Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, November 2, 2011

Cik Fame make it again!

Hebat anak murid Masterji sorang ni. Genggam bara sampai jadi abu. Gunakan kelebihan 5S dengan baik sekali. Dari Pelabuhan Kelang kini menjadi juara National dalam pertandingan 5S yang dianjurkan oleh MPC.

Pada Cik Fame aka Puan Noor Jahan, tiada apa perkataan lain yang boleh diungkapkan selain dari anda memang cekal, berdaya saing, dan jaguh.

Kata nya pada Masterji dalam perbualan telefon " Saya kalau buat, mesti nak capai tahap yang nombor satu dan tak mau nombor lain lain" , dan Masterji fikir beliau memang layak dipanggil The Great Champion.

Seorang Wanita yang berjiwa besi dan tidak mudah luntur semangatnya , Ratu Perang yang hebat!

Syarikat nya menang kategori Manufacturing yang terbaik dibawah pimpinan nya. Tahniah!
Masterji tumpang rasa bangga kerana berjaya wujudkan klon yang hampir sama hebat dalam ilmu Innovation and Productivity Enhancement.

Seorang guru akan gembira bila muridnya faham, tetapi kalau muridnya boleh buat dan mencapai sesuatu maka Guru berkenaan akan merasa bangga dan puas.









It's always Fame and Forever Fame ya......

Masterji sekarang sibuk dengan program Latihan dan lambat up date blog anyway I will try my best to do it.
Pada Mummy tersayang, Happy Birthday Mummy. GOOD MORNINNNNGGG Mummy and you always a Rising Sun.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Alhamdulillah tidak sesia usaha selama ini apabila Syarikat dinobatkan sebagai JOHAN bagi Kategori Perkilangan MNC Besar. Itulah pengumuman yang saya tunggu2 pada malam penganugerahan tersebut. Mimpi jadi kenyataan!!!

Masih jelas diingatan saya setahun yg lalu apabila saya menghadiri Konvensyen tersebut sebagai tetamu. Saya telah meletakkan "TARGET" saya untuk bertanding dan mahu naik ke pentas seperti pemenang2 yg saya saksikan pada ketika itu. Berkat usaha dan kerjasama semua warga Syarikat...saya berjaya merealisasikan 'TARGET' tersebut.

Terima kasih Masterji!! Selalu menyuntik kata2 semangat tak kala saya dalam kekeliruan. By the way minta sampaikan ucapan "Happy Belated Birthday" pada mummy ya....