Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, July 12, 2010

Luke Skywalker

Salam pada semua rakan rakan yang membaca. Terima kasih kerana meluangkan masa ya. Pada yang sudi menghantar komen dan sms terima kasih. Ada yang kata creative dan sebagainya. Sebenarnya ingin saya terang kan, niat utama saya ialah untuk berkongsi pengetahuan bukan menunjuk bijak. Saya percaya setiap insan yang dilahirkan punyai kelebihan masing masing. Kata ustaz yang mengajar saya di sekolah menengah, "setiap hari manusia akan berkata kata. Maka bila bercakap ada yang akan mendengar, bila ada yang mendengar , ada yang terikut ada yang tidak. Bila kamu bercakap benda yang baik baik, kalau ada yang mendengar dan ikut, kamu untung dia pun untung. Tapi bila kamu bercakap benda yang tak baik, dia mendengar dan mengikut, nah, dia malang dan kamu juga dapat saham."
Benar kata ustaz tu. Sekurang kurang nya adalah sesuatu yang baik kita buat sewaktu hidup. Berkata benda yang baik dan berkongsi apa yang boleh itu mesti. Sekurang kurangnya perkongsian ini dapat memantapkan minda kita supaya kita tidak terus terusan berada di dalam dunia Merry Go Round.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih pada Encik Azaman yang tidak pernah lupa memberi komen pada hampir setiap entri yang saya tulis.Pandangan Encik Azaman tentang Ballack memang tepat. Satu komen yang "mahal". Man and boys banyak bezanya. Kalau dari sudut HR, ini di namakan Succession Planning yang bagus.
Pada Puan Norjahan,saya tertarik dengan perkataan Executive Despatch. Ya, tepat. Semua kerja Manager adalah umpama despatch.
Pada The One, ya betul mesti ada authority tetapi kadang-kadang kuasa HR di kawal kerana
di takuti menyalahgunakan kuasa yang ada sehingga menjadi kereta kebal yang sukar untuk di musnahkan. Kita seharusnya melihat dari sudut Organization Power and Politics. Apapun, kita harus jual diri kita dan akan mendorong orang untuk memberikan authority.

Kali ini, saya sertakan keratan akhbar tentang Junior. Keratan yang saya ambil daripada akhbar Sinar Harian .Junior dan rakannya berjaya menghasilkan roket parachut dan berjaya menerbangkan roket itu dalam masa yang paling lama. Ia adalah sempena Karnival Sains Daerah Petaling Perdana 2010 antara Sekolah Menengah. Mereka menjadi juara. Seterusnya akan ke peringkat negeri. Saya gembira.

Untuk Junior sekira nya anak membaca :

Tahniah kepada anak berdua.
Babah of kos Babah gembira dan juga berasa malu.
Di kala Babah berumur seperti Junior, Babah tidak pernah melakukannya.
Tetapi Junior lebih hebat dan jauh kehadapan.
Nampak benar Malaysia sudah maju. Junior dan rakan rakan dapat buktikan yang kita bukan lagi bangsa yang tidak boleh buat jarum sebatang pun. Kita boleh buat sesuatu yang hebat.
Hari ini Babah belajar satu perkara, yang kecil jangan di pandang rendah. Semangat Kanak kanak dalam berjihad mencari kejayaan kadang lebih hebat dari orang dewasa. Disaat ini Junior sudah jelas serba sedikit hala tuju kehidupan seterus nya. Tetapkan hala tuju , dan jangan pandang belakang nak. Menjadi anak lelaki dalam rumpun islam adalah cermin bangsa dan ukuran mertabat.

Junior ingat ini:
Betul ada beza antara sampah dan manusia tetapi manusia bijak juga boleh menjadi sampah. Maka jangan lupa akhlak yang mulia adalah kunci kejayaan. Kalau ditakdirkan senang dan sebelum memandu mercedez, pastikan ibu bapa , adik beradik dan yang tersayang tidak tercicir.

Junior syabas mera bete, Nafas Babah adalah pinjaman, teruskan perjalanan ya nak.

Dan...emm, cantik gaya rambut tu ye...

2 comments:

Noor Jahan said...

Tahniah Junior!! Juga pada ke dua ibubapa Junior.... Berbeza gambar Junior...sudah nampak lebih matang & macho!! Anyway...semoga Junior akan terus meraih kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan yang dilalui. Sebagai rakan Babah Junior, tentunya kejayaan Junior menjadi kebanggaan kami juga...GO JUNIOR GO...

azaman said...

Masterji,

Please tell Junior - Congratulation!! Bukan Masterji aje, saya pun umur macam tu dulu nak cakap kat depan kelas pun punyalah susah.

That culture kita kena ubahlah. Kita asuh anak-anak kita to be a bit more pro active and assertive. Baru boleh dapat generasi yang creative (tang yang baiklah kita ajar depa).

azaman