Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, June 16, 2011

KL Gangster!


Encik Azaman, Pn Noor Jahan aka Cik Fame, ......apakata kita buat filem pulak...ha ha ha, tengok trend filem sekarang boleh dapat juta juta . Apa kata kita buat Shah Alam gangster ke, Johor ke..mana mana tempat lain lah.

Baca akhbar hari ini, Filem KL Gangster sudah berjaya mengutip sebanyak RM 8 juta ringgit selepas tujuh hari tayangan sahaja. Ia termasuk duit Masterji sekali dan confirm. Para pembaca mesti hairan apa kaitan Masterji dengan filem filem bercorak begitu kan? Profession Masterji sebagai tenaga pengajar , harus menonton filem filem begitu. Training investment untuk Masterji. Filem berkenaan berguna untuk program latihan Motivasi dan juga Kepimpinan ataupun pengurusan. Paling tepat Organizational Behaviour!

Jangan lupa, kongsi gelap juga adalah satu organizasi cuma tujuan dan kegiatan berbeza. Organizasi mereka juga sama , mereka ada operator, mereka ada line leader, mereka ada supervisor yang menjaga line leader, mereka ada Department Manager untuk menjaga Supervisor tadi, mereka juga ada Division General Manager atau Director untuk menjaga Department Manager tadi dan mereka juga ada Managing Director. Ada macam macam kod dalam panggilan.

Bagi Masterji filem adalah one of the training material yang bagus. Produk Masterji adalah orang.

Tahniah lah ya pada para pengarah atau pembuat filem berkenaan. Apa yang jelas, orgazisasi berkenaan juga punyai masalah yang sama lebih kurang sama macam Organizasi Korporat. Masalah insubordination, dishonest, in effective leadership, penyelewengan, angkuh dan selesa , tiada strategy yang mantap, perampasan kuasa, Batu api, tiada team work, problem solving , power exhausted , tiada sense of loyalty , susah nak buat improvement kerana banyak barriers yang akan dihadapi dan masalah decision making yang tidak berkesan. Semua scope ada.

Malek watak yang dibawa oleh Aron Aziz memberikan impak yang mendalam dan berkesan, bertindak mengikut keperluan . Tidak ketinggalan juga kehebatan pelakon pelakon lain.

Satu part dalam filem berkenaan yang boleh kita renungkan sebagai penyelia ialah bila.. Jai watak yang dibawa oleh Adi Putra yang penuh kejam, berhenti disebuah lorong dan menyelimutkan kanak kanak yang sedang tidur dan bekal kan wang pada nya. Setiap manusia tetap ada kebaikan dan rasa sedih dalam diri mereka, kalau lah para penyelia bijak mencari suis untuk pekerja pekerja yang dalam kategori Jai itu, Masterji percaya mereka akan berubah menjadi Superman!

Mungkin penggunaan bahasa tidak berapa bagus tetapi kita kena lah faham, Gangster kena lah jiwai cara dan penampilan gangster kan dan tapi sekurang kurang nya mereka menjiwai tugas dan melaksanakan gaya yang sesuai ...sama lah juga penyelia juga mesti lah ada gaya, suara dan penampilan macam penyelia .
Cuma jadikan lah filem ini sebagai panduan dan sempadan dan bukan sebagai pengaruh.

Pada rakan ku PI JOE, mungkin dah tengok cerita ni....sekadar tengok aje ya...ha ha ha. jangan marah gurau ya. Mandu lah bas tu baik baik. Don't belok belok kata Abang Nasruddin dari Coconut Group. Ingat ya.....The past could be meaningfull or sickning moments, but for sure you can ensure the most beautifull moment for future. Semehgaye Mera Bai...( Faham tak Abang )ha ha ha...


Pada Cik Fame kita Pn Noor Jahan thank you for your comments yesterday. Kita harus rasa bangga dengan kerja kita kerana dapat memotivasikan kita lebih...ya benar dan tepat. Masterji dari malam tadi tak makan lagi bila baca komen kata senyuman sama manis dengan clown...ha haha . Tak lena makan dan tak kenyang tidur. ha ha ha jangan marah ya..Masterji gurau. Kena belajar posing lah juga macam Cik Fame juga...tapi tak boleh capai tahap fame lagi cuma tahap frame gambar aje yang mampu...ha ha ha. Anyway thank you.

Dr , thank you for the sms comment untuk entri I' am the winner. Ya benar, nak jadi champion, mesti ada gabungan penampilan, gaya, mind set dan usaha..thank you.

2 comments:

azaman said...

Salam Masterji dan semua,

Sememangnya kumpulan2 gangster ni serupa seperti syarikat2 biasa. Kalau kat syarikat yang biasa tu ada MD, tapi dia org ada Big Boss atau Don (utk Mafia). HODs kat syarikat, kat Mafia dia panggil Lieutenant dan sebagainya.

Kalau kat syarikat dia ada objektif syarikat yang everyone work together to achieve, utk mafia pulak dia ada "cosa nostra" - yang bermaksud "it is our thing" utk menyatukan mereka. Kat kilang2 ada ISO 9000lah, 14000lah, dia org cuma ada unwritten rule or coded procedure. Mana boleh ada hardcopy transaction, jadi bahan bukti.

Kat syarikat sekarang dok sibuk ISO 27000 - Information Security Management, depa dari dulu dah ada, dia panggil machine gun, lepas tu Uzi.

Kadang2 tu set up organisasi gangsters ni, mafia ke, yakuza ke mungkin lebih baik dari sesetengah syarikat. Masing2 tau apa nak dibuat, ada training, ada accountability, ada rewards dan lain-lain. Kawan2 semua jangan pulak ingat saya mempromosi cara budaya gangsters. Tidak. Kita boleh belajar dari sapa pun, jika kita mahu dan pandai. Sebab tu dulu saya ambik elective Organized Crime Study. Minat.

azaman

one said...

Salam masterji,

Saya cuma nak komen sikit jer. Biar pun kita ada semua written procedure and rules tapi untuk semua orang mengikuti amat lah susah tp di gangsters organization lak lain ceritanya. Tak ikut mati, lain lak di organization kita. Kena buat DI, pastu kena suspend tanpa gaji tp ramai yg suka coz cuti tanpa gaji. Bule balik kampung. So pendek crita the effectiveness of the punishment always influence the conduct of certain person.

Rgds

One & Only