Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Wednesday, July 14, 2010
Hang Nadim
Salam pada semua. Apa khabar semua? Terima kasih pada semua yang memberi komen. Terharu pada sms Pn Norjahan. Naik sahaja kapal terbang untuk pulang ke Malaysia , "on" hand phone , sms Pn Norjahan tertera pantas dengan ucapan tahniah. Terima kasih. Masterji ke Singapura entah untuk kali yang ke berapa. Atas urusan training. Maka blog pun bercuti. Singapura seperti biasa , bersih dan berdisplin.
Tertarik dengan komen Pn Norjahan perihal Executive Despacth. Memang tugas asas seorang Pengurus adalah untuk memastikan input menjadi output yang berkualiti, cepat dan menepati kehendak pelanggan. Semua Pengurus di berikan authority yang munasabah untuk menjalankan misi masing masing. Tetapi dalam keadaan HR hari ini, tidak seperti keadaan HR sekitar 5 atau 6 tahun yang lepas. Skop kerja HR hari ini lebih mencabar dan memerlukan keputusan majoriti dalam menangani masalah atau pun sesuatu perkara. Asasnya HR hari ini sebelum membuat keputusan harus melihat misi syarikat, faktor motivasi pekerja, faktor persekitaran, faktor perundangan, faktor jualan, faktor pengeluaran, faktor P and L syarikat dan macam macam lagi. Kalau dulu skop kerja HR sedikit mudah, recruit, bayar gaji dan kira gaji tetapi kini dalam era perniagaan yang terlalu kuat saingannya, banyak faktor-faktor yang harus kita rujuk sebelum membuat keputusan. Faktor ini di namakan Internal and External factors Affecting Organization. Apapun kita harus jual diri supaya kita boleh meraih kepercayaan yang tinggi, kemudiannya barulah authority akan di perolehi.
Pn Norjahan mempunyai pandangan yang agak tajam dalam mengutarakan pendapat tentang executive despatch. Terima kasih pada Puan kerana tiada putus untuk memantapkan lagi blog Masterji. Saya juga sebernarnya belajar daripada komen komen anda. Marilah , kita mempertaruhkan apa yang kita ada, demi kemajuan Malaysia.
Encik Azaman, Cik Sania, The One, Pn Norsiah, dan pada yang menghantar puluhan sms, perihal blog ini,ayuh kita menjana persepsi kejayaan pada yang lain. Curahkan apa yang anda ada. Masterji juga akan belajar. Anda adalah thinker yang cemerlang. Kalau tiada yang berfikir, hari ini kita masih pakai lilin atau lampu minyak tanah. Kalau tiada thinker, hari ini kita naik kereta lembu lagi, kalau tiada pemikir, tiada ilmu matematik yang akan wujud, tanpa pemikir kita masih pakai public phone lagi, dan kalau tiada pemikir mungkin kita masih naik gajah lagi ke sana ke sini bukan kapal terbang.
Sebut pasal pemikir, terlanjur berada di Singapura , teringat kisah Thinking Outside the Box Hang Nadim. Apabila Singapura di serang todak, semuanya menahan dengan betis tetapi Hang Nadim membawa perubahan. Seorang pemikir yang cemerlang. Beliau menyelamatkan beribu betis dan nyawa dengan mencadangkan batang pisang untuk menggantikan kubu perisai. Mungkin ada yang menganggap ini cuma cerita dongeng, apa pun ia menarik dan memberikan pengajaran. Seorang thinker.
Gambar di bawah ini, Masterji di hadapan Hotel Park Royal, melihat kebersihan di sana mencuit hati. Seksa betul nak merokok di sana. Semuanya pakai zone. Terdetik dalam hati,"peliknya , bagaimana rakyatnya boleh patuh?"
Timbul rasa kasih pada negara sendiri, betapa senang lenangnya kita di sini. Tetapi disiplin seperti di Singapura ini harus di ikuti. Melaka mungkin satu negeri yang boleh menyaingi Singapura. Makan nasi beriani di kedai Zam Zam di Arab Street. Sewaktu makan, pekerja yang bertaraf pekerja restoran juga mematuhi peraturan merokok. Di luar kedai dan kawasan terbuka.
Di Malaysia amat berbeza, kita masih dapat merokok sambil duduk selepas makan.
Hati makin sayu bila jumpa seorang Uncle pemandu teksi sewaktu ingin ke tempat latihan. Uncle Melayu , nampak blues tapi pemikirannya class. Bekas pegawai polis di Singapura. Selepas bersara , menjadi pemandu teksi sepenuh masa. Ingatkan saya foreingner tetapi lepas beritahu yang saya orang Malaysia perbualan menjadi rancak cuma telinga saya sedikit pedih. Hati menjadi sayu , akal menjadi luas, "Disini tiada subsidi dan kami harus berdikari, tetapi syukur kerana ia membuatkan kami kental dan kuat serta gigih untuk mencari sesuap nasi, campaklah kami di mana-mana negara pun, kami boleh survive". Kata Pak Cik Blues.
"Pak Cik, Singapore ini bersih ya pakcik.." kata saya cuba mengalih topik perbualan.
"Ini satu terapan yang bagus , dik di sini, walaupun di saman, ia mengajar kita berdisplin. Kuat sesuatu negeri itu adalah kerana disiplin rakyatnya", kata pakcik pemandu teksi lagi
"Aduhai pakcik", kata hati saya.
Apa pun saya bangga menjadi orang Malaysia. Terasa sayu melihatkan betapa manja saya di Malaysia. Ibarat kasih seorang ibu pada seorang anak walaupun keadaan tidak sepatutnya jadi begitu. Tetapi Ibu tadi masih membiarkan demi menjaga keharmonian perhubungan dan tiada mahu melukakan hati sesiapa. Jauh di sudut hati, Malaysia negara pengasih kot.
Gambar di bawah ini adalah gambar Pak Cik Blues tu yang terus bercerita betapa hebatnya Tun Mahathir. Destinasi saya sampai dan saya meminta kebenaran beliau untuk mengambil gambar nya. Cerita berkenaan kehebatan Tun Mahathir juga pernah saya dengar daripada ramai kenalan di Jepun dan boss-boss Jepun. Terperanjat bila lihat tulisan tulisan berita di Jepun perihal Tun Mahathir. Tumpang bangga dan gembira.
Jauh di sudut hati, "manjanya saya di Malaysia....."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Masterji,
Terima kasih kerana selalu memberi galakkan kepada saya utk terus maju. kejayaan masterji byk memberi semangat kepada org seperti saya yg merangkak dari bawah yg mana saya terpaksa work hard & work smart utk capai apa yg saya mahu....
Hang Nadim adalah sorang yg bijak. Dari kecil kita telah diexpose dgn citer sebegini. Ertinya dari dulu lagi kita dikehendaki memikir sesuatu yg org lain tidak fikir....mcm sekarang ni kata "think out of box". Term saja lain tp lebih itulah maksudnya.
Berbalik pada perkataan saya iaitu "Executive Despatch". Contoh senang....bila HR dikatakan membuat kerja2 ala "despatch", kita patut memikirkan sesuatu yang boleh ketua kita pandang kita pada satu taraf yg lebih tinggi dari itu atau kita mesti ada suatu kelainan dlm erti kata "strength" agar kita dihormati. Itu yg akan menjadikan kita spt Hang NAdim atau Executive Despatch. Buat sesuatu yg boleh menggegarkan. Apabila kita buat satu gegaran... maka kita akan diberi kepercayaan untuk melakukan satu lagi gegaran kerana yg luarbiasa itulah yang orang nampak. Itu cuma pandangan atau pengalaman saya....mungkin orang lain ada pendapat atau cara yg tersendiri.
Post a Comment