya. Tapi sudah menjadi disiplin hidup yang di ajar oleh mummy, mesti panggil abang atau kakak bagi yang lebih dewasa dari saya. Kalau tidak penampar tepat sampai ke muka saya hadiah dari mummy. Mummy banyak menitik beratkan disiplin dan sopan santun diri. " Biar bodoh takpa, tapi perangai mesti baik dan hormat dengan orang" . Kata Mummy. Mummy tidak pernah beralah kalau ada masalah disiplin." Kalau kita bodoh tapi kita baik orang akan sayang kita dan tolong kita, tapi kalau kita bodoh lepas tu perangai macam setan, orang jadi lagi benci pada kita". Pesanan mummy.

Jadi saya kena panggil Amy itu abang kerana dia lebih berumur. Dipendek kan cerita saya panggil dia Brader Amy. Bermulalah status dan pengalaman baru. Brader Amy seorang yang baik. Suka bersiul. Kalau cakap suka menggunakan perkataan Lu, Gua. “Amende lah lu nie..”

Bas Mini saya mula beredar. Pelajar sekolah mula menaiki bas. Ada juga yang nak jadi rocker. “Habislah..”, gerutu hati saya. Di tangan saya tersangkut kantung wang syiling dan tiket bas mini. Harga satu tiket 50 sen. Budak budak KPP, atau UITM 30 sen sama macam budak sekolah.

Penuh sesak di awal pagi. Menggigil tangan dan badan sebab harus cepat mengambil wang dan memulangkan baki. Terpaksa bercakap supaya penumpang duduk dan menyuruh yang berdiri di muka pintu bas, masuk lebih dalam ke dalam perut bas. Nanti jatuh. Itu work order Brader Amy yang di berikan persis seorang penyanyi rock. Perasaan malu kembali apabila ramai yang memerhatikan kita. Beza dengan kerja angkat guni tembakau. Tak berani memandang mata penumpang. Ramai jenis penumpang. Orang ofis, orang tak ofis , pekerja kilang, cikgu sekolah, pelajar ITM atau KPP dan kakak atau pun Mak Cik yang mahu ke pasar. Kedengaran bunyi loceng dibunyikan tanda penumpang ingin turun.” Ring My bell”, kata Donna Summer dalam lagu nya.

Wangi bau haruman masing masing .Waktu pagi semuanya masih segar. Radio di dalam bas memainkan lagu rock sahaja yang mengikuti selera pemandunya, Brader Amy.

Hari pertama begitu memenatkan. Pukul sembilan malam baru pulang. Brader Amy sempat memberikan saya pinjaman sebanyak sepuluh ringgit dan berkata "Lu nanti bayar kemudianlah, tapi lu ingat esok pagi lu mesti datang awal tau. Lu, gua tengok kerja laju tapi mulut lu tak kecoh lah beb". Sambungnya "Lu kerja konduktor mulut kena bukak, sound lebih kurang, nanti passenger jatuh".
" Worait brader , saya ikut’,jawap saya. Sambil berfikir di dalam hati, “terrer brader Amy ni. Rock rock juga, safety tetap jaga. Bagus bertanggung jawap…”
Berjalan pulang. Satu lagi lantunan rokok ke mulut. Tepat. Dapat pendahuluan RM10 . Terus singgah kedai dan makan. Beli rokok kotak kecik 7 batang. “Cost buster”. Teringat dialog filem Azura lagi, "Zack kita dapat advance Zack,RM10. Cukuplah untuk makan malam kita ya Zack".Kata Ogy Ahmad Daud pada Jamal Abdillah ketika Azura di terima bekerja di sebuah butik pakaian dan berjaya mendapatkan pendahuluan RM10.Dari wang RM10 tadi, saya belikan roti, toseh dan teh tarik untuk mummy dan pakcik. Tamat hari pertama.

Seminggu berlalu, termasuk hari Sabtu dan Ahad. tanpa istilah “Saturday halfday, Sunday holiday”. Kerja sebagai konduktor ibarat “tak ada kerja tak ada gaji’. Di sini saya belajar betapa pentingnya leadership. Pemandu hanya memandu tapi saya harus menjemput orang duduk, berdiri di tempat yang selamat, memeriksa kalau ada yang ambil kesempatan meraba ketika sesak ataupun tidak bayar tambang. Ada juga yang tidak bayar tambang dan cuba menyorok di celahan puluhan orang di dalam bas mini. “Ciss..RM0.50 pun nak tipu”. Tapi bermulanya pembelajaran tentang problem solving dan risk management saya di situ. Human Behaviour ada pelbagai. Bila saya menjawat jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia rupanya semua behaviour yang di perhatikan adalah aset dan bukannya liabiliti .

Selalu berdiri di muka pintu bas dan hampir terkeluar. Bas sesak dengan penumpang. Rambut persis Richie Sambora dan Jamal terliuk di tiup angin.Cermin mata hitam menahan cahaya matahari. Saya mula berkenalan dengan ramai student UITM dan KPP. Teringat semula kisah mencuci jamban dan tingkap di UITM. Selalu melihat pelajar mengalas beg yang penuh dengan buku-buku ilmiah. Ada yang sebaya dengan saya tetapi nasibnya jauh lebih baik dari saya. Dia pegang buku tapi saya pegang kantung wang syiling dan tiket bas.
Memujuk hati,”takpa janji jangan pegang tiang penjara. Brader Amy menjadi rapat dengan saya. kami sering makan dan berborak. Masing masing dengan alam masing masing. Brader Amy hebat. Dia dapat makwe dari KPP.
Saya? Memang ramai yang mengusik tapi prinsip rock ketika itu ialah “no cintan cintan” .Pesanan mummy juga kuat di benak saya" Minyak ngan api kalau bertemu boleh terbakar, kalau tak ada duit lagi hangus". Lagipun siapa yang mahu berteman dengan orang tiada kerjaya.
Pada suatu malam, selepas meletakkan bas di tempat parking selepas kerja, brader Amy berkata" Pi, gua tengok lu jujur lah, lu tak pernah sapu sen (wang) ke dalam poket dari pada customer,semua lu letak dalam karung,lu jaga kerja lu bagus". "Mana brader nampak?" Tanya saya.
"Gua tengok dari cermin pandang belakanglah beb"
Di satu sudut yang lain, terbayangkan Thomas, Stephen dan Siva Kumar sedang tekun belajar. Thomas mungkin sedang bermain salji dan aku? Errr...aku entahlah. Tapi nenek dan adik harus makan nasi setiap hari.

Setelah bekerja hampir 6 bulan, saya mempunyai ramai penumpang tetap walaupun banyak bas lain. Salah satu sebab mungkin kerana lantunan rokok ke bibir. Ataupun mungkin kerana tarikan dari lagu-lagu terkini yang di pasang oleh brader Amy.
Selepas 6 bulan,saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja di sebabkan keadaan umur yang saya fikir sudah mahu masuk angka 20 . “Takkan nak kerja konduktor sampai tua. I wanna change.”
Walaupun begitu, saya tetap membelikan adik baju sekolah baru dan baju raya,tidak lupa juga saya belikan untuk nenek. Nenek gembira walaupun harganya murah. Adik juga begitu. Kenangan lama sewaktu kecil melintas di fikiran. Mummy sewaktu menjadi single mother , terpaksa bekerja dua tempat untuk menyara kami. Jasa mummy harus di bayar. Wajib! “Ada beza antara sampah dan manusia”, betul kata Mummy. Ketika itu dunia saya hanya ada adik. Saya selalu memboncengkan dia naik basikal. Ke mana berdua. Rakan rakan lama saya, Thomas, Stephen dan Siva Kumar jua mengenali adik saya. Saya mengambil alih tanggungjawap mummy untuk menjaga adik dan nenek selepas perpindahan mummy ke Shah Alam. Adik dan nenek harus di jaga. Jasa mummy harus di balas!

Saya kembali menganggur dan mencari kerja.

Apa yang kita boleh pelajari dari entri ini:
1. Seperti di pesan oleh abang Din - jangan malu. Kalau malu tak boleh ke mana.
2. Kata kata Mummy memang benar" Kalau kita bodoh tapi kita baik orang akan suka tolong kita" Benar dan amat benar sekali. Di hari kemudian bila saya mendapat kerja di sebuah syarikat MNC. Pesanan mummy ini amat berkesan. Walaupun saya tiada kelulusan tinggi, tapi oleh kerana budi bahasa dan sikap merendah diri didikan dari mummy , amat mudah untuk saya mendapat tunjuk ajar daripada senior saya dan seterusnya melonjak ke hadapan bukan kerana sekeping kertas bermaruah iaitu kelulusan atau sekeping sijil penanda bijak, tapi lebih banyak kepada sifat diri dan kerja yang beretika. Apa pun ketika itu saya tiada apa apa keleulusan kecuali SPM yang jauh daripada tahap cemerlang.Memang betul kata Mummy. Orang tengok kelulusan dan kelakuan. kalau tiada kelulusan orang akan tengok kelakuan. kalau itupun tiada maka tak dipandang oranglah.
3. Kata kata Brader Amy pada hari pertama saya bekerja "Lu kerja konduktor mulut kena bukak" walaupun bunyi nya kasar tapi ia bermakna kita harus berkomunikasi. Apa kerja pun kita harus berkomunikasi. Bayangkan lah kalau kita menyintai seseorang dan orang itu juga menyintai kita tapi masing masing malu untuk bercakap maka sampai bila pun cinta tiada berbalas. Begitu juga kerja. Arahan, laporan dan sebagainya adalah komunikasi. Kadang kadang kerja yang rajin sahaja tidak cukup. Harus pandai dan petah bercakap terutama kalau anda ingin menjadi seseorang di dalam syarikat anda. Macamana nak jadi Ketua Jabatan kalau tak pandai bercakap dan bercakap itu macam satu bebanan pulak.
4. Jelingan mata Brader Amy untuk memantau kejujuran saya juga sesuatu yang berguna. Selepas berbelas tahun kemudian, jelingan mata untuk meninjau ninjau itu penting untuk seorang Pengurus Sumber Manusia. Ia lebih baik dari sebuah CCTV.

Wednesday, June 9, 2010

I Wanna Change!


"Encik Azaman, thank you for your comment. terasa dekat walaupun you jauh sekarang. Mana tahu kan satu hari nanti akan di filemkan. Kalau di filemkan , Mummy saya orang pertama akan terperanjat. Insyallah. Semua watak termasuk watak Encik Azaman pasti saya akan selitkan. Tak salah jadi Mat Jenin cuma masalah Mat Jenin ni dia berangan di tempat yang salah dan bahaya. Gelihati saya bila Encik Azaman kata Zack pula yang akan ikut." Ramai yang terkejut baca entri toilet dan call serta sms. Itu lah kenyataan. Kalau saya boleh bangun dari tempat yang paling bawah tanpa apa apa dan penuh airmata , anda tentu boleh jadi lebih hebat kalau anda mencuba. Anda pasti boleh! Kali ini saya ingin bercerita tentang gambar di atas dan slogan yang tertera. Cerita Masterji ke puncak kita akan sambung di kesempatan yang lain. Gambar ini kiriman seorang rakan saya yang menjadi follower di dalam blog ini. Beliau kini sedang membina nama dan hampir menjadi another chapter of excellence! tahniah The One. The One sedang bersemangat tinggi menyahut kemajuan. Bagus."It is better late than never".
Kata-kata Leo Tolstoy dalam gambar yang saudara hantar amat berguna buat diri saya juga. Saya pasti gambar berkenaan juga memberikan makna yang mendalam pada saudara.
Terkadang waktu, kita terlalu sibuk untuk memajukan organisasi atau perkara-perkara lain sehingga kita terlupa untuk memajukan diri sendiri. Kita, seringkali tidak sensitif dengan diri sendiri, kurang meneliti ke dasar diri. Saya pernah di ajukan dengan satu soalan. "Berapa banyak tahi lalat yang ada pada saya?"
Ahh, sukar. Saya sendiri tidak pernah menghitung berapa banyak tahi lalat yang ada pada saya. Walaupun ianya di anggap sebagai perkara kecil, tetapi secara tidak langsung ianya berkait rapat dengan sifat mengenal diri sendiri.

Dengan usaha-usaha tertentu yang bermatlamat untuk memajukan tempat kerja/organisasi, kita sebenarnya menyumbang ke arah melengkapkan sasaran atau boleh di namakan sebagai mencapai KPI sesebuah organisasi.

Tetapi, persoalannya sekarang adalah bagaimana pula dengan sasaran kita sendiri? Perubahan-perubahan yang kita lakukan untuk memajukan diri sendiri? Berapa banyakkah pengetahuan yang telah kita kembangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya? Berapa banyakkah simpanan yang telah kita tabungkan tahun berbanding simpanan tahun lepas? Berapa ramaikah dari kalangan rakan-rakan kita yang sudah lebih maju dari kita? Adakah mencukupi hanya berbekalkan segulung Ijazah yang telah kita perolehi 20 tahun lalu? Adakah daya saing kita cukup kuat untuk berdepan dengan cabaran masa kini dan masa-masa mendatang?
Sebenarnya banyak yang kita boleh ubah. Seperti kata Leo Tolstoy " Every one thinks of changing the world. But No one thinks of changing himself".

Berbalik kepada rakan saya, The One, saya pernah mengajukan soalan pada beliau setelah melihat beliau kembali untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi walaupun sebenarnya beliau sering sibuk tugasan harian di tempat kerja,beliau menjawab " 24 jam sehari berlalu dengan saya terlalu sibuk. Sibuk untuk memajukan orang lain tetapi saya masih di tahap yang sama, tiada apa-apa perubahan". Tambahnya lagi " umur makin lanjut dan saya tidak mahu pencen dengan apa yang saya ada pada hari ini" .

Saya seringkali menggesa beliau untuk memajukan diri sendiri. " Hang elok pi belajar, ubah nasib, jangan mengeluh sahaja. Keluhan menghilangkan kemarahan atau keresahan tapi tiada membawa kemajuan". Nasihat saya pada beliau.Pada mulanya, beliau marah bila saya menasihatinya dengan sindiran yang sebegitu, tetapi kini beliau sudah menampakkan perbezaan yang ketara berbanding dahulu.Beliau di lihat semakin peka dengan buku-buku terbaru berkaitan pengurusan yang ada di pasaran dan ini sudah tentu menimbulkan perasaan cemburu saya padanya. Kalau dulu beliau cuma pandai mengeluh tetapi sekarang beliau mula petah mengajar saya tentang perbezaan strategi dia antara South West Airline dan Air Asia atau perbandingan strategi Mydin Shopping Centre dan strategi yang ada pada Wall Mart. Beliau juga sering berbahas lantang dan lagak bagai peguam dengan saya tentang Employment Act, IR Act dan pelbagai lagi akta undang undang.
Dulu, beliau akan berjumpa saya dengan pelbagai rungutan tetapi sekarang beliau datang dengan seribu satu pengetahuan.Hebat, anda sudah berubah!
Dalam usia yang hampir ke angka 40 tahun, jadual tugasan yang memerlukan beliau bekerja pada sebelah siang dan beliau perlu hadir ke kelas malam yang di adakan dari jam 6:00 petang hingga 10:00 malam, dua kali seminggu selama 2 tahun.Hari Sabtu dan Ahad pula banyak di habiskan masanya dengan membaca atau ke kedai buku.
Janjinya pada saya adalah untuk sampai ke tahap Master(Sarjana)," Rafi, macam mana sekalipun satu hari nanti aku mesti menang kalau berbahas dengan kau. Biar aku belajar dulu dan kau tunggu hari itu sampai" katanya pada saya setiap kali tewas dalam rundingan ataupun perdebatan. Bagus.Saya akan tunggu hari berkenaan.

Pada anak-anaknya, saya utuskan pesanan ini ;
"Ciumlah pipi bapa kamu di saat ini kerana bapa kalian mengimpikan perubahan yang berkesan. Bila kita berubah bukan sahaja nasib kita berubah malah nasib keluarga kita pun berubah"
The One,
"Anda harus terus mara. semalam adalah kenangan dan permulaan untuk esok harus bermula hari ini...
"

Kepada pembaca yang lain, contoh mudah yang ingin saya berikan.Wajah kita akan berubah bila di pakaikan solekan, maka banyak sekali kehidupan kita yang boleh di ubah jika kita solekkan.Itu adalah pasti.


Baru baru ini , ramai remaja lelaki atau pelajar sekolah menengah yang suka mendengar lagu " I Wanna Change" dari filem berbahasa Jepun,Crow Zero. Ceritanya mungkin kurang sesuai dengan remaja tetapi iramanya dan senikata lagu itu amat positif.Lagunya mungkin sedikit bingit tapi membakar.

Saya rasa di luar sana ada ramai yang seperti The One .Teruskan berusaha kerana anda bakal menjadi orang yang gemilang.


Tuesday, June 8, 2010

Captain Hook

Terima kasih pada semua yang menghantar sms dan juga yang memberikan komen dalam entri yang terdahulu.

Pn. Norjahan , terima kasih untuk komen entri Toilet. Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki sebagai khalifah
yang harus menjadi tunjang dalam keluarga. Kesusahan banyak mengajar kita erti sebagai manusia. Sebagai anak lelaki yang membesar tanpa bapa, saya harus mengambil alih tanggungjawab itu sepenuhnya. Walaupun bodoh dan tidak mungkin mempunyai kelulusan tinggi dan pangkat yang besar, sekurang-kurangnya jika mati nanti kita meninggalkan satu pencapaian. Setidaknya, berjaya menjadi pelindung dan lilin yang bersinar terang untuk keluarga walaupun cuma mempunyai kelulusan SPM dengan pangkat 3.
Pn Norsiah, lama sudah tak ketemu ya. Terima kasih pada komen Pn. Komen Pn mengatakan , banyak pengalaman temuduga. Iya, betul kita kena jual diri kita dengan cemerlang.
Pn sekarang sendiri rasa saya boleh menjadi penasihat atau pun tenaga pengajar dalam bidang temuduga yang cemerlang . Bagaimana anda boleh melepasi temuduga! Satu tajuk ilmu yang sesuai untuk Pn. Why not.
Kepada yang menghantar sms menegur fesyen rambut dahulu amat melucukan. Ada yang mencadangkan dari perkataan, who said a cleaner cannot become a manager di tukar kepada who said a kutu cannot become a manager!. Hahaha.
Bagus juga tu. Itu pun benar. Kerana apabila anda menjadi Manager, skop anda dan pengalaman terlalu luas.

Kali ini saya akan teruskan dengan entri perjalanan ke puncak yang tidak kurang hebatnya. Saya sengaja memberikan tajuk entri kali ini dengan nama Captain Hook!
Selepas agak lama bekerja di syarikat pembersihan, saya terpaksa memohon untuk berhenti kerana majikan meminta saya di tukarkan kepada daerah lain. Ketika itu saya terpaksa menolak kerana saya tidak boleh berpisah jauh dengan arwah nenek dan adik saya. Saya kembali menganggur. Aduhai nasib. Kali ini berseorangan. Saya kembali melawat pejabat buruh dengan membawa sekeping sampul surat yang terisi dengan sijil yang entah berguna entah tidak. "Tamat dari sekolah tinggi", dialog Jamal Abdillah dalam filem Azura. Hakikatnya pelajaran saya rendah. bukannya saya berkelulusan tinggi tapi cuma sekolah saya tinggi.

Dalam masa yang sama, saya di jemput oleh beberapa orang rakan untuk menghadiri majlis perpisahan setelah pengumuman keputusan SPM.Seperti yang di duga, ramai rakan mendapat kelulusan yang terpuji dan sebilangannya mendapatkan keputusan cemerlang tetapi keputusan SPM saya banyak menghasilkan angka 6 terbalik kecuali 3 atau 4 subjek yang sedikit memberangsangka. Sudah jelas, nasib saya umpama telur telur di hujung tanduk.Ibarat "the chase begin", ungkapan Don lakonan Shah Rukh Khan.

Selepas tamat menduduki peperiksaan SPM, kebanyakkan dari kami langsung tidak pernah berjumpa.Jelas terpancar kegembiraan pada setiap yang hadir. Riuh rendah cerita yang terbias dari mulut ke mulut. Ada yang membawa berita sudah di tawarkan ke universiti, ada juga yang berpeluang ke politeknik, segelintir kecil yang akan melanjutkan pelajaran di "oversea" dan sekumpulan yang lainnya dapat juga masuk ke tingkatan 6.
Pedih. Bagaimana dengan saya? Saya hanya berupaya menayangkan bentuk rambut yang menarik dan seluar "thrash lusuh" mengikuti peredaran zaman, kononnya.
Setelah selesai majlis tersebut, kami bersalam-salaman dan benar-benar merasai yang kami semua akan berpisah dan membawa haluan hidup masing-masing. Ada yang mendekati saya dan memberikan kata-kata semangat agar tidak berputus asa dan kembali menyambung pelajaran. "Yalah, siapa yang tak nak sambung pelajaran", detik hati kecil saya.Tetapi apakan daya, landasan kehidupan saya berbeza. Saya terbayang muka adik dan wajah arwah nenek. Setiap hari mereka mesti makan. Adik harus ada belanja untuk ke sekolah. Kalau saya sambung belajar, adik kena berhenti sekolah.Saya sama sekali tidak akan memperjudikan masa depan adik. Adik seorang perempuan, kalau dia berhenti sekolah bagaimana nanti masa depan adik?
Filem Ali Setan tidak mengambarkan lelaki sebagai setan sepenuhnya. Banyak lagi yang lebih setan. Sedangkan wanita yang bijak cerdik pun boleh di permainkan apatah lagi wanita yang yang kurang pendidikan. Tidak. Saya tidak mahu adik susah. Nenek sudah tua.,sudah uzur. Nenek sudah tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawap untuk mencari rezeki.
Dalam perjalanan pulang saya teringat rakan-rakan sebaya di kawasan tempat tinggal saya yang lama, Taman Eng Ann, Klang.Sebelum berpindah ke Shah Alam, saya menetap di situ. Saya singgah di situ.Di sini, kami banyak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan/perbualan harian.Masih tergiang-giang cerita rakan-rakan lama di situ. Thomas dengan bangganya menceritakan akan menyambung pengajian di US, Stephen yang juga akan keluar negara,Australia dan Siva Kumar yang ke sebuah universiti tempatan.
"Rafik, am going to fly far man". Kata kata Thomas tadi. Saya senyum dan tumpang gembira."I am going to fly also , fly kite" ,bisik hati kecil saya.
Selepas upacara give me 5 (tepuk sebelah tangan ) saya pun beransur meninggalkan mereka. Mereka benar benar berjaya.Selepas itu, mereka sering mengirimkan saya surat, menyampaikan khabar.Kini mereka adalah orang lain. Ketika itu , saya rasakan wang satu sen lebih bernilai daripada diri saya.

Saya menaiki bas dan pulang ke Shah Alam.Perlahan lahan air mata saya jatuh menitis ke baju. "Aku gagal dalam hidup ni. Tak pa lah. Kadang kadang hidup harus berkorban". Bak kata lagu P. Ramlee,"berkorban apa saja , harta atau pun nyawa, itulah tanda kasih mesra sehati dan sejiwa." Wajah adik kembali terbayang.

Mummy atas pengalaman kerja lamanya telah berjaya mendapatkan peluang temuduga untuk saya di Malaysian Tobbacco Company di Shah Alam. Kilang rokok.
Ketika itu tiada pekerjaan tetap,semuanya berstatus pekerja sementara. Saya pergi temuduga.Ketika itu lagu siulan saya ialah lagu In Trance kumpulan Scorpions dan sesekali lagu Azura dari filem Azura nyanyian Jamal Abdillah. "Aku hanya ada muzik dan Azura dalam hidup ini",dialog yang saya ingat sempena lagu berkenaan. Saya hanya ada muzik tak ada Azura.Perempuan mana yang mahukan saya? Kerja pun tiada..Apa nak buat. Tiada siapa yang akan menghiburkan diri kita kecuali kita.

Pegawai Sumber Manusia yang menemuduga saya bersetuju mengambil saya bekerja walaupun pada asalnya rimas melihat rambut dan pakaian saya. Syukur dapat kerja.

Wajah adik dan arwah nenek kembali berbunga. Hari yang pertama saya ke tempat kerja berkenaan berbekalkan nasi yang di berikan Mummy yang di galas di dalam beg sandang yang bercorak "Heavy Chain Loudness. Hidup harus berjimat. Pagi itu di sebalik ramai orang yang datang melaporkan diri terdapat dua orang yang saya fikirkan unik. Seorang berbadan besar lagak seorang kaki pukul. Di jaket nya tertulis perkataan One Man Gang. Fuhh, hebat.

Tiba tiba masuk seorang lelaki yang sedikit berumur dengan pakaian lagak gaya seorang Manager bersama beg bimbit James Bondnya. Kemas bergaya bersama kasut kulit hitam yang berjenama.Terlintas di fikiran saya, adakah ini Manager di bahagian saya nanti? Hati sudah gelisah melihat raut wajahnya. Dia membuka beg dan mengambil surat khabar yang berbahasa English dan duduk di barisan kerusi yang sama dengan kami. Saya memerhatikannya, atas bawah."Boss ni bagus, dia suka membaca sambil menunggu masa untuk punch card."

Sebentar kemudian, keluar seorang penyelia memanggil semua yang akan melaporkan diri pada hari berkenaan supaya dapat mengekori beliau ke tempat kerja kami. One Man Gang dan Abang yang berpakaian kemas tadi mengikuti kumpulan itu. Hati saya mula berdetik, "siapa abang ini?"
Penyelia tadi sempat menjeling dengan ekor matanya ke arah abang yang berpakaian kemas."Garang betul abang yang saya sangka boss ni sampai penyelia ni pun takut", fikir saya.

Kami di berikan tempat duduk untuk mendengar taklimat dan di ambil rekod kedatangan. Abang Boss dan One Man Gang juga duduk seperti saya. Tembelangnya pecah bila tiba sesi memperkenalkan diri. Rupanya, dia cuma sama seperti kami yang lain, pekerja sementara.Perut saya senak menahan gelak dan One Man Gang tadi memperkenalkan nama sebenarnya, Romzi.
Selepas sesi taklimat pendek, kami di bawa ke tempat kerja.Jelas kelihatan guni guni tembakau yang nampak amat berat sedang menunggu untuk di turunkan daripada lori dan di buka untuk menilai gred daunnya, di ikat semula dan di pikul untuk di muatkan kedalam pallet sebelum di angkut oleh forklift. Kami di berikan hook ataupun pengangkuk untuk menarik guni tembakau berkenaan di atas roller sebelum di pikul.

Hati mula gelisah."Kerja berat ni. boleh ke badan saya memikul guni tembakau tu dari 8 pagi sampai jam 5 petang?" Abang yang saya sangkakan boss itu sudah membuka baju kemeja lengan panjangnya dan cuma beralaskan sehelai singlet. Saya meneliti susuk tubuh One Man Gang dan saya yakin lelaki berbadan seperti ahli gusti itu tidak akan bermasalah dalam bekerja berat begini.
Kami bersalaman. One Man Gang memperkenalkan dirinya sekali lagi tetapi di ingatkan supaya memanggil beliau dengan nama Ramli Sarip."Ohh minat Ramli Sarip rupanya. patutlah berjambang". Abang yang saya sangkakan sebagai boss tadi bernama Hanafiah.

Kami di tempatkan di satu kawasan. Hanafiah di suruh memotong penjuru guni tembakau yang sudah tersusun. Dalam satu conveyor ada 20 guni dan di darab dengan enam conveyor dan setiap guni itu beratnya lebih kurang 60 kilogram. Saya di tugaskan mengikat guni yang sudah di potong hujungnya selepas di nilaikan gred daun. Manakala One Man Gang, di arahkan membuat kerja-kerja stacking dan memikul guni yang sudah di periksa dan di ikat semula. Giliran akan bertukar setiap 2 jam. Panas betul suasananya.

Sewaktu rehat pagi, saya membuka t-shirt yang saya pakai dan nah, peluhnya jika di takung boleh memenuhkan setengah jag air. Dulu kerja cuci, tapi bahaya sekarang kerja berat. Jiwa anak muda dan pekerja yang termuda di situ mula kacau.

Kami bertiga menjadi sahabat karib , Abang Hanafiah, One Man Gang yang di geruni dan saya. Selepas seminggu bekerja, barulah saya tahu yang Abang Hanafiah bekas seorang kelasi kapal. Tugasnya sebagai tukang masak. Terus namanya kami tukar, kami memanggil nama beliau dengan nama Abang Labu.Nama itu sebati sehingga ke hari akhir kami bertemu. Daripadanya kami banyak mengetahui tentang indahnya hidup sebagai kelasi kapal."Pi, life beyond the sea is wonderfull" . Katanya, beliau sempat ke Jepun, US, Indonesia, Australia, Singapore , Italy dan berpuluh lagi negara di dunia. "Gaji macam mana?" ."Banyak.." katanya.
"Habis apsal berhenti" soal saya sambil di perhatikan oleh One Man Gang persis seorang samseng.
"Berhenti pasal dah kahwin jadi kena kerja di darat"
"Oh begitu,"saya mengiyakan. Abang Labu memberi saya semangat baru. Alang-alang menjadi lilin, kerja ini mungkin sesua untuk saya. Biarlah tak berkahwin ataupun lambat berkahwin, di samping mendapat gaji yang lumayan, ada peluang flying far , seperti kata Thomas.
Setiap bulan saya boleh kirimkan wang pada adik. Lagipun hidup atas kapal berbulan-bulan dan duit gaji akan terlonggok sekaligus,tentu saya dapat kirimkan wang yang lebih pada adik dan nenek.

Ungkapan kata-kata dari Thomas pada saya mula terngiang di gegendang telinga." Rafik, am flying far man,".
Ya aku pun boleh ke seberang laut dengan cara ini, setidaknya satu hari nanti!

Hari hari yang seterusnya kami mula mahir dalam menggunakan hook ataupun menjadi Captain Hook.Saya pernah membuka gloove dan melihat tapak tangan yang banyak luka dan berparut serta hitam warnanya kerana memegang hook terlalu lama. Mulut pantas mengeluh" Cis hitam habih tangan". Keluhan saya tadi tertangkap di telinga Abang Labu, pintasnya ,"Pi, biar tangan hitam , jangan hati kita hitam" . Kata-kata Abang Labu tadi terjerat kukuh di benak saya.

Pada insiden yang lain, saya pernah mengeluh di hadapannya, mungkin kerana sudah merasa bosan," Hari hari pegang hook". Jawapan yang cukup educated saya fikir darinya" Biar pegang hook janji jangan pegang tiang penjara" . Ahhhh, Abang Labu melontar kata-kata yang berbaur azimat untuk saya.

Abang Labu seterusnya menjadi penasihat yang berguna pada saya dan juga One Man Gang. Selain daripada nasihat Abang Din sewaktu saya menjadi pencuci dahulu, Abang Labu juga banyak memberikan saya teguran berguna. Antara kata-kata nasihat Abang Labu yang masih saya ingat ;
Beliau mendidik saya agar menjadi seorang pekerja yang jujur - "Biar tangan hitam jangan hati kita hitam."
Beliau mendidik saya agar menjadi seorang pekerja yang bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan mengeluh - "Biar pegang hook janji jangan pegang tiang penjara".
Beliau mendidik saya tentang betapa pentingnya mempunyai seorang penasihat atau moderator di tempat kerja supaya pekerja akan sentiasa mempunyai persepsi yang betul dan positif.
Dan sesuatu yang paling bermakna bagi saya,sesuatu yang dapat saya teladani daripada sikap Abang Labu ialah, dia tidak malu mengangkat guni tembakau yang berbau tengik dan kotor berbanding kerjanya dahulu sebagai TUKANG MASAK KAPAL LAUT yang sentiasa kemas dan segak.

Saya bekerja hinggalah ke tarikh terakhir yang tercatat di dalam kontrak kerja saya,enam bulan. Memandangkan saya mempunyai rekod kerja yang baik dan rajin, kontrak saya di sambung lagi selama dua bulan sementara rakan- rakan lain telah ditamatkan perkhidmatan. Abang Labu hanya sempat bekerja selama empat bulan sebelum mendapat kerja di sebuah hotel. One Man Gang pula berhenti kerja pada bulan yang kelima setelah mendapat kerja sebagai pemandu lori. Akibat rekod kerja yang baik, penyelia syarikat berkenaan cuba mengesyorkan ke pihak atasan untuk mengambil saya sebagai pekerja tetap tetapi malangnya ketika itu zaman ekonomi sedang gawat. Kos untuk seorang pekerja tetap amat tinggi, di tambahkan lagi dengan tembakau yang bermusim sifatnya. Pihak atasan memberi maklumbalas bahawa tidak memerlukan pekerja tetap yang terlalu ramai.

Selepas bekerja selama sembilan bulan, akhirnya saya perkhidmatan saya di tamatkan.Dengan hati yang sedih, saya melangkah keluar dan di iringi oleh ramai pekerja tetap serta penyelia saya .Lambaian tangan mereka cuma di balas oleh curahan airmata saya. Saya pulang menaiki bas mini dan terbayang semula wajah adik serta nenek, " Aku kembali menggangur" bisik hati saya.

"Pegang hook lebih baik daripada pegang tiang penjara..".
Apapun hidup ketika itu adalah lilin...


Friday, June 4, 2010

TOILET


Penghujung tahun 1987, ketika matahari pagi sudah meninggi saya baru terjaga dari tidur. Tersenyum sendirian. Saya gembira, teramat gembira pagi itu. Peperiksaan SPM sudah habis, sudah tamat sesi sekolah.Saya sudah tidak perlu lagi ke sekolah seperti hari-hari sebelumnya. Saya sudah tidak perlu lagi menjinjing beg sekolah yang di dalamnya cuma terisi sebuah buku tulis dan beberapa buah buku teks yang langsung tidak pernah di sentuh.Balik dari sekolah, beg itu akan di campak di suatu sudut sempit rumah usang kami sekeluarga, esoknya saya akan kembali menjinjit beg tersebut. Saya juga tidak perlu lagi berpakaian sekolah, baju putih yang sudah kekuningan dan sehelai seluar hijau yang tidak pernah di sentuh seterika.


Setelah beberapa kali menggosok mata, saya segera berdiri di depan cermin, membelek-belek rambut yang melepasi bahu, kerinting dan sedikit kasar. Rambut yang ada iras David Arumugam dari kumpulan Alleycats, terkadang nampak seakan paras penyanyi kumpulan Deep Purple itu saya mula simpan tidak berpotong sejak 3 bulan sebelum SPM bermula.Pun begitu, saya lebih senang menyamakan rambut saya dengan rambut Zakaria bin Puteh atau Zack, watak yang di bawa oleh Jamal Abdillah di dalam filem Azura. “Zack bukan anak patung, ayah! Itu tak boleh, ini tak boleh. Tanggungjawab ayah telah ayah laksanakan setelah membesarkan Zack, kehidupan Zack, hak Zack. Segala keputusan di tangan Zack! “
Dialog itu saya hafal, masih terpaku kukuh dalam ingatan. Hampir keseluruhan dialog dari filem Azura saya hafal. Pengaruh filem itu bukan hanya pada dialognya sahaja tetapi juga merebak pada pakaian yang di pakai oleh Jamal Abdillah., semuanya saya ikut. Tidak dapat membeli yang baru, yang bundle(terpakai) pun saya sebat. Janji, Zack!


Selepas habis peperiksaan SPM yang saya sifatkan sama dengan terlepas dari penjajahan, saya laungkan MERDEKA beberapa kali. Sekolah umpama satu benteng yang menghalang tanpa saya sedar bahawa pelajaranlah yang akan menentukan untung nasib masa depan. Tamat zaman persekolahan, saya membantu keluarga,terutamanya nenek(arwah) dan seorang adik perempuan yang menjadi tanggungan saya.Sebagai anak sulung di dalam keluarga, wajib bagi saya untuk menggalas tanggungjawab yang kekadang terasa amat menyeksa. Saya mahu membahagiakan mereka dengan segenap upaya saya, walaupun saya sendiri kelelahan.Saya mahu melihat mereka tersenyum suka setiap kali saya pulang dengan tangan menjinjit beg berisi beras dan sedikit wang saku untuk adik ke sekolah.


Dalam kesusahan yang sudah sebati dalam hidup, saya terlebih dulu di ajar dengan didikan alam, hidup perlu cekal, hati perlu tabah dan separuh dari usia remaja zaman ketika mereka yang seusia saya masih galak memakai pakaian seragam sekolah, saya sudah mula bekerja. Kembali dari sekolah, saya perlu bergegas ke sebuah gerai menjual makanan sebelum pukul 6:00 petang. Di situ, saya bekerja secara sambilan. Pulangnya nanti ketika kedua-dua jarum jam sudah saling bertindih(12 malam). Saya tiada langsung ruang untuk mengulangkaji pelajaran, apatah lagi untuk melakukan tugasan sekolah. Saya tidak pernah kenal istilah “main bola waktu petang”, tidak langsung ada peluang. Saya hanya berpeluang untuk berlumur dengan sabun mencuci pinggan, mengelap meja untuk pelanggan sehinggalah berteriak “nasi ayam, nasi goreng, nasi putih, nasi goreng ayam, nasi goreng daging, nasi goreng telor bungkus”, memanggil pelanggan datang. Menu tadi harus di hafal, perlu lancar seperti lancarnya orang lain membaca sifir darab. Jauh dalam hati, seperti juga remaja lain, saya mahu hidup senang.Mahu hidup dengan tenang, mahu ke sekolah bersama ibu yang menemani hingga ke pintu pagar sekolah, mahu berjalan berpimpin tangan dengan keluarga menghirup udara nyaman gedung mewah. Semua itu cuma angan-angan, wujud dalam dunia khayalan saya. Saya tidak pernah menyesal dengan segala kesempitan yang menghimpit, saya perlu hidup, perlu terus hidup untuk mereka yang saya sayang.


Saya pernah juga mencuba untuk bekerja sebagai buruh binaan sewaktu cuti penggal persekolahan, tetapi hanya sempat bertahan selama 2 hari sebelum di berhentikan oleh seorang taukey Cina.Alasannya, “lu kurus,talak kuat mau bancuh simen..”. Saya akur dan meneruskan semula kerja sambilan di gerai makan. Sewaktu bekerja di gerai makan itu, lagu-lagu dari kumpulan Iron Maiden dan Deep Purple sering saya siulkan atau sesekali melagukan Sendiri nyanyian Jamal Abdillah. Seperti yang saya katakan awal tadi, tamat sahaja SPM bukanlah kebebasan mutlak untuk saya. Ini zaman mencabar, zaman di mana bidang pekerjaan bukan hanya memerlukan kemahiran tetapi juga sekeping sijil sebagai pelaburan. Nah! Saya perlu bekerja, sepenuh masa. Untuk diri sendiri, untuk membantu nenek dan menyekolahkan adik. Sedikit bakinya, boleh di hulur kepada ibu dan pakcik. Yang paling penting(rasanya), saya tidak perlu lagi menghisap sebatang rokok yang di kongsi-kongsi, saya sudah boleh membeli sekotak besar(20 batang) dengan wang gaji dari titik peluh sendiri. Mewah,bukan? “Cayalah..!”


Bersama beberapa orang rakan sebaya, kami berpakat untuk mula mencari kerja,sekurang-kurangnya untuk mengisi waktu sementara menanti keputusan SPM. Di takdirkan, zaman itu kemelesetan ekonomi sedang menggila. Bukan hanya mereka yang kurang pendidikan(seperti saya) yang menganggur, bahkan si graduan lulusan tinggi juga senasib dengan kami, anak jalanan. Di antara ramai kawan-kawan, ada juga yang cuba menghasut. Katanya “Eleh Pi, ulat dalam batu pun boleh hidup…”. Saya cuma tersenyum sedang hati menggerutu geram. “Itu ulat batu, memang makan batu. Gua orang, kalau beruang lain cerita beb!”. Awal pagi, kami ke Pejabat Buruh, memohon sebarang jawatan. Sampai di Pejabat Buruh, orang ramai sudah bersesak hingga untuk melabuhkan punggung pun tiada ruang. Akhirnya, kami berpeluang mendaftar diri, tetapi masih lagi tiada sebarang peluang pekerjaan. Hanya menunggu. Hampir 3 hari kami ke Pejabat Buruh, melakukan rutin yang sama. Daftar, tunggu.Daftar, tunggu dan akhirnya kami menyerah kalah. Pejabat Buruh tidak membenihkan sebarang harapan, hatta sebesar hama pun buat kami.


Rakan-rakan yang bersama saya ketika naik turun tangga Pejabat Buruh mengambil pendekatan drastik. Kata seorang rakan “ kita terus saja pergi kilang, mana-mana kilang yang ada dalam area Seksyen 15 Shah Alam kita terjah, kita tanya jawatan kosong.” “Setuju”, sahut yang lain. Semua kilang yang berada dalam lingkungan Seksyen 15 Shah Alam kami serbu,ada wang naik bas, habis wang kami jalan kaki, tetapi semuanya pulang dengan harapan yang kosong.
Di takdirkan, setelah kaki mula pedih melecet, saya dan rakan-rakan tadi mendapat tawaran untuk hadir sesi temuduga jawatan kosong, sebagai Cleaner(cuci tingkap, cuci tandas, menyapu). Seorang Supervisor - lelaki yang sebelah matanya lebam(sejak lahir)- menjadi penemuduga kami. Melihat mukanya yang begitu, perut senak menahan gelak. Soalan pertama “ boleh kerja selepas pukul 5 petang?” Salah seorang dari rakan saya yang bermulut “laser” menjawab, “tak boleh, pasal petang kami nak main bolasepak”. “Habislah…”kata saya dalam hati. “Kalau nak main bola, jangan datang minta kerja”, bentak si penemuduga tadi dengan suara yang meningkat tinggi. Sambungnya lagi “esok datang kerja”. Saya tergamam, rakan-rakan yang bersama saya diam membatu. “Esok datang kerja, maksudnya kita dapat kerja ler..!” saya membisik perlahan.

Selesai temuduga yang mencerahkan harapan, saya bergegas pulang memberitahu ibu. Terus pula mencapai basikal dan berkayuh dengan kelajuan maksimum, mahu segera ke rumah nenek bertemu adik. Saya termengah, peluh menyimbah.Tetapi kepenatan itu segera hilang bila melihat muka adik yang menanti dan arwah nenek yang berharap. “ Dik, abang dah dapat kerja, jadi cleaner.” Adik mengangguk. “ Nanti abang kasi duit ya, buat belanja sekolah. Adik kena belajar rajin-rajin”, sambung saya. Adik mengukir senyum. Saya puas. Separuh dari kegusaran saya sudah lekang dari tangkai hati. Tanpa saya sedari, arwah nenek memerhatikan gelagat kami. Saya tahu, arwah nenek tentu gembira.


Tugasan pertama sebagai Cleaner, kami di tempatkan di SUK dan UiTM(dulu di kenali sebagai ITM). Di bekalkan dengan sehelai T-Shirt yang tertera nama syarikat. Seluar, boleh pakai seluar sendiri. Bebas. Saya memakai sehelai jeans yang sudah koyak pada bahagian lutut dan di bahagian paha tertulis beberapa perkataan(zaman rock!).


Di SUK Shah Alam, saya terpaksa memanjat bangunan, tinggi. Pakai safety belt dan cuci tingkap bangunan. Pelantar yang di jadikan tempat berpijak akan terbuai-buai bila di tiup angin. Tubuh tergantung berpuluh meter dari tanah, kenderaan yang lalu lalang nampak seakan semut yang sedang merayap.Sayup, tinggi. Jika tersalah pijak pelantar, alamatnya terus berdesup jatuh.Tubuh boleh hancur. Rasa macam dalam filem Clifhanger pula! Rasa takut sentiasa ada, tetapi segala ketakutan itu akan segera lenyap bila teringatkan janji saya dengan adik. “Nanti boleh beri adik wang, boleh beli buku sekolah dan pakaian sekolah untuk adik”, bisik hati saya. Adik dan janji saya tidak pernah lupus sepanjang saya teroleng di tiup angin sambil mencuci tingkap.


Saya paling suka bila bekerja di UiTM. Di samping mencuci tingkap, dapat juga saya mencuci mata, ramai pelajar wanita yang cantik di UiTM. Beberapa orang pelajar lelaki tersengih-sengih memerhatikan saya. Mereka masih tersengih memerhatikan seorang lelaki dengan rambut kerinting melepasi bahu dan berseluar koyak seperti kutu sedang mencuci tingkap.”Itu lelaki kutu”, mungkin begitu fikir mereka.


Sering juga, dalam waktu-waktu tertentu hati saya mudah terseliuh. Airmata akan menitis, tanpa mampu di tahan. Saya sedar, keputusan SPM saya tidak akan membawa saya ke sini(UiTM) atau ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Barangkali, seumur hidup saya hanya mampu bekerja sebagai Cleaner, sesuai dengan kelayakan yang ada. Saya bergelut dengan perjuangan untuk hidup dan member harapan pada adik dan keluarga, hingga masa depan sendiri entah sesat di mana. Biarlah, saya hidup untuk mereka. Mereka ada saya sebagai pemakmur keluarga dan saya ada mereka sebagai tulang belakang saya, pembakar semangat saya. Wajah ibu dan segugus harapannya yang hampir punah melintas di depan khayal saya. Masuk ke dalam jiwa seorang lelaki yang terpaksa berkorban untuk hidup. Terbayang dengan jelas, harapan ibu yang di tuturnya pada suatu masa “Apit, dewasa nanti kerja mesti pegang pen dan sign saja, ya nak.., mummy dah puas hidup susah, mummy tak mau anak mummy susah macam mummy.Kalau anak mummy kerja jawatan besar, mummy tumpang senang”. Perkataan“nak” tidak pernah renggang dari mulut ibu. “Maaf mummy, saya tak dapat sempurnakan harapan mummy untuk kerja jawatan besar..” dan airmata saya turun mencurah bersama peluh yang membasahi tubuh. Tangan masih terketar membilas kain pengelap tingkap. Saya gagal menyempurnakan mimpi-mimpi ibu.


Sepanjang bekerja sebagai Cleaner, tugas yang paling saya benci adalah bila di arahkan mencuci tandas. “Jatuh standard aku!” Bentak hati. Saya cepat-cepat melarikan diri bila Abang Din(Supervisor) mengarahkan untuk mencuci tandas. Akhirnya, tugas itu di laksanakan oleh pekerja wanita yang sedikit berusia berpangkat kakak.


Saya pernah di tangkap Abang Din sewaktu melarikan diri dari melakukan tugas mencuci tandas. Abang Din yang sedikit rugged tetapi amat jujur dalam bekerja menegur saya dengan dengan suara berbaur kecewa. " Fi, kenapa tak nak cuci tandas? Selalu mengelak?..Malu takut orang tengok ya?" Saya diam dan merenung ke lantai. Tambah Abang Din," Pi, kalau kita takut malu, tak ada apa pun dalam dunia yang kita boleh buat, tak kan ke mana punye". Dia berlalu untuk menghabiskan tugas yang sepatutnya saya lakukan. Saya malu bila di tegur begitu.Sebatang rokok hinggap di bibir. Hujungnya saya nyalakan api. Asap yang memenuhi rongga dada di hembus keluar, berkepul-kepul menembusi hidung. Wajah adik melintas. Janji saya pada adik kembali merentang, seperti sepanduk di depan mata. “ Nanti abang kasi duit ya, buat belanja sekolah. Adik kena belajar rajin-rajin”,ungkapan itu memenuhi ruang minda saya. Itu janji saya, janji seorang abang. Jika saya berhenti kerja sebagai Cleaner, apa lagi yang dapat saya lakukan? Dengan keputusan SPM yang sudah di jangka banyak angka 9, mampukah saya menunaikan janji pada adik? Saya tersandar pada dinding, rokok yang sudah tinggal puntungnya saya campakkan ke longkang dan hilang di bawah arus alur longkang. Betul kata Abang Din, kalau malu perut akan kosong. Ya, jangan berasa malu dan segan. Saya segera mencapai sarung tangan yang terselit di poket belakang. Sehelai sapu tangan berwarna merah di ikat kemas di dahi.Tandas harus segera di cuci, malu di campak ke tepi. Bayang wajah adik dan segunung harapan ibu dan nenek menyerap membakar semangat. “Ini kerja untuk orang yang tak berkelulusan tinggi”.


Bermula dari situ dan setangkai azimat dari Abang Din melalui nasihatnya “kalau kita takut malu, tak ada apa pun dalam dunia yang kita boleh buat”, saya mula bersungguh dalam melakukan tugasan.saya mula di beri kepercayaan untuk melakukan kerja lebih masa(overtime) kerana tiada orang lain lagi yang sanggup melakukan tugasan mencuci tandas, kecuali saya.
Dalam mendaki puncak selepas itu, ayat Abang Din kekal dalam ingatan saya. Semasa mendapat tawaran menjadi Pegawai Latihan dalam kerjaya selepas itu, timbul juga rasa malu. Saya perlu mengajar ramai pekerja baru. Malu jika saya tersalah cakap. Tapi, wajah Abang Din dan gambaran tandas yang pernah saya cuci segera muncul.Saya terima semuanya.Malu dan segan, asam garam dalam bidang kerjaya saya. Hari ini, saya mampu menyampaikan hujah dan pendapat di depan orang ramai dan pernah beberapa kali memberi ucapan di hadapan ratusan hadirin yang terdiri dari pelbagai cabang ilmu dan pangkat, dari mereka yang berstatus pelajar IPT hinggalah kepada yang berstatus Pengarah Urusan. Ia secara langsung menjadi sebahagian dari periuk nasi saya. Berkat sikap tidak tahu malu dan meletakkan sedikit keberanian mencuba sesuatu yang baru, dari seorang operator mesin saya melangkah perlahan-lahan sehingga di pertanggungjawab menjawat jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia. Saya, operator pengeluaran pertama yang berjaya menembusi tembok tebal untuk menjadi seorang Pengurus di sebuah syarikat yang mempunyai hampir 1000 orang operator pengeluaran ketika itu.
“Mummy, saya dapat pegang pen dan sign juga akhirnya. tapi lambat sikit ya mummy..”
Adik sudah dewasa. Adik tidak pernah mengalami pengalaman perit seperti saya. Adik sudah berkahwin dan di kurniakan tiga orang anak yang comel.
“Tanggungjawab abang sudah di laksanakan ya Dik.”

Who said a cleaner cannot become a Manager? Boleh dan tiada jawapan lain selain boleh. You can win if you want , bak lagu Modern Talking.
Saya tidak lupakan pesanan Abang Din dan gambaran tandas yang meletakkan saya pada tahap sekarang.

Wednesday, June 2, 2010

READ!


Satu perkara yang selalu saya titik beratkan dalam sesi latihan untuk penyelia dan pengurus;
READ!

R = Responsible
You are been paid not because of your position but to be Responsible
E = Effectiveness
You are been paid not to be effecient only but also Effective!
A = Action
You are been paid not to report problems mainly but propose and take Action!
D = Dateline.
You are been paid not to plan only but also to meet Dateline.!

So, all Supervisors and Managers out there , by all means please READ!


Nota : Terima kasih pada komen-komen yang di berikan. Ramai yang menelefon saya dan tertarik dengan entri semalam. Nak tahu, nak kongsi bersama formula kemajuan diri saya? Insyaallah entri akan datang saya akan cuba berkongsi rahsia kemajuan diri saya.

Happy Wedding Anniversary yang ke empat tahun kepada Samurai hebat saya.
"Shahrul, baru empat tahun tau..!!"

Tuesday, June 1, 2010

What Do You Do?



Suatu waktu, ketika itu sekitar tahun 1997. Saya yang sedang duduk mengadap meja kerja terkejut dengan sekeping surat yang terselit kemas di antara beberapa keping surat lain.Surat bersampul warna coklat itu tertulis rapi tajuknya " Promotion Interview Exercise"
Wah! Ada chance jadi Executive. Management Staff. "

Saya bermula sebagai seorang penjaga mesin atau lebih di kenali sebagai "machine operator" sebelum di tukarkan ke bahagian Latihan sebagai Pegawai Latihan dan kini peluang kenaikan pangkat ke bahagian pengurusan terbentang luas. Perasaan gembira yang bergaul dalam gementar tak berirama kerana risaukan sesi temuduga sudah meresapi diri saya. Bersarang dan kejap di tangkai hati. Saya gusar kerana kurang pendedahan dalam sesi temuduga di tambah pula dengan detik hati " apa yang nak di jawab dalam temuduga nanti".

Kilatan ingatan wajah ibu pantas menutupi kerisauan tadi. Saya terbayang raut suram wajah ibu dan airmata yang tumpah di pipinya ketika menerima berita buruk kegagalan saya dalam SPM berbelas-belas tahun dulu. Saya gagal. Saya gagal menunaikan tanggungjawab mengembalikan keceriaan ibu yang semakin terpadam.
Ibu terduduk di depan pintu dan melemparkan pandangan jauh. Matanya masih merah dan lelehan airmata tadi di kesat dengan lengan baju yang sudah lusuh warnanya.
Saya pantas mencapai basikal sambil bersiul ke kedai berhampiran untuk membeli sebatang rokok sambil mengibaskan rambut yang panjang melepasi bahu.
Kurang ajar! Betul-betul kurang ajar ketika itu. Ibu yang sedang bergundah dengan kegagalan dan saya yang semakin galak dengan keindahan dunia remaja. Tiada langsung sesal waktu itu. Anak muda yang penuh dilema dengan pelbagai suka duka kehidupan.

Saya membuka surat yang bersampul coklat tadi...
Airmata saya menitis, sambil memegang surat itu memikirkan kenangan yang sempat singgah tadi. "Mummy , I am back Mummy". Detik hati saya. "Tiada lagi air mata", bak lagu Helter Skelter yang popular lewat tahun 80 an.

Pulang dari waktu rehat pagi itu, saya masih duduk termenung di meja kerja dan memegang surat berkenaan. Waktu rehat tadi, saya sempat berjumpa dengan Encik Azaman, lelaki yang kaya dengan nasihat dan lelaki yang saya pernah saya ceritakan dalam entri Take 5 dulu.Encik Azaman sering menitipkan nasihat, terutamanya untuk anak-anak muda(seperti saya), beliau yang kami panggil Sifu tidak pernah kontang dengan teguran dan tunjuk ajar kepada kakitangan yang dahagakan kemajuan dan perubahan dalam bidang pekerjaan ketika itu. Setiap katanya, akan sentiasa saya sematkan sebagai azimat berguna.
Saranan dari Encik Azaman masih terngiang-ngiang di gegendang telinga. Semasa sedang leka dengan secawan kopi dan sebatang rokok yang tidak renggang dari bibir, saya mengajukan soalan pada Encik Azaman. "Bang Man, saya nak cakap dalam interview nanti?"
Dia menjawab "jual diri kamu".
Short , simple and and precise. Gulp!??!!!
"Err....jual diri? Detik hati saya.
Sambung Encik Azaman ,"berikan persepsi kepada si penemuduga yang kamu bukan sahaja layak menjadi seorang Executive tetapi Manager"

Saya mewaraskan kembali kotak fikir saya sebelum saya jumpa jawapnya.
Ya betul, jual diri kita dengan ayat ayat yang meyakinkan dan mampu mengagumkan!

Saya menghadiri temuduga untuk kenaikan pangkat, dengan semangat tinggi yang membalut diri. Keyakinan. Ya, saya melangkah yakin ke ruang yang akan menentukan masa depan saya. Ruang itu nanti, akan membasuh luka ibu. Ruang itu nanti, akan pasti memadamkan episod seorang lelaki berambut panjang yang bersiul mengayuh basikal sedang ibunya masih menitiskan airmata.
Semasa sesi temuduga, saya menjawab setiap soalan tanpa memikirkan siapa saya dahulu. Saya memperincikan setiap apa yang ada dan bersarang dalam kepala saya, dalam pemikiran saya ketika itu. Saya membuang jauh perasaan gentar, sebaliknya kegentaran itu saya alirkan bersama keyakinan ketika menjawab soalan yang di lontar penemuduga. Setiap satu yang saya jawap, saya pastikan dalam bahasa dan ayat yang mudah di fahami, dengan jelas dan terperinci. Saya juga memastikan bahawa jawapan yang saya berikan bukan hanya pendapat dan pandangan yang datang dari seorang Pegawai Latihan, tetapi juga pandangan jauh seorang bakal Executive,barangkali juga pandangan seorang Manager. Saya, seorang Pegawai Latihan yang bermula dengan kegagalan dan kali ini saya hadir untuk menjadi manusia berjaya hanya bertemankan persepsi yang akan di berikan kepada si penemuduga.

Saya berjaya dan di berikan kepercayaan menggalas tugas sebagai Executive/Management Staff. Saya menghulurkan surat kenaikan pangkat kepada ibu dengan kuntum senyum. "Ibu, saya tebus kembali derita ibu", detik hati saya ketika itu. Ibu membacanya, satu persatu.Wajahnya menceritakan gembira,wajahnya mencerahkan kembali jiwa saya. Tiada lagi airmata, kali ini ibu tersenyum penuh berbunga.

Apa yang boleh kita pelajari dari contoh cerita benar saya tadi?
Jual diri kita dengan cara yang kreatif dan bijak. Berikan jawapan yang bisa membuahkan persepsi bahawa anda seorang yang cemerlang dan menarik. Cara kita memberi maklumbalas dalam setiap sesi temuduga atau apa-apa juga bidang merupakan cerminan peribadi dan pemikiran kita.

Lowndes, dalam buku tulisan terbarunya bertajuk : How To Talk To Anyone, telah memberikan contoh yang sama seperti di ajar oleh Encik Azaman kepada saya tetapi lebih mendalam dan lebih terperinci sifat olahannya.
Lowndes memberi kan tips yang bernilai, How To ; What to say when they ask you" what do you do..."
Tambahnya "99% of the people you meet will, of course, ask "and what do you do? Big winners, realizing someone will always ask, are fully prepared for attrative and benefit statements."

Sebagai contoh kalau di tanya kepada seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang joker atau pelawak;
"Excuse me, What do you do?"
Barangkali dia akan menjawab "I am a Joker !"
Jawapan seperti ini tiada kesan dan kurang menarik untuk memberikan persepsi yang cemerlang kepada orang yang bertanya.

Saya syorkan begini ;
"My job is to make people happy. I am a joker"
Jawapan ini sedikit menarik dan dapat memberi persepsi berbeza orang yang bertanya terhadap "si joker".

Maka dengan itu, bersiap sedialah dengan jawapan yang strategik supaya anda akan mendapat faedah darinya.
Kalau masih kurang yakin dengan pendapat saya, rujuklah kepada seorang wakil penjual insurance! Apa jawapnya?

So what is your answer if someone ask you , Hello Sir/ Mdm, What Do You Do? WHAT DO YOU DO?