Pada 23hb Mac dan 24hb Mac Masterji berada di negeri Hang Tuah iaitu Melaka.
Masterji bukanlah mahu melawat Kota A Famosa tetapi Masterji ke sana di atas jemputan pihak penganjur program Karnival Keusahawanan dan Perbankan Islam untuk berkongsi pengalaman dan sedikit petua untuk menuju ke arah hidup yang lebih berjaya.
Program yang dinamakan Bual Bicara Mohd Rafi ini di adakan pada 23hb Mac 2013 di sebelah malam,mendapat reaksi yang positif dari pengunjung yang hadir, terutamanya dari pelajar Kolej Profesional MARA(KPM) Bandaraya Melaka.
Ini semua berkat kejayaan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus terbitan Kumpulan Media Karangkraf dan telah mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian pada 24hb Mac 2013. Boleh di baca di SINI.
Kemudiannya, pada 24hb Mac pula Masterji berkesempatan menjengah MPH Bookstore cawangan Mahkota Parade dan MPH Bookstore cawangan Mydin Mall, MITC.
Staf di kedua-dua cawangan MPH Bookstore ini menyambut baik kedatangan Masterji dan Masterji sempat bergambar bersama mereka dan juga pelanggan yang membeli buku Dulu Pencuci Kini Pengurus di situ.
Kepada semua, Masterji ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.
Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku
Thursday, March 28, 2013
Tuesday, March 26, 2013
Malu Itu Satu Virus
Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 24-Mac-2013
Pada 23-Mac-2013, Masterji telah di jemput ke Karnival Keusahawanan dan Perbankan Islam bertempat di Melaka.
Pihak penganjur telah memberi kesempatan kepada Masterji untuk berkongsi pengalaman dan memberi sedikit petua kepada pelajar Kolej Profesional MARA(KPM) Bandaraya Melaka.
Pihak penganjur telah memberi kesempatan kepada Masterji untuk berkongsi pengalaman dan memberi sedikit petua kepada pelajar Kolej Profesional MARA(KPM) Bandaraya Melaka.
Sesi yang di namakan Bual Bicara Mohd Rafi ini mendapat sambutan yang amat baik.
Masterji telah memberi penekanan terhadap isu-isu yang sering menjadikan pelajar gagal, antaranya jangan malu. Ya, jangan malu(biarlah malu bertempat.)
Pada Masterji, malu adalah satu virus yang akan membantutkan perjalanan kerjaya seseorang.
Seperti kata bidalan ; malu bertanya sesat jalan.
Pendekatan inilah yang Masterji gunakan.
Diharapkan, di lain masa Masterji dapat bertemu anda semua.
Tuesday, March 19, 2013
Jom bakar lemak
Aha! Apa khabar semua? Mesti sihat kalau tak sihat mesti kasi sihat. Kalau tak sihat macam mana nak berikan fokus pada tiang gol?
Ramai yang ada impian yang sungguh hebat dan boleh buatkan kita digelar jutawan tetapi sangkut ditengah jalan kerana sakit.
Masterji suka ikut polisi 30 minit sehari untuk bersenam selama 6 hari seminggu. Boleh kalau kita mahu ia jadi! Kalau tak sempat tiap tiap hari Masterji pastikan seminggu sekali 3 jam untuk cover hari hari yang tak dapat laksanakan.
Kenapa senaman penting untuk Masterji;
1. Ingin mengurat isteri sendiri selamanya. Biar kelihatan kemas dan cergas dimata isteri agar isteri lebih yakin yang kita mampu mengalas cabaran dunia untuk melindunginya. Biar lah kalau boleh hari hari Isteri saya terpesona dengan saya.
2. Untuk mencapai tiang gol, kesihatan yang cemerlang penting! Masterji tidak mahu ada gangguan terhadap fokus pada tugas, impian dan menyusahkan customer memandangkan Masterji berniaga.
3. Dapat bergerak lancar dan pantas , tidak tersenguk senguk ataupun termengah mengah ketika bertugas ataupun mengajar.
4. Kalau diizinkan Allah S.W.T dengan kesihatan yang bagus, esok bila tua masih lagi sihat untuk menghantar cucu kesekolah sambil sambil itu boleh bergurau, bermanja dan bawa cucu minum teh tarik ataupun main video game. Seronok kalau sampai ketahap itu. Boleh main sorok sorok lagi dengan cucu. Ketika muda sudah berhempas pulas menangani cabaran, biarlah ketika tua dapat melalui keadaan bebas, indah dan bahagia di samping anak cucu.
5. Saiz pinggang haruslah 28-29 maintain begitu agar tak perlu tukar tukar saiz seluar dengan kerap seperti dulu. Kalau makin kecil lebih baik.
Aktiviti Masterji sewaktu menjalani senaman selama 30 minit kadang lebih sedikit sampai 45 minit;
1. Senaman tangan, kaki, perut dan pinggang.
2. Lari 3 KM (dalam stadium) di trek.
3. Senaman di Gym. 3 jenis peralatan dan setiap satu dijalankan sebanyak 3 set bermakna setiap satu set ia akan dilakukan sebanyak sepuluh kali. Maka semua nya ialah 90 kali dengan 3 jenis peralatan di gym. Ada banyak perlatan lain tetapi biarlah sedikit janji konsisten. Bukan nak jadi Jaguh bina badan pun hanya sekadar mencapai tahap fitness yang baik.
Jomlah rakan rakan, jangan asyik tunggu tunggu . Jom , jom , jom. Badan yang sihat akan mempercepatkan langkah kita mencapai tiang gol dengan cemerlang!
Pada Cik Fame , Puan Noor Jahan terimakasih kerana selalu berikan komen begitu juga pada Dr Lap Top Kulim dan juga yang lain lain.
Cik Fame bila lagi nak buat teh tarik seperti tempoh hari di Higashifuji? Masterji harap pasukan anda akan berjaya mendapat sijil TS dengan cemerlang.

Monday, March 11, 2013
Joey Tempest
10,9,8,7,6,5,4,3,2,1 YES!!
It's the final countdown....
Masih ingat dengan bunyi letupan selepas itu?
Begitulah persembahan lagu super hits The Final Countdown dari kumpulan Europe ketika itu,sekitar tahun
1986.
Lagu berkenaan membuatkan kumpulan Europe mula dikenali di serata dunia. Mereka mempengaruhi
anak-anak muda dan mula mengambil alih populariti kumpulan rock yang lain.
Joey Tempest ; penulis lagu tersebut yang juga bertindak sebagai vokalis untuk kumpulan Europe
berjaya membawa lagu ciptaannya sendiri menjadi lagu 'evergreen' sehingga kini.
Bermulanya era 'ringtone MP3' di handphone, secara langsung menjadikan lagu ini antara 'ringtone'
pilihan untuk dimuatkan ke handphone. Jutaan muatturun MP3 juga direkodkan untuk lagu ini.
Wajah dan nama setiap ahli kumpulan Europe mula dikenali ramai terutamanya Joey Tempest. Era gemilang
mereka bermula dari tahun 1986 hinggalah pertengahan era 90an dan sudah tentulah lagu Final Countdown
adalah lagu yang paling di ingati sehingga di gunakan di acara Sukan Olimpik dan sambutan tahun baru.
Lebih menarik lagi, Joey Tempest bukan sekadar seorang 'rocker' tetapi juga seorang yang amat
gigih berusaha untuk menaikkan nama beliau. Beliau adalah "pakar" dalam bidangnya sendiri iaitu
nyanyian dan penulisan lagu.Beliau memberi fokus dan komitmen tinggi terhadap bidang ini, walaupun
disedari bahawa beliau cuma mempunyai kepakaran dalam satu bidang sahaja iaitu bidang muzik. Hanya satu, iaitu muzik. Dan bidang muzik itulah yang memberikan kesenangan pada beliau.
Kadang-kadang kita menceburkan diri dalam banyak bidang tetapi gagal memberikan fokus dan
mengasah kemahiran dengans sepenuhnya dan akhirnya kita gagal.
Apa kata, kita fokuskan pada satu sahaja bidang? Dan bina "strength kita" dengan satu bidang itu!
Terima kasih kepada komen Cik Fame. Ya, Value Guide asalnya bermula dengan dari kepercayaan dan peluang yang diberikan oleh Cik Fame dan Higashifuji.
Waktu itu, tidak ramai orang yang melihat apa yang mampu Masterji dan Value Guide Training Consultant
sumbangkan tetapi Cik Fame cepat mengesannya dan terus menjadikan Masterji dan Value Guide Training
Consultant sebagai agen untuk Factory Re-Builder. Sejak memulakan modul latihan pertama di Higashifuji pada tahun 2005 sehingga sekarang, banyak sekali pencapaian hebat yang berjaya di miliki oleh Higashifuji.
Kejayaan anda, kebanggaan kami di Value Guide Training Consultant.
Terima kasih semua!
Thursday, March 7, 2013
Kisah Dari Siru Kambam
Petang tadi, Masterji telah menerima naskah kumpulan cerpen Kisah Dari Siru Kambam tulisan Uthaya Sankar SB yang merupakan seorang Pejuang Bahasa Malaysia serta pengasas dan Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan sejak Ogos 1999.
Menceritakan bagaimana terhasilnya buku setebal 350 halaman ini, Uthaya Sankar SB melalui laman blognya telah menyatakan"projek ini juga amat unik kerana saya meminta kerjasama sejumlah rakan-rakan dan kenalan untuk menjadi Editor Bersekutu. Sambutan dan sokongan yang diterima amat menggalakkan dan terus melonjakkan semangat saya dalam melaksanakan projek ini."
Masterji amat yakin, kumpulan cerpen yang memuatkan 20 cerpen karya asli dari Uthaya Sankar SB ini menarik untuk dibaca.
Pembaca yang berminat untuk membeli naskah ini, bolehlah menghubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my
Wednesday, February 27, 2013
TOTAL PRODUCTIVE MAINTENANCE HIGASHIFUJI ( TPM ).
Value Guide Training Consultant di Higashifuji, syarikat Cik Fame untuk program TPM.
Bersama Puan Saniyah Kadir dan juga Cikgu Shaharom melaksanakan program berkenaan.
Program yang berkaitan dengan teknik penjagaan dan pengurusan efektif berkaitan penggunaan mesin.
Cikgu Shaharom telah dengan kreatif menggunakan motor untuk acara Praktikal. Mudah difahami dan menarik.
Kelihatan digambar bagaimana cara cara yang betul ia harus dilakukan.
Kelhatan Encik Rohaizad handsome boy bersama rakan rakan sedang melakukan proses TPM secara berkumpulan.
Value Guide Training Consultant akan sentiasa menyajikan teknik teknik yang menarik dan kreatif dalam pemberian ilmu!
Value Guide bukan sekadar memberikan anda pengetahuan tetapi PROFIT selepas latihan kami!
Friday, February 22, 2013
TEKSI, SEKOLAH DAN GURU.
Gembira semalam.
Semalam mendapat dua jemputan untuk berkongsi pengetahuan .
Pagi di SMK Precint 11 Putrajaya dan petang di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai bersama moderator hebat dan terkenal Sayed Munawar.
Masterji dijemput untuk berkongsi teknik didalam Buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS.
Kedua kedua aktiviti berkenaan sungguh meriah!
Masterji ke sekolah Putrajaya menaiki teksi kerana ingin tepat sampai ke sekolah berkenaan dari Shah Alam. Masterji risau kalau memandu sendiri tercari cari dan lambat. Itu tidak elok.
Naik sahaja teksi, selepas direnung oleh pemandu teksi, terus sahaja disoal Masterji, " Encik Mohd Rafi , Dulu Pencuci Kini Pengurus ya"?
Tergamam Masterji.
"Ya Encik mana tahu ni" soal Masterji.
"Saya dah beli buku Encik Rafi, dan sekarang saya dah tampal tiang gol saya sendiri untuk membeli teksi baru saya. Gambar itu ada dipintu bilik tidur saya, hari hari saya akan tengok gambar itu"!
"Wow terimakasih " kata saya.
" Bukan itu sahaja Encik Rafi, lepas baca buku Encik Rafi saya berjaya keluar dari perangkap yang cukup lama, saya berjaya menjelaskan semua hutang saya"
Pagi saya dikejutkan dengan kehebatan seorang driver teksi. Hebat dan saya bersyukur buku saya bukan sekadar mmeberikan teknik kualiti diri tetapi berjaya membebaskan manusia yang punyai masalah.
Tiang gol gambar teksi! Hebat!
Kemudian saya ke SMK Putraya dan bertemu dengan murid murid.
Dua sessi disitu, Dulu saya murid kecundang ketika bersekolah dan naik ke pentas kerana melakukan kesilapan serta dihukum. Kini saya kembali sebagai Motivator! Syukur.
Sessi pertama :7.30am untuk semua murid dan guru di perhimpunan pagi.
Pada Teacher Ms Eow, thank you so much for you great arrangement. Beliau yang mula mula contact Masterji minta datang kesekolah.
Komen beliau selepas kedua dua sesi ; MARVELOUS! Thank you Teacher.
Sessi kedua : 8 am - 9.30am di dewan sekolah khas untuk membuka minda murid tingkatan 4 dan 5. Hebat murid dan guru disitu.!
Syabas pada Guru Besarnya kerana mempunyai cara yang berbeza untuk meningkatkan kualiti murid murid nya!
Petang bergerak bersama Encik Fathi dari Karang Kraf ke Institut pendidikan. Bertemu dengan Tuan Sayed Munawar , pensyarah pensayarah dan juga bakal bakal guru!
Sebuah pusat pengajian yang hebat!
Tuan Sayed Munawar juga hebat dalam pengendalian program.
Masterji berkongsi dengan para pensyarah dan bakal guru berkenaan dengan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus dan kenapa buku berkenaan BESTSELLER.
Buku yang dibawa bersama juga sold out semalam dijual oleh Encik Fathi. Terimakasih pada pihak yang menganjurkan.
Friday, February 15, 2013
Tanpa Kita Sedari
Selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan, para pembaca dan para peminat.
Terima kasih kerana memberikan komen-komen yang membina untuk sesi temubual di program Sembang Buku TV Selangor.
Ada komen mengatakan sesi berkenaan bukan sekadar mempromosi buku malah banyak memberi petua motivasi yang dikongsikan.
Untuk perkongsian hari ini ;
"Perkara yang merbahaya apabila kita bersama dengan mereka yang tidak berkualiti ialah kita mula menjadi seperti mereka tanpa kita sedari."
Nota :
Terima kasih kepada Cik Fame, Dr.Laptop, Mamaleen(pengikut baru blog Masterji) dan adik Hasif.
Entri akan datang, kita akan berkongsi tentang kejayaan adik Hasif selepas beliau membeli buku Dulu Pencuci Kini Pengurus..

Friday, February 1, 2013
HADIAH UNTUK MUMMY
Inilah rakaman yang dilakukan oleh TV Selangor untuk slot rancangan Dulu Pencuci Kini Pengurus (Sembang Buku) - Salam Selangor .
Rancangan ini dikendalikan oleh saudara DJ Mansur yang mengajukan pelbagai soalan untuk Masterji jawab dan kongsikan bersama pendengar dan penonton.
Inilah juga antara hadiah bermakna dari Masterji untuk MUMMY.
Thursday, January 17, 2013
Lenggang Kangkung.

Ya apa khabar semua.? Pastikan anda sihat! Kita boleh berjaya lebih lagi kalau badan kita sihat.
Sihat saya sihat dan sejahtera! Banyaknya sms dan panggilan bertanya lama tak nampak blog baru. Pasal ramai tanya jadi letak lah gambar semalam mana tau ada yang rindu nya dah tahap maksimum ha ha ha jangan marah ya gurau .
Sibuk sedikit kebelakangan ini. Program latihan di awal tahun dan juga menyiapkan MASTERPIECE saya yang kedua. Dinamit yang bakal meletup.
Semalam di sebuah program latihan leadership, saya bercerita tentang lenggang Kangkung . Ketawa besar hadirin. Saya pun ketawa besar juga.
Saya nyanyikan dan gayakan lagu ;
"Lenggang lenggang kangkung, ... kangkung di tepi paya"... Saya berjalan lenggang kangkung dan mereka ketawa. Tak tahan .
Kami berbincang topik budaya jalan lenggang kangkung.
Walaupun sudah diketahui bom akan meletup sekejap lagi tetapi masih berjalan lenggang lenggang kangkung....
Walaupun mesin sudah berhenti lama untuk diperbaiki dan customer sedang menunggu ; tetapi masih bergerak lenggang lenggang kangkung , kangkung di tepi paya.
Pesaing sudah menjatuh kan sebiji BOM ATOM ke pasaran kita tetapi action kita ; lenggang lenggang kangkung , kangkung di tepi paya.
Kita sudah lewat nak ke bilik mesyuarat dan cara kita berjalan masih lagi ; lenggang lenggang kangkung. , kangkung di tepi paya.
Dan orang sedang memerhatikan kita akan memahatkan sesuatu difikiran mereka.
Dan kita akan marah kalau mereka yang tersayang berada di wad kecemasan tetapi Doktor bergerak dengan gaya lenggang lenggang kangkung.
Tetapi bila kita cadang kan; cepat lah sikit dan ramai mungkin yang akan menjawap; rilek lah, lu tak cool lah, apa nak buat gua sudah macam ini dan macam macam lagi untuk kita merasionalkan kegagalan kita!
Cik Fame apa khabar. lama tak dengar komen ya.
Tuesday, January 1, 2013
Sembang Buku Karangkraf
Sebagai penutup tahun gemilang 2012, Masterji telah diundang ke program Sembang Buku Karangkraf - web TV Selangor. Sesi rakaman telah berjalan lancar.
Dalam program ini, Masterji diberi peluang untuk membuat perbincangan secara santai tentang buku Dulu Pencuci Kini Pengurus bersama DJ Mansor.
Nantikan kemunculan Masterji. Tarikh siaran akan diberitahu kelak.

Friday, December 28, 2012
Root Causenya kita!
Kita berjalan ke arah seorang kaki pukul yang berbadan besar dan bermuka bengis.
Kita kata kan padanya " Halo Bro, muka kau hodoh, muka kau buruk muka macam kapal pecah".
Apa akan jadi pada kita ?
Sudah tentu kita akan patah hidung ditumbuk atau lebih parah dan berakhir di hospital!
Kita adalah punca kepada apa yang kita cipta masalah, mahukan ia terjadi dan membenarkan sesuatu terjadi pada kita.
Kita berjalan ke arah seorang Uztaz yang sedang berada didalam masjid.
Kita katakan pada nya " Assalammualaikum Uztaz, sudilah kira nya mengajar saya mendalami ilmu agama agar akhlak serta amalan saya menjadi sempurna.
Apa akan jadi pada kita?
Sudah tentu kita akan mempunyai minda yang lebih murni, jujur dan berakhir disuasana yang penuh kebaik kan !
Kita berjalan pada seorang perosak yang sedang menunggu dengan lahap untuk membinasakan kita.
Kita katakan pada nya " Ambilah apa sahaja harta , nyawa dan sebagai nya dan ceriakan kan lah saya"
Apa akan jadi pada kita?
Sudah tentu kita akan lebih banyak mengeluarkan airmata dan berakhir dengan pelbagai buku sejarah hitam. serta terus tenggelam selama nya.
Kita berjalan ke arah seorang Pembina yang sering memerikan semangat dan idea untuk membina hidup yang lebih baik.
Kita katakan padanya " Cikgu, saya rasakan mahu berjaya tetapi tidak tahu bagaimana?".
Apa akan jadi pada anda?
Sudah tentu kita akan lebih fokus pada masa akan datang dari masa lepas dan berakhir menjadi orang yang berkualiti serta kita yang baru, kita yang lebih hebat!
Kita adalah punca kepada apa kita cipta kan, mahukan ia terjadi dan membenarkan sesuatu yang terjadi! Kita.
Kalau kita tak suka dengan apa yang terjadi sekarang pada kita; senang sahaja! jangan benarkan ia terjadi dan berkata tidak!

Thursday, December 27, 2012
3 Perkara hari ini.
Hari ini tiga perkara yang istimewa buat saya;
1. Bersama promoter rajin Karangkraf ; Asyraf ke rancangan TV. sembang buku untuk DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Asyraf seorang staff yang rajin untuk mengadakan aktiviti bagi penulis-penulis buku Karangkraf. Ada sahaja aktiviti gerak kilatnya sejak mengenali beliau bulan August 2012. Tiap bulan ada sahaja plannya. Tidak ketinggalan juga rakan seperjuangannya Amir Fathi. Mungkin hasil didikan yang hebat daripada Ketua mereka RJ. Syabas RJ . Syabas Karangkraf.

3. Sewaktu memandu pulang , melalui bangunan Karangkraf di Shah Alam dan teringatkan editor hebat Puan Ruzita Awaludin. Selepas berbual dengan Puan Sri Diah perihal manuskrip DULU PENCUCI KINI PENGURUS , beliau mengesyorkan saya bertemu dengan editor Ruzita Awaludin. Satu perkara yang cemerlang dilakukan oleh Puan Sri Diah. Tidak hanya membuat kesimpulan sama ada manuskrip berkenaan bagus ataupun tidak selagi tidak dilihat dengan mata editornya dahulu. Dengan nilai customer service yang tinggi Puan Sri Diah tidak memandang rendah atau menolak sebelum melihat. Maka pertemuan seterusnya dengan Editor Puan Ruzita Awaludin. Beliau cekap membuat penilaian dengan melihat isi kandungan buku berkenaan. Beliau dapat menilai serta merta kekuatan buku berkenaan dalam keadaan yang pantas. Satu ciri kualiti perniagaan yang cemerlang kerana kita memerlukan pilot yang yang dapat membaca sesuatu situasi dengan pantas dan berikan keputusan yang tepat! Syabas dan terima kasih pada Puan Sri Diya dan Ruzita Awaludin. Benar buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS ada kekuatannya sendiri tetapi mereka yang membinakan jambatan juga harus dikenang jasanya serta etika perniagaannya. Sebelum ke Karangkraf, ada juga satu dua syarikat lain yang Masterji tanyakan pendapat dan cadangkan manuskrip buku berkenaan tetapi belum lagi mula bercakap, sudah kedengaran ayat "tiada masa" atau "tengoklah dulu" serta "tak boleh". Saya sudah di didik dari awal bekerja, never make judgement without seeing it with your own eyes , that is basic principle in business!
Wednesday, December 19, 2012
DULU PENCUCI KINI PENGURUS DARI JOHOR.
"Setiap hari ialah satu hari yang baru buat saya. Setiap hari ialah masa2 yang sukar. Setiap hari ialah hari untuk melakukan yang lebih baik dari semalam"
Saya dapat email yang pertama dari seorang peminat wanita yang telah membaca buku dulu pencuci kini pengurus dari Johor. Cik Nana. Cik Nana telah memetik ayat ayat pedoman didalam buku tersebut.
Thank you Nana, anda bukan membeli buku tetapi sebuah penggembaraan hidup yang boleh memberikan kita jenama baru yang lebih efektif! Thank you Nana.
Pada Cik Fame dan juga Dr Lap Top benar apa yang anda komen dalam entri tempoh hari. It's all because of we must think we can. Saya pasti anda berdua yang paling awal memberikan tepukan untuk diri anda kan. Ayuh Jaguh, katakan anda Jaguh anda adalah Jaguh.
Friday, December 14, 2012
A Champion
"A Champion is someone who gets up even when he or she can't"
When world send challenges to us, we can see who is a leader and who is a follower!
Who stand still and who will make the first move to overcome it.
Who will just crying for sadness and who will use the moment of sad to inspire victory.
If you are someone in the above who can still get up even you can't, I salute you and you are excellent person.
Really and honestly you are great!
Syabas. Berikan diri anda tepukan gemuruh!

Subscribe to:
Posts (Atom)