Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, November 9, 2011

MLM


Jangan lupa MLM. Sudah dekat untuk kita memperteguhkan aktiviti MLM kita. Jangan biarkan MLM kita menjadi satu kerugian dan pembaziran.

MLM hampir tiba.
MLM ; Merancang Lebaran Masa untuk tahun 2012. Hari ini Masterji dikedai buku dan sempat melihat lambakan diari untuk tahun 2012 dan para pembeli nya. Macam macam saiz diari yang ada. Make ourself organized by time management. Perfect!

Ada yang pakai diari untuk sahaja kesana kesini supaya nampak macam pakai diari tetapi dalam nya kosong atau satu dua mukasurat sahaja yang penuh kerana bersemangat pada hari pertama dan kedua di tahun baru untuk memakai nya.

Ada yang tulis appointment dalam diari tetapi tak selalu rujuk. Terletak diatas meja begitu sahaja.

Ada yang langsung tak pakai diari, appointment ingat kat otak dan selalu clash schedule.

Tapi sekarang boleh guna HP untuk buat planner.

Ada yang guna diari untuk catatkan kenangan kenangan atau aktiviti aktiviti manis. Cantik begitu kan. Ia boleh dijadikan bahan rujukan yang bernilai satu hari nanti.

Apa keadaan pun, kita harus merancang, buat jadual perjalanan kita untuk tahun yang akan datang.
Jangan lupa MLM kita ya. Pastikan MLM 2012 anda dihasilkan dengan padat dan bermakna.

Pada Cik Fame , Pn Noor Jahan, thank you so much for the comments. Benar samaada - atau + terpulang pada diri kita. Masterji pi shopping pun tau ke. Ha ha ha. Ok tak pa kalau untuk Higashifuji. Bila sebut suruh nyanyi lagu Jamal, Masterji ada rasa macam kena attack kepialu lah Cik Fame ha ha ha. Nanti tak jemput Masterji sebagai tenaga pengajar pulak , jemput sebagai penyanyi pulak tahun depan ha ha ha. Jangan cadangkan kan ya..nanti ramai yang menangis kecewa pasal terlalu lah tidak merdunya . Ha ha ha.

Insyaallah Value Guide akan berkembang lebih maju pada tahun hadapan dan seterusnya. Value Guide bukan sahaja menjadikan para pekerja sebagai perserta program malah ada yang dah jadi Pengajar program hari ini terutama sekali Cik Fame. Hebat dan tahniah ya.

1 comment:

Siti Aisyah said...

salam..

menarik entri kali nie 'MLM'.
memang betul kita sebagai manusia yang ingin terus maju harus merancang dan berazam untuk tahun hadapan supaya kita tidak kekok dan tiada hala tuju.
~.~
*masa depan yang bakal kita hadapi penuh cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi,jatuh bangkit,kecewa,sedih,gembira haruslah kita sebatikan dalam hidup.*

Diari,
bagi aisyah dairi adalah lebih penting bagi mereka yang sudah mempunyai kerjaya kerana mereka perlu memikirkan banyak pekara yang bakal dialami oleh itu bagi mereka dairi sangat penting untuk melalui hari seterusnya,dan bagi pelajar macam aisyah dairi adalah teman dalam hidup untuk mencatat segala yang telah dilalui sama ada rahsia,kenangan manis,kenangan pahit,dan sebagainya. :)

wahh abg rafi boleh lah nyanyi 1 lagu jamal abdillah untuk aisyah mesti merdu. ^_^