Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, 29, mendakwa, dia telah menjalinkan semula hubungan cinta dengan suspek, Teh kira-kira enam bulan lalu apabila mereka bertemu kembali dalam satu majlis perjumpaan rakan sekolah lama, tahun lalu.
Untuk berita penuh, boleh baca di SINI
Berita daripada akhbar Utusan Malaysia pagi ini. Seorang single mother yang baru lepas bercerai menghadiri pertemuan pelajar pelajar lama dan bertemu dengan bekas rakan di majlis Allumni berkenaan dan menjalinkan hubungan cinta.
Malangnya cinta dibalas dengan tuba. Keikhlasan untuk mencari sinaran cahaya yang lebih baik daripada kegagalan kisah cinta lepas menjadi mimpi yang paling buruk dan ngeri.
Disangka kan dahan baru adalah lebih kuat untuk berpaut rupanya pedang yang lebih bisa menikam diri. Mungkin kita harus belajar sedikit tentang effective Decision making and problem solving skills.
Ada petua petua yang harus kita ikuti dalam pembikinan keputusan .
1. Jangan buat keputusan yang besar dalam keadaan terburu buru.
2. Jangan buat keputusan dalam keadaan yang tengah kacau, sedih, keliru dan sedang marah.
3. Keputusan yang dibuat berdasarkan perasaan haruslah di periksa fakta dan logiknya.
Apabila seorang single mother membuka kata mencari bahu baru untuk berteduh akan wujud ramai yang merelakan. Mereka yang rela tanpa agenda dan mereka yang rela dengan agenda.
Apapun mari lah kita membantu orang seperti single mother diatas ini. Kita juga punyai anak anak, saudara mara, adik beradik yang sama jantina dengan beliau diatas. Sekurang kurang nya kita berikan lah semangat ataupun di dunia ini masih terdapat lagi manusia yang tidak kejam.
Dalam kejadian ini ia amat mengharukan. Kisah cinta, pengorbanan menjadi bahan ugutan. Mungkin kita masing masing mempunyai anak yang sedang meningkat remaja. Berikan lah mereka nasihat gunakan lah Mobile phone yang canggih cangih itu untuk kegunaan yang betul. Sekali terperangkap akan menyusahkan selama nya. Akibat daripada menghantar gambar yang tidak sepatut nya menjadi peluru hidup. Kira nya tidak bekerjasama, kehidupan akan jadi kucar kacir, rahsia akan diketahui rakan rakan lain dan umum.
Dalam kejadian ini ia amat mengharukan. Kisah cinta, pengorbanan menjadi bahan ugutan. Mungkin kita masing masing mempunyai anak yang sedang meningkat remaja. Berikan lah mereka nasihat gunakan lah Mobile phone yang canggih cangih itu untuk kegunaan yang betul. Sekali terperangkap akan menyusahkan selama nya. Akibat daripada menghantar gambar yang tidak sepatut nya menjadi peluru hidup. Kira nya tidak bekerjasama, kehidupan akan jadi kucar kacir, rahsia akan diketahui rakan rakan lain dan umum.
Pernah kah anda memeriksa mobile phone anak anak anda dan atau sesiapa yang anda rasa penting dalam hidup anda?
Kadang kadang kena spotcheck!
Teringat pada pesanan yang kawan Masterji berikan sewaktu remaja dahulu. Brader angkat di KL. Kenangan di Pertama Complex. Walaupun KUTU tetapi educated Brader tu.
"KL adalah guru yang terbaik dalam kehidupan , segala nya ada disini kisah kisah baik dan tidak baik. kalau lu duduk kat KL atau dekat KL dan esok lusa lu pun jadi hantu , lu mungkin buta tak belajar dari anugerah yang percuma tapi kalau lu mari dari tempat yang belum pakai elektrik, lu jumpa KL lu jadi jadi lain, lu cepat cepat belajar lah "
Betul juga katanya . Masterji ingat sampai hari ini sebab rumah Masterji tak jauh dari KL. Klang dan Shah Alam memang lah kat kat KL sahaja.
Pelajaran tak semestinya disekolah atau didalam buku, kadang ia datang dalam bentuk pandangan semula jadi maka gunakan lah ia dengan baik termasuk persekitaran kita yang boleh dijadikan guru.
Apapun terimakasih kerana sudi membaca blog ini ya.
No comments:
Post a Comment