Untuk menjadi tenaga pengajar yang baik dan berkesan, kita seharusnya perlu faham bahawa filem adalah satu bidang ilmu yang akan merangsang daya pemikiran dan mempengaruhi kehidupan. Itu pegangan saya. Pada saya, selain dari filem Melayu saya juga turut menonton filem-filem dari negara asing yang lain, terutamanya filem "mat salleh", Hindi, Cina dan tidak ketinggalan filem Tamil. Secara langsung, saya akan menggunakan olahan dari filem yang saya tonton ini ketika menyampaikan ilmu pada sesi taklimat dan sesi latihan yang saya kendalikan.Filem, pada keadaan tertentu mampu menjadi "ice breaking"untuk menarik minat pelajar/peserta bengkel.Saya mudah bergaul dengan mereka dengan mencetuskan kembali adegan-adegan filem, menurut kesesuaian peserta.Contohnya, saya akan mencuba beberapa watak dari filem Hong Kong untuk pelajar/peserta bengkel yang berbangsa Cina dan menjadi hero Hindi atau hero filem Tamil untuk menarik perhatian pelajar/peserta berbangsa India.Pendekatan ini terbukti dapat mengurangkan jurang di antara saya dengan pelajar/peserta.
Karektor seseorang pelakon adalah watak yang sentiasa kita ingat dan sebagai "role model", pelakon boleh mencetuskan fenomena yang dapat mempengaruhi sesebuah masyarakat.Ada pelakon yang di angkat sebagai ikon kerana kehebatan di layar perak, namun ada juga pelakon yang bukan saja di sanjung kerana keberkesanan membawa sesuatu watak tetapi juga kerana dimensi kejayaan yang dapat di contohi. Saya sebutkan suatu nama besar dalam industri filem di India, Rajnikanth. Penggemar cerita Tamil pasti kenal benar dengan nama aktor ini. Susuk tubuh yang sedikit berisi, berjambang dan sentiasa lengkap dengan kaca mata hitam. Sesekali, berselendang putih yang di sangkut di bahu. Pada usia 61 tahun,aktor kelahiran wilayah Banglore,India pada 12 Disember 1949 ini adalah pelakon kedua yang mendapat bayaran tertinggi untuk untuk sesebuah filem di Asia selepas Jackie Chan.
Sebelum memulakan karier sebagai pelakon, Rajnikanth pernah bekerja sebagai konduktor bas untuk Syarikat Bangalore Transport Service (sebelum di kenali sebagai BMTC) dan mula berkecimpung di dalam bidang perfileman sebagai pelakon tambahan sebelum memulakan langkah menyertai Adyar Film Institute yang berpusat di Madras(Chennai). Rajnikanth tidak pernah langsung bermimpi untuk mengecap kemewahan dan di kenali ramai seperti sekarang.Hanya dengan filem, ledakan dan pengaruh yang di bawa oleh beliau telah melekat di hati sebilangan besar penggemar filem.
Saya gemar menonton filem-filem lakonan beliau dan masih ingat lagi betapa salah satu watak yang di lakonkan beliau di dalam filem Baasha. Rajnikanth yang memegang peranan sebagai Mancik Baasha begitu di geruni dan sesiapa yang mendengar nama beliau akan terasa gementar yang teramat sangat.
Sehingga ke hari ini saya masih ingat dialog yang di ucapkannya dalam filem tersebut, "sekali saya cakap, macam seratus kali cakap".
Selepas filem Bashaa yang di tayangkan pada tahun 1995, tahun 2007 pula telah menyaksikan beliau beraksi dalam Sivaji The Boss.Filem ini juga antara filem-filem yang saya minati.Sepanjang karier beliau yang bermula pada tahun 1975, sebagai anak wayang yang di hormati dan di segani, Rajnikanth telah menerima puluhan penganugerahan. Antaranya, Filmfare Best Tamil Actor Award melalui filem Nallavanaku Nallavan pada tahun 1984. Beliau juga telah di angkat sebagai aktor terbaik melalui beberapa filem yang di bintanginya, antaranya Sivaji, Chandramukhi, Padayappa, Peddarayudu, Baasha, Muthu, Annamalai dan Thalapathy. Asiaweek telah menamakan beliau sebagai antara orang yang banyak meninggal pengaruh di Asia.
Saya percaya, kecemerlangan yang di raih Rajnikanth ini adalah kerana beliau mempunyai matlamat yang jelas, usaha yang gigih dan gaya yang cukup cemerlang. Beliau amat hebat bergaya . Gaya beliau banyak membantu menjadikan beliau terkenal. Untuk setiap satu filem yang di jayakan, mesti ada satu gaya yang akan menjadi ikutan dan meninggalkan impak. Saya juga sewaktu belasan tahun terikut ikut dengan gaya beliau.
Rajinikanth berjaya membentuk peribadi yang tersusun dengan gayanya yang tersendiri, mampu menggoda dan meninggalkan bekas untuk di ikuti.Pada tahun-tahun awal beliau berlakon, gaya yang paling popular dan menarik perhatian ialah bagaimana beliau boleh melantunkan sebatang rokok dari jarak yang jauh ke bibir mulut. Kebanyakkan anak muda akan terpaku dan terpukau dengan pesona itu.Saya turut di pengaruhi dengan gaya balingan rokok seperti yang di pertontonkan Rajnikanth. Saya menghabiskan masa yang agak lama untuk memahirkan diri, sebelum dengan megahnya menunjukkan aksi tadi pada khayalak ramai.Perasaan bangga mudah meruap. Itu dulu, sekarang masih bisa melakukan perkara yang sama tetapi mungkin selepas dua atau tiga kali mencuba. Apa pun, itu kenangan manis zaman remaja saya.
Apa yang kita boleh belajar daripada Rajnikanth? Dalam ruang bicara tentang Rajinikanth, sebagai pelakon yang mempunyai karisma, beliau telah menghimpun sebilangan besar penonton tegar agar menjadi pengikutnya.Susulan dari itu, tidak hairanlah juga beliau pernah di sarankan agar menceburi bidang politik supaya dapat mempengaruhi sebilangan peminat untuk menyokong beliau dan parti yang di wakili. Di samping matlamat dan usahanya untuk melonjakkan nama dari seorang konduktor bas kepada seorang pelakon yang mempunyai jutaan peminat di hampir seluruh pelusuk Asia(dunia?), satu lagi aspek yang kita harus pelajari iaitu gaya yang ada pada beliau. Kenapa gaya? Kalau kita kaji definisi leadership ia bermaksud mempengaruhi orang lain untuk mencapai sesuatu.
Maka salah satu cara untuk mempengaruhi pekerja kita ataupun pelanggan kita adalah menerusi gaya yang kita tonjolkan. Betul, kebolehan , kemahiran dan kelulusan itu penting tapi gaya yang cemerlang boleh membantu anda untuk meraih peluang kenaikan pangkat.Persona yang di cetuskan akan memudahkan pekerja dan pelanggan mengingati kita.
Dalam pengalaman saya sebagai pegawai latihan dan pengurus sumber manusia, banyak isu seperti ini yang dilontarkan kepada saya.
Banyak program keterampilan diri atau image projection yang menjadi Training Needs Analysis telah di anjurkan.
Persoalannya, kenapa perlu gaya?
Sering kita nampak pada kebolehan, tetapi untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi terutamanya dalam bahagian pengurusan, gaya sering di sisihkan.Maksudnya, tidak menampakkan ciri-ciri pengurusan yang sewajarnya.
Komen yang biasa di dengar ketika sesi temuduga untuk kenaikan pangkat atau pengambilan pekerja baru, " Fi, calon ni knowledge baguih, tapi gaya pula tak ada. Nampak clumpsy dan ta terurus..."
Ada juga contoh berjaya yang saya lihat, bagaimana orang bawahan yang kurang pengetahuannya tetapi mempunyai gaya penampilan seperti seorang pengurus dan mereka berjaya menarik perhatian ramai orang. Gaya jalan dan renungannya seperti seorang pemimpin dunia. Hebat! Betul juga kata ramai orang, "kalau nak jadi Boss, kena practice dulu jalan macam boss". Buat dan tengok pada cermin. Saya rasakan patut dan berbaloi kerana itu juga satu kelebihan apatah lagi apabila asas-asas lain sudah mencukupi seperti pengetahuan mengenai kerja.
Di antara gaya yang perlu di titik beratkan adalah cara berjalan, menulis, mendengar percakapan orang lain, membuat ulasan, pakaian malah gaya untuk memegang diari!
Cara paling mudah untuk meniru gaya ialah dengan menonton bagaimana para pemimpin di dunia bercakap di kaca televisyen dan gaya-gaya mereka yang lain-lain. Contoh yang ketara yang saya boleh berikan adalah penampilan Presiden Amerika sekarang, Barack Obama. Penampilan dan cara beliau berjabat tangan mencermin peribadinya yang berkehendakkan keputusan yang cepat dan pemikiran yang kritis.Pengucapan beliau yang mempersona dengan intonasi yang sesuai mampu memukau sesiapa sahaja.
Kadang kadang gaya juga boleh membuat wang , saya juga anda punyai gaya anda sendiri maka di perkembangkanlah supaya mudah-mudahan ia boleh mendatangkan kesenangan untuk anda.
Semoga,dengan penjanaan dan penerapan gaya yang sesuai, kita juga boleh terkenal seperti konduktor bas yang telah berjaya membuahkan persona!
Nota : Terima kasih kepada Puan Noor Jahan kerana kesudian untuk mengikuti blog ini. Tidak lupa kepada semua pembaca yang lain yang sentiasa mengikuti dan memberi dorongan untuk saya terus berkongsi ilmu. Mudah-mudahan, penulisan ini dapat di manfaatkan sebaik mungkin.

2 comments:
Hiiii...masterji..
The first thing "smoking is bad for health" Jd jgn terikut gaya yang tidak sihat. Memng betul pelakon menjadi ikon remaja masa kini. Tp brapa ramai yang berjaya. Kalau kita amik stastistik di India, tahu kah brapa ramai remaja yg masih mencari2 dan hidup dalam khayalan utk menjadi Rajnikanth. Satu dua mungkin berjaya tp yg lain akan hidup dalam dunia khayalan mereka.....
Sdr one,
Saya kira your advise on "smoking is bad for health" En Rafi kena ikut kot....
Post a Comment