Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, January 17, 2011

Jambu


"Yeh, yeh yeh yeh...Jambu tak ada bapak yeh yeh..."
Sekumpulan kanak-kanak nakal mengusik-usik Jambu, mereka kemudiannya ketawa berdekah-dekah, mereka mengejek lagi setiap kekurangan yang ada pada diri Jambu. Jambu hanya diam, langsung tidak menjawab, apatah lagi mahu membalas usikan dan ejekan tadi. Budak-budak nakal itu mengejek lagi, menghina lagi si Jambu.
Mereka ketawa lagi, menjejer air liur kerana terlalu suka mengejek Jambu. Bagi mereka usikan dan ejekan itu satu permainan yang mendatangkan kepuasan.
Jambu? Hatinya pedih tetapi dia cuma diam, dia cuma membatu.

"Kak, kenapa mereka hina kita Kak"? Kenapa mak bapak kita tak nak terima kita Kak"? Jambu sedih dan sakit hati dengan ejekan mereka Kak". Jambu mengasak sambil mengunyah makanan yang di suap oleh kakaknya, Pah. Dalam dunia ini, Jambu cuma ada Kak Pah, hanya Kak Pah tempat dia bermanja, Kak Pah adalah ayah, adalah ibu dan segalanya untuk Jambu.
Jambu yang berpakaian seragam sekolah sedang menyusun buku buku darjah empat ke dalam beg lusuhnya sambil di suapkan makanan oleh kakaknya.

"Jambu jangan layan mereka ya dik, nanti penat mereka berhentilah" Kak Pah yang sedang menyuapkan makanan ke mulut Jambu hanya boleh bersabar dan airmata kesedihan menitis di matanya. Simpati pada adik lelakinya, Jambu. Jambu nama timangan di berikan oleh Atoknya. Di rumah itu hanya ada, Atok, Kak Pah dan Jambu.

Kak Pah duduk termenung di tabir pintu menghantar pemergian adiknya ke sekolah dengan mata yang sayu. Atok keluar bekerja membanting tulang sebagai seorang "Jaga" kilang beras.

Masih jelas terbayang di fikiran Kak Pah. Ibu bapa mereka telah bercerai dan masing masing telah punyai keluarga lain. Ibunya telah berkahwin lain, bapanya juga telah berkahwin lain. Kak Pah dan Jambu di tinggalkan pada Atok untuk di jaga. Kak Pah dan Jambu adalah anak masa silam. Berbekalkan alamat yang diberikan Atok mereka, Kak Pah dan Jambu dapat menemui ibu dan bapanya.Kini ibunya punyai keluarga lain dan hidup dalam keadaan yang lebih mewah. Rumah besar, ada kereta besar, kehidupan yang begitu selesa, juga anak anak bersama suami baru yang begitu manja dengan ibunya. Begitu juga bapanya. Tetapi Kak Pah harus berhenti sekolah dan bekerja untuk membantu Atok dan adik nya.

Kedatangan Jambu dan Kak Pah tidak mendatangkan kemeriahan bagi mereka. Baik Ibu atau Bapa nya sudah ada kehidupan baru dan bahagia. Kehadiran mereka mungkin bisa mendatangkan musibah dalam kehidupan baru mereka nanti. Kak Pah sedar. Tetapi tidak pada Jambu. Beliau susah untuk memahami nya. Akal logik Kak Pah dapat menerima yang manusia ada pelbagai walaupun sebagai Ibu atau Bapa.

Bapa nya seorang ahli koparat yang berjaya.
Jambu straight thinker. 1 or 0. Kalau benar itu ibu dan bapa mereka, kenapa tinggal tempat berlainan? Kenapa mereka berdua tinggal dengan Atok? Mesti harus tinggal dengan mereka. Kenapa? Jambu tidak dapat menerima kenyataan itu. Mesti dengan mereka, mesti dengan mereka , mestiiiiiiii...

Kak Pah dan Jambu pulang ke pangkuan Atok dan diberikan jaminan akan dilawat dari masa ke semasa oleh ibu dan bapanya.

Masa berlalu , walaupun tertekan , Kak Pah sedar keadaan tidak boleh diubah, maka dia kena berubah. Tetapi tidak bagi Jambu, Jambu membesar dan banyak menghabiskan masa mencari punca kenapa hidup mereka begitu malang. Kenapa? Jambu tidak dapat menerima keadaan.

Perkataan kenapa juga membesar dan bersarang dalam dalam diri Jambu sehingga dewasa.

Beberapa tahun kemudian dan di satu malam yang agak meriah ,

"Kakk...tangan Kakak ada banyak inai ya"? Tanya Jambu
"Ya dik...jawap Kak Pah dengan senyuman yang manis" Kak Pah akan bersanding keesokan hari. Malam ni Kak Pah berinai. Ya. Kak Pah akan berkahwin.

Dua beradik itu sudah dewasa.

" Akak dah makan ke"? Tanya Jambu
"Belum dik"..juga sambil tersenyum

Jambu datang bersama sepinggan nasi dan segelas air menghampiri Kakak nya yang sedang duduk.
" Kak...ingat tak dulu, waktu kecik kecik, Akak selalu suapkan makanan pada saya kan"?
"Ya dik... Akak ingat". Jawap Kak Pah.
" Malam ni, biarlah saya suapkan Akak ya.. mulai esok, Akak akan jadi hak orang lain dan mungkin kita akan jarang berjumpa kan Kak"?
Kak Pah mengganguk dengan deraian airmata.
Sewaktu menyuapkan makanan ke mulut Kakak nya, mata Jambu juga digenangi air.

Ya mereka sudah besar dan dewasa . Kak Pah akan berkahwin dan Jambu akan meneruskan kehidupan nya sendiri.
Kak Pah berjaya. Sewaktu membesarkan Jambu, Kak Pah bekerja dan belajar. Kak Pah berjaya menjawat jawatan tinggi. Kak Pah berjaya mengubah keadaan nasib nya.

Tetapi Jambu tidak berjaya seperti Kak Pah. Jambu tidak mengubah keadaan malah menangisi keadaan dan masih mempunyai perkataan KENAPA dalam jiwa nya walaupun masa telah lama berlalu.

Walaupun sudah dewasa.
Dari segi umur dewasa tetapi tidak pada perasaan nya. Hati nya masih kuat menderita.

Jambu sering muram. Sering berasa kecewa. Kerjaya Jambu tidak sehebat Kakak nya. Jambu sering kali gagal dalam pertempuran hidupnya.

Apapun sikap dan tingkah laku dua beradik ni, amat lah terpuji. Sungguh bersopan santun, berbudi pekerti malah kalau melihat mereka , amat sukar untuk mempercayai mereka ini di besarkan seperti pokok di hutan.
Tanpa penjaga yang betul dan didikan yang tingg tapi mereka punyai sopan santun yang mulia.

Anak yang lengkap dengan kemewahan dan kasih sayang ibu bapa pun belum tentu dapat menandingi tingkah laku sopan dan etika kehidupan dua beradik itu.

"Kalau zaman kanak kanak ku seperti anak anak lain yang lengkap , mungkin aku juga akan berjaya"....keluhan biasa di hati Jambu.

Talian kasih antara Kak Pah dan adik nya Jambu tidak pernah terputus walaupun Kak Pah semakin sibuk dan sudah berkahwin.

Tetapi tidak pada hari ini. Hari ini, mereka berdua berada di sebuah Hospital. Kak Pah sedang menangis melihat Jambu.

Kak Pah rasakan dunia nya sudah gelap. Kak Pah rasakan dia akan hilang sesuatu yang besar dalam hidup nya. Kak Pah rasakan hatinya bagaikan di hiris sembilu.

Jambu tidak sihat. Jambu cakap sendiri. Jambu amat stress. Jambu menjerit dan tersenyum Jambu menyebut nyebut nama Kakak nya.

Jambu memaki hamun rakan rakan sekolah yang mengejeknya tiada berbapa dan beribu. Jambu kadang kadang kelihatan marah dan kadang kadang tersenyum dan menangis. Jambu bertanya kan Kak Pah yang sedang duduk di sebelah katil nya,

" Awak ada nampak Kakak saya tak..mana dia ya"...tanya Jambu. Jambu sudah tidak cam Kakak nya sendiri. Ya, Jambu sudah sampai ke alam lain. Alam yang hanya dia sendiri yang faham. Alam yang hanya dia sendiri tahu dan nampak.

"Adikkk...ini akak lah...akak...ini lah Kak Pah dik...dik..adikkkkkk..." Kak Pah menjawap dengan linangan airmata.
"Adik...akak sini dik...akak sanggup mati untuk adik, adik sedar lah...kenapa ni dikk...."? " Kenapa dikk...?" Kak Pah ak berhenti menangis.

Kak Pah berfikir, mungkin diri nya berjaya menyeberangi jambatan penderitaan kehidupan mereka tetapi tidak bagi Jambu. Walau pun usia meningkat tetapi Jambu tidak berjaya melepasi jambatan tekanan perasaan berkenaan, dia masih berada di seberang sana. Luka, kecewa dan tiada alternatif lain. Jambu tidak cukup kuat melawan arus dugaan. Jambu tewas. "Adik...malang sungguh nasib mu" kata hati Kak Pah. Kak Pah di selubungi duka dan kepedihan. Yang teramat.

Kak Pah duduk dan memerhatikan Jambu diatas katil. Keadaan Jambu sama. Kadang menjerit, kadang tersenyum dan kadang menangis. Mulut Jambu kadang muncung dan kadang memaki hamun. Tangan Jambu di ikat. Kak Pah tak sanggup melihat adik kesayangan nya begitu. Tidak sanggup.

Bagi Kak Pah , simple. Kalau adik nya tewas dia juga tewas sebenarnya. Dia rasa bersalah pada diri nya. Dia terlalu sayang pada adik nya. terlalu. Banyak kenangan manis dan pahit mereka tempuhi bersama dan kini Jambu tidak mungkin dapat bergurau lagi dengan nya. Kenapa duka sering menyelubungi kehidupan mereka. Kak Pah tiada jawapan.

Kak Pah terus berfikir. Mungkin Jambu pernah cuba menyeberangi jambatan berkenaan tetapi tidak jumpa jalan yang tepat. Jambu kurang semangat daya juang dan akhirnya tewas pada usia yang amat muda.

Dan Kak Pah terus berfikir. Separuh kehidupan nya telah dihabiskan untuk adik nya. Tetapi kini Jambu sudah tak sihat. Jambu tak kenal dia pun. Jambuuuu....kenapa dikkkk...


Seorang jururawat menghampiri kerusi Kak Pah untuk bertanya sesuatu. Kelihatan Kak Pah tengah tidur.
"Cik,Cik...err Cik...boleh bangun sekejap tak , nak tanya sikit pasal adik Cik ni..." Nurse itu cuba mengejutkan Kak Pah dari tidur.

Tiada respon. Jambu di atas katil masih dengan ragam nya. Sekejap marah, sekejap ketawa dan sekejap menangis.

"Cikkk...tolong bangun jap Cik...Cik........" Tiada respon langsung.

Nurse itu menolak sedikit kuat dan Kak Pah hampir terjatuh dari kerusi itu.

"Doktorrrrr......Doktorrrrrrr.......," Jerit Nurse berkenaan memanggil Doktor.

Kecoh sebentar wad berkenaan. Jambu masih dengan ragam yang sama. Ketawa, menangis dan marah. Bercakap seorang.

Mereka memeriksa keadaan Kak Pah. Ketika pemeriksaan dilakukan, Kak Pah sebenar nya sudah lama pergi. Pergi yang tak akan kembali. Kak Pah terlalu rasa sakit atas penderitaan adik nya. Kak Pah sudah tiada.

Jambu tidak sedar apa yang berlaku. Jambu masih dengan ragam dan ketidak puasan hatinya . Alam nya sendiri.

Kini dua beradik berkenaan akhirnya berpindah alam. Sorang pergi dan tak kan kembali dan seorang lagi ...entahlah, tiada kepastian.

Mesej entri hari ini,

Pertama :
Bagi ibu bapa, pengurusan dan kepimpinan yang berjaya bermula dari rumah. Di tempat kerja mungkin kita leader yang paling cemerlang tetapi dirumah mungkin kita pemimpin yang gagal.

Kedua :
Hidup ini penuh dengan cabaran yang kadang ringan dan kadang berat. Maka lalui lah dengan ketenangan dan kesabaran yang tinggi. Kita ada banyak cara untuk mengubah keadaan hidup kita. Lihatlah dunia ini dengan pandangan yang praktikal dan jangan selalu berada dalam kemelut dunia yang cuma kita sahaja memahami nya.
Imbangkan usaha untuk berjaya dan waktu untuk mendamaikan hati.

Ketiga:
Kesulitan hidup akan sering kala menjelma dalam kehidupan setiap manusia. Bila susah kita akan terasa stress. Itu perkara biasa. Cuma yang penting kita harus kawal stress berkenaan dan bukan stress yang mengawal kita.
Bagi yang muda, stress di waktu usia yang masih hijau, amatlah merugikan. Banyak perkara lain yang boleh kita lalui dan dunia ini sebenar nya indah.

Bak kata Pn Sania, kalau kita tidak boleh jadi yang terbaik, jadi yang berguna pun memadai lah.

Terimakasih untuk semua komen yang diberikan.

Hidup kadang sendiri dan penuh airmata,


1 comment:

one said...

Salam masterji,

A good story.

Pendapat saya ramai yang akan jadi begini dimasa hadapan. Salah satu puncanya kerana tidak tahu menangani stress. A silent killer that many dont aware.We always hear that accident in workplace had reduced but stress in workplace is increasing but not highlighted.


A developing country will have faced all this.


Satu cara terbaik kita boleh mengelakkan perkara seperti ini berlaku kepada kita dengan melihat orang yang lebih teruk kehidupannya daripada kita. Dgn ini kita akan rasa lebih bersyukur yang mana semakin berkurang dikalangan kita.

rgds

One&Only