Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, January 24, 2011

OUT OF ORDER


"This machine is temporary out of order!"
Pernah lihat atau terbaca. Ya sure. Signboard atau indication akan di pasang pada machine atau equipment yang sedang di perbaiki atau rosak. Rosak kerana tidak boleh berfungsi secara normal. Rosak kerana pelbagai sebab. Machine senang di baiki tetapi kalau manusia, bagaimana? Yang pasti kita tidak boleh meletak kan apa apa indication atau signboard " This person is out of order ".

Tempoh hari Masterji melawat wad rawatan jiwa di sebuah hospital. Banyak perkataan Disorder yang saya dengar. Rupanya ada macam macam penyakit Disorder.

Ada satu poster yang menarik bagi perkongsian bersama. Memang lumrah membawa buku nota kecil kemana mana lantas saya tulis apa yang saya baca supaya kita bersama dapat mempelajari nya sekarang sebelum out of order!

PUNCA STRESS.
1. Masalah kewangan.

2. Menunggu lama.
3. Konflik rumahtangga.
4. Kena buli .
5. Rasa rendah diri
6. Beban kerja
7. Penyakit Fizikal.
8. Traffic Jam
9. Persekitaran yang tidak selesa.
10. Tragedi.

GEJALA STRESS

1. Gelisah
2. Risau keterlaluan

3. Gangguan tidur
4. Kurang tumpuan kerja

5. Cepat marah.


AMAL KAN 10 B

1. Bertenang

2. Bernafas dengan dalam.

3. Berkata pada diri dan pujuk diri "RELAKS LAH "
4. Bercakap dengan seseorang ( Biar yang tepat dan betul )

5. Beribadat / Beramal/ Bersembahyang.

6. Berurut
7. Berehat.

8. Beriadah

9. Bersenam
10. Berfikiran positif.

Hah! itulah yang ada kat poster tu. Sekarang trend stress meningkat. Cabaran makin banyak dan keyakinan diri serta kawalan harus lebih kuat dan teliti.

Macam macam kes yang saya tengok. Kena tipu, Kena ugut, Kena aniaya, kena pukul dan macam macam lagi. Ada seorang remaja yang terganggu kerana di buli di sekolah atas isu minggu suai kenal. Orientasi. Simpati terhadap diri nya. Minggu suai kenal bertujuan murni bukan menyakiti antara satu sama lain. Minggu suai kenal ibarat anda sebagai pekerja baru yang baru mula bertugas dan harus kenal mengenali antara satu sama lain untuk menyenangkan kerja dan kurang rasa bimbang di tempat baru. Ini di katakan Famialirization period. Bukan nya nak tahu siapa bapak samseng di asrama itu dan betapa samseng nya Bapak samseng berkenaan.

Ada yang suruh cuci kasut, ada yang suruh cuci pakaian dalaman , ada yang suruh buat benda yang pelik pelik. Ini sudah melampaui batas. Ragging yang kejam.

Konsep asrama ini sebenarnya murni. Asrama asalnya adalah untuk anak anak pandai tapi ibu bapanya kurang berupaya dan miskin , maka di berikan peluang melanjutkan pelajaran dengan bantuan yang tertentu seperti sistem pembelajaran yang lebih baik dan keadaan yang tidak naif. Asrama juga dapat melahirkan individu yang berdikari.
Tetapi acara ragging atau buli yang keterlaluan bisa membuatkan anak yang baru belajar mengenali hidup boleh tersasar jauh.
Apa pun anak kita akan ke asrama juga satu hari nanti, Kalau dulu kita membuli sekarang berdoa jelah.. U get what U give.

Aha, itu salah satu kisah yang ada kat situ, ada banyak lagi. Anyway,tiap pagi kita warm up kan kereta kita agar tiada breakdown atau kereta tahan lama. Setiap pagi kita lakukan begitu.

Apa kata kita juga warm up kan diri kita , semangat kita dan fikiran kita pada permulaan hari. Kita mulai dengan kesyukuran selepas bangun tidur, dengan doa doa yang sesuai, bersihkan diri kita, bergurau dengan anak isteri atau rakan rakan kerja dan rutin rutin ibadat yang harus di amalkan.

Rancang lah plan warm up kita sendiri di permulaan hari supaya kita tidak stress. Kalau di kaji secara mendalam, setiap ahli keluarga kita mungkin ada yang punyai masalah stress. Bila pagi, Bapa harus keluar bekerja dan mungkin aktiviti pekerjaan hari itu ada banyak cabaran dan mungkin kena mengadap Boss di sebabkan masalah kerja , so Bapa stress.

Bila pagi, Ibu harus menyiapkan makanan, membasuh, mengemas, menghantar anak ke sekolah dan pelbagai rutin kerja harian dan belum masuk part Ibu yang juga bekerja dan bukan surimahtangga. Yang jadi surirumahtangga pun stress apatah lagi yang keluar bekerja. So Kaum Ibu juga stress.

Bila pagi, anak anak , kena bangun awal, pergi sekolah, balik sekolah biasa pergi sekolah ugama, balik sekolah ugama pergi tiusyen, balik tiusyen kena buat kerja sekolah di samping itu mungkin membantu ibu atau bapa di rumah, so anak anak pun stress.

Therefore, kita mesti ada cara untuk menangani masalah masalah stress harian ini. Wujudkan lah suasana riang walau lima minit di dalam keluarga. Mungkin dengan makan malam bersama atau adakan hari roti canai, hari teh tarik, hari menonton TV bersama sama, hari jenaka dan macam macam lagi. Dulu, saiz rumah kecil , ada dua bilik sahaja maka ruang untuk berkomunikasi dan bersama keluarga besar tetapi hari ini, kemewahan punyai saiz rumah yang besar mungkin telah meragut kemesraan kita dengan anak anak. Anak anak lebih suka bersendirian di dalam bilik masing masing. Hidup menjadi lebih private. Ada yang makan di dalam bilik sahaja tidak bersama Ibu dan Bapa.

It's good to make time to make success but it's also good to make time to make happiness!.

Apakata Pn Noor Jahan? ada tips tak?
Encik Azaman masih practice, roti canai day lagi ke?
The One bagaimana anda memula kan hari anda ?
Pn Sonia , macam mana buat warm up untuk fikiran, semangat, dan hati setiap hari mungkin ada tips yang sesuai?

Terima kasih pada semua komen yang di berikan. Ha ha ha, ada yang minta Masterji masuk SKS, melihatkan tulisan entri Seringgit jadi Seribu.

Pada yang lain thank you so much for your support. Untuk Universiti Teknikal Kemahiran, Melaka, see you guys , somewhere this week.

4 comments:

sonia shakir said...

Masterji, cakap pasal stress...sampai esok pun tak habis. Selagi hidup..stress tak habis punya. cuma yang bezakan, tahap stress itu. Ada yg heavy..ada yg light. Bagi saya tak ada petua yg spesific utk melawan stress ni. Tapi saya pastikan, pagi sebelum keluar rmh, baca ayatul khursi, alfatihah dan peluk anak-anak. Driving ke tempat kerja sejauh 40km dari rumah, dgn 3 lagi nyawa sekali di dalam kereta,saya tak boleh benarkan stress mengganggu fikiran..oleh itu mahu atau tidak, stress itu saya terpaksa layan baik-baik. Balik kerja ambik anak, driving 40km balik ke rumah..sampai rumah kena masak utk dinner, basuh pakaian dan semua kerja-kerja menyidai, melipat dan menggosok, mengajar anak mengaji Quran, mengemas dan kerja-kerja lain..pukul 12 mlm baru dapat meluruskan badan atas katil...stress kan? Tipsnya...terima sahaja stress yang datang dgn hati terbuka dan lalui sahaja hari-hari seterusnya. Lama kelamaan kita akan menjadi lali..dan tak rasa apa dah. Kalau kita complaint dan complaint dan complaint..itu yang buat stress tu makin lama makin besar dan akan meletup satu hari nanti.

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Selagi kita hidup...kita tidak akan dapat lari dari 'stress'... Bezanya cuma kecil atau besar.

Yg baiknya jangan simpan 'stress'. Keluarkan 'stress' tu dgn berckp atau berbincang dgn seseorang yg kita rasa boleh membantu. Worst come to worst....wlwpun di akhirnya orang tu tak boleh membantu tp sekurang2nya 'stress' tersebut telah diluahkan.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri...yg akan menjadi masalah apabila 'stress' tu disimpan...dikumpul....maka ia umpama bom yg akan meletup pd bila2 masa...ini merbahaya!!!

Jgn anggap semua 'stress' negatif, ada yg positif di mana ia akan menjadikan kita lebih matang...lebih profesional!!!!

one said...

Salam masterji,

Benar kata masterji,

Kalau kita pergi ke HKL atau TAR atau mana2 hospital kita boleh lihat kaunter yang paling sibuk adalah kaunter rawatan sakit jiwa. Kalau dulu org gila mudah dikenali dgn pakaian, cakap dan perbuatannya tapi sekarang ramai orang gila pakai smart tapi mental problem. Sebab tue kita boleh baca dalam paper macam2 hal terjadi. Sapa sangka...

Tapi inilah Psychological Hazard. Kita selalu tumpu kepada accident saja tp bab nie kita selalu abaikan. Sebab tue byk pergaduhan, harrassment and histeria berlaku di tempat kerja.

Syabas masterji satu lagi topic yang kita harus berikan perhatian.

rgds
One&Only

azaman said...

Salam Masterji,

Saya nak tabik spring kat Puan Sonia kita ni. Dahlah pergi kerja punya jauh (which I can relate), pas tu balik kena masak, basuh baju, kemas dan sempat mengajar anak ngaji pulak tu. Masterji, this one you kena buat satu kes study pasal ni nih!! Ini dah masuk kategori superwoman ni.

azaman