Hari ini tiga perkara yang istimewa buat saya;
1. Bersama promoter rajin Karangkraf ; Asyraf ke rancangan TV. sembang buku untuk DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Asyraf seorang staff yang rajin untuk mengadakan aktiviti bagi penulis-penulis buku Karangkraf. Ada sahaja aktiviti gerak kilatnya sejak mengenali beliau bulan August 2012. Tiap bulan ada sahaja plannya. Tidak ketinggalan juga rakan seperjuangannya Amir Fathi. Mungkin hasil didikan yang hebat daripada Ketua mereka RJ. Syabas RJ . Syabas Karangkraf.
3. Sewaktu memandu pulang , melalui bangunan Karangkraf di Shah Alam dan teringatkan editor hebat Puan Ruzita Awaludin. Selepas berbual dengan Puan Sri Diah perihal manuskrip DULU PENCUCI KINI PENGURUS , beliau mengesyorkan saya bertemu dengan editor Ruzita Awaludin. Satu perkara yang cemerlang dilakukan oleh Puan Sri Diah. Tidak hanya membuat kesimpulan sama ada manuskrip berkenaan bagus ataupun tidak selagi tidak dilihat dengan mata editornya dahulu. Dengan nilai customer service yang tinggi Puan Sri Diah tidak memandang rendah atau menolak sebelum melihat. Maka pertemuan seterusnya dengan Editor Puan Ruzita Awaludin. Beliau cekap membuat penilaian dengan melihat isi kandungan buku berkenaan. Beliau dapat menilai serta merta kekuatan buku berkenaan dalam keadaan yang pantas. Satu ciri kualiti perniagaan yang cemerlang kerana kita memerlukan pilot yang yang dapat membaca sesuatu situasi dengan pantas dan berikan keputusan yang tepat! Syabas dan terima kasih pada Puan Sri Diya dan Ruzita Awaludin. Benar buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS ada kekuatannya sendiri tetapi mereka yang membinakan jambatan juga harus dikenang jasanya serta etika perniagaannya. Sebelum ke Karangkraf, ada juga satu dua syarikat lain yang Masterji tanyakan pendapat dan cadangkan manuskrip buku berkenaan tetapi belum lagi mula bercakap, sudah kedengaran ayat "tiada masa" atau "tengoklah dulu" serta "tak boleh". Saya sudah di didik dari awal bekerja, never make judgement without seeing it with your own eyes , that is basic principle in business!
1 comment:
Salam Masterji.....
Wahhh...sudah tentu 3 perkara istimewa kerana dapat berdamping dengan mereka yg hebat!! Wlwpun sekejap banyak yg boleh dipelajari.
Begitulah saya apabila dapat peluang bercakap dgn Masterji....selalu saya dapat pelajari sesuatu. Terima kasih kerana menjadi guru saya yg hebat!!
Post a Comment