Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, April 30, 2013

UMUR TIDAK DAPAT DIKAWAL TETAPI KESIHATAN DAN RUPA BOLEH

Berita asal di SINI

Paltrow dinobatkan sebagai the most beautiful woman ketika berumur 40 tahun.

Mungkin ada diluar sana juga seperti beliau cuma bukan seorang artis.
Apa pun syabas!

Mungkin contoh yang boleh kita pelajari dari Paltrow ialah,; kita boleh kalau kita usaha kan!
Bertenaga remaja ketika usia meningkat boleh membuatkan kita terus konsisten dalam usaha menangani cabaran dunia setiap hari .Fikiran harus matang, badan, rupa harus remaja! Cuba lah ya. Mesti boleh.

Buatlah untuk orang yang tersayang . Mungkin contoh ini dapat membantu;
Katakan berat anda 80 kg dan anda ingin kurangkan. Jangan terus terburu buru rush untuk turunkan. Buat jadual 2 kg setiap bulan dan mungkin sampai 5 kg sudah mencukupi.

Jangan rush berlari sampai sepuluh round tiba tiba, terus diet tak makan makan.Buatkan plan yang berkesan dan konsisten ya. Isteri atau Suami kita pasti menghargai kita.

Kalau Paltrow cantik didunia , kita juga boleh untuk keluarga. Jommm...pastikan boleh.

Hah jangan lupa bila dah cantik nanti pakai bedak banyak banyak ya...hahaha Masterji bergurau.



Monday, April 29, 2013

Sekeping Cek


Pagi pagi dapat cek . Cek yang paling awal saya terima sepanjang kehidupan setakat ini.
Saya dapat cek dengan jumlah yang banyak. Cek yang bernama Mickey Bank dari Safidatul Hasanah ( Cik Senah Senator , panggilan di rumah). Tersenyum gembira pagi ini dapat cek dari Safidatul Hasanah!
Anak saya yang berumur 9 tahun yang kini belajar di darjah 3.

" Babah , Hasanah nak berikan cek pada Babah kerana menjaga Hasanah ". Saya tunduk dan melihat terus ke matanya. Saya cium dahinya dan ucapkan terima kasih.
"Terimakasih nak, bukan cek ini yang berharga tetapi hati anak yang sudi berikan pada Babah lebih berharga dan Babah akan ingat sampai bila bila".
"Babah simpan sebagai kenangan ya, Hasanah jadikan ini sebagai cita cita ya".

Saya akan simpan cek ini agar ia dapat membina pemikiran tiang gol dan visual tiang gol yang jelas buat diri nya. Banyak hasil lukisan atau kad kad ucapan yang diberikan oleh anak anak saya simpan dengan baik dalam sebuah peti bernama kenangan.
Agar satu hari nanti kalau dipanjangkan usia , saya akan buka peti kenangan ini bersama semua kad kad yang pernah mereka berikan dan tunjuk kan semula pada mereka di hari persandingan mereka.

Saya ucapkan terima kasih pada Hasanah dan kami berjabat salam.

Saya membesar dengan seorang Ibu tunggal dan tidak pernah melihat model seorang Bapa yang dapat membimbing saya sebagai seorang Bapa.

Saya masih belajar.

Safidatul Hasanah dan sekeping cek.
"My little pretty girl Hasanah, I had put it into my blog and telling the world how happy I am with your gift!

Thank you "
Hasanah' andai Babah tidak berkesempatan mendapat yang asli satu hari nanti, ini sudah mencukupi dari mu nak. Cukup berharga buat diri Babah.


Cik Fame thank you so much for many comments. Dapat juga masuk kan entri ya.
Risau amat apabila komen nya tidak dapat masuk keruangan blog Masterji.

Thank you.

Thursday, April 25, 2013

Mana Asas Kita?


Asas untuk pembelajaran adalah mengenal A, B dan C.


Tumpukan pada asas kerana kita konon nya dah hebat!
Ramai yang berkata "dulu susah untuk berjaya tetapi bila dah berjaya susah nak maintain"


Kenapa ya? Mungkin kita lupa pada asas ( Basic ) dan kita lupa apa yang kita buat sebelum kita berjaya sebab itu susah nak maintan.

Dulu sewaktu belajar di Sekolah, Kolej, Universiti , kita rajin membaca buku tetapi  kini selepas menjawat jawatan yang selesa kita lupa pada buku maka pengetahuan kita kekal sama.

Dulu sewaktu belajar kita membaca buku tidak kira siang atau malam, hari biasa atau hujung minggu tetapi kini kita sudah menghadkan semua itu. Kita sudah selesa dengan perkataan RILEKLAH SIKIT..

Dulu kita memilih kedai makan yang termurah dan sibuk memasang pelan budget. Perut tetap kenyang . Kini kita sibuk mecari tempat tempat kelas atasan atau makanan makanan yang konon nya kita telah secara automatik termasuk dalam kumpulan mereka yang koparat dan ternama.

Dulu kita memandu kenderaan kecil kesana kesini tetapi tetap berjaya dan urusan perniagaan tetap berjalan lancar.
Kini kita malu untuk menggunakan kenderaan yang kita labelkan sudah layak masuk ke muzium dan memandu yang lebih hot, lebih mahal bayaran bulanan nya dan seperti biasa niat nya untuk level up kan dengan orang lain kita terpaksa bayar lebih.

Dulu kita rajin bekerja sehingga malam hari semata mata kerana kita susah dan ingin berjaya. Kini kita lebih suka pulang awal, bersenang senang dan lebih banyak enjoy enjoy sehingga akal kita tidak lagi ada terpahat aku orang susah .

Dulu kita memerah segala akal yang ada dan kalau tak ada kita cipta idea baru agar kita dapat pujian, kenaikan gaji yang lebih baik ditempat kerja.

Kini setelah duduk dikerusi empuk kita berkata " Dulu dah penat fikir sekarang rilek lah.

Dulu sewaktu ingin kepuncak, kita kasihkan isteri, ibu dan anak anak kita. Kini setelah berjaya , mereka semua bagaikan orang asing dan bukan lagi VIP untuk kita.

Dulu sewaktu susah, solat tidak pernah kita abaikan. Kini setelah berjaya , jarang kita mengerjakannya.

Dulu kita tiada gadget gadget hebat hanya telefon bimbit yang murah tetapi kita tetap berjaya. Kini setelah berjaya , kita mempunyai banyak gadget gadget mahal ratusan ribu yang kita menjadi hamba nya .

Dulu kita berkawan baik dengan rakan rakan surau, dan penasihat utama adalah Tok Imam surau ataupun masjid dikariah kita. Kini setelah berjaya, kita sudah ada lebih ramai rakan baru yang mencadangkan kita dunia adalah segalanya dan juga kita jadikan golf adalah rutin.

Dulu kita tidak malu dan rasa bangga dengan ibu bapa kita walaupun mereka orang miskin dan biasa biasa sahaja. Kini setelah berjaya dan berkahwin kita terpengaruh dengan keluarga baru yang nampak lebih kelas, lebih mewah dan konon nya ternama. Kita malu dengan dengan ibu bapa kita yang miskin walaupun mereka lebih kaya adab dan tatasusila.

Dan banyak lagi...

Walaupun kita sudah berjaya jangan lupa pada setiap satu perkara yang kita gunakan sewaktu ke mendaki ke puncak. Always remember the basic dan juga jangan dipersiakan mereka yang sama sama sanggup makan sehari sekali dengan kita, menangis bersama sama, menahan lapar bersama sama dan Tok Imam yang jadi rakan baik , mentor dan penasihat kita sewaktu susah dan selalu berada di Masjid dulu.

Tuesday, April 23, 2013

Dinamit


Anda ibarat dinamit! Boleh meletup dengan berita baik dan tidak baik!
Boleh meletup dengan cerita kejayaan yang hebat dan tidak boleh dilupakan ataupun cerita panas yang memalukan dan tidak boleh dilupakan.

Thomas Alva Edison, Wright Brothers , Alexander Graham Bell, sudah menjadi dinamit yang hebat dan hingga kini letupan nya
di ingati dunia!
Kita juga punyai potensi dan kewibaan yang sama cuma cari picunya dan letupkan ia dengan idea yang tidak terduga,
kemahiran yang tidak tertanding atau pengetahuan yang kehadapan!

Aha jangan perlekehkan diri sendiri , fikirkan boleh kita boleh. Kalau tidak boleh menjadi fokus dunia, negara mungkin keluarga sudah pasti!
Ayuh jadi lah dinamit yang positif.

Monday, April 22, 2013

SEMERAH PADI.


Dalam filem Semerah Padi , watak Aduka telah menerangkan, dugaan seorang lelaki, dugaan seorang pemimpin dan dugaan seorang pelaksana hukum.
Apa patut dilakukan dan apa perkara yang patut dielak kan.

Sebuah filem yang penuh pengajaran. Kehebatan seseorang individu bermula dengan kepimpinan diri.
Perlu bezakan apa yang kita suka buat tetapi tidak boleh dan apa yang kita tak suka buat tetapi kena buat.
Mereka yang berjaya mencari perbezaan dua perkara berkenaan akan menjadi manusia yang hebat!

Apa khabar semua rakan rakan pembaca. Terimakasih tak terhingga pada sokongan anda!
Cik Fame , Puan Noor Jahan harap anda sihat selalu dan pasti anda sedang merangka pelan innovasi yang baru untuk syarikat anda.
Syabas, sentiasa bergerak kehadapan!

Dr Lap Top how are you boss? Tahniah ya sekarang tengok banyak petua petua motivasi di FB anda. Saya juga turut belajar!

Thursday, April 11, 2013

Ada beza antara manusia dan sampah.


Mummy if you are reading this;
Semalam berkesempatan bertemu Mummy. Mummy cakap pada saya
" Dari seorang anak yang hidup dengan banyak kekurangan, keperitan, buku  Apit sekarang dah sampai satu Malaysia ya nak"

Airmata saya menitis dan saya ucapkan terimakasih pada Mummy.

Jawap saya pada Mummy " Mummy kan cakap dulu...ADA BEZA ANTARA SAMPAH DENGAN MANUSIA, , itu yang Apit ikut Mummy"
Mummy mementingkan pelajaran tetapi lebih fokus pada didikan disiplin, dan membina akhlak yang baik.
Mummy tidak pernah mengajar saya harta dunia lebih bernilai dari  diri sendiri. Mummy tidak mahu saya keliru dengan dunia dan melihat harta manusia melebihi nilai manusia itu sendiri.
Bila membesar apa yang Mummy katakan memang banyak yang betul.
Ramai yang terpedaya , tertipu dan terkorban kerana melihat saiz kereta besar sadalah sangat hebat walaupun nilai pemandu kereta berkenaan sangat buruk dan keji.  

Kalau pun kita pandai belum tentu kita jadi manusia . Mummy betul.
I am happy with you mom although I was not brought up with expensive luxury items but you had brought up me with luxury values.That values made me what I am today.
It is better to live with a single mom rather than a complete parents but grow up  useless!  I became asset instead of liability.

Sayangilah Ibu kita.
Capai lah sesuatu sekurang kurang nya untuk membuatkan Ibu kita tersenyum.

Wednesday, April 10, 2013

Ibarat Roda di Karangkraf


Dulu berikan naskah di Karangkraf dan kini program latihan.
Terimakasih pada Cik Didie selaku pegawai latihan, Encik Ashraf selaku promosi latihan dan semua staff karang kraf.




Gembira dapat bertemu dengan ramai staff yang hebat hebat.
Pertama kali bertemu dengan pegawai yang tinggi nilai customer servicenya ; Puan Sri Diah.
Suprise dengan kemunculan Kartunis Gayour di situ,

Masterji dapat melihat sebuah organizasi yang penuh dengan pekerja pekerja cemerlang ! Program latihan ibarat roda amat menghiburkan dan kita sama sama belajar!
Semoga kita bertemu lagi.


Thank you so much to Cik Didie yang telah membuat persiapan yang cukup hebat!
Cuma tak dapat jumpa editor saya yang dihormati Puan Ruzita Ahwaluddin dan juga Anchor Karangfraf; RJ!


Friday, April 5, 2013

Program Imarah Masjid



Anda semua di jemput hadir ke program Imarah Masjid yang akan berlangsung di Masjid Putra Perdana, Puchong Selangor pada 13 April 2013.
Program yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama Masjid Putra Perdana ini akan menyajikan pengisian ilmiah untuk kita semua.

Banyak aktiviti menarik di jalankan sepanjang program ini berlangsung.

Dan Masterji juga akan hadir. Di samping ilmu dunia, jangan di lupa bekalan akhirat.

Thursday, March 28, 2013

Masterji Jelajah Melaka

Pada 23hb Mac dan 24hb Mac Masterji berada di negeri Hang Tuah iaitu Melaka.
Masterji bukanlah mahu melawat Kota A Famosa tetapi Masterji ke sana di atas jemputan pihak penganjur program Karnival Keusahawanan dan Perbankan Islam untuk berkongsi pengalaman dan sedikit petua untuk menuju ke arah hidup yang lebih berjaya.

Program yang dinamakan Bual Bicara Mohd Rafi ini di adakan pada 23hb Mac 2013 di sebelah malam,mendapat reaksi yang positif dari pengunjung yang hadir, terutamanya dari pelajar Kolej Profesional MARA(KPM) Bandaraya Melaka.


Ini semua berkat kejayaan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus terbitan Kumpulan Media Karangkraf dan telah mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian pada 24hb Mac 2013. Boleh di baca di SINI.

Kemudiannya, pada 24hb Mac pula Masterji berkesempatan menjengah MPH Bookstore cawangan Mahkota Parade dan MPH Bookstore cawangan Mydin Mall, MITC.
Staf di kedua-dua cawangan MPH Bookstore ini menyambut baik kedatangan Masterji dan Masterji sempat bergambar bersama mereka dan juga pelanggan yang membeli buku Dulu Pencuci Kini Pengurus di situ.


Kepada semua, Masterji ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.


Tuesday, March 26, 2013

Malu Itu Satu Virus

Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 24-Mac-2013

Pada 23-Mac-2013, Masterji telah di jemput ke Karnival Keusahawanan dan Perbankan Islam bertempat di Melaka.
Pihak penganjur telah memberi kesempatan kepada Masterji untuk berkongsi pengalaman dan memberi sedikit petua kepada pelajar Kolej Profesional MARA(KPM) Bandaraya Melaka.
Sesi yang di namakan Bual Bicara Mohd Rafi ini mendapat sambutan yang amat baik.

Masterji telah memberi penekanan terhadap isu-isu yang sering menjadikan pelajar gagal, antaranya jangan malu. Ya, jangan malu(biarlah malu bertempat.)
Pada Masterji, malu adalah satu virus yang akan membantutkan perjalanan kerjaya seseorang.
Seperti kata bidalan ; malu bertanya sesat jalan.
Pendekatan inilah yang Masterji gunakan.

Diharapkan, di lain masa Masterji dapat bertemu anda semua.


Tuesday, March 19, 2013

Jom bakar lemak

Aha! Apa khabar semua? Mesti sihat kalau tak sihat mesti kasi sihat. Kalau tak sihat macam mana nak berikan fokus pada tiang gol?



Ramai yang ada impian yang sungguh hebat dan boleh buatkan kita digelar jutawan tetapi sangkut ditengah jalan kerana sakit.

Masterji suka ikut polisi 30 minit sehari untuk bersenam selama 6 hari seminggu. Boleh kalau kita mahu ia jadi!  Kalau tak sempat tiap tiap hari Masterji pastikan seminggu sekali 3 jam untuk cover hari hari yang tak dapat laksanakan.

Kenapa senaman penting untuk Masterji;

1. Ingin mengurat isteri sendiri selamanya. Biar kelihatan kemas dan cergas dimata isteri agar isteri lebih yakin yang kita mampu mengalas cabaran dunia untuk melindunginya. Biar lah kalau boleh hari hari Isteri saya terpesona dengan saya.

2. Untuk mencapai tiang gol, kesihatan yang cemerlang penting! Masterji tidak mahu ada gangguan terhadap fokus pada tugas, impian dan menyusahkan customer memandangkan Masterji berniaga.

3. Dapat bergerak lancar dan pantas , tidak tersenguk senguk ataupun termengah mengah ketika bertugas ataupun mengajar.

4. Kalau diizinkan Allah S.W.T dengan kesihatan yang bagus, esok bila tua masih lagi sihat untuk menghantar cucu kesekolah sambil sambil itu boleh bergurau, bermanja dan bawa cucu minum teh tarik ataupun main video game. Seronok kalau sampai ketahap itu. Boleh main sorok sorok lagi dengan cucu. Ketika muda sudah berhempas pulas menangani cabaran, biarlah ketika tua dapat melalui keadaan bebas, indah dan bahagia di samping anak cucu.

5. Saiz pinggang haruslah 28-29 maintain begitu agar tak perlu tukar tukar saiz seluar dengan kerap seperti dulu. Kalau makin kecil lebih baik.

Aktiviti Masterji sewaktu menjalani senaman selama 30 minit kadang lebih sedikit sampai 45 minit;

1. Senaman tangan, kaki, perut dan pinggang.

2. Lari 3 KM (dalam stadium) di trek.

3. Senaman di Gym. 3 jenis peralatan dan setiap satu dijalankan sebanyak 3 set bermakna setiap satu set ia akan dilakukan sebanyak sepuluh kali. Maka semua nya ialah 90 kali dengan 3 jenis peralatan di gym. Ada banyak perlatan lain tetapi biarlah sedikit janji konsisten. Bukan nak jadi Jaguh bina badan pun hanya sekadar mencapai tahap fitness yang baik.

Jomlah rakan rakan, jangan asyik tunggu tunggu . Jom , jom , jom. Badan yang sihat akan mempercepatkan langkah kita mencapai tiang gol dengan cemerlang!

Pada Cik Fame , Puan Noor Jahan terimakasih kerana selalu berikan komen begitu juga pada Dr Lap Top Kulim dan juga yang lain lain.

Cik Fame bila lagi nak buat teh tarik seperti tempoh hari di Higashifuji? Masterji harap pasukan anda akan berjaya mendapat sijil TS dengan cemerlang.

Monday, March 11, 2013

Joey Tempest


10,9,8,7,6,5,4,3,2,1 YES!!
It's the final countdown....


Masih ingat dengan bunyi letupan selepas itu?
Begitulah persembahan lagu super hits The Final Countdown dari kumpulan Europe ketika itu,sekitar tahun
1986.
Lagu berkenaan membuatkan kumpulan Europe mula dikenali di serata dunia. Mereka mempengaruhi
anak-anak muda dan mula mengambil alih populariti kumpulan rock yang lain.
Joey Tempest ; penulis lagu tersebut yang juga bertindak sebagai vokalis untuk kumpulan Europe
berjaya membawa lagu ciptaannya sendiri menjadi lagu 'evergreen' sehingga kini.
Bermulanya era 'ringtone MP3' di handphone, secara langsung menjadikan lagu ini antara 'ringtone'
pilihan untuk dimuatkan ke handphone. Jutaan muatturun MP3 juga direkodkan untuk lagu ini.

Wajah dan nama setiap ahli kumpulan Europe mula dikenali ramai terutamanya Joey Tempest. Era gemilang
mereka bermula dari tahun 1986 hinggalah pertengahan era 90an dan sudah tentulah lagu Final Countdown
adalah lagu yang paling di ingati sehingga di gunakan di acara Sukan Olimpik dan sambutan tahun baru.

Lebih menarik lagi, Joey Tempest bukan sekadar seorang 'rocker' tetapi juga seorang yang amat
gigih berusaha untuk menaikkan nama beliau. Beliau adalah "pakar" dalam bidangnya sendiri iaitu
nyanyian dan penulisan lagu.Beliau memberi fokus dan komitmen tinggi terhadap bidang ini, walaupun
disedari bahawa beliau cuma mempunyai kepakaran dalam satu bidang sahaja iaitu bidang muzik. Hanya satu, iaitu muzik. Dan bidang muzik itulah yang memberikan kesenangan pada beliau.

Kadang-kadang kita menceburkan diri dalam banyak bidang tetapi gagal memberikan fokus dan
mengasah kemahiran dengans sepenuhnya dan akhirnya kita gagal.
Apa kata, kita fokuskan pada satu sahaja bidang? Dan bina "strength kita" dengan satu bidang itu!

Terima kasih kepada komen Cik Fame. Ya, Value Guide asalnya bermula dengan dari kepercayaan dan peluang yang diberikan oleh Cik Fame dan Higashifuji.
Waktu itu, tidak ramai orang yang melihat apa yang mampu Masterji dan Value Guide Training Consultant
sumbangkan tetapi Cik Fame cepat mengesannya dan terus menjadikan Masterji dan Value Guide Training
Consultant sebagai agen untuk Factory Re-Builder. Sejak memulakan modul latihan pertama di Higashifuji pada tahun 2005 sehingga sekarang, banyak sekali pencapaian hebat yang berjaya di miliki oleh Higashifuji.
Kejayaan anda, kebanggaan kami di Value Guide Training Consultant.
Terima kasih semua!





Thursday, March 7, 2013

Kisah Dari Siru Kambam


Petang tadi, Masterji telah menerima naskah kumpulan cerpen Kisah Dari Siru Kambam tulisan Uthaya Sankar SB yang merupakan seorang Pejuang Bahasa Malaysia serta pengasas dan Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan sejak Ogos 1999.

Menceritakan bagaimana terhasilnya buku setebal 350 halaman ini, Uthaya Sankar SB melalui laman  blognya telah menyatakan"projek ini juga amat unik kerana saya meminta kerjasama sejumlah rakan-rakan dan kenalan untuk menjadi Editor Bersekutu. Sambutan dan sokongan yang diterima amat menggalakkan dan terus melonjakkan semangat saya dalam melaksanakan projek ini."

Masterji amat yakin, kumpulan cerpen yang memuatkan 20 cerpen karya asli dari Uthaya Sankar SB ini menarik untuk dibaca.


Pembaca yang berminat untuk membeli naskah ini, bolehlah menghubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my

Wednesday, February 27, 2013

TOTAL PRODUCTIVE MAINTENANCE HIGASHIFUJI ( TPM ).


Value Guide Training Consultant di Higashifuji, syarikat Cik Fame untuk program TPM.
Bersama Puan Saniyah Kadir dan juga Cikgu Shaharom melaksanakan program berkenaan.

Program yang berkaitan dengan teknik penjagaan dan pengurusan efektif berkaitan penggunaan mesin.

Cikgu Shaharom telah dengan kreatif menggunakan motor untuk acara Praktikal. Mudah difahami dan menarik.


Kelihatan digambar bagaimana cara cara yang betul ia harus dilakukan.







Kelhatan Encik Rohaizad handsome boy bersama rakan rakan sedang melakukan proses TPM secara berkumpulan.

Value Guide Training Consultant akan sentiasa menyajikan teknik teknik yang menarik dan kreatif dalam pemberian ilmu!

Value Guide bukan sekadar memberikan anda pengetahuan tetapi PROFIT selepas latihan kami!

Friday, February 22, 2013

TEKSI, SEKOLAH DAN GURU.

Gembira semalam.
Semalam mendapat dua jemputan untuk berkongsi pengetahuan .
Pagi di SMK Precint 11 Putrajaya dan petang di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai bersama moderator hebat dan terkenal Sayed Munawar.

Masterji dijemput  untuk berkongsi teknik didalam Buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS.
Kedua kedua aktiviti berkenaan sungguh meriah!

Masterji ke sekolah Putrajaya menaiki teksi kerana ingin tepat sampai ke sekolah berkenaan dari Shah Alam. Masterji risau kalau memandu sendiri tercari cari dan lambat. Itu tidak elok. 

Naik sahaja teksi, selepas direnung oleh pemandu teksi, terus sahaja disoal Masterji, " Encik Mohd Rafi , Dulu Pencuci Kini Pengurus ya"?
Tergamam Masterji. 
"Ya Encik mana tahu ni" soal Masterji.

"Saya dah beli buku Encik Rafi, dan sekarang saya dah tampal tiang gol saya sendiri untuk membeli teksi baru saya. Gambar itu ada dipintu bilik tidur saya, hari hari saya akan tengok gambar itu"!
"Wow terimakasih " kata saya.
" Bukan itu sahaja Encik Rafi, lepas baca buku Encik Rafi saya berjaya keluar dari perangkap yang cukup lama, saya berjaya menjelaskan semua hutang saya"

Pagi saya dikejutkan dengan kehebatan seorang driver teksi. Hebat dan saya bersyukur buku saya bukan sekadar mmeberikan teknik kualiti diri tetapi berjaya membebaskan manusia yang punyai masalah.
Tiang gol gambar teksi! Hebat!


Kemudian saya ke SMK Putraya dan bertemu dengan murid murid.
Dua sessi disitu, Dulu saya murid kecundang ketika bersekolah dan naik ke pentas kerana melakukan kesilapan serta dihukum. Kini saya kembali sebagai Motivator! Syukur.
Sessi pertama  :7.30am untuk semua murid dan guru di perhimpunan pagi.


Pada Teacher Ms Eow, thank you so much for you great arrangement. Beliau yang mula mula contact Masterji minta datang kesekolah.
Komen beliau selepas kedua dua sesi ; MARVELOUS! Thank you Teacher.




Sessi kedua  : 8 am - 9.30am di dewan sekolah khas untuk membuka minda murid tingkatan 4 dan 5. Hebat murid dan guru disitu.!
Syabas pada Guru Besarnya kerana mempunyai cara yang berbeza untuk meningkatkan kualiti murid murid nya!








Petang bergerak bersama Encik Fathi dari Karang Kraf ke Institut pendidikan. Bertemu dengan Tuan Sayed Munawar , pensyarah pensayarah dan juga bakal bakal guru!
Sebuah pusat pengajian yang hebat!



Tuan Sayed Munawar juga hebat dalam pengendalian program.
Masterji berkongsi dengan para pensyarah dan bakal guru berkenaan dengan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus dan kenapa buku berkenaan BESTSELLER.


Buku yang dibawa bersama juga sold out semalam dijual oleh Encik Fathi. Terimakasih pada pihak yang menganjurkan.