Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, August 5, 2010

Inspector Saab


Salam pada semua yang membaca. Terima kasih pada yang memberi komen perihal entri semalam Here I am. Tahniah di ucapkan pada Pn Mollie. Dia cemerlang!

Entri hari ini bertajuk : Inspector Saab. Apa tu? Maksudnya , Tuan Inspector. Nampak gambar di atas . Itu gambar Cik Fame kita bersama dengan seorang pegawai polis yang datang melawat tempat kerja beliau. Lawatan berkenaan adalah untuk mempelajari dan melihat budaya kerja cemerlang terutama sekali 5S. Cik Fame atau Pn Norjahan kita adalah ketua bagi kumpulan 5S dan beliau bertindak sebagai pengerak utama. Cemerlang.

Tidak ramai HR Manager yang boleh melibatkan diri perihal peningkatan produktiviti. Memang tempat kerja Cik Fame kita bersih, kemas dan semua barang barang tersusun kemas serta sistematik. Setiap fail yang diperlukan boleh di dapati kurang dari 30 saat ! Tiada yang bertekak atau bingung di mana nak mencari fail berkenaan atau pun menyalahkan antara satu sama lain kerana tak jumpa fail,
begitu juga perkakas lain seperti tool box, dan segala jenis macam skru.

Dari pondok pengawal lagi kita sudah boleh menilai kualiti syarikat tempat Cik Fame berkerja. Pengarah Urusan syarikat berkenaan yang berbangsa Jepun amat bangga dengan pencapaian tersebut. Malaysia boleh! Tahniah Cik Fame. Satu pencapaian yang begitu menarik sehinggakan menerima kunjungan dari pegawai Polis Di Raja Malaysia(PDRM)

Anda mengikut dengan baik formula yang telah saya terapkan
3 langkah utama untuk mendapatkan Budaya Kerja yang Cemerlang :
STEP 1 :
PERUBAHAN MINDA. ( KALAU MINDA TIDAK BERUBAH APA PUN TIADA AKAN BERUBAH )

STEP 2 : PERUBAHAN TEMPAT KERJA ( BILA MINDA BERUBAH, TEMPAT KERJA AKAN BERUBAH )
STEP 3:
PERUBAHAN HASIL KERJA ( BILA TEMPAT KERJA BERUBAH, HASIL KERJA TURUT BERUBAH )

Dan yang paling penting, anda telah berjaya menerapkan slogan emas yang di berikan dengan begitu sempurna. Slogan emas itu adalah : 5S ADALAH TABIAT!
Kenapa tabiat? Selagi tidak di jadikan tabiat selagi itulah ianya akan di anggap sebagai sistem dan akan tinggal sebagai satu sistem sahaja. Setiap organizasi bisa membeli sistem yang beribu ribu ringgit atau membawa consultant tersohor di dunia untuk memperbaiki sistem kerja. Tetapi kalau ia tidak di amalkan maka ia hanyalah sebagai just another good idea. Maka setiap sistem yang baik harus di jadikan tabiat dan anda faham slogan berkenaan dengan cemerlang.
Tahniah sekali lagi Cik Fame aka Norjahan. Lawatan Inspector Saab adalah satu pencapaian manis dalam hidup. Ingat , sewaktu hidup anda pernah menjadikan kilang anda sebagai pusat rujukan. Wow ! Anda cemerlang.

1 comment:

Noor Jahan said...

Terima kasih Masterji sebab berkongsi cerita saya dalam blog Masterji. Saya amat menghargainya!! Memang saya teruja dengan ‘compliments’ yang diberikan oleh Inspektor tersebut. Ianya membakar semangat saya dan juga rakan2 yang lain untuk terus mempertingkatkan kualiti 5S.
5S telah bukan hanya kebersihan semata2 tetapi secara tidak langsung telah memberi impak pada semua jabatan / seksyen termasuk pengeluaran, setor, gudang, kantin dan sudah tentu persekitaran kilang yang mana secara keseluruhannya telah mengurangkan kemalangan industry, meningkatkan kualiti produk, pengurangan ‘claim’, produktiviti meningkat, dll.
Saya masih ingat semasa saya datang ‘survey’ syarikat ini sehari sebelum hari temuduga. Anak saya bertanya pada saya, “Mama…..mama nak ke kerja tempat macam ni? Berselerak jer…tak elok la ma….” Itulah dia imej sebuah syarikat bermula dari pintu masuk lagi…budak pun tahu menilainya. Saya jawab pada anak saya “Tak pe…ini baru temuduga. Kalau mama dapat kerja kat sini nanti mama akan pastikan ia bersih….” Itu adalah 6 tahun yang lalu.
Bukan senang untuk mengubah budaya yang telah sedia dalam diri para pekerja yang rata2 seumur dengan syarikat ini….21 tahun….. tapi Alhamdullilah….berkat kesabaran, kerjasama serta sokongan yang kuat dari pihak pengurusan Jepun dan tunjuk-ajar dari Masterji yang tidak jemu2 mendorong saya untuk mencapai ‘target’….terima kasih byk2 Masterji!!!
Masih banyak lagi yg perlu saya lakukan dalam 5S ini. Diharap Masterji tidak jemu untuk terus membantu saya dalam perjalanan 5S saya yang masih panjang ini….. Dalam 5S Assembly baru2 ni saya beritahu para pekerja agar “Jadikan 5S sebagai ‘habit’ kita dan bukan ‘hobby’….”

**sori..nak tegur sikit...ejaan nama saya ialah Noor Jahan..bukan Norjahan. Jgn kecik hati ye En. Rafi sebab saya dulu kena marah dengan arwah bapa saya kalau eja nama tak betul atau tak lengkap. Maaf sekali lagi kalau teguran ini menyinggung En. Rafi.