Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Friday, June 25, 2010
Stayin' Alive
Apa khabar semua? Harap sihat ya.
Terima kasih pada yang memberi komen melalui sms dan juga blog. Kali ini saya meneruskan suka duka Masterji. Tujuan berkongsi adalah untuk pembelajaran bersama. Saya gembira menjadi Mohd Rafi Jalaluddin walaupun pelbagai onak yang di lalui.
Selepas di berhenti kerja sebagai konduktor bas mini, saya kembali menganggur. Kali ini, saya terjebak dengan sekumpulan Mat Motor(Mat Rempit). Memandangkan saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan,saya hanya bergantung harap pada rakan-rakan yang mempunyai motorsikal. Ketika itu, motorsikal jenama Yahama RXS cukup popular sebelum kemunculan Yamaha RXZ. Ubah sana, tambah sini, sudah boleh jadi Raja Sawang(roundbout).
Sesekali, saya berkesempatan bertemu dengan sahabat lama saya semasa di MTC, One Man Gang. Dia sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai pemandu lori. Katanya dengan bangga ” Pi, aku jadi pilot..”. Fizikal kami amat berbeza. Dia mempunyai tubuh yang sasa, tegap dan kukuh tetapi mempunyai hati yang mulia sementara saya pula masih dengan tubuh keris melidi(slim). Dia masih lagi seperti saya mula-mula kenal dulu, tidak pernah berenggang dengan jaket yang tertera perkataan One Man Gang yang entah bila di cucinya.
Pada ketika itu juga, peluang pekerjaan terlalu terhad, pejabat buruh juga tidak pernah surut dari kunjungan orang ramai yang mengintai peluang pekerjaan. Untuk mendapatkan sebarang pekerjaan, saya ke sana ke mari keseorangan dengan harapan mendapat sebarang tawaran pekerjaan untuk membantu ibu dan nenek.
Saya tidak pernah berdiam diri dari mencuba mencari peluang pekerjaan. Pelbagai jawatan yang saya pohon, antaranya sebagai anggota polis (di suruh Pakcik). Saya mendapat tawaran sebagai anggota polis tetapi terpaksa di tolak kerana mengelak dari berpisah jauh dengan adik dan nenek, mereka masih memerlukan saya. Saya juga ada memohon jawatan sebagai Kelasi Kapal dan Pramugara tetapi kedua-duanya tidak menampakkan sebarang maklumbalas.
Semasa berkeliaran mencari kerja, saya ternampak sepanduk besar temuduga terbuka untuk sebuah syarikat MNC Jepun.Temuduga tersebut akan di adakan di Kompleks PKNS, Shah Alam. Saya pulang dan bercerita pada mummy. Mummy terlalu suka, beria-ia dia memaksa saya untuk hadir temuduga tersebut. Katanya ” kerja kat kilang Jepun ni sama macam kita pi sekolah balik”. Sambung mummy, ”lagipun kalau nak masuk meminang, orang akan ambil menantu yang kerja gomen(kerajaan) tapi kalau kerja kat kilang Jepun tu, bakal mertua boleh juga terima. Rambut pun kena le potong sikit..”
”Potong rambut? Ahhh sudah!” bisik hati saya separa terkejut.
Mummy menambah "kilang Jepun ni selalu menghantar pekerjanya ke Jepun, manalah tahu Apit nanti boleh sampai Jepun"kata Mummy sebagai peransang.
Apa yang saya tahu pasal Jepun? Polisi pandang ke Timur(hanya tahu menyebut tetapi langsung tidak memahami), Ultraman, samurai, Ninja , Tempe Asoka ( watak kartun Jepun dulu tahun 78 ).Kumpulan Earthshaker dan Loudness, itu sahaja yang saya tahu tentang Jepun.
Sejenak terganggu dan terbayang pada Thomas, Stephen dan Siva Kumar. Lama tidak ketemu. Surat pun sudah jarang berutus. Makin sibuk mungkin. Apapun kalau bertemu kembali, mungkin saya segan dan sudah tentu berasa malu. Mereka bakal Engineer, Executive dan Lawyer,tetapi saya ? Saya tiada apa yang tetap. Kenangan bermain hoki, bolasepak dan monopoli masih jelas di fikiran. Ibu bapa mereka lain. Ibu bapa Stephen bila waktu pagi akan mengucapkan good morning pada anaknya. Manners! Bagus. Mereka berjaya. Mungkin mereka lengkap. Ketika berumur lima tahun dan adik perempuan saya di lahirkan, bapa meninggalkan kami. Tidak pernah berjumpa selepas itu. Mummy bertungkus lumus membesarkan kami sampai satu peringkat saya mengambil alih. "Mungkin kalau aku ada bapak, aku juga akan berjaya macam Thomas". Bisik hati saya. Apa pun suratan takdir telah menentukan saya dan adik akan melalui kehidupan tanpa seorang bapa. Pada hari ini saya bangga hidup dengan mummy. Walaupun mummy seorang ibu tunggal untuk beberapa ketika yang agak lama juga, beliau tetap wanita hebat! Saya jadi manusia bukan sampah. Seorang ibu tunggal kadang kadang lebih hebat dari sepuluh orang lelaki berkelulusan tinggi. Saya yang melaluinya maka saya tahu kehebatan seorang ibu tunggal.
Akibat desakan mummy, dengan hati yang amat berat saya menghadiri temuduga dengan syarikat MNC Jepun tersebut.Hati saya lebih tertarik untuk menjadi seorang kelasi kapal, ”life beyond the sea is wonderfull”, ataupun setidak-tidaknya sebagai pramugara. Ah, harapan.
Esoknya, sebelum Subuh saya sudah sampai ke tempat temuduga di adakan. Saya sampai sekitar jam 05:30 pagi dan alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati calon-calon yang hadir untuk temuduga tersebut yang sedang menunggu dalam barisan yang amat panjang, terlalu panjang.Saya jangkakan saya antara orang yang paling awal sampai, rupa-rupanya ada lagi yang paling awal.Bayangkan, saya terpaksa berbaris hingga jam 10:00 pagi sebelum di temuduga!
"Thank you for your time, we will notify you if you are selected later", kata akhir penemuduga wanita itu sambil di sebelahnya duduk seorang lelaki berbangsa Jepun.
Apapun, dalam hati saya kalau dapat kerja kelasi kapal kan bagus." Pi Life beyond the sea, is beautiful', kata-kata dari Abang Labu itu amat mempengaruhi saya.
Kerja masih tiada
Berita gembira menjelma.Akibat tembakau yang sudah banyak, kilang tempat saya bekerja sebagai Captain Hook, mula menawarkan semula pekerjaan sementara untuk musim baru dengan kontrak 6 bulan. Tanpa berfikir panjang saya lantas memohon semula. Saya berjaya mendapatkannya. Mereka juga gembira menerima saya. Dengan tangan terbuka mereka mempelawa saya bekerja serta merta. Status kerja sama, Captain Hook. "Man Bai kembali’, kata penyelia yang pernah bekerja dengan saya dahulu. Man Bai adalah nama timangan yang diberikan pada saya di situ.
Saya mula bekerja dengan gembira kerana itu adalah tempat lama. Gembira kerana ramai yang mengenali saya dan mengalu ngalukan kedatangan saya semula. Jauh di sudut hati, teringat kenangan lama. Di sinilah saya bertemu dengan Abang Labu, di sinilah saya bertemu dengan One Man Gang, hiba rasanya bila mereka sudah tidak bersama saya sekarang.Terbayang-bayang gurauan nakal kami, terbayang-bayang kenangan kami bersama-sama makan tengahari di kantin. Terbayang-bayang kenangan sewaktu berehat bagaimana kami selalu berazam untuk menjadi senang sekiranya mendapat pekerjaan tetap.
Terbayang-bayang bagaimana kami menjadikan hook sebagai mikrofon untuk menyanyi sewaktu kerja dan jadikan daun tembakau sebagai bunga untuk di jadikan hadiah kepada penyanyi tadi. Hah ha ha ha. Jelas semuanya. Tapi kini hanya saya seorang yang kembali. Mereka telah mendapat kerja tetap. Saya berasa malu.
Kali ini saya di berikan kepercayaan sebagai penolong penyelia. Suka. Saya pulang dan bercerita pada Mummy. Maklumlah , saya tiada berpelajaran tinggi, maka kepercayaan seperti itu amat mengembirakan . Kerja saya cuma pegang pen dan kapur dan tulis jumlah tembakau yang masuk dan sudah di periksa dengan pen dan tolong tulis gred jenis tembakau selepas di periksa dengan kapur. Hebat rasanya masa tu. Mummy memberikan maklumbalas yang mudah dan bermakna, ”itulah Mummy dah cakap , kalau kita bodoh tapi baik, tentu ada orang sayang dengan kita.”
Adik masih bersekolah dan nenek seperti biasa meniaga nasi lemak.
Satu petang sekitar bulan Mac tahun 1989 , mummy beritahu dapat panggilan telefon untuk hadir temuduga kedua di syarikat MNC yang saya pohon. Mummy begitu gembira dengan berita tersebut. Mummy pun melobi pelbagai faedah yang menarik dan masa depan yang cemerlang di syarikat tersebut.
Saya di panggil temuduga pada satu pagi Jumaat. Temuduga yang kedua. Awal pagi saya tiba bersama seorang rakan menaiki motor ”Kapcai”. Berdebar. Dengar kata, syarikat Jepun ni disiplinnya kuat. Saya fikir bolehkah insan seperti saya mendapat peluang ini. Rambut yang sedikit panjang dan gaya rugged.
Kata mummy kilang ini bagus. Misi masa depan kata Mummy. "Bolehkah aku melakukan U - TURN. " Bisik hati saya. Saya sudah jauh daripada landasan kesempurnaan dan sewaktu orang lain terus berjalan saya terkeluar ke landasan lain. Sekarang mampu kah saya membuat U - TURN ke landasan yang sepatutnya semula. Zack dalam filem Azura juga akhirnya akur pada rayuan Azura untuk berubah dan mencari pekerjaan tetap." Iya, kita harus bekerja , sekiranya ingin berdikari"katanya pada Azura. Zack melakukan U - TURN. Zack dan Azura sanggup tidur di tepi jalan semata mata kerana ingin belajar hidup susah.
Sewaktu mengelamun, saya terpandang salah seorang yang juga hadir untuk temuduga. Muka saya pucat,”alamak kena pakai tie ke? Takkan minta kerja operator pun pakai tali leher.Hissh seksa betul ni minta kerja kat sini”.
Maka dengan pantas saya mengarahkan rakan yang membawa saya datang dengan motor tadi pulang ke rumah dia untuk mengambil tali leher atau meminjam sesiapa yang ada. Saya dah confirm tak ada. Ada pun bukan boleh digunakan.
Rocker mana pakai tali leher. Perasaan panik makin menjadi-jadi. Makin ramai yang sampai bersama tali leher. Aduhai nasib. Rakan tadi tiba dan membawa tali leher yang pernah di pakainya masa menjadi pengawas sekolah dulu. Puhh!! Saya menarik nafas, lega. Dia tolong ikatkan.Nak gelak pun ada. Sudahlah memakai seluar slack bersaiz besar yang di pinjam dengan baju kemeja ketat.
Nama kami di panggil masuk ke dewan temuduga. Saya melangkah bersama yang lain. Mereka nampak segak dan cukup yakin berbanding saya. Sampai sahaja di pintu dewan, kelihatan seorang Manager yang berpakaian kemas bersama tali leher sedang berdiri, tangannya mencekak pinggang. Berbadan tegap dan berkumis. Rupanya ala aktor Clint Eastwood."All of you are technician?"soalnya. sekali lagi saya tergamam" Hei ..aku bukan technician, salah dah ni", kata hati saya. Panik datang semula. Pucat. Saya mengundur ke belakang dan pura pura bertanya di mana tandas pada pengawal yang membawa kami masuk tadi. Selepas mendapat maklumat saya pun beredar. Beredar bukan ke tandas tapi lari keluar sebab terasa takut dan malu. Saya bukan technician. Tali leher tadi saya buka dan barulah saya tahu yang datang tadi semuanya technician patut lah pakai tali leher. Gelihati juga rasanya.
Kawan yang menumpangkan saya sudah pulang. Saya berjalan kaki sampai ke rumah sambil beranggapan mummy salah dengar. Sampai sahaja di halaman rumah, mummy sudah menunggu dengan senyuman dan harapan yang berbunga. "Macam mana nak...dapat kerja kat situ tak". Soal mummy.
"Mummy salah dengar lah...interview technician bukan operator", jawap saya dalam nada yang sedikit tinggi.Wajah mummy seperti kehairanan. "Tak mungkin salah" katanya dan bergegas masuk ke dalam rumah, saya duduk di di tepi pintu sambil melambungkan rokok ke bibir. Pap! Melekat dan rasa geram.
Dari dalam rumah, kedengaran mummy menelefon operator mencari nombor syarikat berkenaan. Kemudian mummy berbicara dengan seseorang di talian dalam bahasa English. Mummy memang pakar dalam bahasa itu. Dari jauh kedengaran riang ria suara mummy " Apit , diorang salah panggil rupanya, hari ini memang untuk technician tapi esok untuk operator, jadi Apit kena pergi lagi esok pagi ya nak". Harapan Mummy masih berbunga. Saya mengeluh dan hairan. Mummy terus memujuk sambil saya membuat bentuk O pada asap rokok yang di hembuskan.Asap yang membentuk huruf O tadi pecah apabila di hembus angin.
Keesokannya, saya pergi lagi selepas di kejutkan Mummy yang memujuk saya agar pergi lagi sekali.Saya masih bimbang,jika tersalah lagi atau kena pakai tali leher lagi. Tapi tepat rupanya, hari itu hari Sabtu dan memang untuk temuduga operator. Ramai yang hadir. "Huh ini baru betul..fesyen sama lebih kurang", kata hati saya. Baru rasa sedikit yakin.
Saya lalui interview berkenaan dan tidak langsung meletakkan apa-apa keyakinan dan peluang. Pulang dan ceritakan pada Mummy. "Keputusan dapat atau tidak akan di beritahu kemudian”, cerita saya pada mummy.
Sementara menunggu keputusan dari temuduga tersebut, saya bekerja seperti biasa dengan proffesion yang sama; Captain Hook di kilang tembakau tersebut. Sehinggalah saya menerima sepucuk surat di rumah dan Mummy beritahu saya di terima bekerja di syarikat MNC Jepun berkenaan dan harus pergi medical check up. Mummy terlalu gembira.
Saya lulus medical check up dan di minta melaporkan diri pada satu masa yang telah di tetapkan. Mummy terlalu gembira sehingga beliau menciumi dahi saya." Anak mummy mesti dapat pergi Jepun”, kata mummy. Kata hati saya, ”kerja operator mana lah dapat peluang itu,aku nak kerja kapal bukan kilang ni"gerutu hati saya.
Saya harus berhenti dari kilang tembakau untuk melaporkan diri ke syarikat baru. Perasaan sedih kembali hinggap di hati. Kali ini lebih hiba. Saya seakan akan dapat rasakan saya tak akan kembali lagi ke sini untuk kali ketiga. Pada hari terakhir di situ, saya meletakkan hook, pen, clip fail dan kapur pada meja penyelia saya. Dia sekadar memahami perasaan saya. " Man,hang sekarang dah dapat tempat baguih, kerjalah elok- elok dan jangan kembali ke sini lagi". Katanya dalam loghat Kedah. Beliau berdiri dan menepuk bahu saya. Sejurus itu juga airmata saya menitis. Entah kenapa kali ini begitu hiba. Disinilah saya belajar menjadi seorang penyelia walaupun sebagai penolong dan dengan gaji yang sama. Di sinilah saya rasa selesa kerana ramai yang saya kenal, di sinilah saya berjumpa dengan Abang Labu dan One Man Gang. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan bergegas keluar ke tempat saya menyusun tembakau dan memotong guni tembakau. "Pandangan terakhir" kata hati saya. Di tegur oleh seorang pekerja tetap berpangkat kakak yang bertugas sebagai tukang sapu di syarikat berkenaan. Kak Minah namanya. " Man,rajin-rajinlah kerja tempat baru ya",katanya. Kami bersalam dan dia juga mengingatkan saya supaya jangan kembali lagi kesitu.
Saya bergerak ke luar dan itulah kali terakhir saya berada di situ. Itulah kali terakhir saya berbau tembakau dan Kak Minah tukang sapu itu adalah orang yang terakhir memanggil nama saya Man Bai. Nama itu padam di situ dan berakhir di situ.
Saya akan ke tempat baru. Jauh di sudut hati, amat gembira sekiranya dapat kembali ke kilang tembakau ini. Tapi Adik perlukan wang yang lebih. Maka saya harus ada pekerjaan yang tetap dan gaji yang lebih.
Ya saya harus mencuba nasib di tempat baru. Entahkan selamat entahkan tidak. Syarikat yang penuh disiplin dan undang undang yang ketat menunggu saya. " Boleh ke ni",kata hati saya. Kedengaran sayup sayup suara Mummy”Apit mesti dapat pergi Jepun”
"Ha,hahaha..haha”, ketawa besar saya sewaktu terbayang kata kata Mummy. "Mustahil orang U TURN macam aku dapat peluang begitu. Dapat kerja pun cukuplah”, bisik hati saya.
Saya harus teruskan kehidupan. Adik mesti tamat pengajian dengan keadaan sempurna. Man Bai tamat di kilang tembakau berkenaan. Perlahan lahan wajah Penyelia saya dan Kakak Minah bermain di mata." Man,jangan kembali lagi kesini ya",suara mereka dan doa mereka.
Apa yang boleh di pelajari dari entri ini:
1. Mummy tidak pernah berputus asa. "Never give up spirit" cukup kuat. Kalau dia tidak contact sana dan contact sini masakan dapat saya ke masuk semula interview lagi. Hari ini pengajaran tersebut amat penting, Saya laksanakannya . Kalau kita perlukan sesuatu, kita harus rajin contact sana contact sini. itu ayat Mummy. Dan ia terbukti berhasil. Hormat saya pada Mummy.
2. Penghormatan yang di berikan sebagai penolong penyelia di situ amat mengembirakan saya. Walaupun tanpa apa apa faedah kenaikan gaji tapi saya bermotivasi untuk bekerja. Di sini saya belajar betapa pentingnya motivasi. Dan wang bukanlah sumber utama motivasi.
3. Pengalaman amatlah penting. Walaupun di berikan status sebagai penolong penyelia , tanpa kenaikan gaji, saya tidak rugi. Malah saya untung berlipat kali ganda kemudiannya . Pengalaman itu adalah wang di belakang hari. Apa yang penting ialah Know How. Dalam pekerjaan saya yang seterus nya, saya di lihat sebagai operator yang punyai kelebihan merancang. semua itu saya perolehi daripada kilang tembakau tersebut. Memang betul kata orang, jangan asyik berkira aje kalau nak maju.
Selepas beberapa tahun kemudian, di Subang Airport, airmata Mummy, bercucuran keluar dan kami berpelukan. "Kan betul cakap Mummy,anak Mummy akan dapt pergi Jepun", kami berpelukan dan saya memakai baju kot di mana saya tidak pernah sekali pun sangka atau bermimpi untuk memakai nya. dari sehelai seluar koyak yang lusuh ke sepasag baju kot yang kemas dan menarik. Memang tak sangka. Betul Kata Mummy. Bagaimana saya dapat mengotakan kata harapan mummy, tunggu dalam siri Masterji ke puncak yang akan datang.
Dalam hati, "Thomas, Steve , Kumar,... am flying far man finally".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Masterji,
Sorry lama tak membuka blog. Agak busy sedikit. Teringat pulak saya masa interview tu kat komplek PKNS.
Pada mas tu Mr Inoue bawak saya pergi sana dengan tujuan untuk menolong proses interview. Sampai sana aje, Matsuda panggil balik. Saya cakap kat dia Mr Inoue yang suruh. Dia tanya saya balik, "Who is your boss?" Saya pun baliklah.
Kerja dengan Jepun ni kalau kena gayanya memang bagus. Terutamanya bagi yang betul2 mengajar kita, transfer of technologylah. Tapi kalau kena yang ingat dia sorang yang pandai, tu yang rasa macam masih lagi time kena jajah Jepun dulu, cuma kali ni tak guna senjata, depa guna ekonomi.
Gitulah adanya....
azaman
Sebagai seorang yg bergelar "mummy" sudah semestinya beliau mahu yg terbaik utk anaknya. Adakalanya ia tidak disukai oleh anak ketika itu tetapi anak tersebut akan menghargainya pada masa akan datang atau ketika beliau mengecapi kejayaan!!
Itu la yg terjadi baru2 ni dimana anak I sendiri refused dgn pelbagai alasan... Seboleh2nya dia nak join one of the college in KL. Actually I already registered him kat kolej tersebut & fees paid bila keputusan UPU yg pertama dia gagal dpt tempat kat IPTA.
Wlwpun gitu I tak putus asa...selain dari buat rayuan 'on-line' I tulis surat rayuan sendiri & hantar by hand ke MOHE di Putrajaya dan berjumpa dgn pegawai yg berkenaan tanpa rasa malu!! Setiap hari I berdoa agar beliau dpt tempat di salah satu IPTA.
Hampir putus asa...tetapi tiba2 4 hari sebelum dia join kolej kat KL tu..rayuan I diluluskan....just imagine..betapa gembiranya hati seorang ibu!!!
Cabaran seterusnya adalah apabila anak pulak tak nak sb ada kawan2 yg juga akan sama2 masuk kolej kat KL. 2 hari I terus berceramah & memujuk dgn pelbagai cara. Katanya dia dah plan dgn kawan2 dia utk belajar sama2 kat kolej tu. Dan simple jer saya beritahu dia "kita ni boleh merancang jer...Tuhan yg menentukan". Akhirnya dia kata..."Angah ikut keputusan mama"....
Dalam hal ini memang ibu berkuasa 100% menentukan hala tuju anak2. Cuma saya mahu dia faham & buat keptusan sendiri berdasarkan fakta2 yg saya berikan. Semasa saya tinggalkan dia di Kuala Terengganu semalam...nampak dia gembira sebab dah ada kawan baru!!!
Sorilah ye...panjang pulak celoteh saya kali ini. Anyway...tahniah sebab dalam entry kali ini Masterji telah menurut keputusan mummy wlwpun agak keberatan sebab "salah hari"....kelakar gak saya membacanya....he..he.. Wlwpun saya tak jumpa mummy, tapi saya berbangga dgn mummy...
Post a Comment