Semalam terlupa nak ucapkan selamat datang pada seorang lagi follower baru..Cik Wangi 74. Well come and share your ideas to make us better than what we are yesterday...oraitt...Thank you.
Ketika itu............,
Imbas kembali pertemuan pertama ketika awal tahun 2005, Masterji diberitahu ada seorang HR Senior Manager mencari seorang tenaga pengajar untuk program leadership dan productivity Improvement. Masih jelas di ingatan apabila pesanan dan request tu di sampaikan pada Masterji oleh Marketing Manager ketika itu;
" Bang, HR company ni nak Mr Heera Singh lah untuk program mereka " Kata Hisham .
" Ya ke...ok lah contact lah Mr Heera dan cuba arrangekan " jawapan Masterji.
" Tak dapat, Mr Heera jadual penuh ..sayang kalau lepaskan peluang ini" Hisham.
" Cuba lah pujuk atau slow talk dengan Mr Heera ya". Kata Masterji.
" Tak boleh dan dia sibuk.. idea saya nak suruh Abang ajar lah ..." Hisham.
" Kalau dia setuju, saya ok aje lah..." Reply saya pada Hisham.
Maka secara berani dalam takut, Hisham memperkenalkan Masterji pada Cik Fame, Pn Noor Jahan buat pengganti Mr Heera. Kali pertama bersua muka dengannya, sudah jelas terbayang kepetahannya bercakap, mengeluarkan point point yang penting dan yang paling istimewa walaupun sebagai seorang Pengurus Sumber Manusia tetapi beliau faham selok belok kualiti dan produktiviti dengan amat cemerlang. Mengikuti program pertama yang dikendalikan oleh Masterji dengan begitu teliti dan syukur Masterji menembusi ujian piawaian standard kualiti yang ditentukan oleh beliau.
Mungkin Puan Noor Jahan ada komen tersendiri tentang sejarah awal kehadiran awal Masterji ke syarikat nya.
Seorang yang komited dengan target yang dicipta atau diberikan. Tidak pernah putus asa dan selalu rajin bertanya dan mencari the perfect condition untuk dijadikan panduan. Dari awal lagi Masterji dapat lihat , HR Manager wanita seorang ini, lain cara fikir nya dan tinggi daya saing nya. Beliau duduki setiap kelas yang diberikan oleh Masterji dengan tekun, sabar dan gigih. Memimpin para pekerja nya untuk berubah dan melaksana kan perubahan dengan cemerlang. Jauh di sudut hati Masterji, adakah Pn Noor Jahan mampu melaksana kan nya kerana dia hanya lah seorang wanita .
Dan beliau buktikan beliau bukan Pengurus wanita sebarangan dan bukan Pengurus Malaysia yang sebarangan. Dari kejayaan beliau melaksana kan perubahan di tempat kerja dan mengajar staff staff di tempat kerja, beliau di terbangkan ke Jepun untuk memasuki pertandingan Productiviti Improvement dan di jemput khas untuk mengajar pekerja dan pengurus di Jepun. Cemerlang! Sungguh cemerlang! Dulu, kita pergi Jepun untuk belajar tetapi sekarang kita ke sana untuk mengajar, orang Malaysia boleh ! Orang Malaysia sudah boleh jadi Sensei!
Pada Pn Noor Jahan , ketika saya menaip entri ini, fikiran saya laju ke belakang, di saat saat awal kita bertemu pada tahun 2005 dan Masterji sendiri tak sangka pencapaian Puan boleh sampai ke tahap ini. Syabas Puan. Seorang murid Masterji yang cemerlang. Harap Puan Noor Jahan aka Cik Fame akan terus masyur.....Bangga dengan pencapaian murid seperti Puan..dan sekarang kita sama ya. Sama sama Sensei.
Ayuh kita lihat gambaran dibawah dan warkah perkongsian pengetahuan perihal perubahan kebudayaan kerja dan prestasi cemerlang syarikat daripada beliau. Kita harus sokong Sensei Malaysia menjadi rujukan di sebuah negara asing!
Saya mendapat peluang sekali lagi mewakili Syarikat untuk menyertai Pertandingan Kaizen di Mitsubishi Material Corporation yang berlangsung pada 01 Jun 2011. Sekali lagi saya membawa tajuk 5S. Pada kali ini , saya mempersembahkan bagaimana sebuah syarikat boleh menjadi cemerlang melalui program 5S.
Terdapat seramai 11 peserta yang bertanding (semua dari anak syarikat Mitsubishi Material Corporation). Daripada 11 peserta, saya merupakan satu2nya peserta perempuan dan bukan dari Jepun. Sebenarnya saya mewakili IbuPejabat saya di Jepun kerana pada pertandingan Kaizen anjuran Ibu Pejabat pada bulan Oktober 2010, saya merupakan johan dan seterusnya mewakili Ibu Pejabat untuk bertanding ke peringkat Mitsubishi.
Pada kali ini saya hanya mampu mendapat tempat ke 2. Walau bagaimanapun saya bangga kerana ramai yang datang kepada saya untuk bertanyakan tentang 5S dengan lebih lanjut. Antara soalan yang saya terima :
1) Bagaimana anda membentuk 5S sehingga boleh berjaya?
2) Bagaimana anda boleh mendapat kerjasama dari pekerja?
3) Apakah perkara yang paling susah dalam 5S?
4) Bolehkah anda kekalkan 5S yang ada sekarang?
Pada saya, kita mesti komited dengan tanggungjawab kita. Semua dalam syarikat mesti tahu hala tuju 5S, jadi objektif mesti dijelaskan kepada semua peringkat. Untuk memastikan aktiviti 5S berjalan, saya pastikan ‘’master plan’ saya diikut. Oleh itu, saya selalu follow-up dengan komiti saya. Kalau ada yang ‘jammed’ saya akan turun padang bantu mereka. Saya selalu menunjukkan kesungguhan saya kepada mereka agar mereka dapat rasakan betapa pentingnya 5S ini sama ada pada mereka atau pada syarikat.
Saya juga tidak menganggap sesuatu tu ‘susah’ tapi saya anggap ianya ‘cabaran’. Bagi mengekalkan 5S saya pastikan audit terus berjalan di samping beberapa aktiviti sampingan yang lain seperti adakan pertandingan 5S, lawatan, kempen, dll supaya mereka merasa gembira dan enjoy lakukan 5S. Apabila mereka lakukan kerana suka melakukannya, maka hasilnya lebih nyata kerana keikhlasan mereka.
Sebelum saya kembali ke Malaysia, saya telah diberi tugas selama 3 jam untuk mengajar di Ibu Pejabat saya How To Develop / Implement 5S Professionally. Jadi saya kongsi dengan mereka pengalaman saya sendiri yang telah 2 tahun bertarung untuk 5S. Saya bangga kerana saya orang Malaysia yang pergi mengajar 5S di Jepun. Hilang rasa segala penat lelah saya selama ini. Semua ini menjadikan saya lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
-Noor Jahan Mohd Sultan-
Well Cik Fame.... kata Irene Cara...,
" I can catch the moon in my hands ,
Don't you know who I am,
"Remember my name ...Fame"
Pada pembaca lain, sebenarnya ada seribu satu cara untuk kita menjadi manusia yang cemerlang kalau kita mahu. Success is not an option, it is a must!
3 comments:
Salam masterji and tahniah Cik Fame
a.k.a Noor Jahan,
Terharu melihat anugerah yg Cik Fame kita terima. Bukan semua org dapat peluang sebegitu. Seperti komen saya sebelum ini, berapa lama kita nak jadi orang yg menepuk tgn utk org lain, bila lak turn kita. ini satu contoh bagus utk semarakkan lagi jiwa org untuk ke depan menerima tepukan.
" There is nothing impossible that cant be achieved by anyone , only the effort differentiate us from others"
Betul tak Cik Jahan ?
Saya dapat merasakan nya bila dijemput menjadi speaker di UITM untuk Student di Final year in Bac. in HRM. Tp pasal union ler..
Tats my speciality.
Rgds
One & Only
Masterji dan Pn Noor jahan,
Tahniah diatas pencapaian yang amat memberangsangkan. Semuga lebih banyak lagi dimasa akan datang dari Puan serta jugak yang lain2.
azaman
Salam Masterji....
First of all, thank you very much for everything!!
Tidak lupa terima kasih saya kepada 'One & Only' dan Pn. Saniyah di atas ucapan tahniah tu. Hope we can meet one day together...sure banyak yang boleh dikongsikan. Saya juga teruja dengan pencapaian Pn. Saniyah dan 'One & Only'.
Apabila saya baca entri ini hati saya agak tersentuh. Diam tak diam dah lebih dari 5 tahun saya mengenali Masterji. Cepat sungguh masa berlalu.
Masih segar diingatan saya apabila saya mahukan Mr. Heera Singh utk jalankan Leadership Training at my company. But your Business Dev. Manager tidak boleh dapatkan Mr. Heera Singh & beliau mula 'menjual' Masterji. Terus saya tanya, "Tak pernah dengar pun nama dia(jgn marah ye...ini kisah benar). Saya mahu trainer yg efektif & satu training yg ada positive impact." Dipendekkan cerita, akhirnya saya kata kpd beliau, "Macam nilah En. Hisyam. Tolong suruh trainer ni jumpa saya sebab daripada pertemuan tersebut mungkin saya boleh make better judgement."
Akhirnya kita berjumpa for the 1st time. I expressed my expectations. My confident level getting slightly higher during our conversations. And I still remember that I make it clear by saying this, "I don't know you, but from our meeting today I could see something in you. So I am giving you a chance to prove your capability......".
Pada hari training, seharian saya berada dalam bilik training to evaluate trainer's performance. At the end my conclusion - HE'S EXCELLENT!!! Started from that day banyak training yg dijalankn oleh Masterji. One thing I can say that Masterji tidak pernah menghampakan saya. Dan sebagai anak murid Masterji semestinya saya juga tidak mahu menghampakan 'sifu' saya....
Bukan sahaja bab training, banyak perkara lain yg saya belajar dgn Masterji kerana setiap conversation kita especially during break...bukan borak 'kosong' tapi borak 'berisi' & mempunyai 'nilai'.
Doa saya agar Masterji terus berjaya dan mencapai apa yg diidamkan. Saya percaya bukan saja saya tapi ramai lagi yg akan sentiasa menyokong Masterji.
Post a Comment