Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, June 1, 2010

What Do You Do?



Suatu waktu, ketika itu sekitar tahun 1997. Saya yang sedang duduk mengadap meja kerja terkejut dengan sekeping surat yang terselit kemas di antara beberapa keping surat lain.Surat bersampul warna coklat itu tertulis rapi tajuknya " Promotion Interview Exercise"
Wah! Ada chance jadi Executive. Management Staff. "

Saya bermula sebagai seorang penjaga mesin atau lebih di kenali sebagai "machine operator" sebelum di tukarkan ke bahagian Latihan sebagai Pegawai Latihan dan kini peluang kenaikan pangkat ke bahagian pengurusan terbentang luas. Perasaan gembira yang bergaul dalam gementar tak berirama kerana risaukan sesi temuduga sudah meresapi diri saya. Bersarang dan kejap di tangkai hati. Saya gusar kerana kurang pendedahan dalam sesi temuduga di tambah pula dengan detik hati " apa yang nak di jawab dalam temuduga nanti".

Kilatan ingatan wajah ibu pantas menutupi kerisauan tadi. Saya terbayang raut suram wajah ibu dan airmata yang tumpah di pipinya ketika menerima berita buruk kegagalan saya dalam SPM berbelas-belas tahun dulu. Saya gagal. Saya gagal menunaikan tanggungjawab mengembalikan keceriaan ibu yang semakin terpadam.
Ibu terduduk di depan pintu dan melemparkan pandangan jauh. Matanya masih merah dan lelehan airmata tadi di kesat dengan lengan baju yang sudah lusuh warnanya.
Saya pantas mencapai basikal sambil bersiul ke kedai berhampiran untuk membeli sebatang rokok sambil mengibaskan rambut yang panjang melepasi bahu.
Kurang ajar! Betul-betul kurang ajar ketika itu. Ibu yang sedang bergundah dengan kegagalan dan saya yang semakin galak dengan keindahan dunia remaja. Tiada langsung sesal waktu itu. Anak muda yang penuh dilema dengan pelbagai suka duka kehidupan.

Saya membuka surat yang bersampul coklat tadi...
Airmata saya menitis, sambil memegang surat itu memikirkan kenangan yang sempat singgah tadi. "Mummy , I am back Mummy". Detik hati saya. "Tiada lagi air mata", bak lagu Helter Skelter yang popular lewat tahun 80 an.

Pulang dari waktu rehat pagi itu, saya masih duduk termenung di meja kerja dan memegang surat berkenaan. Waktu rehat tadi, saya sempat berjumpa dengan Encik Azaman, lelaki yang kaya dengan nasihat dan lelaki yang saya pernah saya ceritakan dalam entri Take 5 dulu.Encik Azaman sering menitipkan nasihat, terutamanya untuk anak-anak muda(seperti saya), beliau yang kami panggil Sifu tidak pernah kontang dengan teguran dan tunjuk ajar kepada kakitangan yang dahagakan kemajuan dan perubahan dalam bidang pekerjaan ketika itu. Setiap katanya, akan sentiasa saya sematkan sebagai azimat berguna.
Saranan dari Encik Azaman masih terngiang-ngiang di gegendang telinga. Semasa sedang leka dengan secawan kopi dan sebatang rokok yang tidak renggang dari bibir, saya mengajukan soalan pada Encik Azaman. "Bang Man, saya nak cakap dalam interview nanti?"
Dia menjawab "jual diri kamu".
Short , simple and and precise. Gulp!??!!!
"Err....jual diri? Detik hati saya.
Sambung Encik Azaman ,"berikan persepsi kepada si penemuduga yang kamu bukan sahaja layak menjadi seorang Executive tetapi Manager"

Saya mewaraskan kembali kotak fikir saya sebelum saya jumpa jawapnya.
Ya betul, jual diri kita dengan ayat ayat yang meyakinkan dan mampu mengagumkan!

Saya menghadiri temuduga untuk kenaikan pangkat, dengan semangat tinggi yang membalut diri. Keyakinan. Ya, saya melangkah yakin ke ruang yang akan menentukan masa depan saya. Ruang itu nanti, akan membasuh luka ibu. Ruang itu nanti, akan pasti memadamkan episod seorang lelaki berambut panjang yang bersiul mengayuh basikal sedang ibunya masih menitiskan airmata.
Semasa sesi temuduga, saya menjawab setiap soalan tanpa memikirkan siapa saya dahulu. Saya memperincikan setiap apa yang ada dan bersarang dalam kepala saya, dalam pemikiran saya ketika itu. Saya membuang jauh perasaan gentar, sebaliknya kegentaran itu saya alirkan bersama keyakinan ketika menjawab soalan yang di lontar penemuduga. Setiap satu yang saya jawap, saya pastikan dalam bahasa dan ayat yang mudah di fahami, dengan jelas dan terperinci. Saya juga memastikan bahawa jawapan yang saya berikan bukan hanya pendapat dan pandangan yang datang dari seorang Pegawai Latihan, tetapi juga pandangan jauh seorang bakal Executive,barangkali juga pandangan seorang Manager. Saya, seorang Pegawai Latihan yang bermula dengan kegagalan dan kali ini saya hadir untuk menjadi manusia berjaya hanya bertemankan persepsi yang akan di berikan kepada si penemuduga.

Saya berjaya dan di berikan kepercayaan menggalas tugas sebagai Executive/Management Staff. Saya menghulurkan surat kenaikan pangkat kepada ibu dengan kuntum senyum. "Ibu, saya tebus kembali derita ibu", detik hati saya ketika itu. Ibu membacanya, satu persatu.Wajahnya menceritakan gembira,wajahnya mencerahkan kembali jiwa saya. Tiada lagi airmata, kali ini ibu tersenyum penuh berbunga.

Apa yang boleh kita pelajari dari contoh cerita benar saya tadi?
Jual diri kita dengan cara yang kreatif dan bijak. Berikan jawapan yang bisa membuahkan persepsi bahawa anda seorang yang cemerlang dan menarik. Cara kita memberi maklumbalas dalam setiap sesi temuduga atau apa-apa juga bidang merupakan cerminan peribadi dan pemikiran kita.

Lowndes, dalam buku tulisan terbarunya bertajuk : How To Talk To Anyone, telah memberikan contoh yang sama seperti di ajar oleh Encik Azaman kepada saya tetapi lebih mendalam dan lebih terperinci sifat olahannya.
Lowndes memberi kan tips yang bernilai, How To ; What to say when they ask you" what do you do..."
Tambahnya "99% of the people you meet will, of course, ask "and what do you do? Big winners, realizing someone will always ask, are fully prepared for attrative and benefit statements."

Sebagai contoh kalau di tanya kepada seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang joker atau pelawak;
"Excuse me, What do you do?"
Barangkali dia akan menjawab "I am a Joker !"
Jawapan seperti ini tiada kesan dan kurang menarik untuk memberikan persepsi yang cemerlang kepada orang yang bertanya.

Saya syorkan begini ;
"My job is to make people happy. I am a joker"
Jawapan ini sedikit menarik dan dapat memberi persepsi berbeza orang yang bertanya terhadap "si joker".

Maka dengan itu, bersiap sedialah dengan jawapan yang strategik supaya anda akan mendapat faedah darinya.
Kalau masih kurang yakin dengan pendapat saya, rujuklah kepada seorang wakil penjual insurance! Apa jawapnya?

So what is your answer if someone ask you , Hello Sir/ Mdm, What Do You Do? WHAT DO YOU DO?

4 comments:

norsiah achil said...

salam,
Jual diri.. slps vss 2006, sy menghadiri berbelas2 intv..saja nak test market dan test diri. alhamdulillah semua intvw yg sy hadiri di akhiri dgn kejayaan.Kerja setahun atau paling sekejap 1 minggu, rasa nak test market balik. so gie intv lagi. Ada sebuah company working days mon - sat tp saya kata saya nak kerja mon - fri je kerana sat bz dgn family atau hadiri majli2 ilmu di surau. Panel intv kata it's ok, u kerja mon-fri....errrmmmm. Betul kata En. Rafi..JUAL DIRI DAN YAKIN DIRI!

norsiah achil said...

salam...

norsiah achil said...

salam,
Jual diri..betul tu..sy ambil vss 2006. Sejak itu sy telah menghadiri berbelas2 intvw jawatan kosong..alhamdulillah semua intvw yg sy hadiri di akhiri dgn kejayaan. Sy bekerja setahun, 6 bulan, 3 bulan malah seminggu pun pernah. Rasa nak test market, sy gi intvw lagi. Dapat lagi..malah ada sebuah company working days mon-sat tapi sy kata sy nak kerja mon-fri je kerana sat bz dgn family dan xtvt2 lain. Panel intvw kata ok kerja mon-fri..eeerrmmm....Betul kata En. Rafi..jual diri dan yakin diri. Insyallah....

norsiah achil said...

salam,

Jual diri dan yakin diri..insyallah...