Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, January 27, 2014

Malaysia sepatutnya.......



Semalam saya bertemu seorang kenalan yang lebih berumur.
Seorang ahli politik yang aktif.

Saya idak bertemu dengan beliau untuk tujuan berpolitik cuma terjumpa di kedai makan dan berborak.

Beliau seorang yang berpengalaman di bidang berkenaan. Hebat tutur bicaranya dalam isu isu berkaitan politik.

Politik bagi insan seperti saya seorang tenaga pengajar dan bekas seorang pengurus besar hanyalah  harus diketahui kerana salah satu faktor yang akan mempengaruhi perjalanan syarikat perniagaan.

Selalunya saya diam membisu dan tidak mahu bertanding pandangan didalam isu politik. Saya lebih gemar bercakap perkara perkara lain yang tidak menyentuh isu isu politik.

Entah bagaimana semalam saya mahu berbicara pada rakan ini.
I want to speak my naive mind about politics. May not be an expert view but perhaps from a citizen who saw something which could be right or wrong.

Saya katakan padanya "dengarlah contoh kegagalan saya."
Saya tidak mahu mengheret nama nama besar atau pihak pihak lain. Saya tidak mahu menjadikan orang lain punca kegagalan saya.

Saya katakan pada beliau;
"Pelayaran Malaysia telah berlepas dari sebuah pelabuhan yang bernama kesusahan untuk menuju
ke sebuah pelabuhan yang bernama kejayaan pada tahun 2020."

Maka apa yang perlu kita buat dari saat kita mula bertolak hinggalah kita sampai.
Sebagai rakyat Malaysia, apa pula sasaran saya menjelang ke tahun 2020.
Sebagai seorang anak apa pula boleh saya buat untuk mengubah nasib Ibu Bapa saya dan membantu keluarga saya.
Sebagai  seorang suami , apa yang perlu saya buat dengan memandu ahli kumpulan saya ke arah Malaysia
negara maju.

Apa yang saya buat?
Ada polisi pandang ke timur. dibawa masuk sebagai Pelabur.
Saya bekerja dengan syarikat Jepun selama 25 tahun apa yang saya buat?
Saya berfikiran pekerja. Saya tidak nampak faedah polisi pandang ke Timur dengan
akal yang lebih bijak.


Saya boleh belajar dari mereka. Saya boleh membuka syarikat elektrik saya sendiri sepatutnya.
Syarikat saya menjadi sayrikat International, Global, dikenali diseluruh dunia Rafi Electric SDN BHD.

Syarikat yang punyai pelbagai cawangan diseluruh dunia sehingga mereka yang berada di Korea akan mengenali siapa Mohd Rafi dan dimana Malaysia. Tetapi saya tidak buat semua itu dan hanya cakap banyak taruk sana taruk sini. Orang itu tak bagus , orang ini tak bagus.

Nasib baik saya sedar kemudian dan cuma boleh buat syarikat kecil latihan dan pembangunan.
Bagi saya   Malaysia sepatutnya sudah kehadapan jauh dari negara lain,. Lebih jauh dari Negara Negara
yang pernah menjajah kita, atau negara negara yang tip top sekarang seperti Korea dan sebagainya.
Elemen kekuatan Korea hari ini bukan lah sesuatu yang memeranjatkan bagi kita khususnya Di Malaysia.

Pengeluar Kereta yang hebat? Bukan kah Malaysia lebih awal telah menetapkan strategi berkenaan?
Kita ada dan kita telah wujudkan semua sasaran berkenaan. Kenapa kita masih belum dimana mana dengan
sasaran berkenaan? Adakah kerana kreativiti , inovatif atau kecekapan pengurusan yang kurang?

Kita jua telah pernah satu ketika dulu menubuhkan organizasi syarikat pembuat produk elektrik.
Dimana dan apa yang telah terjadi pada sasaran berkenaan?

Kita sudah ada projek IT dulu tetapi sekarang Negara mana yang menerajui nya ?

Saya nampak dan membeli gadget handphone yang mahal mahal. Dari model yang pertama sampailah sekarang.
Tetapi saya bodoh untuk memikirkan kenapa tidak saya memulakan syarikat membuat handphone dan memotong syarikat Nokia ataupun
lain lain. Kenapa?

Saya pergi makan Mcdonald kadang berturut turut. Tetapi saya tidak pernah terfikir
yang tidak kah saya mahu buat sesuatu seperti itu Mc Rafi ke Mc apa apa ke...
Saya tidak pernah terfikir begitu kecuali sibuk sms kawan kawan sana sini " Hei I kat Mc D..lahh".

Kalau saya buka kedai makan pun mungkin pukul 8 malam dah tutup sebab saya tidak mampu bertanding dengan
kedai Mamak dari segi kerajinan nya, ringan tulang nya, kepantasan nya dan macam macam lagi.

Saya mengeluh menghantar anak kesekolah setiap bulan satu,
nak beli baju sekolah, buku buku, itu ini dan kenapa tiada subsidi.
Kalau boleh tanggungjawap menjaga Ibu Bapa saya pun biarlah pihak lain  yang bertanggung jawap.

Kenapa saya tidak nampak banyak perkara?

Sebab saya tidak nampak strategi sesebuah wawasan yang diberikan oleh pemimpin negara saya sendiri.
Saya bodoh untuk mencari erti erti semua itu.
Saya harus faham dari awal lagi; 2020 IALAH SEBUAH KESEMPATAN, SEBUAH PERSEDIAAN, SEBUAH KEJAYAAN YANG MENUNGGU.

Saya begitu banyak membazirkan waktu berpelesaran.
Saya lebih banyak bergaul dengan mereka yang tidak menghasut saya mencari erti agenda sebuah wawasan kecuali
dengan mereka mereka yang menyalahkan setiap isu pada orang lain hingga kan kita terlupa kita boleh ubah apa yang kita boleh.


Saya lambat bergerak.

begitulah diantaranya dialog jujur saya pada beliau.
Beliau tersenyum dan saya balas dengan senyuman.

Kami menghabiskan minuman dan masing masing memohon diri untuk beredar.
Saya memohon maaf dari beliau dan mengucapkan ribuan terimakasih kerana tunjuk ajar beliau
pada saya yang naif berkaitan isu isu politik.

Selepas membayar dikaunter saya terus beredar ke parking lot.
Seperti biasa saya menyalakan sebatang rokok dan berjalan ke arah kereta saya.

Otak saya merawang ke perbualan tadi.
Saya tidak pasti apa yang saya bicarakan itu betul atau tidak
Tetapi buat saya dan kegagalan saya betul.

Saya tidak mahu menghabiskan masa mencaci cela sesiapa . salah kan itu ini begitu begini.
Ubah apa yang saya boleh, majukan apa yang saya boleh, paparkan kualiti kepimpinan
saya terlebih dahulu.

BMJ saya sudah menunggu.
Bukan BMW tetapi BMJ. Kenderaan saya yang dibeli hasil ciptaan syarikat Perodua.
Saya bangga memakainya kerana itulah lambang Malaysia sudah merdeka.
BMJ tu nombor plat...ha ha ha.

Bai Masterji maksudnya kott...haha haaa.

Monday, January 13, 2014

Saga


Saya bertemu Saga pada hari Sabtu lepas.
Hebat lelaki bernama Saga ini. .

Sunyi, mantap, licik dan cekap.
Cold Blooded killer. Saga mengingatkan saya pada Chow Yuen Fatt dalam filem Hong Kong bertajuk Killer.
Merpati putih yang berterbangan ketika Saga menjalankan misi membawa saya kembali ke zaman tahun 80 an.
Lelaki yang bijak tetapi terperangkap didalam dunia jenayah.

Twist nya menjadi apabila Saga dipertengahan sudah berubah jenama.
Sebuah filem yang bagus tetapi boleh diperbaiki lagi didalam genre Gangster.

Apa pun tahniah Dato Rosyam Noor kerana anda tetap bersinar dengan setiap watak yang diberikan.

Filem terbaru beliau Balistik.  Sebuah filem yang mengajar kita kerana kita yang mungkar pada agama, tuhan dan perkara perkara
yang baik, anak bini kita yang menjadi korban! Kita ingat kita hero atau heroin besar di KL tetapi kita lupa Isteri kita, anak kita adalah mereka yang baik baik,
tiada dosa dan bersalah yang akan mati kerana lagak dan bodoh kita. KL Kita punya! Salah KL ini lokasi hak semua orang.

Saga sebuah nama lagi yang merajai Dunia jenayah. Cantik nama Saga!
Tahniah Dato !

Friday, January 10, 2014

Anda

Kalau anda fikirkan adalah amat mustahil anda boleh berjaya maka fikiran berkenaan telah menutup semua pintu kejayaan.
-RafiMasterji.

Thank you to Cik Fame , dr lap top and Dr Idah. Dr Idah thank you so much for your support. Never be a doctor but the best doctor ya.

Thursday, January 9, 2014

Make It Simple


Apa yang kita tetapkan pada masa lepas itulah hasilnya yang kita dapat hari ini.
Ada yang mendapat hasil yang bagus kerana dia menetapkan perkara yang bagus.
Ada yang tidak kerana dia menetapkan perkara yang salah!

Maka kalau kita tidak suka atau gembira dengan hasil yang kita dapat maka ubahlah apa yang kita tetapkan.
Kesali lah perbuatan lepas , pelajari dari nya dan cipta anda yang baru yang benar benar baru dan tidak
berdiri lagi diantara masa lepas dan keinginan untuk berubah.

Kalau masih ditengah tengah anda bakal kembali semula pada situasi yang lepas.

Setiap perkara yang terjadi pada kita telah diizinkan atau telah dicipta oleh kita.
Maka tukarkan cara fikiran kita agar kita dapat izinkan sesuatu yang lebih baik terjadi pada kita.

Dr Lap Top Kulim,
sure saya akan beritahu anda kalau ada program di Kulim ya.terimakasih pada jasa baik saudara.

Cik Fame apa khabar harap sihat ya. Teruskan exercise. 2014 saya juga mahu turunkan lebih banyak KG!

Pada Dr Idah..thank you for your support. Sure  I will try to activate the blog frequently but sometimes I had many tight schedules.
Well thank you again for your great support. Send my best wishes to all your clinic members. You're good Doctor. I am no guru
but someone who had always wanted to change my brand from someone useless yesterday to someone useful today.
Thank you also for buying my book. Soon the next one will come. Please support ya. Thank you.

Wednesday, January 8, 2014

Usahawan


Usahawan yang berjaya adalah mereka yang sentiasa memikirkan
syarikat mereka masih susah, masih kecil , masih tidak kemana walaupun syarikatnya sudah bertaraf GLOBAL!

Tuesday, January 7, 2014

Pesan Plato


Pesanan saya pada para peserta program komunikasi cemerlang 2014 semalam.
Terimakasih semua anda semua nya hebat

Pada Puan Noor Jahan happy birthday and wish you the best of 2014 ya.
Dr Lap Top don't worry my book will be out soon.
thank you for support.

Tuesday, December 31, 2013

Dhoom Machalay!



Got Sometime to watched DHOOM 3 last week end.
Great movie. Can further improve my Domestic Inquiry teaching skills.

" A FATHER THAT THOUGHT THE KIDS WITH VALUES NOT MONEY, NOT LUXURY CARS BUT WITH EFFECTIVE PHILOSOPHY "

" A STRONG FAMILY ORGANIZATION AND TEAM WORK"

" A BRILLIANT TWIST"

" SONS THAT WORK HARD TO CONTINUE THE LEGACY OF THEIR FATHER"

"  A PERFECT THIEF AND CHALLENGING POLICE OFFICERS"

"  A GREAT LOVER AND  WITNESSES DEATH OF THE LOVE  ONE"

" A STUNNING PERFORMANCE BY KATRINA KAIF".


Lesson point for today;
"WHEN SOMEONE GREAT DIED, PEOPLE WILL CRY,
BUT WHEN A JERK DIE , PEOPLE WILL SMILE".
- Rafi Masterji.



A very Happy New Year to everyone .
Tonight starts the count down of the new year and starts from tomorrow we must not
forget to count down on our goal for 2014.

Puan Noor Jahan happy new year and good luck for 2014.
Thank you for all the support.

Dr Lap Top Kulim, Happy new year for you.
Sure I will inform you about the new book.

Thursday, December 26, 2013

2014





Sudah kah anda menyediakan gambaran kehidupan anda pada tahun 2014.
Aha! Belum lagi ?

Kenapa belum.? Skrip anda di tahun 2014 adalah tanggungjawap anda.
Dimana anda mahu bermula, apa yang anda ingin capai semua nya itu masterplan anda!

Kepada para pengurus, ketua Jabatan dan CEO CEO yang mengikuti blog ini,
soalan yang sama ingin saya tanya kan. Sudah kah anda punyai gambaran rentak perniagaan
anda pada 2014 dan juga 2015.?

Kalau belum mungkin agak terlewat tetapi bermula sekarang.

Kalau skrip tidak di wujudkan sekarang bermakna keadaan yang akan memimpin kita.
Maka hanyutlah berdasarkan satu situasi ke satu situasi.

Value Guide sudah selesai dengan skrip tahun depan.

Diantaranya ;
2 buah buku akan diterbitkan.
3 syarikat yang akan disijilkan dengan sijil 5S.
3 seminar motivasi terbuka .
Projek motivasi sekolah sekolah.
dan terdapat 5 lagi yang merangkumi strategi kewangan serta melangkah kan Value Guide ke pasaran
yang lebih baik.

8 perkara yang setakat ini sudah diskripkan buat tahun 2014.
Kepada anda yang mungkin mahu membuat projek pembangunan sumber manusia mungkin
boleh menambahkan isi skrip Masterji. Silakan.
Kalau ada diantara sekolah sekolah anak anak anda yang perlukan bantuan Motivasi, boleh lah
menghubungi Masterji. Saya tidak memberikan konsep tetapi HOW TO!

HAH! Jangan tunggu lagi. lakukan sekarang.
8760 jam menunggu anda ditahun 2014.
Anda boleh menjadi aset atau liabiliti di 2014.
Buat pilihan yang betul.

Pada Cik Fame thank you so much for your great support and always being with us.
Semoga Puan dan Higashifuji akan terus menjadi Rock Star dalam bidang produktiviti.

Rakan yang saya hormati Dr Lap Top Kulim.
Harap anda semakin berjaya sekarang.
Saya amati FB anda dan saya simpulkan anda seorang lelaki yang kuat bekerja dan jelas dengan misi anda!

Pada Master Q Saniyah Kadir ,
thank you for all the great support and brought Value Guide from good to better!


Tuesday, December 24, 2013

47 Ronin


Sebuah filem keperwiraan dan kepimpinan yang hebat.
Aktor Keanu Reeve bijak memiIlih tawaran.
Strategi lautan biru nya menjadi kali ini.
Membuat pesaing tidak mampu bertanding.

Filem yang mengisahkan misi harus dicapai dengan apa keadaan sekalipun.
Sense of Loyalty, Sense of Dignity, Sense of Quality.

Ini baru Warrior sejati.
Professional dalam kerja masing masing. Misi masing masing.
Tidak terhegeh hegeh dengan pelbagai alasan yang bukan bukan,.
Misi , tanggungjawap , prioriti utama.

Disarankan untuk Ketua Ketua Koporat  menonton nya.
Seorang pemimpin harus pulang dengan hasil sebuah misi.
Tanpa nya jangan sekali sekala pulang dengan tangan yang kosong.

Thursday, December 19, 2013

Mari Berkongsi

Selamat berjumpa lagi.
Maaflah, sejak sebulan dua ini Masterji sibuk sedikit. Selain menyiapkan buku kedua, Masterji juga banyak terlibat mengendalikan program latihan di luar dari negeri Selangor.
Value Guide Training Consultant perlu mengorak langkah lebih jauh. Untuk maju, kita perlu terus bergerak dan bergerak, mencari peluang tanpa pernah kenal penat lelah.
Ahh...nanti ada pula pembaca yang ingat Masterji mahu jadi kaya, kejar wang?
Bukan begitu maksud Masterji.
Apa yang Masterji maksudkan adalah Value Guide Training Consultant berkongsi ilmu dengan peserta program dan orang ramai bagi sama-sama mengorak langkah ke arah lebih berjaya.

Contohnya ketika di Universiti Tun Hussien Onn, Johor. Masterji mengendalikan sendiri program Perubahan Minda. Ada peserta yang terus berjumpa Masterji sebaik sahaja program tamat dan mengucapkan terima kasih. Secara peribadi, Masterji rasa terharu.






Sementara itu, untuk program GEMBA Improvement yang di adakan di Perak pula, Masterji mengingatkan peserta program bahawa "Gemba is money."
Jangan pula ada pembaca yang beranggapan "buat gemba dapat upah."
Maksud Masterji dengan "Gemba is money" itu adalah "aktiviti Gemba akan memberi lebih keuntungan kepada syarikat dan individu."




Masterji juga sedang merangka beberapa program latihan baru untuk tahun 2014 nanti, untuk di kongsi bersama orang ramai, syarikat dan juga orang perseorangan.
Value Guide Training Consultant sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada semua golongan, baik pengurusan atau bawahan.
Jumpa lagi.

Monday, December 16, 2013

Renung sejenak I.


Kadang kadang dalam hidup anda bermati matian untuk seseorang yang
tidak kenal semua itu! Buta untuk mengenali yang anda adalah satu dalam seribu.

Mungkin bagi mereka manusia jujur hanyalah dongengan sejarah dan cerita purbakala.
Manakala yang jahat, yang durjana, tidak mengenal haram halal, yang pernah sepak terjang mereka adalah manusia yang terbaik.

Pelik tetapi kadang itulah hakikat kehidupan.
Sebelum anda yang jujur menjadi debu fikirkan lah situasi anda!

Apabila seorang manusia yang kejam bagi nya perkara yang tidak bagus adalah sekadar..SO OK LAH...
Manakala bagi seseroang jujur kalau hancur harapan nya maka hancur lah jua hidupnya.

Tip motivasi hari ini; setiap kali anda mengatakan ya pada manusia yang tidak berfaedah, anda mengatakan tidak
pada manusia yang lebih cemerlang!

Maka belajarlah berkata tidak pada situasi, manusia dan perkara yang tidak berfaedah!



Lama sudah tidak menulis. Masterji sibuk dengan buku kedua.
Nanti kita sembang sembang lagi ya.

Tuesday, October 29, 2013

Nasi Kandar Best Di Mid Valley




Mentor saya Encik Azaman telah membuka gerai nasi kandar di Mid Valley level 2.
Saya berikan laluan blog hari ini untuk beliau.

Secara keturunan, memang hali keluarganya pakar dalam dalam bidang perniagaan makanan.
Silakan kesana . Nikmati lah nasi kandar yang sungguh menyelerakan.

Encik Azaman, syabas. satu lagi kejayaan
Jangan lupa Qasis Food Court Level 2 gerai nasi kandar best!

Datanglah berami ramai. Jangan lupa password, katakan pada nya saya rakan Rafi masterji. mana lah tau kot kot ada diskaun.
Hahaha.

Monday, October 28, 2013

Mera Biwi Sains Teacher.


Salam pada para pembaca yang dihormati.
Hari ini nak cerita pasal Mera Biwi ( Isteri saya yang pakar sains).

Pening kepala saya . Hari hari dengar pasal Sains. Memandangkan sains bukan bidang saya maka dengan
mudah lah saya tidak dapat menjawap banyak soalan perihal Sains.

Beliau sudah menjadi Cikgu Sains dalam kehidupan saya. Bukan sahaja Sains  malah Matemaik pun dia soal juga. Cuma yang mampu saya jawap Cikgu Sains dan Matematik saya dulu selelu demam tak masuk kelas jadi saya ada kurang sikit. ha ha haha ha.

Kalau bercerita pasal pengurusan saya selalu kata Art  tapi dia kata Sains.Kalau waktu sedang memandu dan banyak pokok atau perkara perkara lain  yang dia nampak di sekeliling maka sessi akan bertukar jadi sessi pembelajaran Sains.

Saya jawap " Management tak perlu fikir detail cuma hasilkan result, Orang Sains  selalu fikirkan
details maka lambat lah jumpa result " dan  sangkaan saya meleset .Ingat kan topik boleh jadi reda tetapi hujah hujah Sains terus bertambah.

Kami gelak bersama sama dan selepas beberapa mini timbul balik pembelajaran Sains.Volume lagu diradio dikurangkan agar pembelajaran Sains diteruskan. Aduhai .. Mana mana Biro pertolongan boleh bantu saya.

Katanya Sains ada dua; Sains hidup dan Sains mati. Rasa tersembul bijik mata dengar hujah nya.
Sains hidup berkaitan dengan orang;   tugas seorang Doktor. Sains mati, adalah mesin, equipment ;  tugas seorang engineer.
Emm no Bad . Bab ini aje yang saya senyap sikit nampak jelas. Tapi masih kata Management penting. ha ha ha

Sabtu lepas, isteri saya ajar lagi subjek Sains.Penutup botol yang ketat kalau dipanaskan boleh terbuka.
Dia panggil saya dengan keadaan tergesa gesa ingatkan ada apa apa yang terjadi rupanya time untuk belajar Sains.
Kami gembira tetapi pembelajaran Sains masih berterusan ha ha ha.

Anyway......Orang Management tak perlu tau Sains cuma perlu uruskan orang Sains memberikan result yang kami mahukan. ha ha ha.

Kalau dia baca bab ini maka hari ini subjek Sains saya bertambah lah jawapnya.

Apa pun dunia ini ada Sifu dimana mana yang pakar didalam bidang mereka makatiada ruginya kita belajar dari mereka. Apatah lagi dari Isteri kita. Mesti dia happy tengok statement ini.

Pada Cik Fame terima kasih dan syabas sekali lagi kerana pencapaian anda.
Dr Lap Top apa khabar.



Friday, October 25, 2013

Prinsip seorang Samurai.


Mudah sahaja;
Tiada jawapan " TIDAK BOLEH"
Setiap misi adalah " BOLEH".
Setiap pergerakan harus lah " LANCAR"
Setiap kali pulang bersama " HASIL"
Setiap proses mencapai misi haruslah " MEMIMPIN DIRI SENDIRI DAN BERFIKIRAN PEMIMPIN".
Setiap usaha harus " BEKERJA 3 KALI GANDA DARI GAJI YANG DITERIMA"

Mudah sahaja rupanya kod etika kerja mereka. Memang diakui kehebatan mereka ini.

Kalau diserapkan dalam budaya kerja di organizasi saya pasti organizasi berkenaan akan selamat sejahtera!

Pada Cik Fame tahniah kerana telah mendapat sijil kualiti ISO standard untuk T.S. Satu lagi bab kecemerlangan Puan Noor Jahan aka Fame di Higahsifuji.
Saya terima berita berkenaan semalam. Value Guide sebagai tenaga pengajar tumpang gembira .
Value Guide jua berjaya mencipta record baru untuk tahun ini dengan pencapaian syarikat Puan. Satu lagi syarikat yang kami berjaya pimpin ke hadapan!

Apapun ia datangnya dari kepimpinan Cik Fame dan rakan rakan disana yang cukup bagus.
Jangan letak kan full stop. Panjangkan milestone anda lagi!

Pada Dr Lap Top rakan saya, kalau datang ke KL tolong beritahu dan saya cuba cari
masa bertemu dengan Tuan. Kita akan berbual dengan mesra ya. Terima kasih kerana
sering memberikan sokongan.