Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, March 8, 2011

MASTER Q!

Pejabat Bendahari UTEM sekali lagi melangkah ke arah kejayaan! Kali ini ke arah ISO 9001 : VERSION 2008. Agenda improvement yang tidak pernah putus. Selepas 5S kini lebih ke atas. Leadership yang cemerlang dari Encik Bakri. Macam Carlos Ghosn CEO Nissan pula. Mr Turning Around from better to perfect! Dulu 5S dan kini ISO pula.

Tahniah Encik Bakri dan lain lain. Komitment Jabatan Bendahari amat tinggi termasuk staff staff mereka. Minggu lepas, Masterji dan dua orang lagi MASTER Q ( Quality ) bersama mereka. Superwoman dan Superman, Encik Razak pakar dalam bidang ISO dan kualiti serta consultant quality specialist, Pn Saniyah Kadir aka Sonia.

Encik Razak cemerlang dengan gaya dan teknik yang berbeza dalam pengajaran ISO. Dengan Kuiz, dengan soalan serta merta, dan ujian ujian menduga akal yang kreatif. Kali pertama melihat Cikgu ISO yang kreatif dalam pengajaran nya. Dengan Encik Razak, program ISO seperti satu program yang membakar jiwa dan penuh aktiviti sampingan! Very good Encik Razak. Evaluation dari participants pun tinggi. Superman!

Cikgu yang kedua merangkap pakar runding ialah Pn Saniyah Kadir, superwoman! Kaedah yang terperinci dan jelas. Pakar dalam memberikan senario yang pelbagai dalam perlaksanaan. Mengajar berpandukan mind set seorang tenaga pengajar dan auditor, soalan yang tajam dan berkesan. Soalan yang bisa buat kelas berhenti sekejap untuk berbincang. Punyai pengalaman yang luas dalam perlaksanaan ISO. Pakar memberikan reward dalam training.

Gandingan yang mantap. Baik Razak atau Saniyah macam filem star dan trainer!

Para peserta amat komited. Ada kumpulan yang di sangka lemah, akhirnya bangkit menjadi juara! Hebat!
Jangan lupa ya 3 bulan sahaja dateline. Apa pun tahniah di ucapkan pada Encik Bakri, seorang Pegawai Kerajaan yang berpandangan jauh.

Sweet Aiza sedang buat kelas menjadi lebih sihat dengan tarian yang hebat!


Samurai samurai Bendahari yang tekun belajar.


Master Q in action. Best dan mantap! kelas terhibur.


Master Q , Razak memberi jalan yang lebih mudah!


Leadership yang unggul menerima champion card dari Cikgu Sonia.


Best group yang disangka tewas tetapi last minute pakai magic dan menang! Berpantang maut sebelum ajal kan.


Peserta yang extraodinary, Double A. dapat bintang kepujian yang lebih tinggi daripada lain.


Peserta yang dapat reward kategori A.

Satu nasihat yang berkesan daripada ajaran Master Q Encik Razak, dalam salah satu slide presentation beliau,
"Siapa kah orang orang yang terpedaya dan rugi?"
"Orang yang hidupnya tiada perbezaan dengan hari semalam"

Cantik dan padat!


1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

I like the word 'Master Q'. Anyway syabas to both our Superman & Superwoman....semoga lebih byk pintu kejayaan terbuka to both of you!!!