Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, June 12, 2011

Pakcik.....

"Pak Cik ramai anak anak , ada anak lelaki ramai ada anak perempuan pun ramai, mereka dah kahwin semua nya tapi susah nak dapat kan perhatian dan simpati mereka pada Pak Cik dan Isteri.."
" Pak Cik sakit dan Mak Cik terpaksa bertukar tukar rumah anak anak sekejap sekejap ...mereka tak mau jaga Pak Cik dengan betul betul asyik tolak kesana dan kesini"...Cerita seorang Pak Cik pada Masterji petang tadi di Kantin hospital.

Air mata nya mengalir dan dilap kan oleh Isteri nya. Pak Cik itu lumpuh separuh badan. Jelas terbayang wajah kesakitan dan kekecewaan.

"Bila mereka susah, mereka datang pada Pak Cik dan Pak Cik tolong dengan sepenuh hati walaupun mereka sudah mampu berdikari tetapi bila sekarang Pak Cik sakit tak siapa diantara mereka yang benar benar sepenuh hati nak menjaga Pak Cik"...teran nya lagi.

Masterji ikut resah dan berdoa jangan lah dijadikan anak anak dalam kategori itu. Punca Masterji berkenalan dengan pasangan ini ialah kerana ingin membantu Pak Cik tadi duduk dengan betul ketika sampai ke kantin hospital kerana Isteri nya hampir hampir terlepas tangan Suami nya dan kelihatan Isteri nya sudah terlalu penat. Kami duduk dalam barisan meja yang sama dan berbual.

Bagaimanapun Masterji pernah menjadi seorang HR Manager. Sudah lama berpengalaman dalam bidang mendengar kisah duka begini. Kami dilatih supaya jangan cepat melatah, atau membuat kesimpulan apabila mendengar cerita sedemikian kecuali ia benar dan nampak keaslian nya.

'Maaf Pak Cik, Pak Cik berbalah pasal harta pusaka ke dengan mereka" Tanya Masterji secara lembut dan berterus terang.

"Pak Cik tak ada harta apa apa lagi , duit EPF , duit pampasan semua nya telah dibahagikan sama rata tu Pak Cik dan ketika sihat" Kata Pak Cik dan masih mengalir airmata nya.

"Ada diantara mereka yang kahwin guna duit simpanan Pak Cik, dan ye lah kan ...nak tengok anak kita kahwin maka kami bantu lah..." Tambah Isteri nya.

"Pak Cik sabarlah ya....semua ini dugaan dan apa yang dibuat pasti ada balasan" Tiada lain yang boleh dibantu oleh Masterji kecuali rasa simpati dan sedih. Masterji minta diri berlalu dan bersalam dengan pasangan tadi. Mereka pesan Masterji kalau ada ibu bapa jaga lah baik baik. Kasihi lah mereka.

Masterji angguk kan kepala dan minta diri.

Sambil berjalan otak Masterji ligat berfikir. Begini lah dunia. Kalau seseorang Ibu dan Bapa itu tiada harta pusaka , rumah sewa yang berlot lot, tanah berekar ekar....mungkin nasib nya malang dihari tua. Sudah tiada kuasa tarikan.

Memang benar kata ramai orang..kalau nak tahu the true colour of our child, ialah bukan bila kita senang tetapi bila kita susah atau kita sakit atau bila kita sudah tiada apa apa yang boleh diturunkan pada mereka kecuali permintaan untuk mereka menjaga kita.

Patut nya ada ramai anak hidup akan jadi lebih senang. Ini terbalik pulak..dah tua tua pun dah dewasa pun nak hentam duit mak bapak lagi. Kahwin pun sponsored. Kalau boleh belajar lah berdikari.

Kalau hulur pun duit bila pulang ke kampung tak lebih dari seratus ringgit kadang kadang.itu pun lepas beberapa bulan sekali pulang. Kalau diminta berjalan kerumah saudara mara bila berada dikampung, silap hari bulan Ibu bapa yang kena sponsor duit minyak.

Mungkin tak semua anak anak begitu tetapi wujud masalah seperti itu. Masterji tak kata semua anak anak begitu kerana ada juga yang Masterji tengok bertanggung jawap dan cukup baik.

Masterji tak ada peluang merasai kehidupan berbapa , kalau ada pun dengan step father itu pun sementara dan ketika remaja. Masterji jaga seperti bapa sendiri sehinggalah hari akhir nya.

Apa yang Masterji ada , mummy dan adik adik. Adik adik dah besar dan sebagai anak lelaki , Mummy adalah tanggung jawap Masterji. Insyaallah rezeki yang dikongsi bersama seorang Ibu atau Bapa akan bertambah bagi Masterji.

Kita beli sofa di rumah dengan harga yang mahal bukan untuk tontonon tetamu dan kalau ada ibu atau bapa yang sakit duduk disitu dan terdapat kotoron ketika itu, maka janganlah kita melenting kerana itu adalah ibu bapa kita sendiri atau pun ibu bapa pasangan kita.

Kita juga akan menjadi tua satu hari nanti. Apa yang kita lakukan hari ini, adalah pelaburan untuk hari esok. Baik pulang nya baik. Buruk pulang nya buruk lah.

Sedih juga terkenangkan Pak Cik tadi.
Pada Cik Fame...thank you for your comment ya. Tahniah keran Pn Noor Jahan seorang wanita dan berjaya menewaskan yang lain. Samurai Malaysia sekarang dah hebat hebat...Ya benar Muna Bai filem yang penuh dengan tauladan. Masterji gunakan untuk program latihan Organizational Behaviour selalu.

Pada Encik Azaman thank you for the leadership article ya. Tak sangka dia pandang tinggi pada Bapa nya.

Pada Cik Beevi thank you so much for putting my photo as the wall paper at your PC with some of my inspiring quotations from the Masterji Blog.. ha ha ha. Thank you for the big honour. First time, I came across such appreciattion. Well ...perhaps the inspiring words can be changed from time to time.

Terimakasih pada semua para pembaca dan Masterji gembira kerana ada yang dah letak gambar Masterji dengan ayat ayat motivasi yang dipelajari dari blog Masterji. Penghargaan yang cukup bermakna. Tetapi kena explain dengan pasangan hidup masing masing ya siapa punya gambar yang di tampal tu ditakuti world war pulak nanti....ha ha ha. Anyway thank you so much.
I will remember that.






4 comments:

Unknown said...

Kasihan pakcik tu. 10 anak belum tentu boleh jaga ibu bapa hari ini tapi Ibu bapa atau ibu tunggal sekalipun dapat menjaga anak-anak dgn baik walaupun bilangannya ramai. Ibu bapa ini sanggup bekerja keras demi sesuap nasi dan memberi yang terbaik untuk anaknya.
Itulah jasa ibu dan bapa.
Sayang saya dan masterji tak dapat rasa kasih sayang seorang bapa, kami hanya menumpang kasih bapa mertua dan bapa tiri kami. Itu pun sudah memadai. Ingatlah pengorbanan IBU & AYAH selagi mereka masih ada. Mereka tak nak wang ringgit mereka mahu kita gembira. Itulah kasih sejati mereka.

Beevi said...

Tak apa Masterji... Saya boleh letak gambar siapa saja yang saya admire sebagai PC wallpaper..dan tak perlu explain pada sesiapa sebab saya masih single..

Sania said...

Institusi kekeluargaan kini semakin longgar., lebih-lebih lagi bagi 'bangsa kita' yg kita laungkan sebagai bangsa yang sopan santun dan penuh dgn kasih sayang ni. Ada juga kalangan keluarga yang ikatannya masih kuat, tapi kalau mahu lihat keikhlasan yang sebenar, kena lihat semasa masa-masa sukar. Ahli keluarga yang ada di saat-saat kita perlukan, itulah sebenarnya kasih sejati. Hidup hari ini di samping menyediakan ilmu untuk anak-anak, kita juga mesti membuat persediaan untuk kita sendiri bila kita telah bersara dan tidak berdaya nanti. Kita tidak mahu nanti dianggap menyusahkan anak-anak di hari tua kita kelak..kerana kita pun tidak tahu apa yang ada di hadapan sana. Doa kita semoga kita dapat menjalani hari-hari tua kita dgn lebih sempurna, tidak seperti pakcik tersebut. Semoga Allah rahmati kita dan beri kebahagiaan pada pakcik itu..
Masterji., wallpaper saya hari ni best..gambar ayam goreng!

Sania said...

Congratulation to Cik Jahan aka Fame...for the superb work. Salute you. Up! up! and away!