Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, July 21, 2010

Mangga


Apa khabar wahai rakan rakan yang di hormati? Sihat harapnya. Terima kasih untuk semua komen terutama yang terbaru, U TURN. Benar kita harus beringat untuk kembali semula ke pangkal jalan. Bila ada kereta Mercedez lalu sebelah, fikirkanlah kenapa bukan kita? Bila ada orang yang berjaya menerima awards ataupun anugerah, fikirkanlah kenapa bukan kita? Mudah mudahan kita akan maju. Jangan lah kita selalu kata "eleh , at least aku lebih baik sikit daripada sipolan dan sipolan". Salah benchmarking tu. Kita kena compare dengan orang yang lebih berjaya bukan yang kecundang.

Entri ini berkenaan Masterji. Entri ini berkongsi pandangan bagaimana bakat yang kita sangka kecil dan tidak bernilai boleh melonjakkan nama kita dengan sekelip mata dan dikenali. Jangan risau pada berapa banyak kelemahan yang kita ada tetapi fokuskan pada kelebihan kita walaupun satu.

Masih ingat dengan aura Pak Zol pada entri yang lepas? Saya gembira berjumpa dengannya. Ketika itu Encik Azaman berada sedikit jauh daripada department saya. Beliau seorang Engineer yang popular. Saya di tempatkan di sebuah department yang di penuhi dengan mesin. Barulah saya mengenali asas-asas elektronik dan teknikal. Luas rupanya dunia. Rupanya ada banyak perkara lain yang lebih menarik selain daripada memakai T - Shirt “Pakalolo”. Rupanya ada lain yang lebih penting selain daripada memetik gitar dan memekak tengah tengah malam, Rupanya ada perkara lain yang lebih indah selain daripada mengoyak seluar di bahagian lutut, mengejar glamour yang bukan-bukan dan memakai buckle Harley Davidson serta melilit sapu tangan warna merah atau hitam di kepala .

Rupanya banyak perkara lain yang menarik di dunia ini. Saya yang kurang berpelajaran, mengambil masa untuk memahami selok-belok pengendalian mesi. Barulah saya tahu, kegunaan Printed Circuit Board. Ceh..., singkat nya otak aku ni. Sistem kerja yang produktif. Tiada tolenransi kalau lewat.Surat Amaran terus. Supervisor tiada yang bercakap perkara perkara mengarut. Tiada topik tentang karaoke atau bercerita perihal skandal orang atau yang boleh membuatkan jiwa dan akal sesat. Tiada yang mencarut-carut. Tiada topik “double meaning” walaupun akta gangguan seks belum lagi di tekankan. Semuanya topik perbualan berkaitan dengan masa depan yang gemilang, ilmu pekerjaan dan peluang menambah kan kemahiran.

Kalau pergi rehat, mesti kembali semula ke kawasan kerja dengan tepat waktu. Jalan harus laju. Kalau seorang tidak hadir yang lain mesti tahu setiap inci maklumat. Tidak boleh gunakan alasan kawan tak datang kerja dan anda tak boleh buat kerja atau tak tahu. Brain toucher terlalu kuat tetapi bagus. Satu operator menjaga sepuluh mesin. Target harian diberikan,di mestikan mencapai target kalau tidak kena jawap pakai form 5W + 1 H. What, Why, When, Who, Where, and How production below target? Jawap jangan tak jawap. Selain memastikan mesin harus jalan dengan lancar operator harus tahu membaiki mesin sekiranya breakdown. Level Engineer dah tu. Berbeza dengan organizasi lain. Kalau jalankan mesin pakai operator, mesin rosak pakai engineer. Tapi di sini operator buat semua.

Ada yang merungut sebab gaji kira operator. Di situ ramai yang berhenti dan cari kerja di tempat lain. Tetapi bagi saya, itulah masa depan. Kita tidak boleh berkira untuk membina masa depan. Penat adalah yuran pelajaran dan pelaburan masa depan. Bagi saya mudah, dah lah sekolah bodoh, jangan nak berangan macam Raja Dunia.

Pagi sebelum mula kerja meeting dan balik pun meeting. Saya terasa benar Culture Shock. Beza dengan environment pekerjaan dulu dan kebudayaan hidup saya. Perlahan lahan kenangan menjadi kutu dan Mat Motor hilang berganti dengan harapan yang tinggi menggunung. Cuma bayangan Zack dalam filam Azura dan Jamal Abdillah masih keras tertanam di jiwa. Zack tidak akan pergi dari jiwa ini. Tidak sama sekali. Zack adalah asset di dalam jiwa ini. Masih teringat dialog Zack dalam filem Azura, sewaktu meninggalkan kumpulan motornya " Aku tidak mahu lagi menjadi anak anak yang rosak akhlak nya"

Yang masih kekal ketika itu ialah rambut yang panjang dan ada tail serta seutas gelang tangan ( Bukan emas ) tertera perkataan "Metalica" dan lantunan rokok ke bibir. Azam sudah berubah. Hidup semakin bererti. Jelas kelihatan tiang gol. Mahu jadi Manager. Pak Zol kata boleh.

Syarikat ini bukan sahaja memberikan anda pengetahuan tetapi yang paling mahal ialah perubahan karektor. Di situ saya belajar menjadi manusia yang berguna termasuk punyai moral yang baik, disiplin dan mengenali jalan ke hadapan. Walaupun sebagai operator tetapi kami di latih sebagai seorang samurai yang hebat. Kami boleh memimpin dan jadi perancang yang cemerlang. Ibarat kalau pergi berperang , walaupun peluru habis tetapi kami boleh survive dan selamat pulang. Is just a matter of time sahaja.

Pagi kerja bermula pukul 6.45am sampai jam 3 petang. Pukul 5.30am sudah terpacak menunggu bas. Kami bertiga menunggu bas seperti biasa. Kalau makan di kantin, pinggan dan gelas harus di letakkan di tempat pinggan pinggan kotor, tidak boleh di tinggalkan. Kalau di t inggalkan , boleh dikenakan tindakan disiplin. Bagus kilang ini. Tandas juga harus bersih. Disinilah saya belajar, erti kualiti yang cukup cantik. "Kalau bersih tandas kilang, bersihlah kualiti kerja kita. Dan kalau kualiti kerja kita bersih, maka produk kita juga berkualiti". "Kalau tandas kita kotor, pekerja kita pengotor maka produk kita juga kotor" Puh, as simple as that. Slogan yang selalu kami dengar sewaktu perhimpunan pagi.

2 bulan normal shift dan kemudian masuk 2 shif. 6.45 am - 3 pm ( shift pertama) , 3pm - 11pm ( Shift kedua). Kalau shift pagi saya akan masuk seawal 6 .15 am tanpa claim overtime. Begitu juga bila shift petang. Saya akan sampai pukul 2.00pm tanpa claim overtime. Tujuan nya mudah sahaja. Kalau saya datang awal, saya bisa mengaturkan semua keperluan kerja awal awal lagi maka sudah tentu saya dapat mencapai target harian line saya. Tak payah isi 5W + 1 H Report.

Strategy saya ketika itu.Apa nak buat, masa sekolah bodoh jadi kena kerja lebih daripada orang yang pandai. Kalau orang pandai kerja 8 jam sehari, kita yang bodoh ni harus kerja 12 jam. Baru lah hidup kita selesa.

Ravin dan saya menjadi rapat. kadang ada orang lain keliru. Ada yang panggil saya Ravin dan panggil dia Rafi. Kami rapat macam AmitabhBachan dan Dhamendra dalam cerita shoolay.

Motivasi kerja kuat walaupun pressure dan brain wash terlalu kuat. Mummy gembira. Adik mendapat wang saku yang lebih. Nenek.. ya Nenek dapat makan lauk pauk yang lebih baik dan wang belanja yang lebih. Rumah Mummy tiada lagi potongan bekalan elektrik. Adik sudah boleh tersenyum. Mummy lebih ceria kerana saya sudah nampak bersemangat kerja di situ. Betul juga kata Mummy, "Kita orang miskin nak, apa kerja yang kita ada, hargai lah".

Ketika itu shift petang. Seorang penyelia wanita menghampiri saya, " Rafi, siapa lukis kartun belakang kotak nie"? Saya sudah pucat. memang lukisan saya. Saya pandai melukis kartun. Itu yang saya belajar kat sekolah. cuma masalah nya soalan pasal kartun tak keluar waktu peperiksaan SPM. Kalau keluar tentu gred 1. "Tapi kotak tu kotak yang tak pakai , dan barang buangan kan".. jawap saya pada penyelia tersebut." You answer my question" hentak penyelia berkenaan. " Is this your drawing"? ...tambah nya. Dengan terketar ketar saya menjawap" Err..yes, and I am very sorry for doing that thing". Dah takut separuh mati. "Alright . you follow me Rafi." Arahan dia." Habislah aku." Gertus hati saya. Ini mesti pi ofis dan kena lecture dan silap haribulan dapat warning letter dan tak ada harapan confirm dalam perkhidmatan. Terbayang wajah adik, mummy dan Nenek.

Saya di bawah masuk ke sebuah bilik dan disitu saya nampak ramai Jepun dan Pak Zol. "Habis lah aku nie, ramai ramai nak belasah aku nie". Saya pucat dan rasa nak pi bilik air. " Ok Fukushima san, Rafi san can draw cartoon / mangga". Penyelia tadi bersuara pada seorang Boss Jepun dan lain lain. Fukushima san datang dan melihat kotak berkenaan dan berkata " Vely good ( Very good )." Terus bersalam dengan saya dan mempelawa saya duduk" Hait lafisan dozo,". Katanya. Saya pandang muka penyelia tadi dan bertanya" Kak Ju, ni pasal apa nie" ..saya binggung dan tidak mengerti. Jawap penyelia berkenaan, " Kami ada pertandingan kawalan mutu, so would like to use your skill in the project"." U kena lukis kartun yang berimejkan isu pekerjaan" Tambah nya. "Ohhhhh, macam tu ke, I will do it". Jawap saya dengan hormat dan jelas . Bekerja di syarikat Jepun ni, jawapan harus positive dan respond harus cepat. Tak boleh lah nak jawap, "Emm well, I will see first, " atau "Saya cuba lah ya" atau " May be". Kalau jawap macam tu, duduk lah kat takuk yang sama sampai pencen. Jawapan harus jelas, tegas dan mencerminkan keyakinan. Muka harus menunjuk kan kita gembira, hormat dan tidak nampak mencuka atau kening mengerut.

Kurang sikit rasa panik. Ingatkan kena marah ke atau tindakan tindakan disiplin yang lain pasal conteng kat kotak buangan. Penyelia saya tadi tersenyum dan saya dapat rasakan dia suka dan bangga kerana dia bisa menyediakan apa yang Boss dia mahukan. Pak Zol menghampiri saya, " Ohh Mohd Rafi , penyanyi lagu hindustan nie, u pandai lukis mangga ya?'Kata Pak Zol. Darah saya terus rasa nak berhenti tengok dan dengar suara dia. Semua operator memang takut dan hormat pada beliau. Saya ada rasa macam nak pi bilik air semula sebab takut dia perasan rambut saya panjang melebihi kolar baju uniform. Kalau tak silap saya, saya seorang sahaja operator lelaki yang berambut panjang ketika itu. Cepat cepat saya sorok kan rambut sikit dalam kolar baju.

Saya bersalam dengan nya dan Penyelia saya menyuruh saya duduk dan menerangkan apa yang saya patut lukis pada kertas A4. Saya terus lukis seperti yang di arah kan. Disamping itu saya cuba memahami apa itu Kumpulan Kawalan Mutu atau Quality Control Circle. Sekarang ini dipanggil KMK.

"U lukis gambar pekerja bawa troli dan sedang berjalan ya" Salah satu arahan penyelia tadi. Banyak gambar Kartun yang dihasilkan sewaktu itu. Selepas setiap satu siap, ia ditampal di dinding. Ramai pegawai Jepun yang melihat termasuk Executive Director . Orang besar no 2 dalam syarikat itu. Semua pegawai Jepun berkenaan datang melihat saya melukis dan bertanya nama saya. Selepas itu saya tak faham apa yang mereka bualkan kecuali sesekali terdengar perkataan Lafisan, Mangga , hait. Hait paling banyak. Hait tu maksud nya ya atau yes. Bukan datang haid.

Penyelia saya gembira dan tumpang bangga, Kerja berkenaan berlangsung selama 3 hari berturut turut. Pulang dari kerja, Ravin akan mengusik " Ye lah , orang dah kerja dalam opis, General manager lah katakan mana ingat machine lagi" Ha ha ha kami sama sama ketawa dalam Van pengangkutan syarikat.

Selepas itu, hampir ramai orang atasan yang mengenali saya. Amat memeranjatkan. Pernah beberapa kali apabila Executive Director itu berjalan d kawasan kerja dan terserampak dengan saya akan angkat tangan dari jauh " Lafisan, how are you". Semua rakan melihat. Saya jadi bangga dan malu pada rakan rakan. " Fuyoo' Din kawan kita sudah salam ngan orang besar lah" Usik Ravin dan seorang rakan lagi Din Bulat.

Pak Zol juga selalu menegur saya semenjak hari itu. Tapi setiap kali jumpa Pak Zol saya ada rasa nak pi bilik air. Rambut tetap panjang.

Motivasi kerja saya naik lebih tinggi dan saya rasa lebih gembira. Kerana saya pelukis kartun didalam projek Kawalan Mutu maka saya di jemput untuk hadir ke hari pertandingan Kumpulan Kawalan Mutu di Dewan Bangunan SUK Shah Alam. Dua perkara yang meruntun kan jiwa saya bila berada di sana. Pertama, di bangunan itulah saya menjadi cleaner yakni mencuci tandas dan yang kedua saya dapat lihat hasil kartun saya di Skrin besar menerusi penggunaan slide projector. Saya bangga. Penyelia tadi menunjuk kan kartun saya di skrin tersebut.

Pulang pada hari berkenaan, saya gembira dan bercerita pada Mummy. "Ye lah , kartun pun kemahiran juga". Kata mummy. Dulu selalu ditangkap Mummy sebab ingatkan saya buat home work sekolah rupa nya lukis kartun Sampai kan Mummy pernah tanya :"Adakah Universiti lukis Kartun dalam dunia nie huh?". Tak berani jawap.

Selepas itu banyak projek itu , banyak project lain yang saya dapat untuk melukis kartun. Dapat buat overtime, syukur rezeki bertambah dan dikenali oleh ramai orang. Pernah hampir 150 poster yang mengandungi kartun saya dalam bentuk poster di letak kan di sepanjang jalan menuju Ke Kantin pada dinding yang berdekatan. Mungkin Encik Azaman masih ingat lagi kot. Syarikat Jepun lebih percaya mesej yang penting harus disampaikan dalam bentuk bergambar supaya senang difahami. The One ketika itu adalah Repairman syarikat yang paling hebat.

Apapun saya gembira dan saya dapat rasakan saya boleh berjaya. A matter of time sahaja. Perlahan lahan, satu demi satu kenangan lama hinggap di kepala. Rafi sekarang Rafi yang berlainan. Terbayang muka One Man Gang dan pengalaman menjadi Captain Hook. 6 bulan kemudian rambut yang saya pertahankan akhirnya gugur menyembah di lantai kedai Mamak akibat nasihat yang menembusi jiwa daripada seseorang yang penting dalam hidup saya kini. Benar juga kata nya. " Pi, potong rambut dan masa depan akan lebih cerah".

Rambut di potong dan dan bermuka baru. Kecoh satu department dan benar , orang yang pertama datang bersalam dengan saya ialah Ketua Jabatan saya Fukushima san. "GOOD BOY" Kata nya. Mummy gembira bukan kepalang. Sewaktu saya menjadi pengurus sumber manusia belasan tahun kemudian, setiap kali melihat ada pekerja yang berambut panjang di tangkap, saya senyum sendiri dan memujuk nya dengan baik dan sopan.

Beberapa tahun selepas itu, lukisan-lukisan tadi di jadikan dalam bentuk gambar dan manual. Pekerja baru belajar dan melihatnya. Melihat situasi itu membuatkan airmata saya kadang menitis. "Itulah jasaku, itulah fitrah ku, itulah aku belas tahun dahulu" bisik hati saya.

Apa yang boleh kita pelajari dari entri ini:

1. Jangan risau pada kekurangan. Kalau di kira , memang kita ada banyak kekurangan. Guna kanlah kekuatan walaupun satu.

2. Bila di berikan peluang jangan abaikan. Terus mara.!

3. Bila anda mula popular , mutu kerja anda haruslah konsisten. Anda kini dibawah spotlight!

Terima kasih kepada yang membaca. Di entri ,Masterji yang akan datang ada lebih banyak cerita cerita yang menarik dan boleh digunakan dalam pekerjaaan kita. Silakan.

1 comment:

azaman said...

Salam Masterji,

Lama tak bukak blog awak, punyalah banyak yang dah miss. Good for you.

Rupanya banyak jugak tentang awak saya tak tau ye? Kartun-kartun tu awak yang lukis rupanya. Simple, meaningful and effective. Saya kagum kerana awak dapat memvisualisaikan dengan tepat apa yang dikehendaki oleh supervisor awak. Bukan senang, nak-nak untuk buat yang simple yet meaningful. I think you have a good vision. That is why you are what you are today.

In life, luck and "cable" does not really be of help if you yourself do not have any vision. Who are you, what you want to be, how to go about doing achieving that, etc. You must have a clear vision and mission. It is YOU yourself.

azaman