Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, March 27, 2011

Adei Tambiiii Sikram yah....

Adei Tambiii...sikram dey.... Maksud nya Hai Adik, cepat sikit lah.....Pagi ni Masterji belajar pasal Team Work dan Leadership kat satu kedai Mamak. Hiss Kedai Mamak lagi...apa boleh buat, dari kecik makan kari aje lagipun Masterji selalu nak cepat.

Pagi ni order Mee Goreng dengan Teh Tarik. Sambil menunggu saya perhatikan sekeliling. Ramai pelanggan dan sesak. Saya pun tumpang meja orang lain. Selepas menerima pesanan saya , pelayan terus menjerit ke station minuman dan mee goreng. " Teh Tarik kurang manis onu, Mee Goreng Onu....Sikram dey.... Maksud nya teh tarik kurang manis satu dan Mee Goreng satu , cepat sikit arahan yang diberikan. Aha ! dalam arahan tu ada satu lagi arahan " CEPAT SIKIT ".
Dia ingatkan pekerja dia tentang harus nya menjadi effificient dan menghormati customer.
Masterji perhatikan jumlah Man Power yang kedai tu ada.

4 Orang. Satu Tokeh kat kaunter, satu buat air, satu goreng goreng dan satu lagi ambil dan hantar order. Maksud nya ada satu sahaja off line dan kesana kesini. Pantas dan boleh ingat siapa order apa dan meja mana. Sambil tu menulis harga bil.

Tokeh turun padang dan mengunci kaunter. Tokeh pun off line juga dan bantu. Suara lagi tinggi dari yang tadi . Beliau gerak kan hampir semua workforce dengan komunikasi yang jelas.
Leader yang bijak menghalusi situasi. Dengan ramai pelanggan di kedai maka suasana menjadi bising dan vokal nya harus lebih nyaring dan mantap daripada suasana kedai tu.

Sambil dia jeling kaunter kot kot ada orang nak buat bayaran ke apa ke. Dia pun bersuara, "Encik sikit jam tunggu saya iskarang mari" Mata nya jua turut bekerja dan memberikan harapan pada customer yang sedang menunggu supaya jangan tension dan marah.

Sebelum tinggalkan ap yang dia tengah buat, dia berikan lagi penjelasan pada team mate nya " Ider Abang, Teh Ais Onu... sikram yahh... " Abang ni, nak teh ais satu cepat sikit.

Si pembuat air yang rambut nya jambul di depan juga bijak memainkan peranan nya bila melihatkan keadaan pertempuran semakin sengit. Dia buat air dan dia hantar air tu sendiri dan sambil berjalan dia berkomunikasi pada rakan nya yang mengambil order, dia yang akan hantar dan beritahu meja mana dan beritahu pada rakan nya meja mana yang pelanggan baru sampai.

Melihat dia kedepan, Tokeh beliau ke station minuman untuk mengganti tempat beliau. The Team Members move around smoothly!

Selepas makan, Masterji senyum dan bayar harga makanan dan ucapkan terimakasih serta memuji tokeh berkenaan kerana team spirit beliau dan pekerja nya. Dia cuma tersenyum dan mungkin dia tidak kenal Peter Drucker, Maslow, Carlos Ghosn, Jack Welch dan pemimpin pemimpin hebat dan teori teori pengurusan Harvard tetapi dia melaksanakan dengan begitu cemerlang!

Memang dari zaman bekerja lagi Masterji dan rakan rakan lain di syarikat Jepun di didik untuk mencari "PROFIT" menerusi mata ketika bekerja. Maka bila ketempat lain , saya suka untuk melihat dan belajar. Baik aspek manusia ataupun suasana.

Apa pun Adei Tambi sikram yah....memberikan kita banyak pengajaran tentag Leadership dan Team Work.

Pn Saniyah Kadir pasti nak tahu kedai Mamak mana...ha ha ha hari ini tak ramai orang minum Teh 'O' kat kedai tu...ha ha ha. Kena tukar kot menu minuman. Teh '0' dah tak relevan sekarang. zaman Teh Tarik dah! Kualiti makanan kedai tu bagus. Speed and Quality di jaga dengan baik. So you can use in your Quality Program.

Cik Fame...suka tengok comment Cik Fame. Ya betul, Harimau mati Meninggalkan Belang manusia mati mesti meninggalkan nama dan brand yang terpuji!
Kalau kita ini asset bagi keluarga dan bertingkah laku baik, Masterji percaya kita akan hidup walaupun sudah tiada lagi. Hidup kerana nama kita akan sentiasa menjadi rujukan dan wira yang hebat dalam keluarga. Yes you are right Cik Fame.

Pn Noor Jahan, I need to see you and share some good news ya.

Pada yang lain, terimakasih ya kerana sudi membaca blog ni. Insyaallah kita akan bersama sama melakar sejarah gemilang melalui blog ini.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

ha.ha..ha...mmg kenyataan kedai mamak majority budayanya gitu. Dah tak dapat dinafikan... Ada satu di Klang...ada PR lagi...kalau ada budak2 siap bagi gula2 lagi...kalau dia nampak ada yg dukung anak sambil makan..ada mamak yg akan offerkan diri utk dukung. Kalau ada budak yg montel2 mamak tu akan cubit2 pipi budak2 tu.... tu la yg saya perhatikan. Tapi yg wat tugas2 tu ada 2 org jer....yg lain busy ambil order...hantar order....

Jadi lain kali ibubapa budak2 tu pun dtg semula kat kedai tu atas kasih sayang & kemesraan yg ditunjukkan oleh 2 org mamak tu...."Anney, rombey nandri.."