Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, March 14, 2011

Still Alive!

I was attracted to one person reading a speech this morning. The speech was a good one to make everyone stop and think.

The contents of the speech;
"Mornings are reminders that God loves you! You're not just given another day to enjoy,but a chance to right the wrong of yesterday, Good Morning"

Aha! Tepat sekali. Kita patut bersyukur kerana masih hidup lagi!
Masih di berikan peluang untuk memperbaiki kesilapan semalam!
Masih di berikan 24 jam lagi untuk mencuci segala dosa yang pernah kita lakukan!
Diberikan 24 jam lagi masa untuk mencari dan memohon maaf pada orang yang pernah kita buli dan aniaya!
Diberikan 24 jam lagi masa untuk mencari pahala berbanding dengan hari semalam!
Diberikan 24 jam lagi masa untuk mencapai misi atau tiang gol kita!
Diberikan 24 jam lagi masa untuk melihat anak anak kita kesekolah dan bagaimana manja nya mereka!
Diberikan 24 jam lagi masa untuk menjalankan tanggungjawap kita pada anak anak kita dan ibu bapa kita!
Diberikan 24 jam lagi masa untuk mengenali dan menyedari kita ini adalah manusia , manusia yang harus menjalankan apa yang patut dan tinggal kan apa yang di tegah!

Dan kita diberikan masa lagi untuk berfikir esok belum tentu maka apa yang patut kita laksanakan!

Kadang kadang kita terlalu sibuk untuk menyedari semua itu. Malah ada di antara kita yang di hujung hari nya, tak tahu apa yang dia telah buat pada hari berkenaan!
"Hei, hari ini, apa sumbangan aku ya'?

Mungkin 5S boleh membantu kita menghabiskan hari kita dengan berfaedah dan berkesan;
Sumbangan kita pada agama kita.
Sumbangan kita pada masyarakat samaada di tempat kerja atau di mana mana.
Sumbangan kita pada ibu bapa kita samaada menerusi bantuan wang ataupun doa.
Sumbangan kita pada keluarga kita samaada ada menerusi ajaran ataupun memahatkan saat bahagia.
Sumbangan kita pada diri kita sendiri; samaada benda baru yang kita belajar, ataupun menjauhkan diri kita daripada kemusnahan ataupun menjaga kesihatan kita dengan lebih baik.

Apa pun jangan lupa mengucapkan syukur setiap pagi kerana kita diberikan 24 jam lagi untuk melaksana kan kejayaan dan kebaikan!

Cik Fame kita Pn Noorjahan berkongsi cerita motivasi yang hebat. Bagaimana seorang pengawal keselamatan bisa bertanding dan jadi pemenang pertandingan 5S produktiviti. Memang benar skill dan knowledge itu penting, tetapi yang paling penting adalah faktor Attitude! Manusia yang punyai sikap yang positif walaupun rendah pangkat nya kadang boleh berjaya lebih daripada yang tinggi pangkat nya.

Security Cik Fame bijak menjual diri nya! Bijak menarik spotlight ke arah nya! Ada sesuatu dalam diri nya yang boleh di gilap untuk mendapatkan lebih kemajuan!

Di dalam undang undang kejayaan, hanya ada satu law sahaja; siapa yang rajin dan berusaha , kemenangan pasti miliknya tanpa mengira status. Thank you Cik Fame.

Pada sms yang bertanya kan perihal blog lama tak keluar, maaf Masterji banya program latihan kebelakangan ini dan sedang sibuk dengan satu lagi episod agenda kejayaan yang penting. Jangan risau, Insyaalah diberikan 24 jam lagi, Masterji akan menulis.

To my new students in MIHRM, thank you and nice meeting you last Sunday. Petrol drinking again, ha ha ha. See you again later. Your job is to make HRM as a profit centre and not cost centre!




1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Semua orang ada 24 jam sehari... tiada yg lebih dan tiada yg kurang. It's how we manage our time.

Here is a quote from Harvey MacKay that I like to share...
“Time is free,
but it's priceless.
You can't own it,
but you can use it.
You can't keep it,
but you can spend it.
Once you've lost it
you can never get it back.”