Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Saturday, July 17, 2010
U Turn
Salam pada semua yang membaca. Harap sihat dan sejahtera. Mula mula nak menjawap komen En Azaman berkaitan 6 packs. Sudah ada garis dan tinggal ototnya sahaja. Sedikit masa lagi rasanya,insyaallah. Nak challenge Danielle Craig, James Bond ataupun Randy Orton penggusti WWF. Dalam usia 40an, untuk melaksanakan senaman yang konsisten adalah satu cabaran. Tetapi ia adalah aset. dan saya teruja bila duduk dalam gym dan belajar teknik-teknik weightlifting dari anak-anak muda lain. Mereka merasa tertarik bila ada orang yang berumur nak belajar. Mereka juga secara tidak langsung akan lebih terdorong untuk meningkatkan prestasi mereka kerana kalau veteran boleh, mereka lagi boleh. Nanti saya mail kan pada Abang gambar dalam Gym dan almost 6 packs tu. Hopefully you'll follow. Ha, ha, ha.
Tertarik dengan perkataan En Azaman tentang positive campur assertive jadi creative. Benar. Zaman kita dahulu , amat takut berbicara di khalayak ramai. Kalau ada pun, akan di cemuh oleh rakan-rakan, "eleh, nak menunjuk-nunjuk lah tu." .
Pasal perkataan macam tu, ramai yang menyembah bumi dan ranap. Masuk temuduga, bercakap macam pisau di letakkan di pangkal leher. Padahal knowledge bukan sedikit. Saya amat bersetuju.
Terima kasih pada yang menghantar sms perihal entri semalam. Hang Nadim. Ya benar, kita harus bersaing.
Kali ini kita menyambung liku liku kehidupan Masterji, ramai yang bertanya dan menunggu. Saya akan cuba laksanakan seminggu sekali.
31 Mei 1989, Sehari sebelum saya mula bekerja di syarikat MNC milik Jepun dan saya baru sahaja dua hari berhenti di kilang tembakau. Bekas Capten Hook. Hati berdebar- debar, menunggu 1 Jun 1989. Hari pertama saya akan melaporkan diri di syarikat berkenaan. Lapor diri jam 6.30 pagi dan bas akan datang ambil pada pukul 5.45 pagi. Waktu percubaan enam bulan.
Seorang rakan yang pernah bekerja di sebuah syarikat MNC Jepun sebelum "mengresignkan"diri sendiri kerana ingin bebas selalu menghebahkan tentang aturan dan disiplin yang ketat, mengikut pengalaman beliau sendiri. Katanya " "Wooi Pi, Lu tak leh lama punya, banyak kuat disiplin woo", "Lu lagi simpan rambut, gua gurantee lu belah punya".
Petang hari, sehari sebelum saya melaporkan diri , saya mengadakan temujanji dengan seorang rakan yang telah terlebih dulu bekerja di syarikat yang sama, namanya Mie Kecik ( gelaran yang di berikan kerana di kalangan rakan saya, terdapat seorang lagi bernama Mie tetapi berbadan agak tegap, sementara Mie Kecik sedikit kecil dan rendah).
Setelah pulang dari tempat kerja, Mie Kecik yang sememangnya tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan saya pun datang ke rumah untuk menunjukkan tempat menunggu bas pagi esok.
Malamnya, kenangan manis sewaktu di kilang tembakau mula hinggap di fikiran saya. Tetapi, saya tidak akan kembali lagi ke situ, hanya kenangan yang berbekas di hati. "Man, jangan kembali ke sini yer.." pesan penyelia sewaktu saya melangkah meninggalkan pintu masuk pada hari terakhir di kilang tembakau,
Untuk menghilangkan resah, saya memasang lagu-lagu nyanyian Jamal Abdilah dan watak Jamal sebagai Zack di dalam filem Azura pun mudah meresap masuk ke jiwa saya.
"Zack tak perlukan bantuan Makcik, Zack ingin belajar hidup sendiri, Mungkin Mak Cik tidak seperti ibu tiri yang lain, Mak Cik terlalu baik pada Zack, dan Zack lupa diri", itu antara dialog ketika Zack(Jamal) bertemu dengan ibu tirinya lakonan Maria Arshad di sebuah stesen minyak tempat Zack bekerja.
Jauh di sudut hati, saya tahu , adik dan nenek sedang menunggu dan mengharapkan saya. "Abang Apit, kalau dapat kerja kat kilang Jepun tu, bolehlah sewa rumah, kita kembali bersatu sama seperti dulu. Adik, nenek dan abang ya". Permintaan adik saya. Apa yang saya tahu, gaji yang akan saya perolehi di tempat baru ialah sebanyak RM 285 sahaja. Jawatan yang di tawarkan ialah operator pengeluaran dan sesuailah dengan orang seperti saya, tiada kelulusan tinggi.
Tolak sana tolak sini, tinggal beberapa sen bakinya nanti. Entahlah. Malam itu, saya terlelap dengan linangan airmata dan hati yang semakin resah. Suara Jamal semakin jauh dan tenggelam perlahan-lahan bersama esakan jiwa saya.
"Apit, Apit , Apitttttttttt"....suara Mummy. "Bangun cepat. Mie dah tunggu kat luar tu" Mummy sedikit marah. "Alamak, dah lambat bangun", "5.35AM 1 June 1989. Mengelabah pagi tu. Mandi express dan semuanya express. Jeans tampal di lutut dan kemeja di sarung. Mummy dah berceloteh dan memohon maaf dari Mie Kecik. " Bla, bla, bla, bla...macam macam katanya". "Hari pertama dah lambat, macam mana ni, itu kilang Jepun tau" katanya. Mie kecik menunuggu dengan muka kelat yang terpaksa di maniskan. Apa nak buat. Kawan.
Mie Kecik terpaksa menekan panic button dan meminta bantuan bapanya untuk menghantar kami kerana jam sudah menunjukkan tepat pukul 5.45am . Tiada harapan untuk naik bas. Beliau saya lihat cemas. "Puh, hebat kilang Jepun ni, Mie Kecik nampak gigil macam lagu Lefthanded pulak. "Gigil menggigil aku...."getar suara Nash.
Bapa Mie Kecik mula memandu keluar dari kawasan perumahan kami. Degupan jantung saya berdegup kencang dan sedang memikirkan apa yang akan saya lalui pada hari itu. Kereta berkenaan melalui tempat yang sepatutnya Mie Kecik menunggu bas setiap hari. Pick up point. Mie Kecik meminta bapanya memberhentikan kenderaan. Kereta berhenti dan Mie Kecik keluar untuk bercakap dengan seorang gadis.Tidak lama kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kereta dan Mie Kecik memberitahu itu rakan kerja dan beliau juga lambat dan Mie Kecik meminta kebenaran untuk menumpangkan beliau. Rupanya bas juga lambat pada hari itu. "Yes, kata hati saya". Kurang sikit bebanan rasa bersalah. Malu pada Mie Kecik dan bapanya. Di sebabkan kelewatan kami,duit petrol orang terbuang. Tak patut. Tapi bas pun lambat. Jeling muka Mie Kecik dan beliau tersenyum sikit. Mata saya terus ke gadis yang menumpang kereta bapa Mie Kecik. Pendiam dan sekali kerling. Sandang beg.
"Azura.." detik hati saya, Gadis berkenaan mencuri sesuatu di dalam kegelapan jiwa saya. Saya terhambat dengan seribu resah yang muncul mendadak.Desakan jiwa kontang yang seterusnya mengikat rasa kasih pada gadis berkenaan. Beberapa tahun kemudian, gadis yang mulanya menumpang kereta bapa Mie Kecik telah berbuku di hati saya dan saya tambat perasaan kasih yang pada mulanya tercetus tanpa di duga dengan ikatan perkahwinan. Gadis tadi, sekarang sudah menjadi isteri saya.
Kami sampai ke tempat kerja baru. Mie Kecik dan gadis berkenaan, adalah lebih senior. Mereka masuk kerja lebih awal. Saya melangkah masuk ke kilang. "Selamat Pagi semua", kata Pak Guard yang bertugas pagi itu di pintu masuk. "Puh, hebat manners kilang nie, sampai guard pun ucap selamat pagi kat pekerja". Detik hati saya. terperanjat saya. Ngan operator pun ucap selamat pagi. Hairan. Mie Kecik laju dan memberikan orientasi pada saya. tunggu bas kat mana, kantin mana, tempat hisap rokok mana , locker mana dan tempat yang harus saya lapor diri pada hari tu. Terperanjat saya tengok kantin kilang tu. Bersih dan bersinar sinar. Ramai pekerja pagi itu. Mereka masuk lebih awal. Saya berjalan dan menunduk kan muka. Saya lihat ramai yang berpakaian biasa tanpa uniform."Barangkali, mereka ini semua baru" kata hati saya. Loceng berbunyi menandakan tepat 6.30am dan pekerja semua bergegas masuk ke tempat kerja masing masing dan nampak ada yang berlari anak. kosong kantin." Wow, tak macam tempat lama, boleh sebatang rokok lagi dan kemudian jalan macam pengantin nak pi bersanding". Bisik hati saya. Confirm kilang ini kuat displin nya.
Seorang penyelia wanita yang beruniform datang menjemput kami. Penyelia mengenalkan diri dan kami bersalam antara pekerja baru. Kelihatan ada seorang rakan yang sama muka, tinggi, kurus seperti saya. Dia anak Bai, ( Singh ) dan nama nya pun hampir sama, Ravin, dan saya Rafi. Cuma rambut saya lebih panjang melepasi kolar .
Penyelia tadi juga hairan. Kami di bawa masuk ke department kami." Masyaallah....kilat nya lantai, boleh buat cermin sikat rambut". Kata hati saya. Saya terperanjat besar kerana lantai kilang berkenaan cukup bersih dan berkilat. Tiada tumpahan minyak atau pun habuk yang melekat. Betul kata Mummy. Kilang Jepun macam pi sekolah balik. Saya mencuri pandang kawasan sekeling, ratusan pekerja yang bertugas sedang membuat senaman pagi ." Kilang ini ada exercise ke" timbul gelihati saya. Pelik.
Selain itu, mesin mesin semua nya Teknology yang canggih. 'Ya Allah hai,...boleh ke aku kerja kat sini". Hati mula curiga dan fikiran seorang kutu menjelma. Lagipun pengetahuan am saya bukan lah tinggi sangat. Kami dibawa ditempat perhimpunan pagi . Di situlah department saya dan saya melihat mesin yang besar besar. "Tak pernah tengok semua nie". Bisik hati saya.
Kami mengenal kan diri masing masing. "I am Rafi, from Shah Alam". gigil saya ketika itu. Pagi tadi gelak kan Mie Kecik, sekarang baru tau. Tengok alam sekitar saje sudah takut. Memang benar, suasana tempat kerja boelh mengubah persepsi seseorang pekerja.
Kami seterus nya diberikan oreintasi yang lebih mendalam. Buku nota di berikan, pen diberikan, dan nota nota berkaitan konteks pekerjaa. "Puh...cukup sistematik syarikat ni". Hati lebih gementar. Risau kerana keadaan begitu formal. Beza sewaktu menjadi captain hook. Kami diberikan jadual latihan seminggu dan mengikut time. Hebat benar kilang tu.
Seorang lelaki sedikit gempal, saiz yang rendah sedikit berumur di perkenal kan. "Cis , melayu rupa nya, ingat kan Jepun". Memang lelaki itu seperti seorang Jepun. Kami panggil dia Pak Zol. Pak Zol, adalah seorang Boss di production ketika itu. Beliau sudah bekerja hampir dua puluh tahun ketika itu. Suaranya ibarat harimau yang mengamuk. Beliau tegas dan garang. Semua senyap tak berkata dan berbunyi sikit pun.
Pak Zol, menjadi cikgu pagi itu. Seorang rank and file and very strong personality.
"Walaupun anda semua production operator, tiada kelulusan tinggi, SPM atau SRP cukup cukup makan sahaja, tetapi disini anda boleh jadi Manager satu hari nanti". "Tetapi anda harus bekerja bermati matian , rajin, sabar dan jangan langgar undang undang kerja". Kata Pak Zol.
Bang! Bagai kan peluru berdesup masuk ke jiwa." Ini peluang bagus" kata hati saya." Ada chance nak jadi Manager", tanpa kelulusan janji rajin".
Kepala saya ligat berfikir. Lagi pun rekod saya di tempat lama amat cemerlang. Tiada MC, Tiada ponteng dan selalu datang awal.
Kata kata Pak Zol seterus nya membuat kan saya terus terbakar dan membuat saya tekad 200%.
' Cuba fikir ya semua, lihat dunia ini, banyak yang berjaya seperti tokeh tokeh besar adalah mereka yang tiada kelulusan ataupun mereka yang selalu gagal". Banyak nama yang di tebarkan termasuk Thomas Edison. Terus terang saya katakan. Memang terpengaruh habis dengan semua ayat ayat nya. Saya terbayang muka mummy, adik dan nenek."Dik, ini peluang kita". Nekad saya di dalam hati. Manusia yang bernama Pak Zol ini telah menjernihkan lagi fikiran saya. Sessi orientasi tamat pada hari itu dan esok adalah pintu kejayaan. Ravin mula mesra dengan saya. Kami digelar 'Twins". Saya tersasar jauh daripada lorong kejayaan. Saya harus membuat U-TURN.
Dan beberapa tahun selepas itu, saya jadikan ayat Pak Zol suatu realiti bagi diri saya. U-TURN.
Apa yang boleh kita pelajari dari entri ini:
1. Suasana tempat kerja yang menarik bisa meningkat kan semangat pekerja menjadi lebih tertarik dan positive.
2. Suasana tempat kerja yang bersih , kemas, dan sistematik adalah message pertama sampai ke otak pekerja dimana kualiti adalah yang terpenting.
3. Watak Pak Zol dan bicara nya adalah cemerlang. Beliau bukan sahaja menyampaikan pengetahuan malah menjadikan manusia lebih jelas dengan kehidupan. "Esok Masih ada" Pak Zol membuat manusia memasang agenda. Kalau kita seorang ketua Jabatan, kita harus punyai ayat yang sama. Ramai pekerja bawahan kita kadang kadang tidak tahu apa sebenar nya yang mereka cari dan kejar. Dengan kaedah seperti itu, pekerja yang punyai masalah kritikal akan membuat kan mereka lihat lebih banyak pintu dalam kehidupan ini rupanya. Banyak lagi jalan keluar yang lebih baik dan mulia. Saya sewaktu menjadi ketua jabatan , selalu menanyakan soalan pada kakitangan saya seperti, what do you want to be next 5 years, or what is this year mission or which is better for your week ends, fishing or taking part time diploma or certificate classes.?
4. Hidup harus ada tiang gol. Harus ada agenda. Selepas itu fikirkan ia boleh dan ia pasti boleh.
5. Kalau saya sebagai seorang tukang cuci tandas, seorang yang tiada kelulusan dan seorang kutu boleh capai sesuatu, saya percaya anda boleh jadi lebih cemerlang!
Bawah ini , adalah gambar saya dan Mie Kecik. Kenangan yang abadi. Masa yang lepas tak mungkin kembali. Kami bergambar bersama dua orang mek salleh yang melawat Malaysia. Kebetulan Mek Salleh dua orang ini menepati ketinggian kami. Mie Kecik sekarang adalah seorang Business man yang berjaya.
Terperanjat bertemu dengan Pak Zol. Bak nyanyian Mahima Chaudaray dalam filem Dhakan..Aksar Is Duniyame, Anjalne miltehe...Kita akan bertemu ramai orang dalam dunia ini dan kepelbagaian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
First of all I like the picture... wah 'stylo'(perkataan remaja)betul Masterji dulu2...he..he..
Memang benar environment kerja memainkan peranan. Terbukti di syarikat tempat saya bekerja, iaitu sebelum & selepas aktiviti 5S. Rekod ketidakhadiran dilihat menurun & ada juga interview pekerja tentang environment kerja dulu & sekarang....& majority kata rasa happy pergi kerja sebab tempat kerja dah cantik, ada sistem, barang pun teratur jadi senang mau cari jadi tidak kena marah.... Itulah penangan 5S!!
Sebagai contoh kalau lepas penat bekerja seharian bila balik rumah nampak sampah sana-sini, ada barang berterabur....dah tentu kita jadi 'stress' & perasaan jadi cepat marah... Perasaan yg sama akan timbul sekiranya tempat kerja kita begitu... Itulah yg membezakan Malaysia & Singapore. Bila tempat kita bersih, orang akan hormat & secara otomatik tidak akan mengotorkannya.
Disini boleh disimpulkan bahawa bukan sahaja penampilan diri penting sebagai imej kita tapi tempat kerja juga melambangkan imej pekerja2nya iaitu kita. Jadi elok2 kita sama2 menjaga samada penampilan diri juga persekitaran kerja. Bila kedua2 ini bergabung...barulah kita & tempat kerja kita disegani.
Saya masih ingat sebelum saya mengenali 5S...masa tu saya bekerja di sebuah syarikat pembinaan di KL. Dari dulu saya memang seorang yg menjaga penampilan diri jadi apabila kereta saya dlm keadaan yg kurang bersih...saya akan make sure saya bangun awal untuk mencucinya. Seawal jam 4.30 sebab lepas tu kena masak lauk utk anak2 balik sekolah...(tak de maid). Rakan sekerja ada yg perasan & tanya pada saya nape kereta saya bersih je padahal semlm hujan. Tambahan pulak saya berulang Klang-KL-Klang. Saya kata..."malu la saya sebab org tengok saya bukan main berlipstik lagi...tapi kereta comot...jadi biarlah saya & kereta sama2 berlipstik" ...he..he... jangan salah sangka pulak...saya bukan kaki melaram tapi mahu bersih & kemas agar sedap mata memandang....pasal tu saya pernah dapat anugerah "Murid Terbersih" semasa zaman persekolahan sb saya akan pastikan rambut saya sentiasa terikat kemas (kalau ada sehelai dua rambut yg degil...saya calit dgn "Brycream" bapak saya supaya rambut rata atas kepala)& kasut sentiasa putih (kalau ada orang terpijak cepat2 saya ambil kapur kat papan hitam & tenyeh sampai 'cover' yg hitam tu). Di sini bukan nak kata saya elok sangat tapi sekadar berkongsi agar rakan2 lain boleh memupuk budaya bersih & kemas ini dari rumah lagi dengan anak2....jadi anak2 akan terbawa2 apabila dewasa kelak!!!
masterji, ya masih segar di ingatan, kehadiran anda ke syarikat itu telah membuat byk kejutan ! 1st ramai pekerja wanita meruntun jiwa tgk shah rukh versi malaysia tp awak sibuk. 2nd awak org pertama membuktikan operator boleh jadi manager and the 3rd you are a very good trainer even if you started as machine operator. Gud luck Masterji....
Post a Comment