Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, January 6, 2011

2020!



Tun Dr Mahathir Mohamad, satu nama yang cukup popular. Cara kepimpinan beliau membawa banyak kejutan dan pujian. Apa pun, jauh di sudut hati ramai rakyat Malaysia, perkataan beliau hebat, tersemat kemas di hati dan minda masing masing.

Banyak jasanya untuk negara dan rakyat. Bagi sesiapa yang memahami konsep leadership yang sebenarnya, akan dapat mengenali dengan jelas apa kehebatannya dan juga pemikirannya dan yang paling penting apa itu sebenarnya kaedah kepimpinan.

Bagi saya, beliau punyai balance leadership approach di antara Democratic dan Autocratic. Konsep kepimpinan sebenar nya berlandaskan pada situasi sesuatu misi, keadaan dan keadaan pengikutnya. Tak semestinya Democratic memanjang, ada kala untuk melaksanakan perubahan , kita harus tegas dan berpendirian kukuh.

Seorang pemimpin yang bersuara lantang, Straight From The Gut,
Seorang pemimpin yang punyai hala tuju, Visionary Leaders,
Seorang pemimpin kalis peluru , Do the right thing not the popular thing.
Dan banyak lagi, terutama Chief of making transformation!

Ketika itu di pertengahan tahun 1990 an, saya bekerja sebagai training officer sedang berbicang dengan seorang kakitangan Jepun perihal leadership training. Ayat yang di keluarkan dari mulut kakikatangan berkenaan memeranjat kan saya, " Your PM is popular in Japan..Dr Mahathir, "....katanya.

Saya ucapkan terima kasih dan tanya kenapa popular ? " Your PM, had clear target..., 2020".. and ," If you had clear target, very clear also for many things"...kata nya.

Mereka rata rata nya memuji wawasan 2020 dan idea untuk punyai satu tahap sebagai direction dan hala tuju. "Clear Leadership" kata mereka.

Termenung juga saya selepas itu, jauh di sudut hati, tumpang berbangga dengan cara Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau faham benar konsep "Leader sometimes is a lonely person".

Saya minat apabila beliau berada dalam sessi wawancara, jawapan nya jelas, tersusun dan kreatif. Beliau sering menjawap soalan tanpa "err...."yang panjang. Spontan dan kadang kala jawapannya menarik perhatian. Cara beliau bercakap sedikit sebanyak berjaya menterjemahkan Malaysia dalam keadaan yang lebih baik dan punyai kehebatan yang tersendiri di mata dunia.

Akhbar Berita Harian tarikh 6 January, 2011 melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad di temu bual oleh penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza.

Bagi saya, beliau punyai formula yang berkesan dalam kaedah kepimpinan. Thank you to all your leadership effectiveness and positive changes that you had cultivated in Malaysia. Thank you also for your look east policy, where it has brought many working and learning opportunities! Thank you Sir.

Terima kasih pada semua komen yang di berikan untuk entri semalam dan kelmarin GrandKids.
Yes , Cik Fame, sure kita akan di kenang generasi akan datang! Bukan saya sahaja malah anda dan lain lain di dalam blog ini! Blog ini juga banyak berkongsi kisah Pn Noor Jahan. Satu hari nanti, beritahu pada cucu anda, siapa anda dalam blog Masterji! Untuk kita bersama dan juga semua pembaca yang lain.

Dan kalau setahun dua ini, Masterji menekan butang yang tepat, blog ini akan menjadi sejarah yang gemilang! Saya ada keyakinan. Insyaallah.

2 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

sy pun sukakan beliau

cara dia menyampaikan sesuatu, pandangan dan buah fikiran beliau, sangatlah membuatkan sy rasa teruja dan kagum

susah nak dpt org mcm Tun ni

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

He's a great Leader!! Pernah jumpa, salam & bergambar berdua dengan beliau....tidak sombong & mempunyai wajah yg sentiasa tersenyum & gemar berjenaka pabila dikhalayak ramai. Saat bersama beliau wlwpun beberapa minit itu tidak dapat dilupakan sepanjang hayat!!

Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik olehNYA...agar beliau dapat terus menyumbang utk negara.

Just to share with you the quote from Peter F. Drucker- "Management is doing things right; leadership is doing the right things"