Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, September 28, 2012

Dulu Pencuci Kini Pengurus - Sebuah Kisah Benar

DULU



KINI




PERUBAHAN!!!
Perkataan ini menghantui Masterji sejak 24 tahun yang dulu. Hidup perlu berubah.
Ada suara sumbang berkata, "mustahil lelaki gelandangan seperti kau boleh berubah".
Hari ini, lelaki yang pernah hidup bergelandangan itu telah membuktikan bahawa perubahan bukan mitos.
Semua rangkuman perubahan itu di kongsikan di dalam buku Dulu Pencuci Kini Pengurus untuk semua sama-sama melakukan perubahan ke arah hidup yang lebih berjaya.

Tuesday, September 25, 2012

BERSAMA MASTERJI


Untuk makluman semua, Masterji akan berada di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam Selangor pada hari Ahad,30-Sept-2012 sempena Program Cintai Buku anjuran Kumpulan Media Karangkraf dan PIBG SK Subang Bestari.
Program yang di jadualkan dari pukul 08:00pagi hingga 05:00petang ini akan di isi dengan pelbagai aktiviti.
Masterji akan berada di sana untuk sesi Motivasi Santai dari jam 03:00 petang hingga 05:00 petang.
Ayuh, kita jumpa di sana.

Tuesday, September 18, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS PALING LARIS

DULU PENCUCI KINI PENGURUS TELAH DIULANG CETAK DAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI BUKU "PALING LARIS" DI COVER BUKU. SYUKUR DAN UCAPKAN TERIMA KASIH PADA SEMUA.


DENGAN DULU PENCUCI KINI PENGURUS ANDA SEBENAR NYA BUKAN MEMBELI BUKU TETAPI MENEMPAH JENAMA BARU YANG HEBAT UNTUK ANDA! HANYA DENGAN SEBELAS RINGGIT SAHAJA!

TERUSKAN SOKONGAN ANDA DAN PASTIKAN SETIAP RAKAN ,SAUDARA DAN SESIAPA YANG ANDA KENALI MEMPUNYAI SENASKAH DULU PENCUCI KINI PENGURUS.

Thursday, September 13, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS DI MELAKA.

Masterji ke Melaka dan bertemu dengan dua keadaan disamping menziarahi rakan rakan di Melaka.


Ketika sampai di MPH Mydin Melaka saya terus melihat perkembangan jualan buku disana dan terperanjat bertemu dengan seorang Bapa yang hebat sedang memilihkan buku buku motivasi atau pembangunan diri untuk anak nya. Salah satu buku yang diambil ialah buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Bapa yang tidak belikan komik sahaja tetapi selangkah kehadapan, tahniah!

Masterji sempat bergambar dengan nya dan memberikan tandatangan di buku. Terperanjat mereka berdua dan tak sangka terus bertemu dengan penulis.

Lawatan tersebut tidak dirancang untuk promosi tetapi Masterji punyai tujuan untuk datang beraya disana. Adik berkenaan kelihatan begitu sopan dan akur pada segala cadangan Bapanya.


Selepas itu Masterji ke rumah jemputan Encik Bakri. Salah seorang V.I.P , Very Innovative Person dalam buku Masterji . Selain dia ada seorang lagi iaitu Cik Fame, Puan Noor Jahan. Dua dua hebat!

Seronok beraya di rumah Encik Bakri . Sempat bergambar dengan anak anaknya yang comel bersama buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS.

Jangan risau Masterji akan buat banyak lagi lawatan ke kedai buku dan Insyaallah kita kan bertemu jua..

Boss....


Hari ini Masterji sempat melawat bekas Boss dulu Dr.Haji Ibrahim Zahari, pensyarah dan ketua jabatan di Graduate Business School Uniten Kajang dan bergelar Professor.

Polisi dia mudah;The more you work hard, the better your health will be.

Cantik!

Dulu kami panggil dia Clint Eastwood sebab muka lebih kurang sama dan dia minat pada aktor tersebut.
Cuma cara kerja dia macam Charles Bronson, semuanya death wish sahaja, garang!

Lawatan yang mesra dan kenangan lama berputar dengan ligat. Seorang bekas pemimpin MultiNational yang disegani dulu.

Monday, September 10, 2012

REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK.

Ramai rakan rakan, yang bertanya dan juga kenalan baru yang telah membeli buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS, "Encik Rafi, nampak all out pasal buku ya"?
Ada yang hantar sms ; "Sibuk kesana kesini untuk promote buku ya Masterji ".

Saya ucapkan terima kasih tak terhingga. Saya fikir apa yang saya lakukan adalah kerana saya percaya rezeki tidak datang bergolek. Malah memandangkan saya seorang yang baru dalam dunia buku ini haruslah bekerja lebih kuat. Lagipun dalam buku saya , terdapat banyak cadangan yang saya berikan pada para pembaca untuk memperhebatkan diri dan pekerjaan makanya saya juga harus membuktikan perkara yang sama dan tidak sekadar bijak menulis buku semata mata.

Mungkin walaupun sudah terkenal, usaha seperti sekarang ini penting. Masterji sudah di didik sewaktu berkerja dahulu:
"Katakanlah kerja kita melaksanakan kerja pembuatan radio, walaupun tugas kita hanya memasang satu skru sahaja belum menentukan kerja kita sudah tamat, kerja kita hanya akan tamat apabila barangan tersebut sudah selamat sampai ke tangan customer ".

Itulah kebudayaan kerja yang saya belajar. Masterji praktik kan perkara yang sama dalam konteks buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Bukan sekadar menulis dan menghantar sahaja pada Karangkraf (Alaf 21) , Tetapi Masterji harus WALK EXTRA MILES untuk memastikan ia berjaya. Tidak sekadar mendapatkan feed back daripada editor ataupun publisher tetapi Masterji sendiri GO TO GEMBA, BERMAKSUD TURUN PADANG UNTUK MENGGUNAKAN MATA untuk mencari apa yang kurang dan bagaimana ia harus diperbaiki.

Dari segi susun atur buku sehinggalah pada gaya serta ragam pembeli buku datang ke kedai buku .

Adakah para pembeli serta merta tertarik pada kulitnya?

Adakah para pembeli telah mengambil dan rasa lama serta seronok membacanya sebelum membeli?Dan macam macam aspek lain yang Masterji perhatikan.

Banyak perkara yang saya pelajari sendiri daripada lawatan dan kerja kuat dengan gaya saya sendiri. Saya bukanlah penulis tersohor ataupun amat terkenal maka saya harus  bekerja dengan kuat. Berikan lah sokongan anda dan bimbingan pada saya.

Dear all my beloved readers , I would like to say thank you to all your continuous support for buying and further reading my book. Thank you so much.

Tuesday, September 4, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - DITANGAN DOKTOR

Seorang Doktor kenalan Masterji telah membaca buku DPKP dan mengirimkan komen pada Masterji.

Dr Aman Shah dari Shah Alam yang mempunyai slogan perubatan "Sekali Datang Sahaja" pada pesakit nya.
Beliau akan berusaha bersungguh sungguh agar para pesakit yang datang ke klinik nya hadir sekali dan mesti kebah dari rawatan yang diberikan. Seorang Doktor yang peramah, kemas dressingnya dan cekap dalam tugasnya.

Pengalaman yang membuka mata Masterji terhadapnya ialah bila satu ketika lebih kurang tahun 2004, Seorang pesakit yang sudah dirujuk oleh beberapa klinik lain untuk kehospital dan kemungkinan akan dipotong ibu jari kakinya kerana luka bernanah dan beliau seorang pesakit diabetes. Tetapi pesakit berkenaan cuba berusaha untuk datang ke Klinik Dr Aman untuk pilihan yang terakhir sebelum menyerahkan diri ke hospital. Nasibnya baik, keajaiban berlaku! Nana dikakinya dibersihkan sehingga licin dan diberikan rawatan khas! Ibujari kaki nya selamat hingga ke hari ini. Masterji yang membawa pesakit berkenaan ke Klinik Dr Aman maka Masterji sendiri yang saksikan.

Thank you Dr for having time to read my book despite your tight schedule.

" Buku Yang Hebat!, Buku ini adalah buku yang terbaik untuk motivasi anak muda

Malaysia ke arah kemajuan serta mencapai cita cita tinggi"

DR AMAN SHAH,
KLINIK AHMAD SHAH
NO 4, JALAN TUKAS 18/34,
SHAH ALAM.

Silalah mencuba ke Klinik beliau Masterji yakin anda tidak kecewa. Insyaallah.

Monday, September 3, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS FROM MANCHO MAN .

Masterji sibuk sangat dengan aktitiviti training dan promosi buku .

Berikut adalah komen dari seorang student MIHRM yang saya gelar Mancho man sewaktu kelas. Seorang yang tajam, berfikir dengan mendalam dan body builder yang rajin.Anak muda yang penuh dengan sopan santun.
Dalam kesibukan bekerja masih rajin datang ke kelas hujung minggu untuk meningkatkan diri. Ini yang dikatakan Up Sikit lah...Walk Extra Miles Culture.
Erief , Thank you so much my boy, your comments is like you too Mancho ! Thank you so much for reading it. Let's rise to the race together!



Erieff
Senior Assistant
MIHRM Student.

With such title as this, who can resist from not picking it up and flips through its pages. Neither did we, his student from MiHRM, who apart from getting engrossed in his lectures, we just can’t stop putting it down till the last page. There are lots of gems to be pick up and it is up to the readers to choose which one matters most or simply apply all or most of it.

The author who is lively in person has amassed considerable knowledge from his hard earned educational journey and personal experience and this translated well into the book. It is a great inspiration to all and a justification to my adage which is, you can still change as long as you’re still breathing. So, go ahead to mine the gems from this book and use them to your advantage!

Thank you.

Regards,
Erieff

Thursday, August 30, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - BERSAMA DATO' M.NASIR



Hari yang bertuah hari ini untuk Masterji. Dapat bertemu dengan komposer dan penyanyi terkenal Dato M. Nasir untuk bersama sama dalam misi untuk mengembangkan DULU PENCUCI KINI PENGURUS.

Dalam buku berkenaan , Masterji ada memetik kehebatan Dato M. Nasir. Bekerjalah seperti beliau , setiap masa relevan walaupun banyak cabaran dan perubahan dalam dunia seni. He was and will never be a blunt knife!
Dato seorang yang peramah dan seperti orang biasa sahaja menyambut kedatangan Masterji. tidak perlu bersusah payah nak mendapatkan nya. Satu contoh public figure yang cemerlang. Masterji juga rasa teruja dapat bertemu dengan beliau . Suara percakapan nya sebelum menyanyi sudah cukup memukau.

Be Like Dato M.Nasir, there are many changes took place but he is still relevant! Not a Blunt Knife!
Dato M. Nasir, jutaan terimakasih saya ucapkan pada Dato kerana sudi meluangkan masa untuk saya.

Buku Dulu pencuci kini Pengurus begitu hebat kerana ia dapat menghubungkan Masterji dengan ramai orang.

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - TANPA NIAT TETAPI BERMANFAAT

Masterji mula menggunakan Facebook setelah di asak bertalu-talu oleh salah seorang samurai.
Pada mulanya Masterji menolak tetapi setelah di terangkan dengan terperinci keberkesanan Facebook untuk memasarkan idea, akhirnya Masterji bersetuju.
Bila pertama kali menggunakan Facebook, Masterji agak terkejut kerana ramai orang di luar sana yang mahu menjadi "friend" Masterji. Ini peluang luas untuk Masterji berkongsi ilmu.Wahhh...dunia maya dan dunia tanpa sempadan.
Satu laman facebook juga di wujudkan khusus untuk pembaca mengetahui perkembangan buku ini. Pada sesiapa yang mempunyai akaun Facebook, boleh LIKE di sini

Baru-baru ini, seorang rakan Facebook memaparkan gambar buku Dulu Pencuci Kini Pengurus di wallpost Facebook Masterji.
Encik Noor Azam ; seorang Operational Executive dari Tangkak, Johor.
Terperanjat bila dia menulis "terbeli tanpa niat.." dan di susuli dengan komen "cover buku yang menarik, kandungan yang penuh bermanfaat, harga yang berpatutan. 5 bintang dari seorang yang tak minat membaca".
Terima kasih Encik Noor Azam.

Rupanya, buku Dulu Pencuci Kini Pengurus bukan sahaja menjadi bahan rujukan untuk memotivasikan diri di dalam bidang pekerjaan tetapi turut menjadi pemangkin untuk menanam minat membaca.

Kepada mereka yang sudah membaca buku ini, Masterji berharap mereka dapat memberikan komen dan pandangan. Setiap komen dan pandangan ini, boleh di emailkan kepada value_guide@yahoo.com
Masterji amat berterima kasih kerana pembaca terus memberi sokongan dan ianya adalah motivasi bagi Masterji menulis buku yang kedua.

Sampai jumpa lagi....
Terima kasih semua.

Tuesday, August 28, 2012

SAM - Syafiq Yusof

Tahniah pada pengarah muda negara Syafiq Yusof. Filem yang diarahkan cukup mencerminkan ciri ciri kedewasaan walaupun beliau masih muda.

Satu percubaan yang berani, menarik dan terkini !

Kenapa terkini? Isu psychological adalah salah satu isu atau fenomena yang makin meningkat di negara kita. Masalah stress, split personality, mendengar bisikan untuk membunuh rakan rakan, ahli keluarga sendiri, masalah tekanan dari awal kehidupan yang bertukar menjadi dendam adalah isu yang kerap berlaku sekarang.

Mungkin amat kurang atau tiada yang berani melakukan filem genre begini ditakuti tidak mendapat sambutan tetapi saya lihat sambutan yang diberikan amat mengalakkan. Malah saya terfikir filem seperti ini juga
mempunyai tempat dan peminat sendiri. Golongan pakar rawatan jiwa, lawyer, dan segelintir lagi juga meminati filem seperti ini. Malah filem ini saya syorkan untuk orang ramai kerana anda akan dapat pelajari banyak perkara seperti pemilihan teman lelaki yang sesuai, pemeriksaan latar belakang seseorang, bagaimana untuk merawat anak yang jiwa nya kacau, dan juga berhati hati berurusan dengan pesakit mentaly disturbed ini.

Tersalah cabar, tersalah gurau boleh membuatkan mereka tidak dapat berfikiran logik dan hilang pertimbangan. Mungkin ada sejarah awal yang membuat mereka berpindah alam atau mempunyai lebih dari satu alam.
It's a matter of when they are they and when they are not depending on the circumstances they are.

Kisah SAM diwaktu kecil dan kekejamannya saya fikir harus di panjangkan sedikit agar kelihatan beliau konsisten dalam masalah kekeliruan diri. Pengarah Syafiq Yusof telah berjaya mengwujudkan satu watak kejam yang mengerunkan iaitu SAM. SAM membawa saya mengingati Hanibal Lecter dalam Silence of The Lambs , Francis Dolarhyde Tooth Fairy dalam Red Dragon, Perkins dalam Psyco oleh Alfred Hitchcock dan Aaron Stampler dalam filem Primal fear bersama Richard Gere.

Kalau dalam filem Silence of The Lambs kita kan jumpa doktor yang kejam Hanibal Lecter memakan daging manusia.
Kalau di dalam filem Red Dragon, kita kan bertemu dengan pemuda yang terganggu jiwanya yang menjadi pembunuh membawa gelaran Toot Fairy bernama Francis Dollarhyde yang memuja sebuah gambar Red Dragon and the woman clothed in sun. Beliau percaya lagi ramai mangsa yang dibunuh akan membuatkan impian beliau menjadi Dragon seperti didalam gambar berkenaan akan menjadi realiti.

Kalau di dalam filem Primal Fear kita akan bertemu Aaron Stampler yang punyai masalah split personality. Aaron sebenarnya tiada split personality kerana beliau berjaya mengwujudkan personality yang lain agar perbuatan nya membunuh dapat dikelirukan.

Dan dengan SAM , anda akan dapat melihat seorang kanak kanak yang sensitif , terganggu, mendengar bisikan dan kemudian menjadi seorang pembunuh . Filem yang twisted dan brilliant.

Benar filem yang berunsurkan cinta amatlah menarik dan teruskan menonton tidak mengapa agar cinta kita pada pasangan kita akan sering mekar tetapi saya cadangkan agar kita jalan kedepan sedikit untuk melihat dunia reliati kemanusiaan. SAM wujud diantara manusia di dunia ini, dimana, berapa ramai , bagaimana ...itu akan kita pelajari didalam filem ini.Saksikan lah...

SAM harus di teruskan untuk filem yang akan datang. Gergasi yang mampu bersaing dengan filem filem barat! SAM boleh dikejamkan lagi untuk isu yang lain. Tahniah Skop Production, Tahniah Syafiq!

Monday, August 27, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS DI BERJAYA TIMES SQUARE


Masterji dijemput untuk berbuka puasa di Berjaya Times Hotel dan melihat perkembangan Berjaya Times Square yang begitu pesat.

Jemputan berkenaan datang dari salah seorang mentor Masterji iaitu bekas "boss" lama, Mr Ng Chin Sian. Beliau sudah menjadi Top Management Key Person di situ.

Pertemuan dua orang sahabat lama dan juga khas sempena buku Dulu Pencuci Kini Pengurus. Beliau terlalu gembira dengan pencapaian buku tersebut.

Beliau di tahun 2005 sering bergurau setiap kali kami berbincang perhal kerja.: "Abang Rafi hah, I think you better write a book lah..your way of thinking a bit high..." Kadang kami bertelagah perihal decision kerja dan cara penyelesaian masalah. Gurauan yang menjadi REALITI!
Kini buku tersebut menjadi Benchmark di Hotel berkenaan .

Mr Ng merupakan seorang "boss" yang banyak mengasuh Masterji perihal The Art of War bagaimana strategi Sun Tzu di kaitkan dalam konteks kerja.Sama sama pernah menjalankan siasatan dalaman yang kes nya hebat hebat belaka.

Gembira dapat bertemu dengan beliau dan juga staff beliau disana.

Saturday, August 25, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - BERITA HARIAN


Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus masih menduduki tangga pertama di MPH, mengikut apa kaji carta jualan yang di keluarkan oleh MPH Bookstores.
Perkara ini di sahkan melalui paparan akhbar Berita Harian bertarikh 24-Ogos-2012 di dalam ruangan Sastera yang memuatkan senarai buku-buku yang terlaris di pasaran sehingga 12-Ogos-2012(rujuk di dalam gambar)

Masterji berterima kasih kepada pembeli-pembeli yang terus memainkan sentimen penting untuk menggerakkan semangat Masterji menulis untuk buku kedua.

Friday, August 17, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS JADI BENCHMARK ORGANISASI !


Buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS menjadi budaya ikutan dan standard baru untuk syarikat Higashifuji
Buku berkenaan dibeli hampir semua staff di syarikat tersebut dan diminta baca untuk melaksanakan pembangunan diri dan strategi improvement kerja.

Satu lagi bab kecemerlangan untuk buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS!
Cik Fame dan warga Higashifuji jutaan terima kasih ya semoga ia menjadi sebuah budaya perlakasanaan.

Kalau dulu kita mengambil contoh contoh seperti 7 Habits Of Highly Effective People mungkin sekarang kita boleh berikan peluang kepada pakar motivasi tempatan pula kerana bukan sahaja Masterji tetapi ada ramai juga yang hebat di Malaysia ni.

Dan bagi mereka yang mahukan program latihan berkaitan dengan DULU PENCUCI KINI PENGURUS silakan berhubung terus dengan Masterji,

Sudah ada permintaan dan Masterji bukakan pada yang lain lain sekarang.

Masterji dan juga tenaga pengajar yang lain dari Value Guide Training Consultant mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan pengikut blog Masterji.
Tidak lupa juga kepada Aman Shah yang baru mendaftar masuk sebagai 'followers' untuk blog ini.
Thank you

Masterji , Master Q , Cik Fame


Breakfasting bersama dengan 2 orang wanita hebat. Masterji sempat mencuri masa untuk meluangkan waktu untuk berbuka bersama.

Director Value Guide Training Consultant; Master Q Puan Saniyah Kadir dan Senior HR Manager Higashifuji Company yang juga pakar dalam bidang Kaizen /5S.

Banyak yang dibualkan dan tak sempat pun nak menjamah pelbagai hidangan berbuka puasa yang telah disediakan di hotel berkenaan.

Sekali lagi bersama Jay Jay.

Kami bertiga belajar satu perkara...lebih ramai wanita dari lelaki didewan berkenaan hari itu maka Masterji Up Sikit lah market price..ha haha ha. Gurau ya.

Saat yang amat mengembirakan. Dunia kami bertiga hampir sama asyik pasal development, motivasi, improvement, maka kami rasa enjoy berborak sesama kami.
Mungkin tajuk yang boring tetapi kami enjoy lagipun kita kena cipta masa untuk bercerita benda yang boleh membangunkan

Terima kasih ya....kenangan yg tidak dapat dilupakan