Semalam Masterji mengajar dan berkongsi pandangan dengan para peserta program mind change.
Dulu...dalam satu kampung hanya ada sebuah kereta sahaja. Kereta itu lah yang menjadi pusat pertolongan seluruh penduduk.
Kini....sebuah rumah punyai lebih kurang tiga buah kereta.
Dan dalam sudut fikiran yang lain , Malaysia sudah maju dan rakyat sudah selesa. Tidak seperti dulu. Sebuah kampung hanya ada satu atau dua buah kereta sahaja.
Dulu untuk mencari buruh atau machine operator atau general worker dari kalangan rakyat tempatan begitu mudah. Sekarang semuanya pekerja asing kecuali jawatan yang lebih tinggi kerana taraf pencapaian dan pendidikan akademik lebih tinggi bagi orang Malaysia.
Syukur kita sudah maju dan lebih baik daripada dahulu tetapi hidup kadang ibarat roda, keselesaan mungkin boleh menjadikan kita semula kembali kekurangan dan kesusahan. Di atas dan mungkin kebawah semula.
No comments:
Post a Comment