Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, June 22, 2011

Ehmmm..Excuse Me...


Apa kata kalau kita renungkan sejenak analisa di bawah ini :

Gaji seorang Manager = RM 10,000 Sebulan.(+-)
RM 10,000 ÷ 26 Days = RM 385/day
RM 385 ÷ 8hrs ( Waktu berkerja ) = RM 48.12. atau senang cerita RM 50 sejamlah ya.

Bayangkanlah; anda hari ini ibarat seorang ahli koporat dan Pengarah pada sebuah syarikat punyai Manager di bawah anda .

Dan anda sedang berfikir bagaimana setiap jam di gunakan oleh para pengurus anda. Adakah mereka :
1 .Menambahkan peningkatan Kos syarikat?
2 .Menghasilkan keuntungan syarikat ?
3 .Mengadap komputer dan bermain game ?
4. Mengadap komputer dan melihat e mail lawak lawak semasa?
5. Menyelesaikan masalah yang berulang kali jadi dan kita tak pernah cari root cause pada masalah itu?
6. Borak borak dan Loitering sambil cerita cerita tempat lunch dan shopping centre mana yang best ?
7. Membuat kerja semua staff samaada kerana kurang yakin atau takut nak delegate kat staff ?
8. Meeting dari pagi sampai petang?
9.Tercari cari fail yang diperlukan dan tak tahu fail mana letak kat mana atau file ada tapi sistem tak ada?
10. Meeting di luar ofis dan walaupun meeting sudah lama secara rasmi habis tetapi kita masih meeting lagi di luar ?
11. Tak tahu apa kerja nak buat selama lapan jam sehari?

Salah satu slide yang Masterji selalu gunakan untuk mengajar program Pengurusan.
Sebagai Pengarah apa kah perasaan kita kalau kita punyai para pengurus yang ada semua kriteria kecuali no 2 dan apa yang akan kita lakukan?

Ha ha ha ...macam macam jawapan ada.

Pada The One..thank you berikan komen yang cantik perihal kejayaan Cik Fame kita...bila lagi nak menerima tepukan , asyik berikan tepukan sahaja kan? Ayat motivasi yang direct dan cemerlang.Kumpulan gangster procedure nya walaupuntak bertulis tetapi dipatuhi. Benar, terpulang pada komitment seseorang kan samaada nak buat atau tidak.

Terimakasih pada Encik Azaman kerana menghantar satu summary yang jelas perihal leadership dan perbezaan nya dengan pengurus. Nanti Masterji akan masuk kan dalam entri.

Pada Pn Noor Jahan, hari ini selepas entri Sensei Rising Sun, Masterji dah dapat 3 sms tanya apa syarat nak jadi murid macam Pn Noor Jahan. Hebat dan tahniah ya.

Puan Saniyah Kadir Kadir sekarang tengah sibuk menerima dan menguruskan banyak permintaan Value Guide mengajar sekarang sebelum bulan puasa dan Masterji ucapkan terimakasih ya for your hard work. Sibuk sibuk tu sempat juga mencuri masa ya membaca novel John Sandford. How' s my good friend Lucas Davenport is doing...ha ha ha. Macamana.. agak agak boleh tak relate kan pengetahuan dalam novel tu ke subject kualiti atau pengurusan? Anyway thank you for your time and big support for Value Guide ya.

1 comment:

azaman said...

Salam Masterji,

Kalau baca blog Masterji masa kerja tu nak kira dalam kategori apa ye? Tapi blog ni kira macam memberi ilmu pengetahuan, jadi kira tak membuang masalah tu. Ke camne...

azaman